BIODATA RINGKAS FUZIAH SALLEH

HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH

Fuziah Salleh dilahirkan pada 13 Julai 1959 di Negeri Johor dan membesar sepenuhnya di Kuantan, Pahang. Beliau telah berkahwin dengan Professor Dr Hj. Russly Abd Rahman dengan dikurniakan cahaya mata seramai 6 orang. Menerima pendidikan awal di Kuantan dan kemudian terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1976.

 

Fuziah merupakan seorang kaunselor yang terlatih dan mempunyai kelayakan Profesional dalam bidang Kaunseling dari University of Reading. Kemudian setelah mendapatkan pengalaman bekerja sebagai kaunselor, beliau menyambung pendidikan dalam bidang Masters in Business Administration (MBA) dari University of Wales. Fuziah merupakan seorang Juruperunding Latihan Bebas (Freelance Training Consultant) untuk syarikat multinational sebelum beliau menang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, untuk melayakkan beliau menyandang tugas sebagai Ahli Parlimen Malaysia mewakili Kuantan.

 

Disamping itu, Fuziah juga merupakan seorang aktivis masyarakat sebelum menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1999. Antara sumbangan beliau kepada masyarakat ialah beliau merupakan salah seorang dari pengasas pusat perlindungan remaja putri, Raudhatus Sakinah pada tahun 1997 yang masih beroperasi sehingga kini, dan berkembang pesat. Beliau juga telah menubuhkan unit kaunseling Islah, satu perkhidmatan kaunseling atas talian secara sukarela.

Kini beliau berkhidmat sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen Kuantan buat penggal yang ke 3 dan juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dalam kerajaan Pakatan Harapan setelah memenangi Pilihanraya Umum ke 14 pada tahun 2018.

TANGGUNGJAWAB DALAM PARTI KEADILAN DARI AWAL PENUBUHAN PARTI, 4 APRIL 1999.

  1. Memulakan karier politik beliau sebagai Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Malaysia sewaktu penubuhan parti pada tahun 1999.
  2. Ketua Wanita KEADILAN dari tahun 2000 sehingga 2007.
  3. Naib Presiden KEADILAN dari tahun 2010 sehingga 2013.
  4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN dari awal – kini.
  5. Ketua Cabang KEADILAN Kuantan bermula tahun 2002 sehingga 2018.
  6. Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat – 2010
  7. Pengasas Akademi Latihan ARK (Akademi KEADILAN) bermula tahun 2009 sehingga kini.
  8. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang 2018 – kini.
  9. Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Pahang 2018 – kini.
  10. Ketua Wanita KEADILAN Malaysia bermula tahun 2020 sehingga kini.

PENCAPAIAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN MALAYSIA (DEWAN RAKYAT).

  1. Ahli Parlimen Kuantan bermula tahun 2008 sehingga kini (3 penggal)
  2. Mengetuai Kempen “ Stop Lynas Rare Earth Refinery“ untuk
  3. Mengetuai Kempen “ Red To Green Against Unregulated Bauxite Mining “.
  4. Memberi latihan  kepada Ahli Parlimen   “ Best Practice And Task as Members of Parliament “.
  5. Merupakan jurulatih kepada Ahli Parlimen negara lain di dunia seperti di Algeria, Myanmar, Indonesia, Laos PDR, Vietnam serta dilantik sebagai Consultant
  6. Mewakili Malaysia dalam menyertai “ Asean Women Parliamentarian Caucus “.
  7. Pengasas dan  Pengerusi kepada    “Global TB Caucus “ Parliament of Malaysia 2016-2018
  8. Dipilih oleh parti bagi mempengerusikan “ Committe on Environment “ dalam Parlimen Malaysia – Mac 2020
  9. Pengasas bersama “ Malaysian Parliamentary Gender Caucus “ – 2008
  10. Pengerusi Bersama Gender Caucus Parlimen Malaysia bermula 2013 sehingga 2018.
  11. Ahli JK Asian Inter Parliamentary Assembly 2008 sehingga 2018.
  12. Ahli JK International Parliamentary Union 2008 – 2010.
  13. Dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bermula 2 Julai 2018 – 23 Feb 2020.
  14. Dilantik dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak Kanak serta Pembangunan Sosial dalam Parlimen Malaysia bermula tahun 2021.
  15. Consultant untuk UNDP (Isu berkaitan Wanita dan juga Pilihanraya)

PENCAPAIAN SEPANJANG MENJADI TIMBALAN MENTERI (AGAMA)

Kehakiman

  • Membentangkan RUU Guaman Syarie dan diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara 31 Julai 2019.

Pendidikan KAFA

  • Berjaya mewujudkan peruntukan khas sebanyak RM2.6 juta untuk Tabung Kebajikan Guru KAFA
  • Mempengerusikan Task Force KAFA yang diwujudkan bagi mempejuangkan isu isu berkaitan kebajikan, pembelajaran dan pengajaran oleh Guru Guru KAFA serta berjaya menaikkan elaun guru KAFA dan mewujudkan SOCSO yang dibayarkan penuh caruman oleh pihak kerajaan.

Waqaf

  • Menggerakkan inisiatif bagi mewujudkan Universiti Wakaf, Hospital Wakaf dan Tabung Wakaf Pendidikan Malaysia
  • Memulakan kajian penggubalan Rang Undang-undang Wakaf

Haji dan Umrah

  • Berjaya menaikkan Kouta Haji Malaysia dari 30,200 kepada 31,600 bertepatan dgn jumlah populasi negara.
  • Menghapuskan kouta Haji yang sering diberi kepada Menteri sebelum ini bagi memberikan penyertaan maksimum kepada golongan pencarum Tabung Haji menunaikan Haji.

Tahfiz

  • Mencetuskan idea dalam mewujudkan Bank Makanan bagi membantu Maahad Tahfiz di Malaysia
  • Mewujudkan Majlis Tahfiz Negara
  • Membentangkan pindaan  undang  –  undang berkenaan dengan   kawalan Sekolah Tahfiz di sidang