PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

rare earth refinery

Merdeka Review (Bahasa Malaysia) – Nuklear di Jepun dan Rare Earth di Kuantan

Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini, saya ingin membawa isu berkenaan refinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd di Kuantan. Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18 November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi. Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya akhbar New York Times pada 7 November 2011.