Extract of Handsard – PKR Kuantan MP Fuziah Salleh Debates Lynas Issues In Parliament On 4th November 2009

Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas
Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas

Puan Hajjah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan kerana setuju dengan saya. Itulah yang kita hendak lihat kerajaan bukan sahaja tegas tetapi meletakkan KPI dan kemudian deliver. Buktikan bahawa kerajaan sungguh-sungguh. Itu yang saya maksudnya.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012. Sejak persetujuan pada tahun 1997, Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruhnya dunia sudah bercakap tentang going green, orang tua, orang dewasa malah kanak-kanak di merata pelosok dunia sudah ada kesedaran tentang going green. Sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI.

Ini tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh.

Tuan Yang di-Pertua saya amat-amat ambil berat dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Oleh sebab itulah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau rare earth di Gebeng, Kuantan di mana sisa buangannya nanti mengandungi sisa-sisa radioaktif.

Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak LYNAS membawa sisa pemprosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat, half-life-nya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan buat satu jangka masa yang begitu lama selepas LYNAS menutup kilang nanti. Ketika itu siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini?

Galeri Nasional Mandarin TV2 in 2009 – New Rare Earth Processing Plant in Kuantan, Potential Environmental Disaster? (BM Subtitles)

Uploaded by on 3 Jun 2009

Malaysia News

The development of Anti-Lynas campaign from this TV2 program recorded in year 2009 till November 2011:

The development of Anti-Lynas campaign till November 2011:

– Andan Rabu is currently chairman for both Stop Lynas Coalition (SLC) cum Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR)

– Siew Fook Chan the person in charge of Kuantan Concern Citizen in year 2009 is currently PKR Kuantan division deputy chairman cum Stop Lynas Coalition (SLC) committee

– Kuantan MP YB Fuziah Salleh who has started the Anti-Lynas Campaign since year 2008, but not seen in the video clip is currently PKR vice-president, PKR Kuantan division chairman and Stop Lynas Coalition (SLC) executive advisor

Extract of Handsard – PKR Kuantan MP Fuziah Salleh Debates Lynas Issues In Parliament On 18th November 2008

Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas
Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas

DR. 18.11.2008
1144

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Butiran 060200 adalah dirujuk. Komitmen dari pihak kementerian untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih, selamat, sihat, produktif dan tidak dicemari amat dihargai kerana alam ini merupakan anugerah kita terhadap anak-anak cucu kita dan generasi akan datang. Keprihatinan pihak kementerian berkenaan pembangunan lestari mesti diterjemahkan dalam bentuk keputusan-keputusan yang tegas dan komited. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkenaan tindakan Jabatan Alam Sekitar Pahang yang telah meluluskan lesen kepada Lynas Corporation Malaysia Sdn. Bhd. untuk membina satu Advanced Material Plant dengan izin Tuan Pengerusi di Pusat Industri Gebeng di Kuantan pada awal tahun ini.

Tuan Pengerusi, Lynas Corporation Ltd. merupakan syarikat asing yang melaburkan?RM1 bilion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproses lanthanide iaitu nama saintifik bagi rare earth di Gebeng, Kuantan. Kawasan yang seluas lebih daripada 100 hektar di kawasan perindustrian Gebeng, di peringkat permulaan sudah pun dikenal pasti di mana operasinya akan bermula pada September 2009. Lanthanide digunakan sebagai pemangkin untuk pembuatan mentol lampu, jimat tenaga serta bateri kering. Ia juga digunakan dalam pemprosesan banyak lagi produk teknologi moden. Bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas Corporation Ltd di Pergunungan Weld iaitu Mount Weld di New South Wales, Australia sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 bilion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama.

Saya ingin membawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini bahawa elemen-elemen rare earth ini sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah mahupun sederhana. Oleh kerana itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya. Ini secara jelas menunjukkan bahawa operasi pemprosesan rare earth ini, Tuan Pengerusi melibatkan penggunaan serta penghasilan sisa radioaktif.

Di negara China dan India, proses seperti ini begitu terkawal aktivitinya. Walau bagaimanapun negara China sudah mula memberhentikan industri berbahaya ini dengan cara memperketat regulasi yang secara tidak langsung memaksa keluar industri ini keluar industri ini dari negara mereka. Tujuannya bagi menjamin alam sekitar yang sihat kepada penduduknya.

Proses seperti ini memerlukan satu sistem pengurusan yang rapi khususnya pengurusan sisa?radio aktif termasuk urusan penyimpanan sisa buangan serta pengangkutannya. Malah lampu kalimantang yang sudah tidak digunakan lagipun termasuk dalam kategori sisa buangan terjadual di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar iaitu Sisa Buangan Terjadual 1989 dan perlu dilupuskan mengikut prosedur bagi menjamin keselamatan dan kesihatan masyarakat serta alam sekitar.

Persoalannya Tuan Pengerusi, mengapa Lynas Corporation Ltd sendiri yang sebelum ini beroperasi di negera China terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ini? Kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru? Kenapa mereka terpaksa keluar dari negara China?

Kenapa Lynas Corporation Ltd juga enggan membuat pemprosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia? Kenapa, Tuan Pengerusi? Kita kena tanya hal ini. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini di negara kita? Kenapa negeri Terengganu juga telah menolak untuk diadakan projek ini di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu pada Julai 2007 iaitu selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklum balas dari NGO-NGO?

Akan tetapi pada 24 Ogos 2007, MIDA pula telah mengenal pasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan. Malangnya Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek ini.

Walaupun pihak berkuasa sentiasa mendakwa bahawa mereka sentiasa mengawasi dan memantau operasi industri seperti ini, akan tetapi sejarah hitam industri pemprosesan rare earth?di Malaysia telah pun berlaku sekitar awal 1990-an di Bukit Merah, Perak. Syarikat usaha sama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemprosesan rare earth mesra alam telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekita

Lebih buruk lagi di dalam kes Bukit Merah, sisa buangan yang bersifat radioaktif itu telah dihebahkan kepada penduduk untuk diambil sebagai baja sebagai langkah pelupusan mudah.

Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit. Setelah dengan harga yang cukup mahal iaitu nyawa dan kesihatan.

Tuan Pengerusi, menjadi lumrah syarikat seperti itu menjanjikan bahawa keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Apa yang sering terjadi ialah setelah sedikit lama beroperasi, kemungkinan kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga mungkin tidak lagi menjadi keutamaan.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Minta maaf saya hendak habiskan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar. Kita sudah ada precedence dengan izin Tuan Pengerusi, timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah, Perak di dalam industri yang sama. Tambahan pula di negara kita ini, kita punyai masalah dengan penguatkuasaan. Kita tidak ada masalah dengan undang-undang tetapi kita ada masalah dengan penguatkuasaan. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah hendak buat penguatkuasaan. Saya khuatir, bagaimanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes sisa buangan radioaktif ini.

Bagaimana pula sekiranya ada leakage ataupun kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan? Bukankah ianya akan mencemarkan Sungai Balok dan kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan di Laut China Selatan. Kuantan merupakan pangkalan penangkapan ikan yang terbesar di dalam negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke pasar borong di Selayang yang kemudiannya dihantar ke seluruh pasar-pasar dan ke restoran-restoran di seluruh negara untuk dijadikan hidangan rakyat Malaysia.

Insiden-insiden kes rasuah yang tinggi juga merupakan masalah yang kita hadapi, di mana ianya menambahkan kekhuatiran rakyat berkenaan penguatkuasaan berkesan. Memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa kepada pihak kementerian khususnya kepada Ketua Pengarah? Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, supaya diarahkan diadakan satu Detailed?Environmental Impact Analysis, satu DEIA.

Walaupun ini tidak merupakan syarat untuk meluluskan projek ini, saya menggesa supaya diadakan satu DEIA yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklum balas. Walaupun projek ini saya tahu sudah pun diluluskan, tetapi belum terlambat bagi kita untuk membuat sesuatu. To be doubly sure Tuan Pengerusi dengan izin, tidak rugi sekiranya pihak kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi-bayi di dalam kandungan, dan anak-anak kita di masa hadapan yang terancang tidak boleh kita pergadaikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

1153

1630

Tuan Pengerusi: Dia minta tarikh, tetapkan masa bila.

Datuk Douglas Uggah Embas: Saya tidak ada diary di sini.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tarikh.

Datuk Douglas Uggah Embas: Saya bincang dengan pegawai. Saya dengar Yang

Berhormat Ipoh Barat minta teh tarik. [Dewan riuh][Ketawa]

Yang Berhormat Kuantan telah pun menyentuh mengenai projek oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di Gebeng yang akan memproses lanthanide dari Australia. Jabatan Alam Sekitar telah pun menerima laporan EIA mengenai cadangan kilang ini. Selepas berpuas hati terhadap penilaian mengenai kesan terhadap amalan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan yang akan dilaksanakan laporan EIA telah pun diluluskan dengan syarat-syarat ketat sekiranya kerajaan negeri ingin meluluskan operasi kilang tersebut. Dari aspek radioaktif, pemaju projek perlu mematuhi standard-standard dan syarat-syarat yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Pelesen Tenaga Atom sebagai agensi yang akan melesenkan termasuk kaedah pengendalian sisa-sisa radioaktif.

Yang Berhormat Batang Sadong memohon peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan…

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Mohon penjelasan sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke hadapan lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada mencadangkan tadi supaya diadakan satu detail EIA report kerana memandangkan projek ini terlalu berisiko tinggi dan mengancam nyawa dan kesihatan orang awam. Apabila diadakan satu detail EIA maka dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari. Saya tidak nafikan bahawa satu kajian EIA sudah dilakukan terhadap Lynas Corporation, tetapi memandangkan kita ada satu precedence di Bukit Merah, Perak dan sudah ada pun insiden di mana ada bayi-bayi pramatang, cacat dan sebagainya di Perak. Jadi, kita khuatir perkara ini boleh berlaku sekali lagi di Kuantan, Pahang.

Jadi, saranan saya tadi supaya diadakan satu lagi detail EIA. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat respons terhadap perkara ini. Terima kasih.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih, Yang Berhormat. Memang tadi semasa rehat tengah hari kita pun ada berbincang mengenai perkara ini dan kita akan berbincang dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Kita mohon pendapat daripada mereka mengenai isu sama ada detail EIA diperlukan ataupun tidak.

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Menteri, saya rasa tidak perlu…

Datuk Douglas Uggah Embas: Saya faham.

 

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya rasa tidak perlu consult dengan AELB sebab ini adalah di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri sendiri.

Datuk Douglas Uggah Embas: Ya, ya, tetapi ia…

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Sekiranya Yang Berhormat Menteri ada political?will untuk melaksanakan perkara ini maka arahan ini boleh keluar daripada Ketua Pengarah Kementerian sendiri.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah jawapan yang itu, Yang Berhormat.

Sudah jawab.