KENYATAAN MEDIA

DS ANWAR PROTES LAYANAN PENJARA

Hari ini DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk pendengaran kes qazaf terhadap DS Jamil Khir. Ahli-ahli keluarga, pimpinan KEADILAN dan para penyokong telah hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan serta bersalaman dengan beliau. Namun tidak seperti sebelum ini, hadirin dihalang dari bertemu dengan DS Anwar malah dihalang dari berada di aras di mana pendengaran kes qazaf tersebut diadakan. Ahli-ahli keluarga terdekat beliau juga dihalang dari bertemu DS Anwar.

Namun setelah hampir sejam menunggu tanpa sebarang maklumat dari pihak mahkamah, dan hanya setelah hal ini dibangkitkan dengan pihak keselamatan Penjara Sg Buloh, barulah ahli-ahli keluarga terdekat dibenarkan bertemu DS Anwar untuk seketika.

Sebagai tanda protes layanan pihak berkuasa khususnya pihak penjara termasuk layanan yang diterima sewaktu lawatan ahli-ahli keluarga terdekat beliau sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, DS Anwar telah menyampaikan pesanan berikut:

“Saya datang ke mahkamah untuk perbincangan kes hari ini dengan baju serba putih penjara sebagai tanda protes dengan layanan pihak penjara.”

Sebagai seorang ahli politik kanan yang telah banyak menyumbang kepada negara, DS Anwar tidak patut diberi layanan sebegini. KEADILAN menggesa agar pihak Penjara Sg Buloh dan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi agar lebih prihatin tentang hal ini. Jangan lah terus menzalimi DS Anwar.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

27 Julai 2015

KENYATAAN MEDIA DS Anwar

“Rakyat Malaysia Perlu Bersatu dan Bertekad Untuk Selamatkan Negara Kita”

Berikut adalah perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang disampaikan melalui peguam beliau pada 21 Julai 2015:

“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini.

Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi. Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, yang akan melibatkan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat. Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.”

Fahmi Fadzil Pengarah Komunikasi KEADILAN

“Malaysians Must Come Together, United and Resolved, to Save Our Country”

Datuk Seri Anwar Ibrahim has released this message to the public through his lawyers on 21 July 2015:

“Our country continues in a state of worsening crisis, whilst the BN government remains in denial”

The value of the ringgit is plummeting, whilst corruption and financial scandals have reached levels unprecedented since Merdeka. At this crucial time, Malaysians must come together, united and resolved, to save our country. We are working towards a strengthened coalition which will encompass all progressive forces, including NGOs such as the BERSIH coalition, ABIM, IKRAM and newly formed Gerakan Harapan Baru.

This coming together of a wide range of groups committed to reform and change, will offer a genuine democratic and just alternative to the Rakyat. Let us all put aside all other considerations and differences, and focus upon this great struggle to save Malaysia.”

Fahmi Fadzil KEADILAN Communications Director

Hentikan Pengeksportan Bauksit Bukan Setakat Hentikan Lesen Perlombongan

Saya merujuk kepada Warta Kerajaan Negri Pahang bertarikh 12 July 2015 yang menyatakan bahawa Lesen Melombong Bijih yang di miliki oleh pelombong bauksit akan di tamatkan berkuatkuasa 31 hb July 2015. Menteri Besar Pahang Dato Seri di Raja Adnan Yaakob didalam mengeluarkan arahan tersebut bertindak seolah2 beliau tidak memahami masalah sebenar didalam isu bauksit ini. Senyap sunyi MB sebelum ini didalam isu ini juga memperkukuhkan lagi ketidak percayaan rakyat terhadap kemampuan beliau menyelesaikan segala permasalahan berkaitan bauksit di sekitar kawasan Kuantan.

Tentu sekali MB sedar bahawa aktiviti menjual tanah mengandungi bauksit tidak memerlukan lesen perlombongan. Juga pengangkutan tanah mengangkut bauksit ke pelabuhan hanya memerlukan lesen mengangkut tanah merah (laterite). Aktiviti mengangkut tanah mengandungi bauksit ke pelabuhan akan berterusan walaupun Lesen Perlombongan di hentikan. Ini adalah kerana masih ada ‘demand’ dari negara luar untuk kita mengeksport bauksit. Masih juga ada pembeli yg sanggup membeli tanah dari tuan punya tanah mengandungi bauksit dengan harga yang mahal. Ini semua tidak memerlukan lesen perlombongan.

Masih ada lori yang punyai lesen untuk mengangkut tanah merah tersebut ke pelabuhan, untuk di eksport, kerana lori hanya perlu guna lesen mengangkut tanah merah untuk beroperasi. Maka dengan itu saya gesa Kerajaan Negri Pahang sekiranya mereka benar2 prihatin untuk menyelesaikan masalah bauksit ini supaya menghentikan sementara pengeksportan bauksit sehingga satu penyelesaian optimum di capai.

Menghentikan pengeksportan bauksit, bermaksud tiada ‘demand’ atau permintaan dan secara automatik akan menghentikan ‘supply chain’. Bagi satu Kerajaan Negri yang prihatin, itu lah jalan penyelesaian yang wajib di ambil ketika ini. Hentikan buat sementara pengeksportan bauksit dan kemudian runding dengan semua pemegang taruh melibatkan orang ramai warga Kuantan.

Aktiviti hanya boleh diteruskan apabila ada jalan persetujuan di capai bersama dengan semua pemegang taruh dan semua yang terbabit bersetuju serta berjanji untuk mematuhi perjanjian bersama. Sekiranya tiada penyelesaian secara optimum dapat di capai, maka wajar di hentikan terus lesen pengeksportan bauksit. Saya tidak menentang pembangunan ekonomi buat warga Kuantan akan tetapi segala aktiviti ekonomi tidak wajar merosakkan aktiviti ekonomi yg lain dan paling penting tidak wajar menggugat Alam Sekitar serta seluruh eko sistem melibatkan manusia , binatang dan tumbuh tumbuhan yang hidup di dalam nya.

Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Aidilfitri 1436 H / 2015

image

image

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Marilah kita sama-sama bertahmid dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt di atas kemenangan yang dianugerahkan kepada kita untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Kemenangan ini amat bermakna jika kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan yang terdidik yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada.

Ibadah puasa merupakan satu perjalanan spiritual bagi mentarbiyyah rohani dan juga menguji fizikal. Moga Ramadhan yang telah dilalui, akan menjadikan kita individu yang sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak untuk mencorak sebuah kehidupan bagi generasi masa hadapan.

Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemenangan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan insan-insan yang tidak berkemampuan dan saudara-saudara Islam kita yang terjebak dalam krisis dan peperangan yang mengorbankan jiwa dan nyawa. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang aman di bumi yang bertuah ini. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Bertolak dari sini, sewajarnya Syawal yang menjelang ini membawa makna yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada kita yang makmur, bebas dari sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan sama ada keselamatan diri kita mahupun keluarga di samping dapat meraikan hari-hari kebesaran sebegini dalam keadaan kecukupan dan kelimpahan.

Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing.

Akhir kata, saya dengan rasa rendahan hati bagi pihak diri, suami, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Saya mendoakan agar warga yang pulang ke kampung untuk berhari raya selamat dalam perjalanan menuju ke distinasi masing-masing dan selamat kembali bertugas semula nanti. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan | P083