PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

JANUARY 2009

250 borang ahli baru diterima!

p1180137

Saya dijemput khas oleh PKR Bahagian Panching Utara bagi merasmikan pembukaan cawangan baru Bahagian Panching Utara pada 18 Januari lepas, sebaik sahaja pulang dari kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sehari sebelumnya. Sebanyak 250 borang orang ahli baru telah diserahkan kepada Dato Fauzi Abd Rahman, Ketua Perhubungan Negeri Pahang yang dijemput khas pada majlis ini. Turut hadir sama adalah Ketua Bahagian Panching Utara, Pak Abu Kassim, Ketua Penerangan PKR Negeri, Hj Suhaimi, Ketua PAS Panching Utara dan Ketua PAS Panching Selatan, Hj Mas’ud Abd Rahman. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang ini juga menarik minat 2 orang SB untuk berada bersama dikalangan tetamu. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk kami dan minum petang bersama.

p1180125 p1180146

p11801261

Tahniah YB Wahid!

Tahniah diucapkan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut kerana memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, P036 apabila mendapat majoriti 2,631 undi.

p036

Sumber dari malaysiakini.com

15 Jan 09 – Setibanya di Kuala Terengganu di sebelah petang, terus ke program sumbangan kepada orang miskin dan fakir anjuran Wanita KeADILan bersama Ahli Parlimen dan Exco Wanita yang lain

p1150410 p1150422

Disebelah malam pula berceramah di dua markas di DUN Bandar.

p1150444 p1150467

p1160471

p1160482 p1160501

p1160493

p1160486

p1170002 p1170012 p1170062

p1170047

Sidang Khas Parlimen Hari Ini

Sidang khas Parlimen berkaitan isu serangan Israel ke atas Gaza akan diadakan hari ini setelah PM Abdullah Ahmad Badawi menerima cadangan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Butiran seperti berikut:

11 Januari 2009, Isnin

2.30 petang

Dewan Rakyat

Kata mereka :- Terima kasih..

“Sudah 17 tahun jalan berlubang-lubang dan tak berturap.  Tapi sekarang dah selesai dalam masa 2 bulan. Terima kasih lah…” Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh salah seorang penduduk di Lorong Bukit Setongkol antara perumahan lot 2153 dan 21051. Pusat Khidmat kami telah menerima aduan tentang kawasan tersebut yang seperti “NO MAN’S LAND.” Penduduk telah mengadu kepada semua wakil rakyat, ADUN & Ahli Parlimen, sebelum ini akan tetapi tiada tindakan telah diambil dan perkara ini telah berterusan selama 17 tahun.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan di atas tindakan segera yang diambil setelah saya sendiri menghubungi MPK pada  November 2008. Kini penduduk di sekitar mendapat kemudahan yang selama ini di tunggu-tunggu. Alhamdulillah keceriaan diwajah mereka sudah mencukupi buat saya..

p1040260

pa250093 p1040264

CONSULTATIONS WITH POLITICAL PARTIES IN ALGIERS

Up till now, I’ve worked with 5 out of 6 political parties, both from the ruling coalition as well as from the opposition. Basically the issues raised by the women from the various parties are similar with regards to organisation of women’s work, leadership training for women as well as working on coalitions. Emel seated on my right (and pictured with me in the city centre) is the intepreter. She’s a journalist and has been very helpful. Soulef on my left is the NDI consultant who’s currently with UNDP. Both of them   has been terrific in ensuring that my messages are understood properly by the women. This is because they speak mainly French and Arabic. Overall the experience has been very enriching for me.

500 ahli UMNO masuk PKR

Laporan oleh JZ

p1030225

Seramai 500 org ahli UMNO Paya Besar telah nekad keluar parti pada 1 Januari lalu dan membuat keputusan untuk bersama KeADILan. Hal ini diakui dan dimaklumkan oleh bekas Jawatankuasa Pemuda  UMNO Bahagian Paya Besar, En Ahmad Safian B Abd Jalil pada 3 Januari lalu di Panching Selatan dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Dato Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang dan YB Hjh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan.

En Saiful Bahrain Abd Jalil, Ketua AMK Paya Besar pula berkata AMK menyambut baik kemasukan beramai-ramai ini bagi menguatkan lagi jentera dalam meneruskan perjuangan parti.

Ini menunjukkan bahawa ahli UMNO sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap apa yang diperjuangkan kini.

Moga dengan bertambahnya ahli PKR di Pahang, menambahkan kekuatan perjuangan parti dalam misi menawan Pahang pada pilihanraya akan datang!

Tahniah kepada Azmin!

Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan bahawa Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali tidak bersalah. Cubaan Peguam Negara yang merayu supaya Azmin dipenjara 18 bulan ditolak mahkamah. Tahniah kepada Azmin!

Salam dari Algeria

Dimaklumkan bahawa saya kini berada di Algeria dari 5 hingga 13 Januari 2009. Saya dijemput sebagai political consultant kepada parti-parti politik di sini melalui NDI untuk mengendalikan Latihan Kepimpinan dan Pembangunan Kapasiti untuk para  pemimpin politik wanita.

I’ve been asked to train both ruling as well as opposition parties. Will be back the last 3 days of Kuala Terenggany by election insyaAllah.

Kuantan dilanda banjir

Laporan oleh JZ

Sehingga semalam, Ahad 4 Januari 2009 dilaporkan seramai 2,921 mangsa daripada 553 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan yang melibatkan enam daerah di Pahang. Daerah yang dilanda banjir adalah Kuantan, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Pekan dan Maran.Maklumat ini telah dilaporkan oleh Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Pahang.

Daripada jumlah itu, Kuantan mencatatkan angka tertinggi iaitu seramai 1,753 mangsa daripada 387 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan.Antara kawasan yang terlibat adalah Sungai Lembing,Panching, Jaya Gading, Kampung Pahang, Cendering, Kampung Jawa, Taman Tas dan Gambang.

p1030267Sebaik dilaporkan oleh pegawai khas YB Fuziah, En Zainurin Mohd Noor atau dikenali sebagai Pok Ja berkenaan banjir yang melanda kawasan DUN Inderapura iaitu Kampung Pahang dan Kempadang Makmur, YB Fuziah Salleh telah bergegas ke tempat kejadian pada malam 3 Januari 2009 sebaik sahaja tamat bermesyuarat di pejabat beliau di Jalan Beserah.

Beliau yang ditemani oleh lebih kurang 15 org AJK Bahagian PKR Kuantan dan Wanita Bahagian Kuantan telah melawat Kempadang Makmur yang dinaiki air sekitar jam 11 malam. Ketika ini air telah surut dan hujan renyai-renyai. Hujan turun dengan lebatnya selama dua hari berturut-turut sebelum ini mengakibatkan air naik ke kawasan yang rendah dan kawasan yang mempunyai masalah saliran longkang dan perparitan. Seperti yang dialami oleh penduduk Kempadang Makmur di Lorong 14 ini, saliran longkang yang tidak baik mendatangkan musibah kepada penduduk kawasan ini.

Selepas itu, YB telah melawat penempatan sementara 4 keluarga p10302962di Kampung Pahang yang dinaiki air. Ketua kampung dan beberapa orang wakil kampung yang berjaga menyambut baik kedatangan YB dan rombongan beliau untuk bertanyakan keadaan semasa dan memberikan sedikit sumbangan makanan kepada mangsa banjir ini.

Sebelum beliau bertolak ke Kuala Lumpur semalam, beliau juga sempat singgah ke pusat pemindahan banjir di Sek Men Keb Gudang Rasau. Ketika itu seramai 63 keluarga iaitu 285org yang berada disitu. YB disambut oleh Ketua kampung En Hanif dan JKKK yang bertugas ketika itu.

p1030269 p1030287

p10302991 p1030302

Pelbagai bantuan sedang dilakukan oleh PKR Bahagian Kuantan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kuantan terutama dari segi bekalan makanan, pampers bayi dan pakaian. Sebarang bentuk bantuan dari orang ramai diterima di Pusat Khidmat KeADILan Kuantan di Jalan Beserah untuk diagihkan kepada mangsa banjir, terutama bagi kes terpencil yang tidak mendapat bantuan oleh pihak-pihak lain.

SELAMAT DATANG 2009

2008 berlalu dan 2009 kini menjelma. Awal Muharram juga baru beberapa hari kita lalui.
Semoga tahun ini membawa pencapaian yang bermakna didalam kehidupan kita. Juga semoga semangat Hijrah dalam erti kata sebenar dapat kita hayati bersama.

Izinkan saya kongsi satu ucapan yang saya terima yang cukup bermakna dari seorang warga Kuantan. Semoga menjadi peringatan

” Sometimes Allah breaks our spirit to save our Soul, Sometimes HE breaks our heart to make us Whole,  Sometimes HE sends  us pain so that we can be Stronger,  Sometimes HE sends us failure so that we can be Humble,  Sometimes HE sends us illness, so we can take better care of ourselves.  Sometimes,  HE takes “EVERYTHING” away from us so we can learn the value of  “EVERYTHING” we have…..

Selamat Tahun Baru Hijrah & Masehi

PERUTUSAN TAHUN BARU KETUA UMUM & PRESIDEN

PERUTUSAN TAHUN BARU 2009

31 Disember 2008

Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.

Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah  digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.

Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.

Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri   juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Selamat Tahun Baru 2009
ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *