DECEMBER 2008

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN MENGECAM SERANGAN KEATAS GAZA

PRESS STATEMENT
Dr Syed Husin Ali
Deputy President
Kuala Lumpur,
29 November 2008 – 1 Muharram 1430 H

Israel’s barbaric air raid on Gaza on the eve of the Muslim new year underlines yet again the nature of the Zionist state which continues to show its pretentious commitment at negotiation tables, at the same time indulging in an orgy of killings and destructions.

State terrorism remains Israel’s favourite policy and it will continue for as long as the international community, particularly Israel’s Western allies, show no qualms of endorsing and supporting its cowardly acts on innocent civilians.

Let us remember that the massacre comes a few days before president-elect Barrack Obama takes over from George Bush, whose administration and policy have exacerbated the situation in the Middle East and encouraged the Israeli Defence Force into committing more crimes against humanity. One suspects that this is an attempt by Tel Aviv to test how strong an ally is the new US administration, which has been hailed by many — rightly or wrongly — as a welcome change after a long period of hawkish US military adventurism.

Parti Keadilan Rakyat, while joining people around the world in condemning this latest act of state terrorism, urges governments to do the same and show solidarity with the suffering Palestinian people.

Parti Keadilan Rakyat also calls on all Malaysian political parties to support a motion in Parliament condemning the latest killings to show the country’s unified stance against state terrorism and illegal occupation. It is unfortunate that the deputy speaker of the Parliament denied such a motion on November 26, saying it was ‘not urgent’, despite getting the support of both sides of the Dewan Rakyat.

It has become a routine for the Zionist to display their obscene military might during every important celebration. This time, it happened just after Christmas, when Muslims observe the first day of the year 1430 of the Islamic calendar and the beginning of Muharram, one of the four sacred months in Islam.

On this occasion, we urge Malaysians to pray for all the oppressed peoples of the world and hope there will be more careful and informed decisions on the part of powerful leaders, so that sanity and humanity can return to the Occupied Territories.

Program “Back to School”

pc25025125 Disember lalu, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan telah mengadakan Program “Back to School” kepada hampir 200 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak yatim dan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Kuantan. Sumbangan peralatan dan pakaian sekolah telah disampaikan oleh YB Fuziah Salleh dalam program yang berlangsung hampir dua jam itu.

Tetamu dan penerima yang hadir adalah diluar jangkaan. Sambutan terhadap program ini sangat menggalakkan. Pihak penganjur pc2501811berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama wakil setiap kawasan di Parlimen Kuantan yang bersama mengenalpasti dan membolehkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini menerima sumbangan bagi mengurangkan beban keluarga mereka untuk meneruskan persekolahan. pc250186

pc250183

 

Concerned Citizen of Kuantan Group

25 Dec 2008 updated

pc2202651

Isnin lalu, satu perjumpaan dan diskusi berkenaan langkah yang sewajarnya diambil oleh masyarakat yang prihatin terhadap aktiviti berbahaya oleh Lynas Corp yang menghasilkan bahan tercemar beradioaktif (Rare Earth). Lebih kurang 20 orang telah hadir yang terdiri dikalangan profesional dan NGO di sekitar Kuantan dari pelbagai kaum yang bersatu hati dalam isu ini.

pc2202701

Hampir dua jam setengah diskusi ini dijalankan dan jawatankuasa telah ditubuhkan bagi memastikan cadangan langkah yang perlu diambil akan terlaksana. YB Fuziah Salleh berterima kasih kepada yang hadir dan gembira melihatkan respon yang hadir begitu mengujakan dalam membincangkan permasalahan ini. Namun, apa yang telah dibincangkan merupakan cadangan penyelesaian terhadap isu ini.

Memo kepada SU MPK

pc2202611 Saya telah menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) semalam berkenaan cadangan penambahbaikan Pasar Borong Kuantan yang didapati tidak diselenggara dengan baik dan ahli majlis tidak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya. Para peniaga mengadu kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuantan sejak Oktober lalu. Kemudian saya telah mengadakan lawatan pada 8 November lepas kerana tiada tindakan diambil.  Namun, setelah kunjungan saya pihak MPK telah mengadakan dialog dengan Persatuan Peniaga Pasar Borong pada 16 Disember baru-baru ini.

Antara 3 perkara utama yang dikenalpasti agar pihak MPK mengambil langkah segera ialah:

  1. Mengadakan pembahagi simen antara tapak jualan makanan basah dan kering
  2. Memastikan sistem saliran longkang yang baik
  3. Menguatkuasaan terhadap peniaga untuk memastikan makanan/jualan diletakkan di atas meja/para

Perbahasan Saya : Kementerian Pelajaran

BAHAS BAJET DI PERINGKAT JAWATANKUASA

KEMENTERIAN PELAJARAN

27 nov 2008

Terima Kasih Dato Pengerusi,

Saya turut mengambil bahagian di dalam bahas belanjawan bagi Kementerian Pelajaran

Butiran 020000 & 020100  adalah dirujuk

(Pengurusan Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

Dato Pengerusi

Objektif  Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan ialah:

Menentukan semua rakyat Malaysia layak menerima pendidikan terbaik selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, berdisiplin dan bertanggungjawab

Dato Pengerusi,

  • Pembentukan nilai murni  dan pembentukan  syaksiah didalam diri seseorang berlaku diperingkat awal didalam kehidupan seseorang insan.
  • Malah tatkala seseorang pelajar itu meninggalkan alam persekolahan rendah, sudah pun terbentuk sebahagian besar(lebih kurang 70%) daripada sistem nilai, tabiat dan keperibadian didalam dirinya.
  • Dari segi penggunaan masa harian seorang pelajar pula – lebih kurang 30 % dari masa dalam sehari dihabiskan di sekolah, lagi 30 % dengan persekitaran dan keluarga, dan lagi 30% untuk berehat dan tidur
  • Ini bermaksud ‘prime time’ atau masa puncak yang dihabiskan seseorang pelajar ialah disekolah, berbanding dengan di luar waktu persekolahan, dimana masa pelajar selalunya dihabiskan bersama keluarga, membuat kerja rumah, kelas tuisyen dan aktiviti riadah.
  • Maka jelas sistem Pendidikan kita merupakan penyumbang besar terhadap kualiti pembentukan generasi akan datang.
  • Saya ingin menyentuh berkenaan dengan kualiti pelajar yang dihasilkan hasil dari system pendidikan kita.
  • Sebagai pemimpin-pemimpin Negara, tanggungjawab kita terhadap individu-individu yang bakal mengambil alih tugas-tugas kepimpinan Negara amat besar sekali.
  • Sistem pendidikan Negara mesti mampu melahirkan individu yang seimbang, sihat jasmaninya,  stabil emosinya, kuat semangat dan rohaninya,  berpegang teguh kepada  nilai2 murni, dan mampu pula menterjemahkan  nilai tersebut didalam bentuk tingkah laku, punyai ciri kepimpinan yang kukuh, disamping kemampuan berfikir secara kritikal, kreatif dan konstruktif
  • Saya yakin pihak kementerian bersetuju dengan matlamat yang di gariskan ini, namun apabila kita bandingkan output, produk, atau hasil dari system pendidikan kita, ianya tidak dapat kita ukur dari kesemua aspek-aspek diatas.
  • Output system pendidikan kita terlalu berat memberi penekanan kepada ukuran aspek akademik. Kementerian sering mengukur kejayaan dengan kejayaan akademik sahaja, dan kurang atau tiada penekanan kepada mengukur aspek yang lain-lain diatas. Saya tidak dengar pihak Menteri bercakap tentang  pencapaian pelajar dari aspek yang lain-lain ini
  • Saya yakin bahawa proses untuk melahirkan individu yang cemerlang ini sedang dilalui didalam system pendidikan kita dan juga saya tidak nafikan bahawa aspek-aspek lain ini susah untuk diukur, akan tetapi ianya tidak seharusnya menjadi alasan.
  • Untuk bergerak ketahap Negara maju kita mesti mampu berganjak dari aspek pencapaian akademik semata kepada aspek pembangunan insan ini. Pihak Kementerian mesti mampu juga mewartakan kepada umum berkenaan pencapaian aspek-aspek lain . Tidak cukup bermakna dengan pihak Kementerian mengumumkan berkenaan berapa % pelajar yang dapat 5A dalm UPSR, 9A dalam PMR dan juga deretan A dalam SPM, sekiranya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR tidak menghormati orang dewasa, tidak guna juga peningkatan bilangan pelajar yang dapat 9A PMR sekiranya kita juga mendapati bahawa  deliquensi juvena  meningakat, Kita dapati Pelajar menumbuk guru, pelajar merogol dan terlibat dalam aktiviti maksiat. Ada pelajar sekolah menengah yang didapati ditangkap dalam bilik hotel dalam aktiviti yang mencurigakan.
  • Bagaimanakah kita mengukur pencapaian tahap tanggungjawab, tahap disiplin dan tahap kepimpinan?  Pihak Kementerian mesti kenalpasti ‘deliverables’ dalam diri pelajar disamping menggariskan agenda pelaksanaan.
  • Begitu juga ‘deliverables’ pengajaran sains dan matematiks dalam bahasa Inggeris. Adakah kayu ukur pihak Kementerian setakat pelajar boleh menjawab soalan UPSR dalam bahasa Inggeris atau adakah kayu ukur sebenarnya ialah  pelajar mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris? Adakah pihak Kementerian berpuas hati dengan pelajar yang dapat bertutur 1+1=2 dalam bahasa Inggeris? Ataupun boleh menyebut punca kuasa dua (a+2b=4ac) kedalam Bahasa Inggeris
  • Mungkinkah pelajar yang boleh bertutur bahasa sains dan matematiks dalam bahasa Inggeris tadi mampu pula berbicara dalam konteks membina hubungan sesama insan yang melibatkan resolusi konflik dan etika menangani perbezaan pendapat? Pengajaran Bahasa Inggeris seharusnya mempunyai kayu ukur penguasaan bahasa tersebut sebagai alat komunikasi. Kerana kecemerlangan dibidang sains dan teknikal selalunya tidak diukur melalui kemampuan bahasa akan tetapi kemampuan menggarap konsep. Sebab itulah Negara Taiwan Korea dan Cina mampu mengeluarkan jurnal saintifik bertaraf dunia, dengan   menggunakan bahasa ibunda mereka.
  • Apabila dapat diimbangi pencapaian tahap akademik dan juga pencapaian lain seperti disiplin, tanggungjawab dan tahap kepimpinan, barulah boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan kita mencapai matlamat seperti yang digariskan
  • Pendemokrasian Pendidikan akan memastikan minda tidak terbelenggu dan ianya mestilah diterjemahkan dengan sungguh-sungguh tanpa alasan

Terima Kasih Dato Pengerusi

Ucapan DSAI : RUU Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Sebahagian daripada ucapan DSAI :

“Daripada kenyataan2 ini jelas menunjukkan kuasa yang ada pada Peguam Negara begitu besar yang boleh memutuskan samaada sesuatu kes boleh didakwa atau ditutup. Tidak ada satu badan lain yang bebas bagi menentukan atau mengkaji semula samaada kes-kes sebegini disiasat dengan teliti dan menyeluruh atau ada kolusi diantara mereka untuk menutup kes-kes sebegini kerana yang terlibat adalah Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.”

Baca selanjutnya di muka Dewan Rakyat.

Penduduk Kg Dato Keramat : Kami Terharu..

Laporan oleh JZ

raya_korban

Hari Raya Eidul Adha pada 8 Disember lalu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur oleh penduduk Kampung Dato Keramat di Kampung Selamat apabila inilah merupakan kali pertama selepas 30 tahun tidak menikmati daging korban di kawasan mereka.

Penduduk telah menunggu seawal 8.00 pagi pada Raya Kedua untuk melihat sendiri proses sembelihan seekor lembu korban yang telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Hjh Fuziah Salleh. Beliau turut hadir bersama AMK Bahagian Kuantan dan Wanita PKR Kuantan bagi membantu menyembelih, melapah dan memasak sebahagian daging korban untuk menjamu petugas dan penduduk di situ.

Kanak-kanak mahupun orang dewasa kelihatan gembira dan terharu apabila dapat menikmati daging korban dalam menyahut seruan agama apabila menjelangnya Hari Raya Eidul Adha ini. Penduduk beramai-ramai menjamu selera dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB Fuziah terhadap kebajikan dan keperluan penduduk Kg Dato Keramat.

pc090075 pc090088

pc090082 pc090097

Seterusnya, YB Fuziah ke Surau Medan Warisan yang juga melakukan aktiviti sembelihan lembu korban yang disumbangkan oleh beliau untuk penduduk yang layak di kawasan tersebut. Ramai di antara mereka yang hidup miskin dan susah terutama penduduk setinggan di Tanah Putih (belakang Giant), Medan Warisan dan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Kuantan. Para petugas selepas melapah, telah memasak Nasi Arab untuk menjamah para petugas. Daging korban telah diedarkan kepada penduduk di kawasan yang disebutkan tadi.

Selain itu, majlis penyerahan sumbangan beras juga diadakan di Surau tersebut. Lebih kurang 15 penerima pada bulan ini telah menerima sumbangan beras daripada YB Fuziah Salleh.Ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan oleh Pejabat Parlimen Kuantan dalam membantu penduduk yang memerlukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

pc090110 pc090118

Seterusnya, YB Fuziah telah ke Surau Kg Galing Besar untuk bertemu penduduk dan menyumbangkan telekung untuk kegunaan jamaah surau. Beras juga diberikan kepada beberapa keluarga yang layak di kawasan tersebut sehari sebelumnya.

Pada petang itu juga, penduduk kawasan Inderapura telah menerima pc090168kunjungan YB Fuziah dalam majlis penyerahan sumbangan beras dan agihan daging korban kepada penduduk yang dikenalpasti, yang rata-ratanya merupakan ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai. Lebih 30 orang wakil keluarga telah hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh beliau sebelum majlis penyampaian diadakan.

Di sebelah malam pula, diteruskan dengan jamuan makan sempena Raya Korban di rumah salah seorang AJK Bahagian Kuantan yang  juga  Ketua Cawangan Kempadang, saudara Zainurin. YB Fuziah dijemput menyampaikan ucapan dan amanatnya kepada penduduk serta petugas JDM di kawasan tersebut semasa pilihanraya yang telah hadir sama.

Penduduk Kg Dato Keramat : Kami Terharu..

Laporan oleh JZ

raya_korban

Hari Raya Eidul Adha pada 8 Disember lalu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur oleh penduduk Kampung Dato Keramat di Kampung Selamat apabila inilah merupakan kali pertama selepas 30 tahun tidak menikmati daging korban di kawasan mereka.

Penduduk telah menunggu seawal 8.00 pagi pada Raya Kedua untuk melihat sendiri proses sembelihan seekor lembu korban yang telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Hjh Fuziah Salleh. Beliau turut hadir bersama AMK Bahagian Kuantan dan Wanita PKR Kuantan bagi membantu menyembelih, melapah dan memasak sebahagian daging korban untuk menjamu petugas dan penduduk di situ.

Kanak-kanak mahupun orang dewasa kelihatan gembira dan terharu apabila dapat menikmati daging korban dalam menyahut seruan agama apabila menjelangnya Hari Raya Eidul Adha ini. Penduduk beramai-ramai menjamu selera dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB Fuziah terhadap kebajikan dan keperluan penduduk Kg Dato Keramat.

pc090075 pc090088

pc090082 pc090097

Seterusnya, YB Fuziah ke Surau Medan Warisan yang juga melakukan aktiviti sembelihan lembu korban yang disumbangkan oleh beliau untuk penduduk yang layak di kawasan tersebut. Ramai di antara mereka yang hidup miskin dan susah terutama penduduk setinggan di Tanah Putih (belakang Giant), Medan Warisan dan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Kuantan. Para petugas selepas melapah, telah memasak Nasi Arab untuk menjamah para petugas. Daging korban telah diedarkan kepada penduduk di kawasan yang disebutkan tadi.

Selain itu, majlis penyerahan sumbangan beras juga diadakan di Surau tersebut. Lebih kurang 15 penerima pada bulan ini telah menerima sumbangan beras daripada YB Fuziah Salleh.Ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan oleh Pejabat Parlimen Kuantan dalam membantu penduduk yang memerlukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

pc090110 pc090118

Seterusnya, YB Fuziah telah ke Surau Kg Galing Besar untuk bertemu penduduk dan menyumbangkan telekung untuk kegunaan jamaah surau. Beras juga diberikan kepada beberapa keluarga yang layak di kawasan tersebut sehari sebelumnya.

Pada petang itu juga, penduduk kawasan Inderapura telah menerima pc090168kunjungan YB Fuziah dalam majlis penyerahan sumbangan beras dan agihan daging korban kepada penduduk yang dikenalpasti, yang rata-ratanya merupakan ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai. Lebih 30 orang wakil keluarga telah hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh beliau sebelum majlis penyampaian diadakan.

Di sebelah malam pula, diteruskan dengan jamuan makan sempena Raya Korban di rumah salah seorang AJK Bahagian Kuantan yang  juga  Ketua Cawangan Kempadang, saudara Zainurin. YB Fuziah dijemput menyampaikan ucapan dan amanatnya kepada penduduk serta petugas JDM di kawasan tersebut semasa pilihanraya yang telah hadir sama.

Takziah diucapkan

Takziah diucapkan kepada YB Azan Ismail, sahabat saya Ahli Parlimen Indera Mahkota di atas pemergian ibundanya pada 9 Disember lepas.

Juga kepada keluarga Allahyarham Dato Hj Abdullah Rahmat dan Kamel dari IKIP, Pahang yang meninggal dalam kemalangan jalanraya di Lancang malam tadi.

Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Usul Tergempar Hari Ini

ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali kemukakan Usul Tergempar projek pembangunan lereng bukit di Parlimen pagi tadi dan akan dibahas 4.30 ptg ini.

Training of Trainers di Jugra

Laporan oleh JZ

Pada 2 hingga 4 Disember baru-baru ini, telah diadakan satu Kursus Latihan untuk Pelatih atau Training of Trainers di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor(PULAPES),  khas bagi menyediakan sekumpulan para pelatih yang bersedia melatih sekumpulan manusia bagi objektif yang tertentu untuk mencapai matlamat yang digariskan.

Seramai lebih kurang 40 orang peserta dengan pelbagai latar belakang dan pengalaman telah dipilih bagi mengikuti kursus yang sarat dengan ilmu dan kemahiran bagi seorang pelatih serta bagaimana mengendalikan situasi tertentu apabila sesuatu isu di negeri Pakatan Rakyat  berlaku berlandaskan prinsip Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Manifesto 5 Janji serta Agenda Ekonomi Malaysia.

Kursus yang diketuai oleh YB Fuziah Salleh turut dibantu En Badrul Hisyam di bawah  Biro Latihan telah melihatkan hasilnya apabila diakhir kursus ini, beberapa pelatih telah berjaya dipilih dengan kriteria yang dikehendaki mengikut objektif yang digariskan bagi meneruskan langkah ke arah Malaysia Baru dengan melatih kakitangan kerajaan Pakatan Rakyat dengan nilai-nilai Pentadbiran yang Baik.

pc020131 pc020104

pc040100

pc020161 pc040029

Don’t blame IPPs for energy woes: group
(MALAYSIAKINI)Dec 3, 08 2:24pm
The Association of Independent Power Producers (Penjanabebas) fended off accusations today that its members are to blame for the billions of ringgit ‘wasted’ in paying for the unnecessary excess in energy supply.While energy reserve margins are essential to ensure a reliable supply of electricity, the actual amount of standby capacity is a matter of debate, argued association president Dr Philip Tan in a statement to Malaysiakini.

He said that the final decision as to how much of such reserve energy is needed is best left to the government.

Tan was responding to last week’s report that taxpayers were paying RM8 billion to IPPs for providing unnecessary excess of backup energy.

Last Thursday, Kuantan MP Fuziah Salleh argued that the country needs a reserve energy margin of only 20 percent, instead of the existing 40 percent.

She said that billions of ringgit could have been saved by lowering the reserve energy margin instead of paying IPPs to produce power which is ultimately not used.

Fuziah was responding to Deputy Energy, Water and Communication Minister Joseph Salang, who had revealed in Parliament that state-owned Tenaga Nasional Berhad paid 13 IPPs some RM43 billion for energy, including the reserves, over the past four years.

She urged the government to “stop burdening the people” by reining in the IPPs that she accused of “acting without any accountability.

IPPs: We cannot resolve energy issues alone

However, Tan said reserve margins are essential for “integrated grid system supply reliability and security”, citing the power blackouts in the early 1990s as serving to underscore the importance of having a reliable supply to meet rising demands.

He went on to explain that the magnitude of the reserve margin for a grid system would depend upon “the system size, the availabilities of the power plants, and hydrological inflows to the reservoirs of the hydro power plants as well as the security level of supply planned for the grid system.”

“Some countries choose to have higher reserve margins (70 percent in Singapore) while others may opt for a lower standby capacity,” said Tan.

“While the margin of standby capacity is a source of debate, the association’s stand is that the matter of energy supply versus demand is best left to the authorities entrusted with the planning of such matters,” he added.

On the claim that RM8 billion was being wasted on payments to IPPs, Tan said this and other issues, such as the perceived high tariff rate borne by taxpayers, is not for the association to answer alone.

“While it is convenient to blame the IPPs for the shortcomings in the energy sector, including the perceived high tariff rate, it should be recognised that an industry-wide restructuring may be the best option to address these shortcomings.

“The IPPs, as one of the many players in the sector, cannot by themselves resolve the industry’s issues. It is the collective responsibility of the regulators, industry players and other stakeholders to restructure the industry towards a more sustainable model.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>