PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

NOVEMBER 2008

KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT

11.00am

Kongres PKR 2008 kini sedang brlangsung. Sebentar tadi DS Anwar Ibrahim di iringi masuk dengan sambutan penuh meriah dan juga persembahan Budaya. Antara tetamu khas yang hadir ialah Dato’ Yong Teck Lee, Daniel Tajim, Zaid Ibrahim, YAB Nizar Jamaluddin, YB Lim Kit Siang, YB Husam Musa

Para Pemimpin Pakatan Rakyat, para tetamu, Perwakilan dan Pemerhati kini sedang menunggu Ucapan Dasar Presiden yang akan  bermula sebentar lagi. Sebanyak 1900 Perwakilan berdaftar dan 4000 pemerhati telah hadir

Semalam 28 Nov 2008, Kongres Wanita dan AMK Nasional telah berjalan dengan jayanya.

pb280093 pb280086 pb280081

pb280107 pb280100

pb3000701

pb290186 pb2902011 pb300034 pb300056

Kenyataan Media-Respon kepada Jawapan Timbalan Menteri

27hb. Nov 2008

Timbalan Menteri sebentar tadi mengakui bahawa ada lebihan ‘standby capacity’ akan tetapi enggan bertanggungjawab  dengan memberi alasan bahawa ianya tiada didalam perjanjian PPA

Sikap ini menunjukkan sikap yang sungguh tidak bertanggungjawab pihak Kementerian.

Sekarang ini TNB membayar untuk 140% pengeluaran tenaga dari IPP yang bernilai dekat RM43 billion diantara tahun 2004-Mei 2008. Ini bermaksud lebihan sebanyak RM13 billion (100% ialah RM30billion). Katakanlah IPP beroperasi dengan ‘standby capacity’ sebanyak 20 % sahaja iaitu mengikut aras antarabangsa  sepanjang tempoh ini  sebanyak RM8 billion boleh di jimatkan.(TNB membayar untuk pengeluaran 120% sahaja )

Sebaliknya pihak Timbalan Menteri pula mengatakan bahawa ingin mencari jalan menggunakan lebihan tenaga tersebut sedangkan tenaga bukan merupakan sesuatu yang boleh di masukkan kedalam tabung simpanan. Sementara itu rakyat terus menanggung beban

Pihak Kerajaan sepatutnya tidak membebankan rakyat dengan keadaan ini dimana rakyatlah yang menanggung beban kos tariff elektrik.

Saya gesa pihak Kerajaan lebih bertanggungjawab didalam hal ini dan berhenti membebankan rakyat. Laksanakan satu  Penilaian semula terhadap tingkah laku sesuka hati IPP yang tidak mengikut aras antarabangsa ini, dan hentikan pembayaran lebihan terhadap IPP yang mengeluarkan tenaga berlebihan.

Satu Penilaian Perjanjian PPA mesti dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang dibebankan dengan kos bayaran tariff.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Soalan Tambahan

Setelah mendengar jawapan pihak menteri, berikut merupakan soalan tambahan saya:

“Saya dimaklumkan bahawa Kontrak PPA membenarkan  IPP mengeluarkan tenaga berlebihan atau “standing capacity” dalam 40%, sedangkan aras antarabangsa ialah 15-20%.  Ini bermaksud bahawa TNB menanggung beban membayar tenaga tambahan ini, berjumlah berbillion ringgit setahun, yang kemudiannya dibebankan pula keatas rakyat. Soalan saya ialah adakah pihak Kerajaan bertujuan mengadakan penilaian semula terhadap perjanjian PPA. Sekiranya Ya, Bila?”

Terima Kasih

JAWAPAN MENTERI TERHADAP SOALAN TAMBAHAN

Didalam jawapannya Menteri mengakui bahawa  “standing capacity” memang melebihi paras antarabangsa.

Tetapi Menteri mengatakan bahawa tidak ada perancangan untuk menilai semula perjanjian PPA kerana “standing capacity” itu tiada termaktub didalam perjanjian. Sebaliknya Menteri berkata akan mencari jalan untuk menggunakan tenaga tambahan tersebut dimasa hadapan.

Soalan NO 4 hari ini 27 Nov 2008

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 untuk membayar kepada TNB ; dan

(b) berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh TNB untuk membayar kepada pembekal-pembekal jana kuasa swasta terutama YTL dan Malakoff dalam tahun-tahun  yang sama di atas.

JAWAPAN MENTERI

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan tidak membuat sebarang bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun-tahun yang di nyatakan.

Jumlah pembayaran yan tlah di keluarkan oleh TNB kepada pembekal-pembekal jana kuasa bebas bagi tahun 2004,2005,2006,2007 dan sehingga Mei 2008 adalah sebanyak RM42,919 juta. Jumlah ini melibatkan 13 penjana bebas diseluruh negara. Daripada jumlah tersebut pula, jumlah bayaran yang telah di keluarkan kepada YTL adalah sebanyak RM5,358juta dan kepada Malakoff sebanyak RM14,934.

Usul Gaza ditolak, BN-Pakatan Rakyat sepakat kutuk Zionis

Petikan mstar online (Arifuddin Ishak)

KUALA LUMPUR: 26 Nov 2008 Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Bagaimanapun keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat yang beranggapan bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Speaker Ronald memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangun dan meminta Speaker mempertimbangkan semula keputusan beliau itu kerana ia melibatkan kepentingan oarng awam yang dianiaya.

“Saya merayu usul yang sebaik ini perlu dibahaskan kerana melibatkan kepentingan orang awam di Gaza, mereka kebuluran atas kekejaman Zionis.

“Biarlah Parlimen Malaysia melahirkan satu keputusan bagi mengutuk kekejaman ini,” katanya.

Selepas itu Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) bangun bagi menyokong usul yang dibawa itu.

“Saya mewakili rakan-rakan di sebelah sini menyokong penuh usul ini untuk dibincangkan dan dibahaskan.

“Jika hanya dibuat (bantahan) oleh Wisma Putra sahaja itu tak berapa serius, kita mahu Parlimen Malaysia menjadi medan untuk menyatakan (pendirian) bahawa kita tak mengenal parti politik sama ada di sebelah sana (kerajaan) atau sebelah sini (pembangkang),” katanya.

Bagaimanapun Ronald menjelaskan bahawa ahli Dewan masih berpeluang untuk membahaskan mengenai perkara ini apabila tibanya giliran perbahasan bagi Kementerian Luar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) turut memohon pertimbangan semula bagi membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

“Pada hemat saya ini adalah kesempatan yang cukup baik menunjukkan ada isu-isu penting yang boleh diputuskan bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

“Kita faham Kementerian Luar telah nyatakan pendirian, tapi bezanya ia bukan lagi sikap atau pendirian satu kementerian jika ia melibatkan Parlimen yang didokong oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah beliau pendirian yang dinyatakan oleh kementerian dan Parlimen adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai impak yang berlainan.

Bagaimanapun Ronald berkata keputusan beliau itu adalah muktamad setelah meneliti bahawa tindakan Kementerian Luar adalah cukup memadai bagi mewakili kerajaan Malaysia yang sensitif dengan isu kekejaman yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada 21 November lalu menyatakan bahawa Malaysia mendesak masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar bertindak bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Malaysia juga mendesak Majlis Keselamatan PBB mengetepikan perbezaan politik dan ideologi di atas nama perikemanusiaan dan menyelamatkan penduduk Gaza terutama kaum wanita dan kanak-kanak daripada tindakan agresif rejim Zionis.

Turun Padang sambil beri penerangan risiko ‘Rare-Earth’

Ahad lepas pasukan kami telah turun melawat ke Pasar Pagi Kg Jawa, yang merupakan salah satu tempat yang kerap saya kunjung apabila berada di Kuantan, memandangkan pelbagai pemasalahan yang telah diutarakan peniaga disitu sebelum ini. Pasar ini terdiri daripada peniaga-peniaga Cina dan sebahagian peniaga Melayu yang menjalankan rutin harian mereka mencari rezeki menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan pakaian. Pengundi di kawasan ini begitu gembira dengan setiap kali kedatangan saya ke tempat mereka. Sambil mendengar pemasalahan mereka, kami turut mengedarkan bahan edaran risiko ‘rare earth’ berkenaan satu ‘Advanced Material Plant’ yang kini sedang dalam binaan di Gebeng oleh satu syarikat milik Australia, yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif apabila ia mula beroperasi tahun depan. Turut diedar ialah teks ucapan bahas saya di Parlimen berkenaan isu tersebut.

pb230005 pb230010 pb230021

BENGKEL & Makan Malam MP, EXCO & ADUN Pakatan Rakyat

p1010055 p1010075

Selasa 18 Nov para MP Pakatan Rakyat telah berkumpul dalam satu bengkel bagi melontarkan idea, berbincang serta bertukar pendapat dalam usaha ke arah  melaksanakan Pentadbiran Berkesan &  Good Governance. Bertempat di De Palma Hotel, Ampang lebih kurang 60 Ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri telah hadir sama dalam majlis itu. Majlis dimulakan dengan acara makan malam, kemudian ucapan dari YB Lim Kit Siang, YB Dato Hj Abdul Hadi Awang dan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya pembentangan daripada wakil Merdeka Centre berkaitan pandangan umum terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di 5 negeri serta isu-isu semasa politik dan ekonomi tanah air. Bengkel seterusnya dijadualkan Selasa 25 Nov 2008

Parliamentary Gender Caucus Meeting

p1010096 p1010078

Mesyuarat Parliamentary Gender Caucus telah diadakan pada 20 Nov 08 lepas di Parlimen bagi membincangkan isu dan agenda memperkasakan wanita di peringkat dasar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Hjh Nancy dan YB Chong Eng telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala AJK lain terdiri daripada saya sendiri, YB Zuraidah Kamaruddin, YB Nurul Izzah, YB Fong  Po Kuan, YB Teo Nie Ching, YB Datuk Chua Soon Bui dan YB Tan Ah Eng. Lenih kurang 2 jam setengah mesyuarat berlangsung dan sidang media diadakan jam 3 ptg di Parlimen berkenaan isu ini.

Irene Fernandez Acquitted

Irene Fernandez, Activist and Supreme Council Member PKR was acquitted of publishing false news over torture and abuse of migrant workers after a 13 year court battle. Congratulations Irene. We’re thankful and very proud of you for standing up to the truth without fear or favour.

THE TRUTH PREVAILS AND WILL CONTINUE TO PREVAIL

Usul Ketua Pembangkang Di Tolak

Baru sebentar tadi Dato Speaker menolak usul yang dibawa melalui peraturan 18(1) dengan alasan bahawa masalah yang dibawa oleh Ketua Pembangkang tidak mendesak

USUL KETUA PEMBANGKANG AKAN DITENTUKAN PAGI INI

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih  FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami  penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang  laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih  Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan. (tamat)
PEJABAT KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

Teks Ucapan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008

Dato Pengerusi,

Saya turut serta di dalam perbahasan diperingkat jawatankuasa bagi KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR.

Butiran 060200 adalah dirujuk

Komitmen dari pihak Kementerian untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih, selamat, sihat, produktif dan tidak dicemari, amat-amat dihargai kerana alam ini merupakan anugerah kita terhadap anak cucu kita dan generasi akan datang.

Keprihatinan pihak Kementerian berkenaan Pembangunan Lestari, mesti diterjemahkan dalam bentuk keputusan-keputusan yang tegas dan komited.

Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian berkenaan tindakan Jabatan Alam Sekitar Pahang yang telah meluluskan lesen kepada Lynas Corporation Malaysia Sdn Bhd untuk membina satu Advanced Material Plant di Pusat Industri Gebeng Kuantan pada awal tahun ini.

Dato Pengerusi,

Lynas Corp Ltd merupakan syarikat asing yang melaburkan RM1 billion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproseslathanides (nama saintifik bagi rare earth) di 72, Jalan Gebeng 1/24, Bandar Industri Gebeng Jaya, Kuantan 26080 Pahang. Kawasan seluas 101.25 hektar di Kawasan Perindustrian Gebeng di peringkat permulaan, di mana operasinya dijangka bermula September 2009.

Lathanides digunakan sebagai pemangkin untuk pembuatan mentol lampu jimat tenaga serta bateri kering. Ianya juga digunakan dalam pemprosesan banyak lagi produk teknologi moden. Bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, (Mt Weld), New South Wales sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 billion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama.

Saya ingin membawa kepada perhatian dewan yang mulia ini bahawa elemen-elemen rare earth ini, sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah mahupun sederhana. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya. Ini secara jelas menunjukkan bahawa, operasi pemprosesan rare earth ini melibatkan penggunaan serta penghasilan sisa radioaktif.

Di negara China dan India, proses seperti ini begitu terkawal aktivitinya. Walaubagaimanapun, China sendiri sudah mula memberhentikan industri-industri merbahaya seperti ini dengan cara memeperketatkan regulasi, yang secara tidak langsung memeksa keluar industri ini dari negera mereka. Tujuannya bagi menjamin alam sekitar yang sihat kepada penduduknya. Proses seperti itu memerlukan satu sistem pengurusan yang rapi khususnya pengurusan sisa radioaktif termasuk urusan penyimpanan sisa buangan serta pengangkutannya.

Malah lampu kalimantang yang sudah tidak digunakan lagi pun, termasuk di dalam kategori sisa buangan terjadual di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Buangan Terjadual) 1989 dan perlu dilupuskan mengikut prosedur bagi menjamin keselamatan dan kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

Persoalannya ialah mengapa Lynas sendiri yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ini, kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru, keluar dari negeri China?

Lynas juga enggan membuat pemprosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kita kena tanya hal ini. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini di negara kita. Kerajaan Negeri Terengganu telah menolak untuk diadakan projek ini di Telok Kalong Kemaman, Terengganu pada bulan  Julai 2007, iaitu selepas mengkaji isu-isu keselamatn yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklumbalas dari NGO-NGO.

Akan tetapi pada 24 Ogos 2007, MIDA pula mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan. Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek ini.

Walaupun pihak berkuasa sentiasa mendakwa bahawa mereka sentiasa mengawasi dan memantau operasi industri seperti itu. Akan tetapi,sejarah hitam industri pemerosesan rare earth di Malaysia telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak. Starikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemerosesan rare earth mesra alam telah gagal mengurus sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Lebih buruk lagi, di dalam kes Bukit Merah sisa buangan yang bersifat radioaktif itu telah dihebahkan kepada penduduk untuk diambil sebagai baja sebagai langkah ‘pelupusan’ mudah. Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit setelah dengan ‘harga’ yang cukup mahal;nyawa dan kesihatan.

Menjadi lumrah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan bahawa keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Apa yang sering terjadi ialah, setelah sedikit lama beroperasi, kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga, mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar.

Kita sudah ada precedence timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah, Perak di dalam industri yang sama.

Tambahan pula di negara kita ini kita punyai masalah dengan penguatkuasaan. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan, saya khuatir, bagaimanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya.

Bagaimana pula sekiranya ada leakage kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan. Bukankah ianya akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan di Laut China Selatan. Kuantan merupakan pangkalan penangkapan ikan yang terbesar di dalam negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar keseluruh pasar-pasar dan ke restoran-restoran negara untuk dijadikan hidangan rakyat Malaysia.

Insiden-insiden kes rasuah yang tinggi juga merupakan masalah yang kita hadapi di mana ianya menambah kekhuatiran rakyat berkenaan penguatkuasaan berkesan.

Memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa kepada pihak Kementerian khususnya Ketua Pengarah Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, supaya mengarahkan supaya diadakan satu kajian DEIA(Detailed Environmental Impact Analysis) yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklumbalas. Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam,‘to be double sure’ , tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi-bayi di dalam kandungan dan anak-anak kita yang terancam tidak boleh dipergadaikan.

Terima kasih, Dato Pengerusi.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Hujung Minggu Bertemu Rakyat

p10100671Saya telah menghadiri Majlis Bersama Penduduk Cina pada Sabtu malam 15 November lepas yang turut dihadiri oleh YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Chang Lih Kang (ADUN Teja) serta tetamu kehormat Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak). Turut hadir YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota). Seramai hampir 200 org penduduk Cina yang telah hadir dan mendengar amanat daripada pimpinan Pakatan Rakyat pada malam itu. Seterusnya saya terus ke Ceramah Perdana di Kg Razali juga berceramah bersama YB Leong Ngah Ngah dan YAB Datuk Seri Nizar.

p1010074 p1010081 p10100872

p1010110 p1010132 p1010104 p1010111

Keesokan harinya, satu Dialog Bersama Penduduk Bandar Baru Kuantan Putri, Kempadang telah diadakan dikawasan perumahan mereka. Mereka mengalami empat permasalahan utama iaitu masalah pembentungan, tiada meter air individu, perumahan Fasa 2 yang terbengkalai p1010142serta tahap keselamatan yang longgar bagi kanak-kanak di kawasan tersebut. Selama lebih kurang dua jam saya berada disitu bersama penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Tn Hj Ahmad Dimin dan SU En Azhar, telah membawa saya melihat sendiri loji pembentungan yang tidak mengikut spesifikasi yang betul sehingga menyebabkan  ia tidak dapat berjalan lancar setiap hari. IWK jga enggan bertanggungjawab keatas loji tersebut oleh sebab spesifikasi yang tidak di tepati. Kesan yang dihadapi penduduk daripada permasalahan ini sangat membimbangkan kerana melibatkan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti hidup penduduk. Saya dapati Air Kumbahan yang tidak dirawat disalurkan semula kedalam longkang-longkang ditaman perumahan. Ini amat-amat membimbangkan kerana air tercemar tersebut akan masuk kesungai dan seterusnya mencemari sungai kita. Begitu juga dengan ketiadaan meter air individu di rumah-rumah, para penduduk di bebankan dengan bil komersial hasil tinggalan pemaju. Sebanyak hampir RM100,000 yang perlu dibayar secara dibahagi diantara 207 buah pemilik rumah. Hal ini telah saya bawa berbincang dengan LKPP Properties, pemilik tanah yang kini bertindak mengambil alih tugas  pemaju perumahan selepas pihak pemaju Citra Pesona Sdn Bhd, melarikan diri dan meninggalkan projek.  Penduduk ucapkan terima kasih diatas bantuan dan perhatian yang telah diberikan oleh Pusat Khidmat KeADILan Kuantan. Para Pegawai Pusat Khidmat memang telah bergegas berjumpa penduduk sebaik sahaj menerima aduan. Malah, saya dimaklumkan sejurus selepas saya melawat kawasan ini, beberapa pihak yang bertanggungjawab telah pun datang untuk menyelesaikan masalah dikawasan perumahan ini.

p1010156 p1010168 p1010137

KEMBALIKAN INTEGRITI SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA

Kenyataan Media

7 November 2008

Merujuk kepada jawapan bertulis oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat semalam, bahawa status 11,842 orang pemilih yang menggunakan kad pengenalan lama masih belum ditentukan statusnya oleh ahli panel SPR kerana kini sedang disemak oleh pihak JPN, penjelasan tersebut sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu sistem perisian seperti SPINTRA yang digunakan.

Jawapan di atas diberikan bagi soalan lisan saya dalam Dewan Rakyat semalam (6 Nov) ke-32, berkenaan ”status dan perkembangan mengenai 11,842  pemilih (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini”.

Sistem rangkaian maklumat SPRINTRA yang diwujudkan oleh SPR sewajarnya memastikan sistem pilihanraya dijalankan dengan telus, adil dan bebas memandangkan belanjawan besar diperuntukan dalam Bajet 2009.

Namun amat mengecewakan kerana SPR yang bertanggungjawab dalam menentukan barisan kepimpinan yang bakal menerajui masa depan Negara ini telah disalahgunakan demi kepentingan sesetengah pihak.

Terdapat bukti kukuh yang didapati di Kuantan menunujukkan bahawa SPR telah melakukan penipuan dengan menggunakan daftar pemilih. Beberapa kes yang melibatkan pemilih  yang berumur melebihi 100 tahun dan yang telah meninggal dunia telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun  2006 akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12  Mac lalu. Kad pengenalan baru diwujudkan seolah-oleh si mati lahir pada 1985, sedangkan berdasarkan kad pengenalan lama beliau lahir pada 1885.

Apakah peruntukan untuk SPR ini wajar diluluskan sedangkan ia masih belum dapat menjamin ketelusan sistem pilihanraya? Sampai bilakah rakyat Malaysia harus melalui penipuan demi penipuan padahalnya sesetengah pihak tertentu yang mendapat habuannya?

Saya menyeru agar integriti SPR dikembalikan supaya dapat bertindak sebagai badan yang bebas, dan bukan lagi menjadi boneka Barisan Nasional dengan mengorbankan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam memacu masa depan Negara.

FUZIAH SALLEH

Ahli Parlimen Kuantan

Dialog di Kg Dato Keramat

Selesai lawatan ke pasar borong, saya meneruskan langkah bertemu rakyat dan mendengar sendiripb070089permasalahan yang dihadapi penduduk Kg Dato Keramat, lanjutan daripada lawatan oleh Pegawai Khas, AJK dan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan sebelum ini. Saya telah mengadakan dialog bersama penduduk, Tok Ampat (Ketua Kampung) dan wakil JKKK yang juga menyatakan bahawa beliau mewakili Jelai Holdings Sdn Bhd iaitu pemaju tanah, bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dihadapi penduduk.

Saya telah mendengar sendiri pengakuan daripada beberapa penduduk kampung yang dikasari dan dilayan secara kurang sopan oleh seorang yang mengatakan bahawa dia adalah JKKK kampung tersebut sedangkan selama ini penduduk kampung tidak pernah melihatnya. Seorang nenek tua turut dilayan secara kasar sebelum ini apabila inginkan penjelasan apabila mereka dipaksa keluar rumah setelah diberi notis dari pemilik tanah. Penduduk turut ditekan apabila ketiadaan suami mereka yang ke laut mencari rezeki. Ini menimbulkan rasa cemas dan bimbang dikalangan suri rumah, warga emas dan ibu tunggal di kawasan ini.

Selama lebih kurang dua jam dialog tersebut berlangsung, satu persetujuan telah dicapai iaitu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang terdiri dari wakil penduduk dan Ketua Kampung  bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh penduduk dan pemilik tanah. Pendirian saya, ialah selagi Rumah Rakyat belum siap di Kg Pak Mahat, maka selama itu, penduduk seharusnya tidak ditekan untuk pindah. Saya meletakkan tanggungjawab keatas Kerajaan Negri untuk memastikan rumah rakyat disiapkan secepat mungkin. Ketua Kampung juga turut bersetuju dengan kenyataan saya bahawa kami tidak ingin penduduk tinggal selamanya di kawsan tersebut memandangkan keadaan rumah yang daif, persekitaran yang tidak terjamin serta perkembangan sosial yang rendah dikawasan seumpama itu yang boleh membantutkan kecemerlangan masa depan anak-anak mereka.

Diakhir perjumpaan, penduduk berpuas hati di atas keprihatinan, gembira dan turut berterima kasih atas perhatian yang telah diberikan. Saya juga telah berhubung dan memaklumkan hal ini kepada YB Dato Menteri Besar Pahang & YB Dato SUK  dalam konteks meminta kerjasama mereka untuk mempercepatkan proses mendapatkan CF bagi perumahan rakyat di Kg Pak Mahat. Tn OCPD juga telah saya hubungi  agar tindakan segera diambil  demi menjamin keselamatan penduduk kampung. Kepentingan rakyat harus dibela oleh semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawabkan!

Sepagi di Pasar Borong

pb070044Sabtu lepas, seawal jam 6.30pg saya telah melawat para peniaga di Pasar Borong Kemunting untuk mendengar permasalahan yang dihadapi serta melihat sendiri keadaan di pasar tersebut setelah mendengar pelbagai aduan dan keluhan sebelum ini. Banyak aduan diterima oleh Pusat Khidmat kami sebelum ini berkaitan kebersihan dan kemudahan di pasar ini, namun beberapa perkara yang ingin saya fokuskan adalah keperluan untuk mengasingkan sektor barangan basah dan kering di mana-mana jua pasar serta tahap kebersihan tapak jualan harus dititik beratkan agar tahap kebersihan dan kualiti sayuran yang kita makan terpelihara. Antara masalah lain adalah rungutan daripada para peniaga berkaitan harga sewa tapak yang mahal dan bil air serta elektrik sedangkan kemudahan tersebut tidak dapat digunakan sebaiknya. Paip air diletakkan di beberapa tempat sahaja, bukan disetiap tapak sewa jualan malah ada yang dikunci dan  tidak dapat menggunakannya. Air terpaksa diangkut ke tempat masing-masing. Tiada kemudahan memunggah barang, tiada pas bulanan diberikan kepada peniaga pasar sedangkan setiap pagi lebih tiga kali mereka keluar masuk kawasan dan mereka terpaksa membayar setiap kali masuk. Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah pun menghantar surat kepada pihak MPK berhubung perkara ini. Sekiranya dua minggu dari tarikh tersebut tiada lagi tindakan yang diambil, saya akan berhubung terus dengan mereka.

pb070007 pb0700221 pb070032

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG BELANJAWAN 2009

Maksud B4

Butiran 010300

Suruhanjaya Pilihanraya

–Teknologi Maklumat

Tan Sri Pengerusi,

Kita dimaklumkan berkenaan system  rangkaian SPR SPRINTRA yang digunapakai SPR untuk membantu memastikan keberkesanan pilihanraya melalui Teknologi Maklumat

Bercakap tentang Sistem Teknologi Maklumat ini, saya igin membawa perhatian ahli-ahli didewan yang mulia ini untuk memastikan bahawa peruntukan belanjawan ini,  digunakan sebenar-benarnya untuk memastikan satu system pilihanraya yang benar-benar telus, adil dan bebas, dan bukan pula di gunakan untuk memasukkan pengundi-pengundi hantu kedalam daftar pemilih, sekaligus mengesahkan status pemilih tersebut. Kerana undang-undang Pilihanraya mengatakan bahawa  daftar pemilih yang telah di gazette, tidak  boleh di pertikai dimahkamah

Ini bukan tuduhan melulu Dato Pengerusi,  Saya boleh buktikan. Saya dapati cukup bukti bahawa  SPR menipu dengan menggunakan daftar pemilih.

Saya ada beberapa kes yang melibatkan pemilih2  yang berumur lebih 100 tahun. Nama2 mereka  telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun  2006. Ketika itu, semua nama-nama pemilih yang sudah mati dikeluarkan dari daftar pemilih.  Akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula kedalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12,

Saya yakin ianya dilakukan dengan sedar. Dan bukan ‘systems error’. Kerana ianya telah pun di keluarkan. PRU 11 nama ada. 2006, dibersihkan, nama hilang, Kemudian PRU12 nama masuk balek.  Nama pemilih tersebut sama seperti sebelum dikeluarkan, akan tetapi diletakkan no ic baru ( seolah-olah pemilih tersebut lahir tahun 1985) di samping no ic lama.  Saya juga ada salinan sijil mati pemilih tersebut.    Bagaimana mungkin perkara ini boleh berlaku, dan ianya bukan kes isolated atau terpinggir.

Tan Sri  Pengerusi,

Apakah kita akan meluluskan peruntukan untuk SPR buat begini ? iaitu untuk tipu rakyat? Peruntukan Perbelanjaan ini ialah untuk menjanjikan Pilihanraya dapat dijalankan dengan bersih, adil dan telus.

Didalam soalan lisan saya pada hari ini pula, Soalan No 32, saya bertanya berkenaan bilangan pemilih seramai11,842  yang menggunakan kad pengenalan lama yang tidak dapat dikeasan  (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004)  masih belum ditentukan statusnya.  Jawapan yang telah di berikan oleh YB Menteri bahawa status 11,842 orang pemilih itu masih belum ditentukan oleh ahli panel SPR. YB Menteri juga memberitahu bahawa senarai tersebut kini sedang di semak status terkininya oleh pihak JPN

Jawapan ini sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu system perisian seperti SPINTRA yang digunakan.

Saya yakin SPR mampu untuk memastikan bahawa ianya menjadi satu badan  yang   punya integriti. Yang penting SPR tidak mengizinkan  dirinya dijadikan boneka dan alat  Barisan Nasional untuk memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya.

Saya yakin SPR boleh gunakan system IT ini untuk kebaikan rakyat sekiranya ada kehendak. ada ‘Political Will’, dengan izin.  Mengapa di Pilihanraya Kecil P044, Permatang Pauh, SPR telah berjaya membersihkan daftar pemilih yang digunakan, dimana lebih 300 nama orang yang mati dalam tempoh awal tahun sehingga jun 2008 telah berjaya di bersihkan nama mereka dari daftar pemilih.

Sekiranya boleh di buat begitu di Permatang Pauh, kenapa tidak mungkin dilakukan untuk daftar pemilih induk?

Saya pohon dewan yang mulia ini untuk sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyelewengan seperti ini tidak berlaku, kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat

Terima Kasih

Penindasan Anak Jati Pahang di Kg Dato Keramat

Laporan oleh Wong MH

Anda mungkin masih ingat tentang kes meruntuhkan rumah setinggan di Plentong Johor.

Kes di Kg Dato Keramat merupakan satu penindasan rakyat miskin yang berlaku di tengah tengah Bandar Kuantan, yang masih menghadapi masalah kemiskinan yang amat ketara. Kampung ini terdiri dari 49 keluarga dengan jumlah penduduk lebih kurang 200 orang.

Wakil dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen telah bergegas ke kawasan untuk beberapa kali penduduk dsc00280Kampung meminta pertolongan kami semasa mereka didatangi satu kumpulan yang mewakili syarikat pemaju untuk memberi notis berpindah secara kasar dan biadap. Mereka langsung tidak menunjukan hormat kepada kaum wanita/ibu-ibu /makcik-makcik di sana. Mereka telah beberapakali pergi ke perkampungan ini memberi notis bersifat amaran dan tomahan kepada penduduk kampung.

Penduduk kampung ini terdiri daripada keluarga miskin dimana terdapat ibu-ibu tunggal dan ramai yang berpendapatan rendah. Kaum lelaki di sine kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan sering ke laut untuk beberapa minggu. Oleh demikian, kumpulan pembuli ini berani mengambil kesempatan ini untuk mengacau keamanan penduduk di sini.

Penduduk kampung cuma berharap pihak kerajaan dapat memberi peruntukan rumah kos rendah kepada mereka supaya mereka dapat berpindah secepat yang mungkin.

Sila ke laman ini untuk melihat rakaman yang te;ah di ambil semalam:

http://www.youtube.com/watch?v=MKnvxa72YHU&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=8ZpotGhE0sw&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=73N4ZZeYJB8&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=Y3sZaegd4yE&feature=channel

CONGRATS OBAMA:US Election

John McCain concedes defeat, and congratulates Democrat Barack Obama for winning the presidental election.

“Bajet Najib” Tidak Sah

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM7 billion dana rangsang ekonomi semalam pb050100adalah tidak sah dan tidak mengikut Peraturan Dewan. Itu berikutan Tuan Speaker yang telah memutuskan bahawa perbahasan diperingkat jawatankuasa  hanya berasaskan bajet asal yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, perbalahan antara Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan telah membuatkan Tuan Speaker menangguhkan perbahasan lebih kurang jam 12.30 petang tadi dan menyambung semula pada jam 2.30 petang. Sejurus selepas itu, Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Khalid Jaafar telah mengadakan sidang media.

US Electoral Watch

pb0400372Saya telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyaksikan perkembangan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pagi tadi di Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan Duta Amerika Syarikat di Malaysia iaitu Mr James R. Keith dan isteri di majlis tersebuat yang dihadiri oleh duta atau perwakilan negara lain,  korporat, para pensyarah universiti malah pelajar serta rakyat Amerika yang menetap di Malaysia. Suasana majlis sangat mengujakan dengan tayangan secara langsung perkembangan keputusan pilihanraya yang dijalankan serta hiasan dewan seperti berada dalam suasana kempen di Amerika.

pb040048 pb040054 pb0400441 pb040051

pb040086 pb040063

Ahli Parlimen Keluar Dewan

pb040019

Hari ini, Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat setelah Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan melayan soalan yang dikemukakan ketika sesi perbahasan penggulungan Rang Undang-undang Bajet 2009.

Turut mengecewakan lagi apabila perangkaan yang dibentangkan adalah berbeza dengan perangkaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bertindak bangun dan keluar dewan setelah sebelum itu, YB Tian Chua (Batu) telah diarahkan keluar dewan oleh Tan Sri Pandikar Amin apabila tetap berkeras mengatakan bahawa bajet yang dibentangkan itu melanggar Perintah Tetap 66(1). Sejurus selepas itu, telah diadakan sidang media berkenaan hal ini di luar dewan.

Pendirian yang diambil oleh Najib yang tidak memberi laluan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapatkan penjelasan mahupun pertanyaan, mendapat tentangan hebat daripada pihak pembangkang dan sikap beliau menunjukkan bahawa 50 tahun pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kepentingan mereka dengan meminggirkan peranan yang seharusnya dimainkan oleh Ahli Parlimen Malaysia.

Hak Warganegara diKembalikan

Seorang warga emas Lee Ah Lan, 62 tahun yang lahir di negara ini telah dinafikan hak kewarganegaraannya dengan mendapat status penduduk tetap sejak lahir lagi, sedangkan abang dan adiknya yang juga lahir di negara ini mendapat status warganegara. Lee Ah Lan menyedari hal ini ketika beliau ingin mamohon paspotnya untuk ke Singapura pada tahun 1973. Sejak 1999 lagi beliau telah memohon agar status didalam kad pengenalannya ditukarkan, namun tiada berita gembira dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Oleh yang demikian, beliau telah mendapatkan bantuan daripada saya, melalui Pusat Khidmat KeADILan Kuantan pada Februari lepas agar kes beliau mendapat perhatian oleh JPN dan kes ini telah mendapat liputan akhbar. Dengan usaha kakitangan dan Pegawai Khas saya, Pn Baini dan Mr Sim pihak JPN telah memproses semula permohonan beliau    dan akhirnya Kerajaan Malaysia telah meluluskan kewarganegaraannya beserta semua hak kerakyatan diberi dengan segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Kegembiraan nyata terserlah diwajah beliau setelah beliau mendapat surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Mohd Abdul Halim bin Muhammad, Pendaftar Besar Wargenegara, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

Seminar Ke Arah 30% Wanita Sebagai Pembuat Keputusan

pa230029

23 Oktober lepas, saya bersama YB Nurul Izzah dan YB Chong Eng telah menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Seminar ini yang melibatkan beberapa sektor pembuat keputusan seperti sektor parlimen, ADUN, kehakiman, jabatan kerajaan, pengajian tinggi serta korporat telah bersama-sama berdiskusi dan bertukar pandangan berkenaan pelan tindakan bagi Kementerian ini serta cadangan dalam penambahbaikan ke atas pelan tersebut.

Tetamu dari Lebanon

Dua orang tetamu Sdri Rima dan Sdri Wafa dari Parti Demokrat di Lebanon telah bertemu dengan Ahli Parlimen wanita Islam Pakatan Rakyat dalam rangka lawatan dan program di Malaysia, dengan kerjasama Muslimat PAS. Bersama saya adalah YB Dr Siti Mariah (Kota Raja), YB Dr Lo’ Lo’ (Titiwangsa), YB Siti Zailah (YB Rantau Panjang), YB Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan YB Zuraidah (Ampang). Kami bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman terutama berkenaan peranan dan kepentingan wanita dalam pentadbiran negara.

Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah

Saya telah dijemput sebagai tetamu khas Majlis Sumbangsih Raudhatus Sakinah pada 2 November lepas di The Saujana Kuala Lumpur. Raudhatus Sakinah (RS) merupakan sebuah pusat lindungan dan bimbingan remaja puteri yang menjadi mangsa kepada masalah sosial hari ini di bawah kendalian Wanita Jamaah Islah Malaysia(WJIM) dan berdaftar dengan Akta Pusat Jagaan 1993 serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Majlis ini mengumpulakan semua keluarga angkat bagi bayi yang lahir di RS sejak 10 tahun penubuhannya. Turut hadir Puan Sri Salbiah, YB Zuraida Kamarudin dan YB Haliza Mohd Talha. Ketua WJIM kini adalah Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj SIraj dan Pengurus RS adlaah Pn Rosmawati Zainal.

Luncheon Talk at Parliament

Satu ‘Luncheon Talk’ telah di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat bertajuk

“The Impact of Global Financial Turmoil to Malaysia”

Guest Speaker:- Dr Lim Teck Ghee

October 29th, 2008

Tujuan Luncheon Talk ini ialah untuk menyiapkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan maklumat dan ilmu yang lebih mendalam berkenaan dengan keadaan Ekonomi Dalam Negara

SEHARUM Pahang

Semalam, Ahad 2 November 2008 telah berlangsung Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia atau singkatannya SEHARUM peringkat Negeri Pahang di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Dengan kehadiran peserta diluar jangkaan, seminar yang berlangsung seharian ini telah memperlihatkan semangat baru dalam misi ke arah pentadbiran negara yang lebih baik. Saya telah dijemput sebagai panel dalam sesi pembentangan bersama panel lain iaitu Dato Fauzi Abdul Rahman, Sdr Mustafa Kamil Ayub dan Sdr Shamsul Iskandar.

Saya bersama Dato Fauzi (tiga dari kiri) dan Sdr Zakaria (empat dari kiri)

sebelum beliau meninggalkan majlis.

Berkongsi Pandangan dari Pembaca

Dibawah merupakan satu komen yang saya bawa dari  ruangan ‘People’s Post’ yang saya ingin kongsi di ruang utama ini dengan pembaca-pembaca blog yang lain kerana saya rasakan bahawa isu ini menjadi isu yang menjadi perhatian ramai pembaca. Semoga dapat membuahkan hasil perbincangan yang sihat dan membina.

Fuziah Salleh

skinasir // October 30, 2008 at 10:46 pm

Assallamualaikum,

Puan Fuziah, apa khabar?

Saya berat nak cakap pasal benda ni. Saya harap Puan ambil perhatian SERIUS mengenai masalah ni. Golongan mak nyah yang mencari “rezeki” di lorong kunyit belakang pub Black Forest!! dari zaman saya belajar kat SMART tahun 1990 sampai sekarang golongan lelaki BERLAGAK pompuan ni masih ader berkeliaran di kawasan itu..!! mana pihak berwajib? adakah MPK tak punya kuasa untuk membersihkan kawasan tersebut..? mana MAIP?… sengaja menbutakan mata..memekakkan telinga?? membutakan hati…?? adakah Puan tidak menyedari masalah ini.. atau Puan juga bersikap seperti mereka-mereka yang saya sebutkan tadi..? Ini bukan masalah kecil.. ini isu akidah,moral yang akan memesongkan lagi anak bangsa MALAYSIA… tolong response.

Terima kasih
Skinasir

Dibawah ialah respons saya kepada skinasir:-

Fuziah Salleh // November 3, 2008 at 1:03 pm

skinasir,
Saya tidak langsung memandang kecil hal ini, malah ini merupakan masalah besar yang melanda ummah
Saya telah pernah pergi berjumpa JAIP berkenaan masalah sosial disekitar Kuantan. Alasan yang diberikan kepada saya ialah tidak cukup kakitangan penguatkuasaan.

Minggu lepas pada 26 oct, saya bertembung dengan YB Dato Shafri, iaitu EXCO Dakwah negri Pahang. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk menyuarakan berkenaan gejala sosial yang melanda kita di Kuantan. Saya juga bertanya apakah beliau tidak memanggil pihak-pihak NGO Islam untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Malah saya sendiri secara sukarela menawarkan diri untuk menghubungi dan mengajak NGO-NGO Islam bersama didalam menangani isu gejala sosial. Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya mampu menjangkau batasan-batasan politik dan sanggup bekerjasama dengan semua pihak demi perjuangan menegakkan agama. Saya lihat pihak Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan besar didalam usaha Nahi Mungkar, dan bukan setakat Amar Maaruf sahaja.

Diperjumpaan tersebut juga YB Dato Shafri nyatakan kesediaan beliau juga untuk bersikap terbuka. dia cadangkan berjumpa bila-bila pada hari rabu, akan tetapi, saya pula terikat dengan sidang dewan Parliamen sehingga hujung tahun

Kini, Saya sedang cuba dapatkan appointment bertemu beliau dalam kadar segera sebaik-baiknya pada hari jumaat semasa tiada sidang dewan.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *