OCTOBER 2008

Anwar court case to be mentioned this morning (31.10.2008)

The sodomy charge against Anwar Ibrahim will be mentioned at Kuala Lumpur Sessions Court, Jalan Duta today (31st Oct) at 9:30am.

Sessions Court judge SM Komathy Suppiah will deliver her decision tomorrow on whether the matter can be moved up to the High Court as applied by the prosecution.

Komathy had allowed Anwar to be released on a personal bond set at RM20,000 without surety after his defence lawyers pleaded for him to be released on personal bond under Section 388 (ii) of the Criminal Procedure Code while the prosecution argued for bail to be set at RM20,000 on 7th August this year.

Earlier this month, Komathy dismissed a preliminary objection raised by the prosecution that she had no choice but to transfer the case to a higher court. Komathy then ruled to hear the merits of an objection raised by Anwar’s legal team against the transfer notice.

Terkini

1. Eurocopter : Timbalan Menteri Pertahanan beritahu Parlimen pembelian dilulus tanpa pemeriksaan fizikal

2. Usul tergempar Dato Seri Anwar Ibrahim akan diputuskan Speaker Isnin depan, 3 November 2008.

Esok, Usul menangguhkan Mesyuarat di Parlimen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan kepada Speaker Dewan Rakyat (SDR) agar Mesyuarat yang sedang berlangsung ditangguhkan.   Sebahagian kandungan permohonan beliau kepada SDR:

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Anwar Bin Ibrahim (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:

“BAHAWA SETELAH MENGAMATI KEPUTUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TERHADAP PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI BERNILAI RM11.31 BILION, PEMBELIAN BANK INTERNASIONAL INDONESIA OLEH MAYBANK BERNILAI RM4.26 BILION DAN PEROLEHAN 12 UNIT HELIKOPTER COUGAR EC725 BERNILAI RM1.679 BILION, SATU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN UNTUK SEGERA MENYIASAT KERAGUAN DAN KEPINCANGAN YANG BERLAKU DAN LAPORAN PENYIASATANNYA DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN.”

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pada 16 September 2008 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion secara tergesa-gesa tanpa proses tender terbuka. Amat tidak munasabah sama sekali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk jalur lebar, sehari sebelum dilantik secara rasmi sebagai Menteri Kewangan, projek High Speed Broadband diluluskan dengan begitu segera dengan harga yang umumnya disifatkan terlalu tinggi tanpa melalui proses tender terbuka yang justeru itu menimbulkan tandatanya umum.

Pada 30 September 2008, Menteri Kewangan juga meluluskan pembelian 56% saham Bank Internasional Indonesia oleh Maybank dengan kos pembelian berjumlah RM4.26 bilion. Pembelian ini adalah tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran wang negara kerana dalam keadaan kemerosotan ekonomi sekarang ini, Maybank membelinya dengan harga lima kali ganda daripada book value.

Pada 15 September 2008, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berpindah daripada Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan, satu Letter of Intent telah dikeluarkan bagi perolehan 12 unit helikopter model Cougar EC725 bernilai RM1.679 bilion. Keputusan perolehan helikopter tersebut dibuat dalam keadaan yang sangat meragukan. Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Oktober 2008 mengumumkan keputusan kerajaan bagi menangguhkan pembelian helicopter tersebut, ia masih belum dapat meredakan kesangsian umum terhadap keputusan awal kerajaan berhubung kelulusan tender perolehan kepada Eurocopter dengan mengenepikan pembida-pembida lain.

Berikutan implikasi kewangan yang melibatkan puluhan bilion wang negara, saya menggesa supaya langkah segera dilakukan melalui Dewan Rakyat untuk menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk tujuan menyiasat pembelian dan perolehan yang sangat meragukan itu yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

Anwar Ibrahim

Rumah Terbuka PAS Kuantan

26 Oktober 2008

Saya bersama AJK Bahagian Kuantan telah bersama sahabat-sahabat seperjuangan PAS merayakan Rumah Terbuka PAS Kuantan.

Meriah di Pantai Kempadang

Sebahagian gambar-gambar sambutan Hari Terbuka Parlimen Kuantan:

Pertandingan mewarna kanak-kanak

Gambar sebelah, Vincent Lee, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia(kiri sekali)

Karim, AJK Bahagian Kuantan dan Shukri(DJ) serta isteri beliau

Ketua AMK Bahagian Kuantan, Hatta (di tengah-tengah) sedang mengedar borang keahlian.

Musical Chair Game yang disertai oleh Ketua Wanita KeADILan Bahagian Kuantan, Puan Hamidah dan AJK beliau serta tetamu wanita lain


Kelihatan ialah ADUN Tras, YB Choong (yang ketiga dari kiri), Sim (AJK KeADILan Bahagian Kuantan), Ram (AJK Perhubungan Negeri Pahang)

Rumah Terbuka Malaysia

Tengahari tadi (25 Oktober) sebelum menjadi Tuan Rumah di Rumah Terbuka Parlimen Kuantan, saya telah memenuhi undangan Rumah Terbuka Malaysia anjuran Kementerian, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan dengan kerjasama Kerajaan Pahang.

Sambutan tersebut telah berlangsung di Sg Isap Perdana, Kuantan.

ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

Daulat Tuanku

Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,

Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena

Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2008

“Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah Takzim daripada:

Seluruh Warga Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan

PAKATAN RAKYAT’s BUDGET BRIEF (Updated)

Pakatan Rakyat : Budget Brief

ADDRESSING UNCERTAINTIES AND

RESTORING CONFIDENCE IN THE ECONOMY

Pakatan Rakyat leaders, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Kamaruddin Jaafar presented the Coalition’s Budget Brief at Bilik Taklimat this morning, 23 October,  after the oral question & answer session in Parliament.

MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN

SARANAN PAKATAN RAKYAT

UNTUK BELANJAWAN 2009

23 OKTOBER 2008

PENDAHULUAN

Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen masih meneruskan perbahasan Belanjawan 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos tahun ini. Saranan kami dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lainnya terhadap Malaysia.

Kepincangan Belanjawan 2009 tampak jelas, bukan sahaja pada jangkaannya tetapi juga preskripsi untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan pada 2008 dan 2009. Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing. Yang lebih menakutkan adalah sikap tidak mahu mengakui (state of denial) ramalan kemuraman ekonomi. Kebanyakan negara maju, yang selama ini menjadi rakan dagang penting ekonomi Malaysia, sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu. Namun para pemimpin kita masih belum atau tidak langsung membuat sebarang kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini.

There is a pressing need for a meaningful exchange of ideas by lawmakers on both sides of the political divide to formulate a more credible budget and a more responsible plan to allocate and spend the money that has been entrusted upon the government by its rightful stewards, the people of Malaysia.

Terdapat keperluan mendesak bagi Ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka belanjawan yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.

Parti pemerintah setakat ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mendepani dialog sebegini. Pandangan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak dibahaskan dengan baik kerana kebanyakan Ahli Dewan Rakyat BN dan para Menterinya tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat. Ini mencerminkan sikap sombong dan ketidakprihatinan terhadap penderitaan rakyat yang hidup menderita akibat kesan dari situasi ekonomi yang tidak menentu.

Kami percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia. Kami mewakili kepentingan mereka dan akan berjuang bersungguh-sungguh untuk menentang korupsi dan kronisme yang telah menjadi sebab utama kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini. Kami akan melaksanakan tugas kami bagi mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab dalam hal ini demi memastikan sumbangan para pembayar cukai dan kekayaan hasil semulajadi negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat dan masa depan negara ini.

SENARIO EKONOMI GLOBAL, CABARAN KEPADA MALAYSIA

1. Ekonomi global kini berdepan ancaman kemelesetan berterusan dan berpanjangan. Terdapat tanda-tanda kegagalan sistem dalam kedua-dua pasaran kewangan serta ekonomi secara keseluruhannya apabila permintaan terhadap bahan asas dan barangan siap semakin menguncup seluruh dunia. Para cendekiawan percaya bahawa walaupun pasaran kewangan mungkin akan meningkat semula dalam masa terdekat, kesannya terhadap pembangunan ekonomi secara keseluruhannya akan berterusan.

  1. Dalam ekonomi global, tidak dapat tidak kesan daripada krisis akan dirasakan seluruh dunia dan di dalam ekonomi berorientasikan eksport seperti Malaysia negara ini perlu melakukan persediaan bagi menghadapi cabaran mendatang.
  1. Kini dalam suku terakhir tahun 2008 data yang ada seakan membuktikan apa yang telah dijangka pada awal tahun ini. Analisis mutakhir Malaysian Institute Economic Research menjangkakan pembangunan akan merencat ke 3.4% pada 2009 dan kemungkinan kemelesetan sebenar berlaku tahun depan perlu difikirkan secara serius. Ini mengesahkan jangkaan para pakar ekonomi antarabangsa dan juga di rantau ini ramalan kerajaan bahawa pertumbuhan negara sebanyak 5.4% boleh dikatakan terlalu optimistik.
  1. Sepanjang penguncupan ekonomi yang telah berlaku pada bulan September dan Oktober, kerajaan hari ini telah secara berterusan menafikan Malaysia akan terkesan walaupun kita sedang menghadapi inflasi tertinggi dalam masa dua dekad akibat kegagalan kerajaan menguruskan subsidi petroleum. Turut membimbangkan adalah aliran pengangguran dan Indeks Komposit BSKL yang menjunam di bawah aras 900 mata.
  1. Kenyataan oleh pihak kerajaan menunjukkan penafian berterusan terhadap realiti dan ini akan mencetuskan rasa selamat yang palsu di kalangan rakyat yang sepatutnya kini mengambil langkah sewajarnya bagi mendepani kesukaran mendatang. Strategi begini akhirnya akan memakan diri, dan menyebabkan negara ini dan kebanyakan dari rakyatnya dalam keadaan menderita.
  1. Belanjawan 2009 yang dicadangkan oleh kerajaan adalah tidak realistik dalam jangkaan pendapatan keseluruhan apabila harga komoditi telah jatuh secara dramatik. Paras perbelanjaan defisit akan semakin bertambah walaupun kami percaya kelompok sasaran untuk perbelanjaan tidak akan memberikan rangsangan secukupnya terhadap ekonomi dalam menghadapi kemungkinan kemelesetan.

7. Tambahan pula pakar secara meluas telah mengkritik bajet ini yang dikatakan walaupun tidak menghukum perniagaan, tetapi pada masa yang sama tidak akan melakukan apa-apa untuk menggalakkan perniagaan. Rancangan ini tidak mempunyai inisiatif berkesan bagi menggalakkan perniagaan kecil mahupun besar, serta tidak mengandungi gagasan besar bagi memperbaiki daya saing Malaysia dalam menghadapi penguncupan ekonomi.

KEGAGALAN KERAJAAN BN DALAM MEMBERI REAKSI

AWAL tERHADAP KRISIS PASARAN

  1. Kerajaan Malaysia berterusan menafikan bahawa negara akan terjejas teruk berikutan kemerosotan pasaran bermula sejak bulan September lalu. Para menteri sering menegaskan kepada umum bahawa asas ekonomi negara kita kukuh dan mampu untuk berhadapan dengan krisis kewangan global terkini. Ironinya hanya Malaysia yang percaya ianya kebal daripada kesan krisis tersebut. Mutakhir ini menteri kewangan mengakui hakikat bahawa Malaysia akan terkesan dari kemelesetan global dan telah menyatakan unjuran KDNK akan diturunkan. Kendatipun begitu beliau mengulangi kenyataan bahawa asas ekonomi masih kukuh dan tidak mungkin negara akan mengalami kemelesetan.
  1. Kegagalan menteri kewangan memahami bahaya situasi ini dapat dilihat dari kemiskinan inisiatif untuk menyemak semula Belanjawan 2009 sebagai reaksi kepada realiti baru pasaran. Apa yang membimbangkan ialah keyakinan beliau bahawa negara ini mampu menanggung peningkatan belanja pengurusan yang besar meskipun pendapatan negara dijangka berkurang.
  1. Kegagalan menanggapi bahaya krisis kewangan global yang akan dihadapi rakyat Malaysia pada tahun 2009 dicerminkan melalui dasar-dasar yang tidak logik, haru-biru dan tidak menentu.
  1. Cadangan menteri kewangan untuk menyuntik RM5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Suntikan 1% ekuiti ke dalam Bursa Malaysia tidak akan memberi sebarang kesan baik kepada pasaran saham. Penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk sebuah syarikat pelaburan persendirian yang kabur hanyalah satu cara untuk mengambil wang rakyat Malaysia bagi menyelamatkan kepentingan minoriti terpilih. Sehingga kini tiada jaminan Kementerian Kewangan berhubung pinjaman KWSP ini dan kadar pulangannya sekurang-kurangnya menyamai dividen KWSP sebanyak 5.8%.
  1. Pengumuman Menteri Kewangan untuk memulihkan persekitaran pelaburan amat kabur. Sebarang program pemulihan persekitaran pelaburan hanya boleh dicapai dengan mengambil langkah positif untuk meyakinkan pelabur luar dengan memastikan polisi berkaitan hak pemilikan ekuiti pelabur, perlaksanaan kontrak, kebebasan kehakiman dan profesionalisme sistem pendakwaan dan penguatkuasaan undang-undang. Langkah yang bercelaru tidak akan mampu untuk menghalang aliran keluar pelaburan dari Malaysia yang sudah pun mencecah angka RM125 billion pada tahun 2008.

CADANGAN PERUNTUKAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT

13. Untuk tahun 2009, Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 bilion berbanding anggaran BN sebanyak RM176 bilion, yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemelesetan global.

  1. Dalam membuat anggaran pendapatan untuk tahun 2009, kami berdasarkan harga komoditi utama:

a) harga minyak mentah (tapis blend) USD80/barrel

b) harga sawit mentah RM1,700/ton

15. Untuk memastikan tanggungjawab fiskal, kami mencadangkan pengurangan 15.5% dalam perbelanjaan mengurus daripada cadangan BN sebanyak RM154 bilion kepada RM129 bilion. Peningkatan 20% dalam perbelanjaan kerajaan seperti yang dicadangkan BN adalah tidak mapan memandangkan kemerosotan pendapatan dan tidak mencerminkan sikap berjimat-cermat ketika negara berhadapan dengan kesukaran ekonomi. Peningkatan mengejut dalam belanjawan kerajaan adalah tanda-tanda pembaziran dan ketidakcekapan. Kita tidak akan mengurangkan gaji. Kita juga menjangkakan penjimatan besar sekitar RM10 bilion dengan mengurangkan rasuah dan melaksanakan tender terbuka untuk perolehan kerajaan.

16. Malaysia telah melaksanakan belanjawan defisit selama 11 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Trend ini akan berterusan pada tahun 2009 untuk mengekalkan aktiviti ekonomi ketika era penguncupan ekonomi walaupun Pakatan Rakyat percaya bahawa belanjawaan itu boleh diseimbangkan pada masa terdekat. Kami menjangkakan defisit belanjawan akan menghampiri 3.0%.

17. Walaupun kami akan mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk memastikan defisit belanjawan berada dalam lingkungan yang dapat diterima kami masih mencadangkan belanjawan rangsangan dan akan memperuntukkan perbelanjaan daripada peruntukan operasi kerajaan kepada projek pembangunan, yang kami percaya memiliki kesan berganda yang tertinggi dalam keseluruhan ekonomi.

18. Pengurangan dan peruntukan semula dalam perbelanjaan akan diperkenalkan:

Perbelanjaan Mengurus:

Perbekalan dan perkhidmatan dikurangkan daripada RM26.5 bilion kepada RM18 bilion dengan menghapuskan pembaziran tanpa menjejaskan usaha menyokong perbekalan produk tempatan. Pengurangan ini adalah konsisten dengan kadar peruntukan pada tahun 2005.

19. Kami telah memilih pendidikan, pengangkutan awam dan perumahan sebagai sektor yang akan memperlihan peningkatan besar dalam perbelanjaan pembangunan kerana kami percaya ia mampu memberikan pulangan dengan cepat dengan lebih banyak kesan berganda dalam usaha memperkuatkan ekonomi pada tahun 2009.

20. Kami juga akan mempercepatkan bayaran kerajaan kepada kontraktor untuk mengurangkan masalah aliran tunai mereka. Pengurangan masa pusing balik akan mempercepatkan pengedaran wang tunai.

Pendidikan – Melabur dalam modal insan

21. Kami mencadangkan peningkatan besar dalam peruntukan untuk pendidikan daripada RM8.4 bilion pada tahun 2008 kepada RM11.86 bilion pada tahun 2009. Peningkatan ini hampir RM2 bilion lebih banyak daripada yang dicadangkan Barisan Nasional.

22. Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan untuk pendidikan bagi memastikan semua sekolah rendah dilengkapkan dengan kemudahan elektrik dan air bersih. Setakat tahun 2006, 10.1% atau 767 sekolah rendah dan 1.4% atau 28 sekolah menengah tidak memiliki bekalan elektrik yang konsisten. Sementara 20% sekolah rendah atau 1,517 dan 3.4% atau 68 buah sekolah menengah tidak mempunyai bekalan air bersih. Peruntukan ini akan membantu banyak sekolah di Sabah dan Sarawak.

23. Selain itu, guru-guru akan diberikan peningkatan gaji purata 20 peratus bagi menarik kalangan yang terbaik untuk menyertai bidang perguruan. Langkah ini akan mengatasi masalah kekurangan guru dan meningkatkan kualiti guru-guru yang mempunyai tanggungjawab besar mendidik anak-anak muda. Peningkatan skala gaji ini dijangka melibatkan kos sebanyak RM200 juta bagi 330,000 guru sekolah rendah dan menengah.

24. Peruntukan khas sebanyak RM10 juta juga akan diberikan bagi menyelesaikan masalah buta huruf yang dihadapi 115,000 atau 7.7 peratus pelajar sekolah rendah.

25. Kami percaya pelaburan yang lebih tinggi untuk R&D tempatan akan merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menghasilkan kumpulan profesional dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat di pasaran tempatan dan global. Perbelanjaan R&D ini perlu dihubungkan dengan sistem universiti tempatan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dalam sistem universiti dan membina kemampuan tempatan dalam inovasi dan keusahawanan.

26. Institusi pendidikan menengah dan rendah akan diperbaiki dengan berbelanja untuk pengajar yang lebih berkelayakan, kemudahan penyelidikan dan pembangunan yang lebih baik, dan peruntukan untuk menggalakkan penyelidikan dalam bidang pertumbuhan utama ekonomi termasuk teknologi, pertanian dan penghasilan tenaga bersih.

Inisiatif Strategik Pengangkutan Awam

27. Pakatan Rakyat menganggap infrastruktur pengangkutan awam merupakan kepentingan untuk pelaburan serta suatu penambahbaikan utama dalam meningkatkan kualiti hidup di bandaraya-bandaraya dan kecekapan zon ekonomi utama. PR akan meningkatkan kualiti infrastruktur pengangkutan negara dengan mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan sektor berkenaan dan menjimatkan kos dengan mempastikan tender terbuka bagi kesemua projek infrastruktur.

  1. Kesesakan lalulintas telah menjadi masalah utama di kawasan bandar yang sesak – Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Satu pelan dasar bagi jaringan landasan “Lingkaran Lembah Klang” akan turut dibangunkan bagi memperbaiki jaringan antara bandar kecil, melepasi kesesakan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kita percaya Lingkaran Tengah Luar Pulau Pinang adalah projek penting untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan merangsang ekonomi Pulau Pinang.
  2. Kami mencadangkan peningkatan besar dalam pembiayaan untuk bas antara bandar di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching sebagai satu langkah penting dalam menjawab masalah kemiskinan / ketidakwujudan perkhidmatan landasan dan kesesakan trafik.
  1. PR juga mendokong polisi untuk memperkukuh dan mewujudkan jaringan pengangkutan awam seluruh negara dengan cara menghubungkan semula bandaraya ‘lama’ seperti Ipoh, Seremban, Melaka dan Alor Star dengan perkhidmatan keretapi yang pantas dan boleh diharapkan.
  1. Sebagai tambahan kita juga akan menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat dengan jaringan keretapi.

Menyokong Pemilikan Perumahan

32. Sektor pembinaan memiliki jaringan dalam dan luar melibatkan 150 sub-sektor dalam ekonomi – daripada pembinaan bangunan, pengeluaran material bangunan, hartanah, kredit dan kewangan, perkhidmatan perdagangan dan bahan binaan, pengubahsuaian, khidmat perundingan dan sebagainya. Kami memperuntukkan tambahan sejumlah Rm1 billion untuk pembangunan perumahan, lebih daripada dua kali ganda yang ditawarkan kerajaan dalam belanjawan 2009.

33. Sebagai tambahan untuk menyokong pembangunan infrastruktur yang penting, Pakatan Rakyat akan menyediakan sejumlah peruntukan yang cukup untuk perbelanjaan projek perumahan bagi menjana pertumbuhan dan menekankan keperluan kritikal untuk perumahan terutamanya bagi Rakyat kelas pertengahan dan berpendapatan rendah.

34. Lebih banyak perumahan kos rendah dan sederhana akan dibina dengan penilaian semula harga siling untuk perumahan kos rendah dengan perhitungan kos material pembinaan semasa.

35. Pakatan Rakyat akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk pembinaan bertujuan memastikan kontraktor kecil dan sederhana tidak menghadapi masalah aliran tunai yang terhad.

36. Pakatan Rakyat juga akan memastikan pembekalan berterusan material pembinaan dengan mengubah halangan perdagangan untuk meningkatkan pembekalan dan pengeluaran dalam negara. Ini termasuk memudahkan permit import, kuota dan lesen serta birokrasi untuk membantu perkhidmatan dan perdagangan. Ini akan membantu pengurangan kos material bangunan, yang bukan saja meningkatkan kos dalam sector perumahan tetapi juga melengahkan perlaksanaan projek awam dan swasta.

37. Inflasi yang tinggi dan peningkatan pengangguran meletakkan tekanan kepada pemilik perumahan dan kemungkinan peningkatan pajakan tidak berbayar. Ini adalah sesuatu yang buruk kepada Rakyat dan memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi. Pada tahun 2009 kami akan mengagihkan dana untuk menolong mereka yang layak dan berkemampuan meminjam serta kumpulan kelas menengah untuk kekal membayar pinjaman dan mendorong pemberi pinjaman menilai semula pajakan agar lebih mampu dibayar.

SUMBER PENDAPATAN BARU DAN MASA DEPAN

  1. Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi dasar-dasar untuk menjana sumber pendapatan baru untuk mencegah kebergantungan melampau terhadap pendapatan daripada sumber asli. Sebagai contoh, hari ini kira-kira 70,000 AP dikeluarkan untuk kenderaan import. Kami mencadangkan AP ini dilelong kepada pembida tertinggi yang mahu mengimport kereta, dan proses ini dilaksanakan setiap bulan. Berdasarkan kepada anggaran harga pasaran RM25,000 setiap AP, lelongan ini akan memberikan pendapatan tambahan sebanyak RM1.75 bilion kepada perbendaharaan negara.
  1. Pakatan Rakyat mencadangkan cukai karbon sebanyak RM25 bagi setiap tan karbon dioksida atau yang bersamaan, dilaksanakan menjelang 2010. Cukai 5% untuk penggalian mineral dan keluaran hasil hutan juga dicadangkan untuk menggalakkan pengurusan alam sekitar yang berhemah. Cukai hijau juga akan dapat menampung kemerosotan dalam cukai pendapatan dan korporat serta membaiki reputasi Malaysia di mata dunia sebagai negara yang gigih melaksanakan dasar mesra alam.
  1. Rundingan semula kontrak yang menggalakkan monopoli seperti dengan konsesi tol dan pengeluar tenaga bebas bukan sahaja dapat mengurangkan kos semua perkhidmatan untuk rakyat, tetapi juga penjimatan besar buat kerajaan. Penjimatan ini akan dapat digunakan bagi subsidi silang untuk projek berkepentingan awam seperti pembangunan sistem pengangkutan atau amalan pelaksanaan tenaga alternatif.

SARANAN UTAMA BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT

  1. Pakatan Rakyat percaya dasar fiskal serta ekonomi negara ini mestilah berasaskan prinsip keadilan teragih dan cermat serta berusaha untuk memperbaiki keadaan rakyat Malaysia.
  1. Pakatan Rakyat sedar ekonomi global sedang bergolak, oleh itu perlunya langkah-langkah penstabilan dilaksanakan, juga merangsang permintaan domestik, agar pendapatan negara tidak terlalu bergantung kepada hasil petroleum, minyak sawit dan gas asli. Pakatan Rakyat juga bercadang untuk mengeratkan lagi hubungan dagangan di kalangan negara Asia lainnya, terutamanya dengan India, China dan Timur Tengah dan meneruskan usaha untuk menarik pelaburan asing.
  1. Melihat kepada kedudukan serta suasana ekonomi di luar yang tidak menentu, polisi seharusnya menumpukan untuk merekayasa semula strategi untuk memacu pertumbuhan negara samada untuk jangka masa pendek mahupun untuk jangka masa panjang, di samping memulihkan kembali sebarang kelemahan yang ada dalam ekonomi kita. Berikut adalah strategi dan langkah-langkah yang disarankan:

(i) memastikan kestabilan pasaran;

(ii) menyediakan jaring keselamatan sosial;

(iii) memastikan harga domestik stabil;

(iv) meningkatkan daya saing;

  1. Langkah yang diambil mestilah untuk memastikan polisi makro ekonomi yang dirangka akan menjamin persekitaran yang kondusif buat meransang pelaburan dan permintaan, di samping mengekalkan stabiliti pasaran kewangan.

LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN KESTABILAN PASARAN KEWANGAN.

  1. Pakatan Rakyat menyedari asas ekonomi Malaysia adalah kuat berbanding tahun 1997 dan cabaran 10 tahun lalu adalah berlainan jika dibandingkan dengan keadaan sekarang. Walau bagaimanapun kesan krisis kewangan global memerlukan tindakan yang berhemah buat kita mengemudi negara ini keluar dari kemelut sekarang dengan jayanya. Kami menyarankan beberapa tindakan yang berikut:
  1. Kerajaan sewajarnya menjamin pendeposit di bank-bank.
  1. Keutamaan akan ditumpukan kepada kemudahan untuk meminjam dan institusi perbankan seharusnya bersama-sama dengan pelanggan mereka di saat yang sukar ini. Penjadualan semula pembayaran serta keanjalan di dalam membayar pinjaman akan membantu aliran tunai di sektor swasta.
  1. Mewujudkan satu bentuk koordinasi dengan negara-negara Asean serta pasaran kewangan global untuk memantau sebarang kejutan pasaran yang mampu mencetuskan pengaliran keluar modal ataupun perubahan mengejut kepada nilai matawang. Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia berkemampuan untuk melaksanakan sistem amaran awal bagi mengenal pasti corak negatif serta risiko yang mampu menggugat kestabilan dan keyakinan terhadap sistem kewangan.
  1. Meneliti perkembangan krisis subprima di Amerika Syarikat, institusi perbankan seharusnya mengukuhkan keupayaan penilaian kredit dan piawai kelayakan peminjam. Di antaranya, sentiasa menilai keupayaan pelanggan untuk membayar balik pinjaman serta memantau dengan dekat kualiti pinjaman yang diberi.
  1. Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan lainnya seharusnya bekerjasama dengan lebih erat bagi memastikan pinjaman yang diberi secara berhemah. Ini boleh dicapai melalui program pendidikan serta kesedaran pelanggan, aliran maklumat yang lebih baik, perkhidmatan kewangan yang bermaklumat dan juga menyediakan perkhidmatan nasihat yang berasaskan perancangan kewangan terbaik.
  1. Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Pendaftar Syarikat mesti meningkatkan keupayaan pamantauan dan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang pelanggaran undang-undang.

MENYEDIAKAN JARING KESELAMATAN SOSIAL

  1. Peruntukan kebajikan untuk warga yang mengalami masalah mendapatkan pekerjaan termasuklah golongan miskin di desa dan bandar dan mereka yang bergantung kepada kanak-kanak dan mereka yang kehilangan pekerjaan kerana proses pengurangan tenaga kerja.
  1. Pemotongan sementara untuk sumbangan pekerja kepada KWSP daripada 11% kepada 9% sebulan untuk tempoh satu tahun bagi meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan. Langkah ini akan menyuntik hampir RM2 bilion ke dalam ekonomi untuk perbelanjaan dalam negara.
  1. Pemotongan atau penghapusan caj bagi perkhidmatan dalam pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kerajaan.
  1. Pemotongan atau penghapusan bayaran lessen terutamanya untuk pasar dan pasar malam, dan apa sahaja yang dapat meringankan beban rakyat yang sedang mencari pekerjaan.

Meningkatkan Perbelanjaan Dalam Negara dengan Mengawal Inflasi

  1. Kami akan mengurus tekanan inflasi dan mengawal anggaran inflasi melalui

i) mengalihkan halangan perdagangan untuk meningkatkan penawaran dan pengeluaran dalam negara.

ii) mengukuhkan rangkaian agihan dan penawaran.

iii) mengurangkan cukai dan duti import bagi input yang digunakan untuk pengeluaran makanan, barangan akhir dan pertanian.

iv) mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pengilang yang memanipulasi pasaran untuk memastikan keadilan dalam penetapan harga.

  1. Penurunan segera harga petrol berdasarkan rancangan yang digariskan, menyelamatkan dana daripada ketirisan dan bayaran besar kepada IPP untuk mengekalkan kapasiti simpanan tinggi yang tidak diperlukan.
  1. Kerajaan mesti mengamalkan mekanisme penetapan harga yang memberi lebih tindak balas kepada turun naik harga minyak di pasaran sambil memastikan mereka yang miskin dan terpinggir tidak mendapat kesan yang menyiksakan dari kenaikan mendadak harga petroleum.
  1. Berkenaan kawalan harga, wujud keperluan untuk menyemak mekanisme kawalan harga dalam konteks peningkatan kelancaran pasaran serta pengurangan gangguan harga.

DASAR PERSAINGAN KEBANGSAAN

  1. Kami mencadangkan Dasar Persaingan Kebangsaan dan akan mengambil langkah untuk mengurangkan ketidakadilan kuasa pasaran yang dikendalikan oleh monopoli ciptaan kerajaan.
  1. Pakatan Rakyat percaya dengan pengurangan cukai dan levi lain terhadap sektor perniagaan, dalam persekitaran yang sesuai, akan meningkatkan pelaburan dan mengakibatkan peningkatan kerja. Sebagai tambahan, cadangan Pakatan Rakyat akan berfokus kepada sektor penting untuk memaksimumkan kesan pengecualian cukai terhadap industri strategik bagi pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

i) Pengecualian cukai untuk mereka yang membuat eksport pada tahap tertentu.

ii) Pengecualian cukai bagi kecekapan guna tenaga dan operasi intensif pekera bagi membantu menyediakan insentif untuk syarikat beralih kepada kaedah pengeluaran yang lebih cekap menggunakan tenaga serta memastikan rakyat tidak kehilangan pekerjaan.

  1. Syarikat kecil dan sederhana merupakan 99% dari keseluruhan jumlah syarikat di negara ini. Walau bagaimanapun sumbangan syarikat-syarikat ini melalui cukai kepada negara telah mulai berkurangan akibat negara terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas.
  1. Kenaikan kos barangan mentah serta kenaikan harga minyak dan elektrik mengakibatkan banyak syarikat kecil dan sederhana mengalami kesukaran untuk terus bersaing.
  1. Untuk menjana semula sektor industri kecil dan sederhana serta membantu syarikat-syarikat di sektor tersebut, yang mana rakan-rakan mereka di negara-negara lain menikmati kelebihan cukai. Oleh itu Pakatan Rakyat mencadangkan kadar cukai diturunkan dari 20% kepada 18%.
  1. Tambahan lagi pengecualian cukai hanya dikenakan pada Rm 200 000 dan dicukai sebanyak 12%. Ini bermakna syarikat kecil dan sederhana yang mempunyai pendapatan RM 900 000 akan dikenakan cukai sebanyak 18%. Langkah ini akan memastikan syarikat kecil dan sederhana akan lebih berdaya saing dan menarik banyak syarikat kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan di Malaysia serta mencipta peluang pekerjaan.
  1. Apabila kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia 10 tahun lalu, ia berjanji untuk menyokong syarikat yang berstatus MSC. Walau bagaimanapun, kerajaan sebagai pelanggan terbesar dalam perkhidmatan teknologi maklumat, langsung tidak memberi perhatian kepada syarikat-syarikat berstatus MSC.
  1. Oleh itu amat penting dalam belanjawan ini, syarikat berstatus MSC diberi keutamaan mendapat tender kerajaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

TADBIR URUS, KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI

  1. Pakatan Rakyat komited dengan prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan pertanggungjawaban. Kami percaya kerajaan yang wewenang dalam pentadbiran dan membazir dalam mengurus kewangan harus bertanggungjawab. Lebih buruk lagi adalah korupsi dan kronisme yang mengambil tempat dalam pentadbiran BN yang merugikan RM10billion duit rakyat setahun. Untuk mengakhiri amalan ini adalah dengan mengamalkan pentadbiran yang telus. Adalah amat penting belanjawan tahunan yang melebihi Rm150billion diikuti dengan beberapa langkah bagi memastikan dana awam diuruskan dengan baik dan bertanggungjawab.

Mengawal perbelanjaan kerajaan dalam projek mega:

  1. Dari segi sejarah, kerajaan BN mempunyai rekod buruk dalam pembaziran dan projek mega yang tidak mungkin dapat diwajarkan sekiranya dinilai dengan teliti. Selain daripada projek jambatan bengkok RM1.13 bilion yang dibatalkan, projek kabel bawah laut bernilai RM9 bilion dan kini ada pula cadangan untuk projek internet jalur lebar sebanyak RM15.2 bilion untuk menghubungkan 2.2 juta apa yang dipanggil premis berimpak ekonomi tinggi.
  1. Untuk mengelakkan kemungkinan projek mega yang tidak bertanggung jawab ini daripada membebankan orang ramai, Pakatan Rakyat mencadangkan, untuk tahun belanjawan ini dan baki tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, agar kesemua projek mega yang kosnya melebihi RM1 bilion dinilai semula dari segi kebaikan sosio-ekonomi, kemampuan dan impak yang diingini untu pembangunan nasional dan peluang pekerjaan. Penilaian ini patut dilaksanakan dengan telus dengan penglibatan badan-badan profesional yang bebas dan mempunyai kredibiliti.
  1. Kepatuhan kepada standard penjimatan yang tinggi oleh Pakatan Rakyat – bermula dengan projek mega dan kemudian untuk semua projek baru akan menghalang dana awam daripaa dibazirkan atau dirampas oleh kroni politik BN. Ia juga akan membolehkan penjimatan untuk dialirkan kepada program-program yang membawa pulangan lebih besar kepada orang awam.

Mereformasi sistem tender awam

  1. Semua kontrak kerajaan mesti ditender secara terbuka, berdaya saing dan telus sama dengan dasar-dasar yang terbukti berkesan dan telah menyelamatkan jutaan wang pembayar cukai. Untuk mencapai matlamat ini langkah-langkah tersebut perlu dilaksanakan:

a) Kesemua syarikat yang layak akan diberikan peluang sama rata untuk mendapat kontrak dan projek bekalan kepada kerajaan.

b) Untuk mencegah gangguan kepada sistem semasa, dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan projek atau kontrak bekalan bersaiz lebih RM10 juta pada tahun 2009.

c) Selaras dengan cabaran yang dibawa oleh globalisasi dan bagi memenuhi komitmen antarabangsa kita kepada pasaran bebas, kesemua tender mestilah dibuat dengan berdaya saing, terbuka dan telus menjelang 2015.

  1. Kami mengunjurkan penjimatan kira-kira 10% dengan sistem tender baru dan penjimatan mutlak melebihi RM5 bilion setahun dan turut membawa kepada pembaikan kualiti dengan magnitud yang lebih besar.

Merundingkan semula kontrak yang tidak adil

  1. Dasar kerajaan Barisan Nasional yang menjamin konsesi tol lebuhraya dan pengeluar tenaga bebas (IPP) keuntungan besar dengan kontrak yang sangat tidak adil adalah kes paling jelas kegagalan kerajaan hari ini untuk melindungi kepentingan awam dengan tujuan memperkayakan sebahagian kecil rakyat Malaysia yang paling kaya dan pemilik perniagaan.
  1. Kesan dasar-dasar ini semakin dirasai hari ini dengan peningkatan kadar tol dan harga tenaga. Oleh itu adalah penting untuk kerajaan merundingkan semula kontrak-kontrak ini untuk melindungi kepentingan awam.
  1. Tidaklah mustahil untuk merundingkan semula jumlah subsidi dan keperluan kapasiti simpanan dan pada masa yang sama memastikan syarikat-syarikat ini dapat secara berterusan memperoleh untung yang munasabah dalam pasaran yang lebih berdaya saing.

KESIMPULAN

Belanjawan 2009 yang dibentang oleh kerajaan BN menzahirkan kelangsungan kegagalan polisi yang menyebabkan ketidakcekapan berpanjangan dan pembaziran dana awam berleluasa. Berbillion ringgit telah diperuntukkan untuk belanjawan 2009 tanpa alasan yang kukuh. Tanpa ketelusan dan pertanggungjawaban, berkemungkinan besar berbillion ringgit akan tiris dan mengalir ke dalam poket para kroni atau hilang akibat pembaziran dan ketidakcekapan.

.

LAMPIRAN

Jadual A1. Kedudukan Kewangan Kerajaan Pusat 2005 – 2009

RM million (Juta)
2005 2006 2007 2008 2009PR 2009BN
Revenue 106,304 123,546 139,885 161,558 158,349 176,221
Operating expenditure 97,744 107,694 123,084 150,953 130,345 154,170
Current balance 8,560 15,852 16,801 10,605 28,407 22,051
Gross development expenditure 30,534 35,807 40,564 46,258 51,736 51,730
Less: Loan recoveries 3,250 846 3,105 1,191 1,229 1,229
Net development expenditure 27,284 34,961 37,459 45,067 50,507 50,501
Overall balance -18,724 -19,109 -20,658 -34,462 -22,100 -28,450
% of GDP -3.6% -3.3% -3.2% -4.8% -3.0% -3.6%

Jadual B1 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2005-2009

RM million (Juta)
2005 2006 2007 2008 2009PR 2009BN Diff
Tax revenue

Perbelanjaan cukai

72,050 87,863 95,168 107,737 107,849 124,380 -13%
Direct tax

Cukai langsung

48,703 62,637 69,396 77,579 77,649 92,127 -16%
of which:

iaitu

Companies

Syarikat-syarikat

26,381 26,477 32,149 33,325 33,000 35,780 -8%
PITA

PITA

14,566 20,674 20,453 24,511 24,300 35,826 -32%
Individuals

Persendirian

8,649 10,196 11,661 14,593 15,399 15,399 0%
Cooperatives

Koperasi

1,193 1,428 1,395 1,417 1,450 1,480 -2%
Others

Lain-lain

2,754 2,798 3,738 3,733 3,500 3,642 -4%
Indirect tax

Cukai tidak langsung

23,347 25,226 25,772 30,158 30,200 32,253 -6%
of which:

iaitu

Export duties

Duti eksport

2,086 2,361 2,322 2,977 3,000 3,032 -1%
Import duties

Duti import

3,385 2,678 2,424 2,411 2,100 2,211 -5%
Excise duties

Duit Eksais

6,828 8,798 8,991 10,369 9,800 11,038 -11%
Sales tax

Cukai jualan

6,816 6,281 6,642 7,580 7,800 8,059 -3%
Service tax

Cukai perkhidmatan

2,582 2,685 3,013 3,415 3,500 3,708 -6%
Lain-Lain 1,968 2,225 2,380 3,406 4,000 4,205 -5%
Non-tax revenue

Perbelanjaan bukan cukai

27,347 32,762 44,717 53,821 50,500 51,841 -3%
Total revenue

Jumlah Perbelanjaan

99,397 120,625 139,885 161,558 158,349 176,221 -10%

Jadual C3 Perbelanjaan Operasi Kerajaan Persekutuan 2005-2009

RM million (Juta)
2005 2006 2007 2008 2009PR 2009BN Diff
Emolument

Emolumen/Gaji

25,587 28,522 32,587 36,214 36,500 37,985 -4%
Debt service charges

Hutang dari caj perhidmatan

11,604 12,495 12,911 13,101 13,473 13,473 0%
Grants to state governments

Geran untuk kerajaan-kerajaan negeri

2,614 2,851 3,904 4,402 4,903 4,903 -8%
Pensions and gratuities

Pencen dan penghargaan

6,809 7,008 8,251 8,412 7,279 7,279 0%
Supplies and services

Perbekalan dan perkhidmatan

17,984 20,923 23,622 25,900 18,000 26,488 -32%
Subsidies

Subsidi

13,387 10,112 10,481 34,103 29,000 33,799 -14%
Assets Acquisition

Perolehan Aset

1,603 1,949 2,532 2,194 1,800 2,361 -24%
Grants to statutory bodies

Geran untuk badan berkanun

8,289 9,195 10,707 13,064 8,800 13,805 -36%
Refunds and write-off

Pulangan perbelanjaan dan

288 287 1,062 966 890 890 0%
Others

Lain-lain

9,579 14,352 17,027 12,598 9,700 13,187 -26%
Total Jumlah 91,298 105,374 116,986 154,170 130,345 154,170 -16%

Jadual D4 Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan berasasaskan Sektor 2005-2009

RM Million (juta)
2005 2006 2007 2008 2009PR 2009BN Diff
Economic services

Perkhidmatan ekonomi iaitu

11,851 16,283 20,116 20,718 25,256 27,746 -9%
of which:
Agriculture and rural development

Pertanian dan pembangunan luar bandar

2,881 3,681 3,842 4,414 3,500 3,522 -1%
Trade and industry

Industri dan Perdagangan

1,201 3,791 4,904 4,450 5,000 4,303 16%
Transport

Pengangkutan

6,630 6,198 8,500 7,813 12,000 7,605 58%
Public Utilities

Kemudahan Awam

1,481 2,244 2,358 3,131 3,000 3,216 -7%
Communications

Perhubungan/Komunikasi

105 8 105 117 856 556 54%
Other

Lain-Lain

8 12 407 793 900 8,544 -89%
Social services / Servis social 10,260 10,194 12,893 15,594 20,880 17,794 17%
of which / iaitu:
Education and training

Pendidikan dan latihan

4,316 5,175 6,271 8,483 11,800 10,087 17%
Health

Kesihatan

2,352 1,297 1,496 2,247 3,080 2,308 33%
Housing

Perumahan

1,593 1,895 2,947 2,011 3,000 1,400 114%
Lain-Lain 1,412 1,531 2,178 2,853 3,000 3,999 -25%
Security

Keselamatan

4,133 5,781 5,702 7,032 3,500 4,073 -14%
General Administration

Pentadbiran Awam

2,620 3,556 1,853 2,914 2,100 2,117 -1%
Total /Jumlah 28,864 35,814 40,564 46,258 51,736 51,730 0%

Jamuan Eidul Fitr oleh Ketua Pembangkang

Hari ini Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan Jamuan Eidul Fitr di Dewan Bankuet Parlimen bermula jam 12.30 tghri tadi sehingga jam 2.00 petang. Semua Ahli Parlimen dijemput, tidak ketinggalan juga kakitangan Parlimen. Dato Seri Anwar turut memberi ucapan ringkas kepada hadirin yang hadir. Dato’ Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Speaker Dewan Rakyat turut ahadir. Selain itu, YB Dato Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat juga menjamu selera bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.

Emergency Motion on Chief Justice was Rejected!

21 Oktober 2008

Dewan Rakyat rejects emergency motion by Kubang Kerian MP Salahuddin Ayub to discuss the appointment of Zaki Azmi as Chief Justice-more news on this later.

Rumah Terbuka Parlimen Kuantan(dikemaskini)

Kepada seluruh Warga Kuantan
Salam/Selamat Sejahtera

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput semua warga Kuantan untuk sama-sama memeriahkan Rumah Terbuka Parlimen Kuantan yang berkonsepkan Hari Keluarga, disamping meraikan golongan kurang bernasib baik, sempena Eidulfitri dan Deepavali, anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

Tarikh: Hari Sabtu 25hb Oktober 2008
Masa: 2.30 – 5.30 petang
Bertempat: Pantai Anak Air, Kempadang, Kuantan, Pahang

Hjh Fuziah Salleh

ATURCARA MAJLIS

2.30 petang Ketibaan tetamu jemputan

2.45 petang Ucapan Aluan dan Perasmian

3.15 petang Majis Sumbangan Anak Yatim

3.30 petang Persembahan Tarian Kebudayaan dari Kumpulan MIRAGE

3.45 petang Jamuan bermula

4.15 petang Sukaneka dan Acara Pantai Bermula

5.00 petang Penyampaian Hadiah

5.30 petang Majlis Bersurai

Mengenang Shamsiah Fakeh, Allahyarham

Al-Fatehah untuk Pejuang Kemerdekaan Shamsiah Fakeh, 84 yang telah kembali ke pangkuan Ilahi jam 9.00 pagi tadi kerana sakit tua.   Allahyarham akan dikebumikan selepas ‘asar nanti di Perkuburan Islam Sg. Besi.

Takziah – Tel. no.: 0193870467/012-3159561.

October 20, 2008 Posted by Fuziah SallehPolitics3 Comments

Pakatan Rakyat: Kenyataan Media mengenai pengharaman Hindraf

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Dewan Rakyat, Malaysia

Pakatan Rakyat mengecam keras keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengharamkan Hindraf atas alasan kononnya pertubuhan ini “memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak”.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak badan-badan gabungan, NGO, kumpulan prihatin muncul untuk menjuarai pelbagai isu. Kami hairan kenapa Hindraf satu sahaja disasar?

Keputusan Menteri mengharamkan Hindraf ekoran insiden lawatan Hindraf ke majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini jelas melanggari prinsip hak asasi dan demokrasi, malah menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

Lawatan Hindraf ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kunjungan biasa masyarakat Malaysia berbilang kaum ke majlis rumah terbuka setiap tahun. Di samping kunjungan hormat, aktivis Hindraf juga menyerah memorandum kepada Perdana Menteri agar membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sejak tahun lepas.

Seperti orang awam yang juga hadir dalam majlis terbuka hari raya tersebut, aktivis Hindraf telah berbaris dan masuk ke dalam dewan secara baik untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Malah, mereka yang menuntut untuk membebaskan tahanan ISA termasuk juga penyokong Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah berada di majlis rumah terbuka yang sama, dan bukan aktivis Hindraf sahaja.

Dalam semangat Ramadhan dan Aidilfitri, kami sentiasa harus mengingatkan nasib kaum-kaum yang dipinggir atau tertindas. Walaupun kami tidak semestinya bersetuju sepenuhnya segala tuntutan Hindraf, namun kami menegaskan bahawa masalah dan isu penting yang dihadapi masyarakat India harus ditangani dengan cara musyawarah.

Kami khuatir tindakan yang merupakan penindasan hak asasi masyarakat sivil ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat India dan seterusnya akan menambahkan lagi ketegangan antara kaum.

Kami mendesak: –

1) Kerajaan menghentikan penindasan ke atas mana-mana pergerakan sivil

2) Kerajaan membebaskan semua tahanan ISA serta merta dan mansuhkan ISA

Dikeluarkan oleh

PAKATAN RAKYAT

16 Oktober 2008

Transkrip Perbahasan Belanjawan 2009 (dikemaskini)

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memulakan perbahasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]

Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar yang hampir melanda pada ketika itu.

Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing. Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, akta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi yang kian meruncing.

Sambungan ‘Transkrip Perbahasan Belanjawan 2009? , klik di sini

Sambungan ke-2, klik di sini, dari muka surat 29.

Perhimpunan IPU ke-119 di Geneva, Switzerland

Salam/Selamat Sejahtera

Saya kini berada di Geneva, sebagai delegasi Parlimen Malaysia ke Persidangan Kesatuan Antara Parlimen-Parlimen (Inter Parliamentary Union -IPU). Seramai enam orang Ahli Parlimen yang diketuai oleh Dato’ HusniHanadzlah telah terpilih untuk mewakili Parlimen Malaysia ke Persidangan ini. Kini kami sedang berada di dalam Assembly yang terdiri daripada 189 Parlimen Sedunia, sedang mengundi untuk kemasukan Parlimen Palestine ke dalam IPU. Setakat ini undi menyokong untuk kemasukan Palestine ke IPU melebihi bilangan yang menentang.

Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
12.15 pm, IPU, Geneva

Further information on the 119th IPU Assembly:

Agenda of the Assembly

Other information:
Women in National Parliaments

RIDHUAN & JAMAL

PEGAWAI BERTUGAS PARLIMEN

YB Dato’ Husni Hanadzlah (Ketua Delegasi), Delgasi: YB Liew Chin Tong, dan YB Halimah Saddique:

Meeting of ASEAN + 3:

Rumah Terbuka DSAI

Jemputan ke Majlis Raya Rakyat anjuran Dato Seri Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat pada hari Ahad ini, 12 Oktober 2008 bermula jam 2 petang di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kehadiran saudara/i tentunya akan meningkatkan daya juang ke arah Malaysia Baru.

Terkini Perbicaraan DSAI

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1 hari ini membatalkan laragan ke atas media untuk menyiarkan isu AG mereka bukti dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Perbicaraan ditangguhkan ke 31 Oktober 2008.

———————————————————————————–

Judges lifts order barring press from publishing details of AG Abdul Gani Patail’s alleged involvement in previous Dato Seri Anwar Ibrahim’s

KUNJUNG HORMAT BERTEMU PENGARAH LKIM PAHANG

8hb  Oktober 2008

Perjumpaan saya dengan PNK semalam  perlu diperkukuhkan lagi maka saya membuat keputusan berjumpa dengan Tn Hj Zali Ibrahim, Pengarah LKIM Pahang, pagi tadi. LKIM merupakan penyelia kepada PNK, dan saya merasakan peranan besar dapat dimainkan oleh LKIM dalam membantu menyelesaikan kemelut masalah diesel di Kuantan khususnya dan  masalah-masalah lain amnya.

Saya bernasib baik kerana beliau bersetuju menerima kunjung hormat saya dalam  notis  yang singkat.

Diantara perkara-perkara yang telah saya ketengahkan ialah:-

1.       Peranan LKIM didalam menjadi penyelia yang  baik yang kemudiannya dapat membantu PNK menaikkan prestasi PNK sebagai  ‘service provider’ kepada nelayan

2.       Membantu didalam memastikan kuota minyak diesel di tukarkan ke Kuantan didalam keadaan pertukaran pengkalan bagi bot-bot. Perkara ini seharusnya tidak tergendala kerana ianya boleh dilaksanakan secara automatic dan online sahaja.

3.       Peranan LKIM didalam membantu kebajikan Nelayan contohnya dalam hal perumahan nelayan Bunut Rendang, menangani masalah sosial dikalangan nelayan serta ahli keluarga mereka  dan permasalahan yang  lain-lain

4.       Bagaiamana LKIM dapat membantu memastikan  bahawa produk ikan hasil dari nelayan Kuantan menepati syarat dan  jugaEU compliance

Disamping itu saya juga berkongsi wawasan dengan Tn Pengarah, supaya kelak nelayan kita dapat menjadikan nelayan Norway sebagai kayu ukur dan seterusnya bergerak kearah pencapaian tersebut.

Sementara kita sampai ketahap itu, permasalahan teknikal nelayan  perlu di uruskan secara lebih efisyen, berkesan,  professional dan tanpa bertangguh.

Hjh Fuziah Salleh

Dialog Bersama Persatuan Nelayan

Hari ini saya telah mengadakan dialog bersama Persatuan Nelayan Kuantan(PNK), Persatuan Nelayan Negeri Pahang(PNP) termasuk Ahli Lembaganya dalam usaha mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh mereka serta membantu mereka merungkaikan masalah tersebut setelah mendengar penjelasan daripada mereka. Turut hadir adalah Pengerusi Persatuan Nelayan Kuantan, Tn Hj Azmi Hj Salleh dan Pengerusi Persatuan Negeri Pahang, En Zulkiflee Md Yusof.

Dialog yang bermula jam 9.45 pagi tadi telah banyak membantu saya dalam memahami permasalahan dan dilema yang dihadapi oleh pihak PNK dalam isu kekurangan peruntukan subsidi minyak diesel bagi keperluan 374 buah bot di Kuantan sahaja. Peruntukan yang diterima adalah sebanyak 4 juta liter setiap bulan sedangkan keperluan sebenar untuk membolehkan semua bot nelayan di Kuantan ini menjalankan operasi dengan cukup sehingga akhir bulan adalah lebih kurang 5.7 juta liter.

Pihak PNK juga menghadapi masalah kekurangan kuota minyak apabila berlaku perpindahan bot nelayan berdaftar dari luar daerah yang menggunakan kuota minyak Kuantan terlebih dahulu, namun proses pemindahan semula kuota dari luar bagi menampung semula kuota yang telah digunakan ini lambat diuruskan menyebabkan kekurangan minyak bagi bot-bot yang sedia ada untuk ke laut.

Lebih kurang 30 buah bot terdampar menunggu giliran untuk mengisi minyak yang tidak mencukupi.

Oleh yang demikian, saya akan berusaha untuk menyuarakan isu ini di Parlimen kelak, selain mendapatkan penjelasan dari Menteri dan akan membantu dalam memastikan pengurusan pihak berkenaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berjalan dengan efisyen dan sistematik agar produktiviti kerja yang terbaik dapat dihasilkan. Disamping, keperluan rakyat yang lebih utama dapat dipenuhi.

Astro Awani malam ini 8.30pm debat saya bersama YB Lenggong

Catch! An open debate tonite 8.30pm. Astro Channel 501 between YB Fuziah Salleh (KeADILan vs YB Shamsul Anuar (Umno).

Topic: Politics and National Celebrations

brought to you by NITV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *