PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

SEPTEMBER 2008

PERUTUSAN HARI RAYA EIDUL-FITR 1429H

Pembaca Budiman,

Assalamualaikum wrt wbt/Salam Sejahtera

Eidul-fitr menandakan akhirnya Ramadhan.

Walaupun pemergian Ramadhan diiringi kesedihan, Eidulfitr menandakan kemenangan peribadi Muslim yang telah mengekang kehendak dan keinginan masing-masing, Ianya juga melambangkan pembersihan jiwa dan pembaharuannya. Keikhlasan amalan di bulan Ramadhan mampu pula memotivasi aktivisme pembaharuan (reformasi) dalam gerakan pembaharuan masyarakat Malaysia agar mendokong seutuhnya nilai keadilan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, Pencipta sekelian manusia, makhluk yang ghaib dan sekelian alam semesta.

Firman Allah swt.:

Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan

Al-Maidah:8

Neraca keadilan dalam sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia menuntut rakyatnya supaya peka dan memahami sensitiviti masyarakat yang berbilang kaum. Dalam pada itu, rakyat juga dituntut untuk mengamalkan pengekangan (restraint) dari tindakan yang boleh menerbitkan sebarang rasa kebimbangan dan tidak puas hati di kalangan ras.

Neraca keadilan dalam hubungan sesama insan, tanpa mengira ras, bukanlah suatu seni yang kompleks. Ia cuma perlu diamalkan dengan melihat insan lain sebagai salah seorang yang disayanginya. Anak orang lain adalah anak kita jua, Ayah orang lain adalah ayah kita jua dan begitulah seterusnya. Maka Melayu yang miskin menjadi tanggungjawab Cina/India/Kadazan/dll. bangsa untuk membantu mereka. Begitu juga Cina yang miskin menjadi tanggungjawab Melayu /India/Kadazan/dll. bangsa untuk membantu mereka.

Dasar neraca keadilan yang diunjurkan Islam menghala kepada suatu keadaan masyarakat di mana dominasi suatu ras/kaum ke atas yang lainnya terhapus dan dihapuskan sama sekali. Tentu sekali jika demikian, sebarang ugutan, penindasan, dan kezaliman sesama kaum juga terhapus dan dihapuskan sama sekali. Hanya konsep dan pelaksanaan integrasi kaum dalam erti kata yang sebenar akan mampu untuk menterjemahkan hasrat ini.

Dalam merayakan Eidulfitr, kita mengingati Raja Petra dan seluruh warga ISA di Kemunting yang telah ditahan tanpa sebab yang wajar. ISA telah digunakan untuk memisahkan anak daripada bapa, dan isteri dari kekasihnya, tanpa diberi peluang membela diri, dan ianya sungguh zalim.Photobucket

Kes Teresa Kok masih berlarutan dengan hasutan dan sentimen ras atau kaum yang diterbitkan oleh mereka yang mendokong pemikiran perkauman. Itu merupakan sesuatu yang tidak adil kepada Teresa yang telah terbukti beliau tidak bersalah setelah disoalsiasat di bawah ISA dan dilepaskan tanpa syarat seminggu kemudian.

Negara dan masyarakat yang adil tidak menggunakan ugutan dan kekerasan ke atas orang lain, khususnya terhadap mereka yang lemah – menggunakan Molotov Cocktail yang boleh mencederakan orang lain adalah suatu perbuatan di luar batasan undang-undang dan pemikiran waras.

Tuduhan mengenai penglibatan beliau mengenai usul pemberhentian azan dari sebuah masjid di Selangor telah juga dinafikan oleh pihak pentadbiran masjid berkenaan, dengan dikukuhkan oleh badan-badan NGO lain, bahwa Teresa Kok tidak pernah terlibat dalam gerakan mengusulkan perkara yang disebutkan.

Negara kini juga tidak terkecuali dari dilanda kemelesetan ekonomi yang menjadikan rakyat sukar untuk mencukupkan dengan selesa kos kehidupan seharian mereka. Keadaan itu memaksa rakyat mengalih kepada pemakanan yang kurang kualiti, aktiviti sosial dan akademik yang berkurangan serta aspek-aspek yang lain yang menjadikan kualiti hidup Rakyat Malaysia kian susut. Keadaan begini tidak seharusnya berlaku. Negara Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah dan sumber asli yang boleh membantu rakyat mendapatkan berbagai keperluan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan kos minima.

Di samping itu, kadar jenayah juga meningkat, menjadikan rakyat berasa kurang selamat dalam kawasan kediaman, diperjalanan dan tempat kerja masing-masing.

Kesemua permasalahan rakyat diatas menuntut komitmen kesemua pihak pemimpin, samada pemimpin BN mahupun pemimpin Pakatan Rakyat, supaya berganding bahu demi menyelesaikannya. Sempena Fajar Syawal yang akan menjelang, serta juga menghayati prinsip-prinsip keadilan yang disebut di dalam Al Quran di atas, saya berdoa agar pemimpin-pemimpin di Malaysia yang kita cintai ini dapat menjangkau melepasi batas-batas politik kepartaian dan kemudiannya tampil untuk berganding bahu, duduk semeja, demi memikirkan permasalahan rakyat yang tidak berkesudahan. Sekiranya pemimpin Amerika Syarikat yang terdiri dari Republikan dan Demokrat boleh berbuat demikian, mengapa kita tidak? Marilah sama-sama kita mengambil semangat prinsip keadilan sebenar dan cuba merealisasikan hasrat ini demi rakyat.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr kepada sekelian warga Malaysia, khususnya yang berada di Kuantan.

Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Semoga diterima segala amalan soleh di Bulan Ramadhan dan sdr/sdri semua senantiasa memacu perubahan kearah kebaikan di mana saja anda berada.

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

29 Ramadhan 1429H

New poll shows Anwar will be better PM than Najib

Article  dibawah ini ehsan dari The Malaysian Insider hasil dari satu survey terkini yang di lakukan oleh MERDEKA CENTRE. Saya cuma ingin berkongsi pandangan rakyat Malaysia disini. Harap kita dapat renungi bersama  dan berikan pandangan demi kepentingan masa depan negara kita

Hjh Fuziah Salleh

The Malaysian Insider

SUNDAY SEPTEMBER 28 2008

New poll shows Anwar will be better PM than Najib

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Sept 27 — By a small margin, Malaysians think opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would make a better prime ministercompared with Datuk Seri Najib Razak, according to a survey conducted recently by the independent Merdeka Centre.

In the same survey, Malaysians also appear more divided than ever over their support for the country’s political leadership.

There are also sharp differences in preferences between the different races, with a majority of non-Malays supporting Anwar, while more Malayspreferred Najib.

Between Sept 11 and 22, Merdeka Centre carried out a leadership performance perception on a cross section of 1,002 people of voting age from the three main ethnic communities in the country.

Among the questions asked was: “Between Najib Razak and Anwar Ibrahim, who do you think makes a better prime minister?”

Najib garnered a 33.8 per cent average total support among the three major races. Anwar edged him by a margin of less than six per cent — he garnered an average total of 39.3 per cent.

The difference is more conspicuous when the show of support is broken down according to the ethnicity of those polled.

The split was apparent among racial lines, with Najib drawing as much as 47.3 per cent support from the Malay community. Anwar trailed with just 32.5 per cent.

The opposition leader gained greater support among non-Malays, receiving the support of 37.4 per cent of Chinese voters and a whopping 85 per cent from the Indians.

In comparison, Najib only won the approval of 18.4 per cent of Chinese voters and just five per cent of Indians thought he would make a better prime minister.

Of note was the high percentage of voters who remained non-commital. More than 40 per cent of Chinese voters polled expressed no preference.

Based on the poll results, Malay support for Najib is significantly stronger than that for Anwar.

Political analyst Tricia Yeoh says the party factor is a very strong featuring factor with the non-Malay communities.

“It is possible they view Najib as continuing to perpetuate the same kind of politics that has plagued Malaysia through Umno,” she said.

“Anwar will need to fight for Malay support most prominently since Najib may continue to be seen as the final bastion of support for the Malay position,” she added.

Another political analyst, Khoo Kay Peng, sees it differently.

“No doubt Najib commands higher support among the Malay community because of the status of Umno as a Malay party. It has been representing the Malays for a long time. But at 47.3 per cent, the support is not really very high for Najib. It’s not much off Abdullah’s support,” he said.

Based on the same Merdeka Centre report, Abdullah still enjoys 50.7 per cent support from the Malays.

“The key is that Najib does not get much support from the Chinese and Indians. Najib is still seen as a Malay leader.

“If you want to be the prime minister, you must have support from across the board,” he said.

“Anwar stands a much better chance because he gets support from over 30 per cent of the Chinese and the Indians, predominantly from the Indians, which is consistent with past reports,” he pointed out.

In a toss up between who will become the next prime minister, he felt it would definitely be Anwar.

But for Khalid Samad, the Pas MP for Shah Alam and an ally of Anwar, the results are frightening for the Pakatan Rakyat alliance.

He said the results of the survey showed government media propaganda still held sway, especially among the rural Malays.

He is concerned that much of the Malay media has portrayed a negative impression of Anwar as being an “immoral guy” and being a stooge of the United States.

“Basically, Umno-Barisan Nasional has been quite successful in conning Malays into believing that Anwar is selling out the Malays and that is the reason for the low percentage of support for Anwar,” said Khalid.

“These are not very encouraging results if it is representative of the entire population. It means there is a problem. Anwar will have to work harder.

“It’s important he should have at least a 50-50 situation among Malays. That would suffice,” he stressed.

But he does not think that the sample poll is a true reflection of the voting populace.

“I don’t think that Anwar in the actual situation is that far behind Najib. I would expect 47 per cent for Najib and 45 per cent for Anwar.

“The difference, almost 15 per cent difference in support from Malays, gives the impression that if Pakatan Rakyat comes to power, the position of the Malays will be jeopardised.

“But no one race will lose out under Pakatan leadership,” he said.

Tokoh-tokoh Parti Gerakan yang telah hilang kepercayaan kepada Gerakan & Barisan Nasional(updated)

Seramai 20 orang tokoh kepimpinan Parti Gerakan Wilayah Persekutuan telah menyertai Parti Keadilan Rakyattengahari tadi. Di antara mereka ialah Pengerusi Tetap, Ketua Penerangan(Gan Kok Keng), dan AJK Perhubungan Wilayah Persekutuan. Penyertaan mereka telah berlangsung di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square.

Sebelum ini, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, yang juga bekas Ahli Parlimen Segambut, telah menjadi ahli KeADILan secara rasmi pada 6 September 2008 lalu. Beliau telah digantung keadliannya dalam parti Gerakan selama dua bulan kerana menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat lewat Mei 2008 lalu. Beliau kini adalah pengerusi bersama mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah di negeri Selangor.

Dr Tan Kee Kwong ialah anak kepada pengasas Parti Gerakan, Dr Tan Chee Koon.   Dr Tan Kee Kwong telah menyatakan bahwa beliau meninggalkan parti kerana melihat tiada apa-apa perubahan selepas berlakunya tsunami politik pada pilihanraya ke-12 lalu.   “Sampai satu tahap saya rasa bukan sukar tapi mustahil untuk mengubah Barisan Nasional(BN).”

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula telah menyebut, “Kita tidak menutup sebarang kemungkinan…(termasuk) meninggalkan BN.” Beliau berkata demikian selepas merasmikan konvensyen tahunan Gerakan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur siang tadi.

Beliau menjelaskan bahawa didapati sentimen 60 peratus ahli-ahli mahukan Gerakan meninggalkan BN.   Keputusan akhir, menurut beliau, adalah bergantung kepada  situasi politik semasa dan keputusan itu haruslah mengambil kira pelbagai faktor penting dan bukan hanya sentimen.

Menggalas beban hidup yang tiada kelihatan akhirnya

oleh Rozaini M R

Krew Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan siang tadi – Baini, Hasanin, Kak Dah – melaksanakan rutin mereka bertanya khabar penghuni dalam kawasan Parlimen Kuantan.
Photobucket

Bulan ini Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan (PKKK) dilimpahi rezki yang memungkinkan mereka yang kurang bernasib baik menerima sumbangan dari para pemberi zakat dan sadaqah yang diagihkan kepada penduduk kawasan yang memerlukan.

Airmata ciptaan Tuhan itu kadangkala mudah mengalir.   Mujurlah airmata itu dicipta… ia mampu meredakan walau sebentar bebanan yang ditanggung.   Adakalanya Krew PKKK berkongsi perasaan sedemikian apabila menziarahi penghuni-penghuni kediaman yang amat menyedihkan – ditimpa pula musibah yang lain-lain.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Keadaan kediaman mereka:
Photobucket Photobucket

Bungkusan mee ini ditemui di tepi tangga sebuah rumah yang telah dilawati.
Begitulah kehidupan sebahagian kita di Kuantan yang
Photobucketmengutip makanan di pasar-pasar borong dan membawa pulang apa yang tidak lagi dikehendaki oleh sesiapa.

Bagi dermawan yang ingin menyumbang dalam apa jua bentuk bagi membantu Rakyat yang memerlukan, sila hubungi PKKK: Pn Baini 09-5137970

September 25, 2008 Posted by Fuziah SallehPolitics4 Comments

Contempt of Court:MB Pahang akan ke Mahkamah

Malam tadi saya mendapat panggilan dari Tuan Syed Ali, pemilik sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. Dia memaklumkan bahawa dia telah mendapatlan perintah mahkamah untuk membawa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob ke mahkamah pada 14 Oktober 2008, di atas ‘contempt of court’, keengganan membayar RM60 juta.

Tahniah kepada Syed Ali! Semoga hak rakyat terus terbeladan sekali lagi amaran saya kepada Menteri Besar, JANGAN SENTUH WANG RAKYAT di dalam penyelesaian masalah kepincangan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan UMNO-BN.

KOMEN BLOG

Salam dan Selamat Sejahtera
Pembaca Blog yang budiman,
Terima Kasih diatas segala input yang diberikan disini, yang rata-rata diberikan secara ikhlas, samada ianya positif dan konstruktif,  mahupun input negatif yang bertujuan membina. Saya hargai kesemuanya! Bukankah kita semua dalam proses memperbaiki diri, dan saya tidak terkecuali sama sekali. Saya dengan rendah hati iktiraf bahawa saya sentiasa memerlukan kritikan konstruktif untuk terus maju melaksanakan tugas saya dengan terbaik.
Kebelakangan ini saya lihat blog ini menjadi tumpuan ‘cybertroopers’ BN.
Tentu sekali ada sebabnya perkara ini berlaku. Setahu saya, dan juga melalui pengalaman saya, ’cybertroopers’ BN hanya akan menganggu pemimpin Pakatan Rakyat apabila kami  menganggu atau menggugat hidup mereka dalam BN.
Dalam hal ini, saya perhatikan bahawa perhatian terhadap blog ini banyak diberikan oleh ‘cybertroopers’ sejak kebelakangan ini.
Oleh kerana saya lihat komen-komen ‘cybertroopers’ tidak termasuk dalam kategori input positif, mahupun input negatif membina,  Saya anggap tumpuan yang diberikan ini walaupun kekadang seperti nyamuk yang menganggu kehidupan, ianya masih sebagai satu penghormatan. Ia bermaksud bahawa, saya telah menganggu gugat hidup teman-teman dalam BN. Aktiviti saya akhir-akhir ini tentu sekali telah membuat hidup mereka sengsara. Sebab itulah saya di ‘attack‘ di sini.
Sekiranya benar sangkaan saya ini, kita akan  dapati ‘cybertroopers’ BN akan memperhebatkan lagi gangguan mereka di sini selepas ini. Sekiranya saya silap, maka aman lah hidup pembaca blog saya yang lain-lain yang mahu dapatkan perbincangan konstruktif  di blog ini.
Apapun, saya harap pembaca yang lain terus memberi input yang konstruktif.
Saya sentiasa memperingatkan diri saya tentang tanggungjawab dan pertanggungjawaban dan sentiasa mengalu-alukan teguran ikhlas… Semoga Allah redha segala usaha kita, dan memaafkan mereka-mereka yang terdapat titik hitam dihati-hati mereka.
Allahua’lam
Wassalam
Hjh Fuziah Salleh

Latihan untuk PA Ahli-Ahli Yang Berhormat

Saya sedang bersama PA-PA Ahli-Ahli Yang Berhormat (hampir 100 orang bilangan mereka) untuk latihan dalam program memperkasakan Parti dan Tugas-Tugas Pembantu-Pembantu Wakil Rakyat.

Photobucket Photobucket Photobucket

Saya akan mengendalikan sesi mengenai “Kerja-Kerja Kawasan dan Menenangi Pilihanraya”.

Photobucket Photobucket Photobucket

Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut hadir di sebelah petangnya dan telah memberikan beberapa nasihat terhadap sekelian PA.
Photobucket

Kenyataan Media oleh Anwar Ibrahim

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

On Tuesday I met with Pakatan Rakyat leadership from PAS in Kota Bharu, Kelantan and from DAP in Kuala Lumpur. Kelantan Mentri Besar Nik Aziz Nik Mat and PAS President Hajji Hadi Awang reaffirmed their commitment to the spirit and the goals of the coalition and Penang Chief Minister Lim Guan Eng expressed his satisfaction in the progress being made to strengthen and broaden the consensus among the Pakatan Rakyat parties and supporters from BN.

We also discussed the next steps that Pakatan Rakyat should take towards forming a government that reflects the support of the majority of Members of Parliament. Prime Minister Abdullah Badawi’s failure to accede to our request for an emergency session ofParliament represents another attempt by the UMNO-led BN government to sabotage and scuttle the democratic process.

Nevertheless I along with my colleagues in Pakatan remain confident that the people’s desire for change shall soon be attained.  We will proceed cautiously towards our goals and we agreed neither to be provoked into hasty action nor to take an irresponsible approach that would lead to instability and greater uncertainty in country.  I am not aware of any negotiations taking place between Pakatan Rakyat and the Prime Minister—statements made yesterday suggesting that a line of communication was open were misinformed.

There is a crisis of confidence in the current leadership of the nation at a time when the Malaysian people are demanding solutions for the highest increases in prices in two decades, increasing joblessness and the dramatic decline in investor confidence.

While the newly appointed Finance Minister boasts that the country is in sound economic standing, the facts tell a different story.  In 2008 already over RM 125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law.

These basic reforms are cornerstones of Pakatan Rakyat’s vision to revive the economy, to create more growth and good jobs for Malaysian people, to attract foreign investment, and to ensure adherence to constitutional guarantees including the position of Islam as the religion of the federation, the freedom to practice other religions, Bahasa Melayu as the national language and the freedom to practice mother tongue languages, and the status of the Malay kings and the special position of the Malays and bumiputera.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader
De-facto leader, Keadilan

Kenyataan Media Anwar Ibrahim

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripadaBarisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.  Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri – di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

On Tuesday I met with Pakatan Rakyat leadership from PAS in Kota Bharu, Kelantan and from DAP in Kuala Lumpur. Kelantan Mentri Besar Nik Aziz Nik Mat and PAS President Hajji Hadi Awang reaffirmed their commitment to the spirit and the goals of the coalition and Penang Chief Minister Lim Guan Eng expressed his satisfaction in the progress being made to strengthen and broaden the consensus among the Pakatan Rakyat parties and supporters from BN.

We also discussed the next steps that Pakatan Rakyat should take towards forming a government that reflects the support of the majority of Members of Parliament. Prime Minister Abdullah Badawi’s failure to accede to our request for an emergency session ofParliament represents another attempt by the UMNO-led BN government to sabotage and scuttle the democratic process.

Nevertheless I along with my colleagues in Pakatan remain confident that the people’s desire for change shall soon be attained.  We will proceed cautiously towards our goals and we agreed neither to be provoked into hasty action nor to take an irresponsible approach that would lead to instability and greater uncertainty in country.  I am not aware of any negotiations taking place between Pakatan Rakyat and the Prime Minister—statements made yesterday suggesting that a line of communication was open were misinformed.

There is a crisis of confidence in the current leadership of the nation at a time when the Malaysian people are demanding solutions for the highest increases in prices in two decades, increasing joblessness and the dramatic decline in investor confidence.

While the newly appointed Finance Minister boasts that the country is in sound economic standing, the facts tell a different story.  In 2008 already over RM 125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law.

These basic reforms are cornerstones of Pakatan Rakyat’s vision to revive the economy, to create more growth and good jobs for Malaysian people, to attract foreign investment, and to ensure adherence to constitutional guarantees including the position of Islam as the religion of the federation, the freedom to practice other religions, Bahasa Melayu as the national language and the freedom to practice mother tongue languages, and the status of the Malay kings and the special position of the Malays and bumiputera.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader
De-facto leader, Keadilan

Raja Petra ke Penjara Kemunting

Webmaster MalaysiaToday, Raja Petra akan dihantar ke Kemunting hari ini untuk ditahan di bawah Akta ISA bagi tempoh 2 tahun atas arahan Menteri Dalam Negeri.

119th Assembly of the Inter-Parliamentary Union (IPU)

oleh Rozaini M R

Mesyuarat IPU Ahli Parlimen telah diadakan pagi tadi untuk membincangkan persiapan ke Persidangan IPU ke 119 di Geneva, Switzerland.

119th IPU ASSEMBLY
Geneva, 13-15 October 2008

AGENDA OF THE ASSEMBLY

Item 1 Election of the President and Vice-Presidents of the 119th Assembly
Item 2 Consideration of possible requests for the inclusion of an emergency item in the Assembly agenda
Item 3 Panel discussions on the subject items chosen for debate during the 120th Assembly in April 2009:(a) Advancing nuclear non-proliferation and disarmament, and securing the entry into force of the Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty: The role of parliaments
(First Standing Committee)

(b) Climate change, sustainable development models, and renewable energies
(Second Standing Committee)

(c) Freedom of expression and the right to information
(Third Standing Committee)

Item 4 Report of the IPU Committee on United Nations Affairs
Item 5 Amendments to the Statutes and Rules of the Inter-Parliamentary Union

Photobucket
YB Fuziah Salleh akan bersama rombongan ke Persidangan tersebut yang akan disertai juga oleh YB Dato’ Hj Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Ketua Delegasi), YB Datuk Halimah Mohd Sadique, YB Hon. Liew Chin Tong, YB Datuk Richard Riot anak Jaem dan YB Mahfuz.

Photobucket

Photobucket Photobucket
Selain beberapa mesyuarat ketika Persidangan itu, YB Fuziah Salleh akan terlibat juga dalam diskusi panel mengenai Climate change, sustainable development models, and renewable energies.

Ziarah Ramadhan di Kuantan

oleh Rozaini M R

Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah meneruskan ziarah beliau sejak pagi tadi.
Photobucket
Di Hospital Tengku Ampuan Afzan

Bermula di Kg Kurnia, kemudian ke Tanah Putih, Kg Tengah, Galing, Soi dan berbuka puasa bersama Wanita KADILan Kuantan dan keluarga mereka di Pejabat Perlimen Kuantan petang tadi.

Diantara ziarah beliau adalah betujuan menyumbang zakat, sadaqah, dan beras kepada penduduk kawasan yang memerlukan – fakir, miskin, ibu/bapa tunggal, dan anak yatim. Selain itu telah menziarahi pesakit di Hopistal dan keluarga seorang allahyarham yang telah meninggal dunia tengahari tadi.

Di Kg Kurnia, majlis sumbangan Zakat, dan sadaqah serta beras:
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Di Tanah Putih:
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket
Mententeramkan seorang insan yang telah kehilangan seorang yang disayanginya.

Di Kg Tengah:
Photobucket Photobucket Photobucket

Bersama AJK KeADILan Cawangan Galing Besar yang menganjurkan “Gotong-Royong Bubur Lambuk Special Galing” dengan penyertaan yang memeriahkan oleh  AJK Bahagian Kuantan, Cawangan KeADILan Sri Kuantan dan Bomba:
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Beliau sentiasa berusaha mendidik dan membimbing Rakyat mengenai budaya politik baru menerusi ucapan-ucapan beliau tanpa mengira bilangan yang mendengar; tiada bezanya dari sudut kesungguhan ucapan-ucapan beliau agar Rakyat menyedari dan memahami budaya baru dalam politik baru dan kehidupan yang disaluti nilai kemanusiaan yang tinggi tanpa mengira ras. Beliau berpendapat bahawa sebuah kerajaan seharusnya sentiasa memainkan peranan yang utama dalam meletakkan dasar-dasar yang menguntungkan Rakyat jelata. Kegagalan kerajaan melaksanakan yang demikian akan menatijahkan derita kepada Rakyat dan menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan yang menindas dan menzalimi Rakyat.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mesyuarat Bahagian Kuantan juga telah disempurnakan awal pagi tadi.
Photobucket Photobucket

Sepetang indah di Sg Isap Damai & Kg Razali

oleh Rozaini binti Mohd Rosli
Photobucket
Petang tadi, kira-kira jam 4.30petang Jawatankuasa Rukun Tetangga Sg Isap Damai yang berjumlah 25 orang itu sudah sedia menanti kehadiran Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.   Bubur lambuk yang kelihatan menyelerakan dengan bau yang semerbak juga sudah siap dimasakdalam dua periuk besar.   Orang ramai, semakin dekat waktu berbuka puasa, semakin ramai yang mendapatkan bubur lambuk Sg Isap Damai.   Yang datang itu juga menderma agar bubur lambuk dapat terus dibekalkan sepanjang tiga minggu Ramadhan.

Usaha yang konsisten setiap Ramadhan ini telah menjalinkan hubungan lebih baik di antara Jawatankuasa Rukun Tetangga Sg Isap Damai dengan penduduk setempat.   Selain itu, Jawatankuasa Rukun Tetangga tersebut dengan kerjasama penduduk Sg Isap Damai (seramai lebih 200 orang) telah bersama-sama memastikan keadaan keselamatan setempat terpelihara dengan adanya kegiatan rondaan ketika cuti Hari Raya nanti.
Photobucket

Kelihatan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah menikmati suasana bersama Rakyat; seperti biasa dengan penuh ceria.

Hmm…okay, berjaya tak tumpah semula dalam periuk…
Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Kesempatan diambil bertanya keadaan penduduk dan kebajikan mereka di Sg Isap Damai.
Photobucket Photobucket
Selepas gotong royong bubur lambuk di Sg Isap, Fuziah Salleh telah bersama-sama Rakyat di Inderapura dalam majlis sumbangan beras, hampers, Kuih Hari Raya dan zakat serta sadaqah.
Photobucket

Dalam ucapan beliau, Fuziah Salleh telah menyatakan bahawa tugasan membantu Rakyat bukanlah tugasan individu, bahkan bukan pula tugasan Wakil Rakyat.
Photobucket
Akan tetapi bagi sebuah negara yang meletakkan kebajikan Rakyat sebagai suatu keutamaan, dasar-dasar yang perlu wujud ialah dasar-dasar untuk kepentingan Rakyat jelata – antaranya ialah dasar membela Rakyat sehingga tiada lagi Rakyat yang miskin.   Sesebuah kerajaan itu sewajarnya meletakkan dasar-dasar yang baik untuk membela Rakyat.   Rakyat dianggap fakir hanya bila berpendapatan beberapa ratus ringgit sebulan dengan anggota keluarga yang berjumlah tiga orang bukanlah suatu dasar yang membela Rakyat.   Kayu ukur fakir miskin (miskin tegar) perlulah lebih menjamin kehidupan Rakyat yang boleh memenuhi keperluan asas yang lebih realistik.   Oleh kerana kerajaan BN tidak melihat kepada dasar yang sedemikian maka Pakatan Rakyat, di atas dasar keperihatinan terhadap Rakyat, membantu Rakyat dalam keterbatasan yang ada.   Beliau merakamkan rasa sedih beliau kerana dirasakan bahawa sewajarnya para penerima mendapat lebih dari yang mereka terima hari ini.

Beliau menyebut bahawa para pemimpin negara akan bertanggungjawab di hadapan Allah swt terhadap apa yang dihadapi oleh Rakyat sekiranya Rakyat berterusan dalam keadaan daif, miskin dan serba kekurangan.
Photobucket

Para penderma dan pemberi zakat, yang nama-nama mereka tidak mahu dihebahkan, menurut Fuziah Salleh, telah memohon agar para penerima- penerima sumbangan hari itu mendoakan mereka supaya berterusan dilimpahi rezeki agar terus berupaya membantu Rakyat.

Beliau dan Yang di-Pertua PAS Kawasan Kuantan, Rosli Jabar telah mengagihkan sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan saudara-saudara istimewa yang berjumlah hampir 200 orang di PASTI AS-SA’ADAH di Kg Razali.   Sejurus selepas itu, ialah majlis berbuka puasa.

Turut hadir dan membantu ialah barisan pimpinan AJK KeADILan dan PAS.
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sebelum program di sebelah petang, Fuziah Salleh telah hadir dalam majlis sumbangan beras kepada penerima di Kg Dato’ Keramat, Kg Selamat dan Tg Lumpur di sebelah paginya.
Seramai 10 org penerima beras dan sumbangan duit raya terdiri dari ibu tunggal dan warga emas yang miskin.
Selepas penyerahan sumbangan di salah sebuah rumah penduduk, Fuziah Salleh telah menziarahi rumah nenek Kamariah seorang nenek tunggal yang memelihara 13 org org cucu nya di sebuah rumah usang.
Mengiringi beliau ialah Pegawai Khas Hjh Syarifah Maimunah, Wanita KeADILan Kuantan dan AMK Kuantan.
Seterusnya ke Tg Lumpur bagi tujuan yg sama.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Teresa Kok is freed

Teresa Kok telah dibebaskan dari tahanan di bawah Akta ISA tadi selepas ditahan dan disiasat selama seminggu.

Peralihan kuasa tetap akan berlaku

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang 18 September 2008:

PETALING JAYA, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

Hari ini pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008.
Photobucket

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang. Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.
Photobucket Photobucket

Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.

Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata. Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.
Photobucket Photobucket Photobucket

Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara. Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.
Photobucket

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Photobucket Photobucket Photobucket

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

Today Pakatan Rakyat leaders have submitted a letter to the Prime Minister requesting him to call an emergency session of Parliament to deliberate a motion of censure against the leadership of YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi no later than Tuesday 23 September 2008.

This is in accordance with Order 11(3) of the Standing Orders of Parliament and warrants an immediate response given the gravity of today’s political impasse. A delay in his response would be interpreted as nothing short of a further sabotage of the democratic process and abuse of Executive Power.

The Prime Minister’s haggling on the syntax of our first letter is puerile at best. The intent of our meeting as described in that letter was clearly to discuss the future course of the nation’s leadership – though in deference to his position and in accordance with acceptable norms we remain considerate and polite in our approach.

I find the Prime Minister’s comment about me in his press conference yesterday to be reckless and irresponsible in light of the disastrous outcome of last Friday’s ISA raids.

He has conflated what is essentially an issue of democracy, freedom and the rule of law with national security. The use of the ISA to harass and detain duly elected political opponents is a grave transgression of the law and its continued use would further erode confidence in the current government and exacerbate political instability.

As the incumbent Prime Minister actively holding office and exercising all Executive powers, and as the outgoing Finance Minister, we hold him fully accountable for the current political turmoil and mismanagement of the nation’s economy. His accusation that I have had an adverse impact on the nation’s economy is entirely without basis.

I have met with the key fund managers in the region, representing over USD 1 trillion in assets, and on multiple occasions they were unanimously in support of comprehensive reforms in Malaysia including judicial independence, a free media, a more professional police force and anti-corruption agency, investor friendly laws and assurances on the non-interference of politicians in the governance of Bank Negara. These are policies Pakatan Rakyat has promised to implement– and initiatives that the current administration has done virtually nothing to advance since March 8th.

ANWAR IBRAHIM
Leader of Opposition

MB Pahang, hentilah menggadai hak Rakyat(2)

Kerajaan Negeri Pahang
tak boleh guna wang Rakyat untuk bayar saman RM60 juta

Oleh: Rozaini binti Mohd Rosli

Kuantan, 17 September: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan defenden, Kerajaan Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang yang merayu terhadap keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka supaya membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sebanyak RM37,127,471.60 beserta faedah 8% setahun bermula 31 Disember 2000.

Hakim-Hakim yang telah mendengar kes rayuan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, HakimMahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed. Mereka telah sebulat suara menolak rayuan defenden.

Kes Kerajaan Negeri Pahang & Pengarah Perhutanan Negeri Pahang vs Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini telah berlarutan sejak tahun 2000 lagi.

Seruan Gemilang Makmur telah menyaman kedua-dua defenden kerana mengingkari perjanjian konsensi balak; di mana syarikat tersebut telah tidak dibenarkan mengeluarkan balak daripada baki keluasan tanah balak yang dipersetujui.

Sebulan yang lalu, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd telah memfail perintah bayar, usul pemula terhadap pihak berkuasa negeri Pahang, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd juga akan memfail satu lagi usul pemula, menurut Section 33 Government Proceeding Act, terhadap Menteri Besar Pahang Dato’ Adnan. Usul itu disertai perintah mesti bayar di mana kegagalan membayar saman tersebut akan menatijahkan contempt of court; yang bermaksud bahawa pihak yang bersalah boleh dipenjarakan.

Kes kecuaian pentadbiran kerajaan negeri Pahang telah mengakibatkan kerugian lebih RM60 juta wang Rakyat, setelah diambilkira faedah.   Jumlah ini akan terus meningkat sebanyak RM8300 setiap hari kerana faedah ke atas kelewatan membayar saman tersebut.

[Kelihatan dalam gambar, Syed Ali bertali leher, salah seorang pemilik saham dalam Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, dan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dalam Sidang Media 30 Julai,2008 lalu]

Rakyat tidak patut di hukum dengan menaggung rugi yang sedemikian besar kerana ketidakkompeten pentadbiran yang diketuai oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah menimbulkan isu tersebut dalam Kenyataan Media beliau pada 30 Julai, 2008 lalu (Kenyataan Media Fuziah Salleh dilampir). Tegas Fuziah Salleh, sekiranya saman tersebut perlu dibayar, hendaklah ia diambil dari harta dan khazanah seluruh EXCO kerajaan negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob.

————————————————————————————-

Kenyataan Media Fuziah Salleh pada 30 Julai, 2008:


MB PAHANG, HENTILAH MENGGADAI HAK RAKYAT


Kuantan, 30 Julai; Mahkamah Tinggi Kuantan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Pahang dituntut membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dalam kes samannya terhadapKerajaan Negeri Pahang. Keputusan tersebut telah mengakibatkan kerugian itu ditanggung oleh Rakyat Pahang.

Justeru itu, satu perintah mahkamah untuk membayar saman tersebut sudah dikeluarkan. Perintah mahkamah yang dipohon adalah untuk mensita hakmilik kerajaan negeri.

Keadaan ini jelas merupakan hasil dari sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang di terajui oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob. Kalahnya kerajaan negeri Pahang dalam kes saman oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini juga mempamerkan bahawa pentadbiran negeri Pahang telah dilaksanakan dengan membelakangkan prinsip-prinsip good governance, ketelusan dan integriti.

Bagaimanakah pula kerajaan negeri Pahang akan membayar RM37,127,471.60 itu dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000; dengan hutang yang kini berjumlah RM1.72 bilion? (menurut akaun negeri berakhir Disember 2006 yang telah disahkan oleh audit Negara) Keadaan ini juga bermaksud bahawa jumlah wang tersebut itu terpaksa pula ditanggung oleh Rakyat jelata di negeri Pahang. Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja keras, membayar cukai, kemudian terpaksa pula melihat wang mereka digunakan untuk membayar saman hasil dari pentadbiran yang gagal dan tidak bertanggungjawab ini.

Adalah tidak wajar dan tidak adil bahawa rakyat terpaksa memikul beban kesalahan kerajaan Negeri di samping menanggung kerugian dalam berbagai bentuk akibat pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya ia suatu kezaliman di pihak kerajaan terhadap seluruh Rakyat negeri Pahang.

Pentadbiran negeri Pahang telah berani menyanggahi amalan good governance serta mempamerkan sikap bahawa kerakusan dan kekuasaan politik Umno dan BN di pihak pemerintah boleh mengatasi segala kekuasaan yang lain, hatta undang-undang negara sekalipun.

Manakala ketirisan aset dan khazanah negeri yang berterusan menjadikan Pahang sebuah negeri yang hampir muflis walaupun kaya dengan berbagai sumber hasil.

Menteri Besar mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ini dan rakyat harus menuntut supaya wang rakyat tidak disentuh oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam melangsaikan bayaran saman ini. Tingkahlaku menggadaikan hak rakyat oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mestilah diberhentikan serta-merta bagi menyelamatkan negeri Pahang dari kemelut yang lebih parah, yang hanya akan merugikan rakyat.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Parliamentary Caucus “Free MP Teresa Kok” formed

The Caucus was formed this afternoon at the Bilik Taklimat, Parliament.   MPs from the Pakatan Rakyat came to support the Caucus formation.   YB Lim Kit Siang chaired the occasion and was happy to introduced YB Zaid Ibrahim, the ex-Minister who just resigned from Cabinet, who also came to show support for the cause.   YB Lim Kit Siang was rather disappointed that none of the other BN MPs came.

Photobucket

Several YBs spoke –  YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Mentri Besar Selangor, YB Dr Hatta Ramli, PAS, YB Sivarasa, KeADILan, YAB Mentri Besar Pulau Pinang, YB Karpal Singh, and Dato’ Zaid Ibrahim.

Photobucket

The Caucus will move to seek support from other Parliamentarians – the IPU, AIPA and CPA.

Rakyat Seputih telah dinafikan hak bersuara mereka di Parlimen kerana Ahli Parlimen mereka telah ditahan di bawah ISA, kata YB LimKit Siang.

Kerajaan negeri Selangor sebulat suara menentang ISA dan telah mengambil tindakan untuk menggunakan saluran undang-undang dengan membuat kajian, selain herbas corpus, oleh peguam-peguam.

Teresa Kok, kata Tan Sri Khalid, semalam sepatutnya berbincang dengan 200 ahli-ahli pelabur Jepun yang telah melabur di Negeri Selangor, tetapi agak janggal untuk menerangkan kepada mereka bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Selagor itu telah ditangkap di bawah ISA dan menjamin keadaan keselamatan Negeri Selangor!

Di antara projek yang sedang dibawah urusan oleh YB Teresa Kok melibatkan pembangunan tanah pertanian yang melibatkan 85% orang Melayu di Sabak Bernam, Sg Besar dan Tanjung Karang.

Tan Sri Khalid menyebut bahawa YB Teresa Kok menyumbang kepada pembangunan semua kaum daripada berbagai lapisan masyarakat di Selangor.

Kerajaan dan ADUN-ADUN Negeri Selangor akan bersama-sama dengan Kaukus Bebaskan Ahli Parlimen Teresa Kok sehingga beliau dibebaskan.

PAS yang diwakili oleh YB Dr Hatta Ramli menyokong penuh Kaukus ini.

YB Sivarasa, wakil KeADILan telah berpendapat ISA mestilah dimansuhkan kerana ia suatu Akta yang mudah disalahgunakan untuk menegakkan kekuasaan politik.

Photobucket

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kaukus Bebaskan Ahli Parlimen Teresa Kok diwakili oleh:

YB Lim Kit Siang/YB Azmin Ali/YB Kamaruddin Jaafar : Pengerusi Bersama

YB Salehuddin Ayub /YB Sivarasa/YB Chong Eng : Timbalan Pengerusi

YB Fong/YB Dr Siti Mariah/YB William Leong : Setiausaha

Ahli-Ahli Jawatankuasa:

YB Fuziah Salleh/YB Saifuddin Nasution/YB Johari

YB Kula/YB Kok Wai/ YB Hatta /YB Anthony/YB Khalid Samad/YB Mahfuz

Photobucket

Posting saya terdahulu mengenai penangkapan Teresa Kok : Teresa, Teresa…

Pakatan Rakyat Sedia Mengambil Alih

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

PhotobucketPakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.Photobucket

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Photobucket

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Versi Bahasa Inggeris

Today Malaysians celebrate Malaysia day – the day our country became whole and our people become united. This day has a new meaning. After years of struggle, after fighting against a system that is corrupt and unjust—we affirm that victory is finally at hand. Our vision of rebuilding this country and bringing its people together, as the founding fathers envisioned, is within reach.

The economy is in turmoil with runaway inflation and joblessness creating widespread discontent. Racial tensions have been rising, exacerbated by the propaganda spread in the government owned mainstream media. The administration has offered no vision to steer the nation out of this quagmire and there is manifest erosion in confidence in the current government.

We in Pakatan Rakyat believe we can save Malaysia from economic ruin and the dangerous politics of racism. We will do so prudently, legally and in doing so we will not jeopardize the security and stability of the country and the safety of its people.

We have received firm commitments from members of Parliament in excess of the number required to form a new government, and our government will reflect the diverse makeup of Malaysian society.

It has been our concern to ensure a peaceful transition of power. We do not wish to see a repeat of what transpired in the Selangor and Perak State governments, where following the victory of Pakatan Rakyat on March 8th, documents were shredded and removed by the outgoing administration.

We furthermore advise radical elements within BN against the abuse of state power to unlawfully harass and detain our supporters. The immediate investigation by the ACA of Dato Seri Yong Teck Lee after the announcement by SAPP of its intention to move a motion of no-confidence against Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi is another example of the tactics we reject. The use of the ISA, as has happened to MP Teresa Kok, would be an unlawful impediment to the transition process.

In light these serious concerns, yesterday leaders of Pakatan Rakyat sent a letter to the Prime Minister at 2:30 PM requesting a meeting to discuss the future course of the nation’s leadership and to seek his assurance on the following important matters:

1) That the BN shall not hinder or prevent their BN MPs from acting in accordance with their conscience, constitutional rights and independent judgment;
2) That the BN government shall not invoke the Internal Security Act to detain any of the MPs who will join Pakatan Rakyat, or any of the present 82 Pakatan Rakyat MPs;
3) That the BN government shall not invoke emergency or police powers, or suspend the constitution, or dissolve parliament in response to our intention to form a new government;
4) That the Barisan Nasional government shall not impose road-blocks and impede the MPs from gaining access to the House of Parliament and the institutions of government.

We believe the Prime Minister will share Pakatan Rakyat’s concerns for the welfare of the people and security of the nation. We are confident he will ensure the BN will act constitutionally and democratically to ensure that the transition will be peaceful, and there will be no actions taken to sabotage the wishes of the people or play on racial tensions in the country.

We appeal to all quarters in Malaysian society to understand our intentions are for the betterment of Malaysian society. The mainstream media, in particular, should accept the reality of these historic times and report fairly, accurately and without bias. The irresponsible tact that is used by the media to obfuscate issues, attack opposition supporters and instigate racial tensions must end immediately.

Following our meeting with the Prime Minister we intend to proceed within the framework established by the Federal Constitution in the formation of a new government, with the assent of the Yang di-Pertuan Agong.


ANWAR IBRAHIM
Leader of Opposition
De-facto leader, Keadilan

Gambar-gambar sebelum sidang media:

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Sidang Media: Pengumuman kaedah pengambilalihan Kerajaan

Sebentar lagi hari ini, 16 September jam 2 petang, DSAI akan mengadakan Sidang Media di Ibu Pejabat KeADILan di Tropicana untuk membentangkan cara dan kaedah (technicalities) dalam mengambilalih kerajaan BN.

Kembali lagi nanti.

Anwar last night

Anwar said last night-”Today (15th September), we Pakatan Rakyat have sent a letter to PM to discuss a smooth and peaceful transition of power; tomorrow 16th September, we are ready to form the Government! We have the numbers and we are reeady.”

Happy 45th Malaysia Day

16th September, Happy 45th Malaysia Day, Malaysians!

I am safely back from my special task trip to Taiwan and proud to be Malaysian.   I sang the Negaraku last night with the greatest patriotic feeling, so did the tens of thousand of Malaysians at the Kelana Jaya stadium last night.

Mesyuarat Agung Tahunan KeADILan Bahagian Kuantan (MATB)

Ucapan saya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Kuantan:

SEMPENA MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN KUANTAN (MATB) 2008

Grand City Hotel, Kuantan

14 Sept 2008

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Selamat datang saya ucapkan kepada semua perwakilan,, pemerhati dan juga kepada semua tetamu yang dihormati, kerana turut hadir pada pagi yang cukup bermakna ini

Semasa ucapan ini dibacakan saya masih lagi belum dapat menaiki pesawat untuk terbang pulang ketanah air yang tercinta. Typhoon Sinlaku telah menyebabkan semua penerbangan masuk dan keluar dari Taiwan dibatalkan sejak tengahari 13 September. Oleh kerana itu saya terkandas di sini walaupun saya telah membuat persiapan untuk mendapatkan penerbangan terus ke Kuantan pada pagi Ahad 14 September, untuk membolehkan saya hadir ke MATB. Tentu sekali saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama saudara dan saudari di pagi ini. Namun, saya berada di perantauan demi Negara dan Rakyat Malaysia. Ini adalah untuk masa depan kita semua, dan pengorbanan saya ini cuma sedikit sekiranya dibandingkan dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang lain terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, saya berasa bangga bahawa Bahagian Kuantan telah dapat menjayakan MATB ini dengan bimbingan minima dari saya. Ini menunjukkan bahawa Bahagian Kuantan telah bertambah matang dan telah maju setapak lagi serta telah bertambah kukuh kedudukannya . Tahniah saya ucapkan kepada seluruh AJK bahagian Kuantan yang telah memberikankerjasama untuk menjayakan MATB ini di bawah pimpinan Timbalan Ketua Bahagian Saudara Hanif.Dan syabas kepada seluruh ahli yang telah berusaha untuk hadir pada hari ini di dalam rangka menjalankan tugas dan tanggungjawab saudara kepada parti.. Saya juga ucapkan setinggi tahniah dan penghargaan tidak terhingga kepada pihak Sekretariat MATB, yang terdiri daripada Saudara Sim, Saudara Karim serta pasukan mereka yang telah bertungkus-lumus untuk bekerja keras berminggu-minggu lamanya dalam memastikan bahawa persiapan MATB pada hari ini berjalan lancar.

Saudara Saudari Perwakilan,

Pada hari ini kita bermesyuarat di dalam bulan Ramadhan. bulan Ramadhan bukan bulan untuk kita berehat, malah ianya ialah bulan perjuangan, Perjuangan melawan nafsu, dan juga perjuangan melawan kemungkaran dan kebatilan. Di dalam sejarah Islam bulan Ramadhan merupakan bulan di mana hampir kesemua peperangan dalam Islam telah berlaku, di mana sejarah membuktikan bahawa umat Islam telah memperoleh kemenangan di dalam peperangan-peperangan tersebut.

Baru-baru ini masyarakat Tionghua telah merayakan Pesta Tanglung dan juga Pesta Kuih Bakul. Kita semua tahu sejarah Kuih Bakul yang dirayakan oleh masyarakat Tionghua ialah berkenaan kejayaan Rakyat Negara Cina menentang Kerajaan Mongol yang zalim di satu ketika dahulu di mana kuih bakul yang telah dimasak beserta dengan nota di dalamnya telah digunakan sebagai strategi berkomunikasi di ketika itu Nota itu menyatakan berkenaan dengan cara bagaimana Rakyat harus bangun dalam rangka mengambil alih kuasa, dan seterusnya menjatuhkan regim yang zalim ketika itu.

Begitu juga perayaan Deepavali yang akan dirayakan oleh penganut Hindu, tidak lama lagi pada bulan Oktober ini, juga membawa maksud Pesta Cahaya yang mengisahkan dan merayakan kemenangan kebaikan keatas kejahatan dan kezaliman.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi,

Signifikannya kisah-kisah ini di ambang September 16 ini tentu sekali ada kaitannya. Seluruh Rakyat Malaysia yang rata-rata terdiri dari bangsa Melayu Islam, Tionghua dan bangsa India yang beragama Hindu kini sedang melalui satu perayaan atau tarikh bersejarah yang tentunya mengingatkan kita semua tentang perjuangan menegakkan kebenaran dan memerangi serta membenteras kezaliman. Ianya mengingatkan kita tentang kehidupan yang bermakna dan berintegriti. Disinilah matlamat kehidupan kita diserlahkan dan kita diingatkan tentang tanggungjawab kita kepada Negara dan Rakyat. Semangat inilah yang kita garap dan kita junjung yang membawa kita kepada ambang September 16 yang hanya tinggal dua hari saja lagi.

Ya, saudara dan saudari sekelian, 16 September tarikh keramat yang akan menentukan masa depan Negara, masa depan yang lebih bermakna yang kita nanti-nantikan dan kita impikan bersama.

Saudara Saudari yang dihormati,

Ketika ini Kerajaan BN sedang dalam keadaan tenat dan parah. Setibanya kami diTaiwan pada 12 September, dengan tergesa-gesa mereka membawa ahli-ahli Parlimen BN keluar pada jam 3.30 pagidari Hotel Sheraton Lai Lai di mana kami semua menginap, untuk diterbangkan ke Hong Kong. Perjalanan ke lapangan Terbang memerlukan 20 buah teksi, menunjukkan bahawa mereka tidak membuat persiapan awal, kerana bukankah lebih senang untuk pergi kelapangan terbangmenggunakan Bas sahaja? Arahan untuk keluar itu ialah supaya Ahli Parlimen tersebut tidak terserempak dengan kami. Tapi saya ingin nyatakan bahawa perjumpaan telahpun dapat dilakukan di antara jam 12 tengah malam dan jam 3 pagi. dan pihak saya serta delegasi yang lain telah dapat mencapai objektif kami.

Juga dari pengamatan kami mendapati keadaan Ahli-Ahli Yang Berhormat BN dalam keadaan yang gementar. Mereka tertekan dan agak takut-takut dilihat bersama kami Mungkin juga ianya atas arahan, Tuhan sahaja yang mengetahui.

Di atas tuduhan pemimpin BN yang mengatakan bahawa tindakan melompat parti adalah tidak bermoral dan tindakan pihak kami juga dilihat begitu, Saya ingin menegaskan disini bahawa seharusnya semua MP adalah wakil kepada Rakyat dan perlu buat yang terbaik untuk Rakyat.

Walaupun BN itu korup sekorupnya, namun masih ada lagi Ahli Parlimen BN yang masih mahu buat kebaikan dan masih ada mempunyai nilai-nilai murni. Mereka inilah yang kini sudah hilang kepercayaan kepada BN dan ingin bersama-sama dengan kita dalam Pakatan Rakyat supaya mereka dapat berikan yang terbaik untuk masa depan negara. Mereka kini cukup yakin bahawa BN bukan lagi platform yang boleh memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka inginkan.

Tiada wang atau kedudukan yang ditawarkan oleh pihak kami kepada mereka. Hal ini jelas dan saya tegas dalam hal ini. Sekiranya tidak, saya dan teman-teman sama sekali tidak akan terlibat. Malah kami pergi dengan wang yang dicari sendiri. Tiada wang berbilion ringgit yang dibawa tapi pengorbanan seperti biasa.

Saya dan teman-teman yang lain perlu pergi untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak dapat dijelaskan melalui email atau sms. Bukan juga untuk memujuk, tetapi untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal peringkat akhir. ‘Basically the icing on the cake.’

Yakinlah masa depan negara hanya akan dapat ditegakkan diatas kebenaran dan keikhlasan.

The wrong footing will not bring us to the right results.’

Walau apapun, pemimpin dan penyokong BN sama sekali tidak akan faham akan hal ini kerana mereka telah dididik selama 50 tahun bahawa segalanya mesti melibatkan wang dan mereka telah begitu lama dalam keadaan yang korup. Mereka semua juga tidak mampu mengeluarkan diri mereka dari belenggu tersebut.

Saya sungguh kasihan melihat mereka yang tidak mungkin akan dapat menggarap erti keikhlasan dalam perjuangan, pengorbanan dan juga perjuangan untuk Rakyat.

Saudara dan Saudari sekelian

Marilah sama-sama pada hari ini kita menanam tekad untuk melipatgandakan usaha kita dalam memartabatkan hak Rakyat. Juga semoga Allah redha di atas usaha dan susah payah kita memperjuangkan nasib Rakyat dan masa depan negara.

Marilah kita rapatkan saf di kalangan kita semua dan memperkukuhkan lagi kekuatan parti kita, iaitu Parti KeADILan Rakyat.

Marilah juga kita sama-sama rapatkan saf dan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.

Putrajaya matlamat kita. Bukan untuk bermegah atau berbangga tapi semata-mata demi membawa kebaikan dan perubahankepada negara tercinta.

REFORMASI 3x & Selamat Bermesyuarat!

Hjh Fuziah Salleh,

Taiwan, 13 Sept 2008

———————————————————————————

Saya telah menerima gambar-gambar dari MATB tersebut:

Pra MATB

Jam 10 malam

Jam 12 malam

Jam 5 pagi

Hari MATB 9.00pagi

Jam 10.00 pagi Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda KeADILan Bahagian Kuantan

Sebahagian wartawan
MATB Kuantan dan Wanita

Pakatan Rakyat: Perhimpunan Perdana 15 September 2008

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam. Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September. Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Teresa, Teresa…

Teresa Kok ialah rakan sepejuangan saya di Parlimen. Beliau terkenal sebagai seorag pemimpin yang kuat bekerja dan berdedikasi. Oleh itu penangkapan beliau di bawah Akta ISA sungguh tidak berasas dan harus di kecam setegas-tegasnya. Ianya menunjukkan ketakutan kerajaan BN sudah cukup rapuh dan dalam ketakutan sehimgga sanggup menangkap seorang wanita menggunakan akta yang zalim
Juga sebagai seorang Ahli Parlimen wanita saya cukup empati di atas apa yang beliau sedang lalui dan berdoa semoga beliau tabah mengadapi ujian ini. Juga supaya keluarga beliau terus mendoakan keselamatan beliau. Hang on in there Teresa. We know that you are strong and that you will get through this even stronger..
Untuk BN, enough is enough. Your time is up….

The Morality of Members of Parliament Crossing the Floor

Salam kepada Semua
Saya ingin menegaskan bahawa seharusnya semua MP adalah wakil kepada rakyat dan perlu buat yang terbaik untuk rakyat.
Walaupun BN itu korup sekorupnya, namun masih ada lagi Ahli Parlimen BN yang masih mahu buat kebaikan dan masih ada mempunyai nilai-nilai murni. Mereka inilah yang kini sudah hilang kepercayaan kepada BN dan ingin bersama-sama dengan kami di Pakatan Rakyat supaya mereka dapat berikan yang terbaik untuk masa depan negara. Mereka kini cukup yakin bahawa BN bukan lagi platform yang boleh memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka inginkan

Tiada wang atau kedudukan yang ditawarkan. Hal ini Jelas dan saya tegas dalam hal ini. Sekiranya tidak, saya dan teman-teman sama sekali tidak akan terlibat. Malah kami pergi dengan wang yang dicari sendiri. Tiada wang berbilion ringgit tapi pengorbanan seperti biasa.

Kami perlu pergi untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak dapat di jelaskan melalui email atau sms. Bukan juga untuk memujuk, tetapi untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal peringkat akhir. Basically the icing on the cake.

Yakinlah masa depan negara hanya akan dapat ditegakkan diatas kebenaran dan keikhlasan.

The wrong footing will not bring us to the right results.

Walau apa pun, pemimpin dan penyokong BN sama sekali tidak akan faham akan hal ini kerana mereka telah dididik selama 50 tahun bahawa segalanya mesti melibatkan wang dan mereka telah begitu lama dalam keadaan yang korup. Mereka semua juga tidak mampu mengeluarkan diri mereka dari belenggu tersebut

I really feel sorry for all of them and also for all of you who will never understand the true meaning of keikhlasan dalam perjuangan, pengorbanan dan juga perjuangan untuk rakyat.

May Allah open all our hearts and give us guidance. Ameen

Taiwan braces for Typhoon Sinlaku

3 hours ago

TAIPEI, Taiwan (AP) — Officials ordered schools and businesses closed Saturday and residents stocked up on food as powerful Typhoon Sinlaku churned toward northern Taiwan and the heavily populated capital Taipei.

Heavy rains and high winds were already pummeling the city. About 40 miles to the northeast, fishing boats and other craft headed for shelter as large waves pounded the coast near the port city of Yilan.

At 9:15 a.m. local time, Typhoon Sinlaku was centered about 74 miles northeast of Hualien in eastern Taiwan, packing sustained winds of 107 mph, the island’s Central Weather Bureau reported.

If Sinlaku stays on course, it is expected to make landfall in northern Taiwan on Sunday morning.

Typhoons frequently hit Taiwan between July and September, often causing casualties in mountainous regions prone to landslides and flash floods.

From Taiwan the heartbeats faster and stronger…

Kesemua Ahli Parlimen BN telah tergesa-gesa meninggalkan Sheraton Hotel pada jam 3.30am tadi dengan menaiki 20 buah kereta. Mereka detour ke Hong Kong bagi mengelak kami.

Walauapapun perancangan BN, kami menegaskan bahawa WE HAVE MANAGED TO MAKE CONTACT,with those that we needed to…Misi kami telah tercapai.

Kerajaan BN jelas desparate dan takut dengan Pakatan Rakyat kerana program untuk Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut di Hong Kong belumpun diatur lagi…

From Taiwan with love

Sekarang kami sedang makan malam bersama Shih Ming-teh, seorang reformis Taiwan yang pernah dipenjarakan 25 tahun kerana perjuangannya di Taiwan. Dia telah mengetuai kumpulan the red shirt, gerakan anti-korupsi. Photobucket

Dalam ucapannya, beliau menyebut bahawa beliau telah menemui Datuk Seri Wan Azizah lapan tahun yang lalu di Poland dan telah mendengar berkenaan masalah yang dilalui oleh DSAI di Malaysia. Ketika itu Shih Ming-teh seorang Ahli Parlimen di Taiwan. Dia telah berjaya mengumpul tandatangan 70% daripada Ahli-Ahli Parlimen Taiwan untuk menyokong perjuangan DSAI.Photobucket

Satu Keluarga Sekampit Beras Setiap Bulan

Ini merupakan projek bulanan yang kami adakan di bawah Pejabat Parlimen Kuantan. Sebarang pertanyaan lanjut atau ingin melakukan sumbangan bolehlah hubungi Pn Baini ditalian 09-5137970 atau 019-2602838.

Mereka sangat memerlukan sumbangan dari kita. Ayuh bersama kita meringankan beban mereka.

Pemergian Kami Adalah Demi Negara dan Rakyat!

Hari ini, saya berserta sahabat saya akan berlepas ke Taiwan dalam usaha kami untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah rancangan 16 September.Selain saya adalah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, dan pakar strategi parti , Saifuddin Nasution.

Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat biro politik semalam yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Pemergian kami adalah demi negara dan rakyat! Kita doakan agar usaha ke arah reformasi Malaysia baru berjalan lancar.

Salam Reformasi!

Anwar:Keputusan Mahkamah pagi tadi

Kes Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 24hb September depan untuk memberi masa kepada para peguam DSAI menyediakan hujjah bagi membantah permohonan pendakwaraya yang ingin kes beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bersama pimpinan DAP

Ketika berucap di Majlis Jamuan Pesta Tang Lung anjuran DAP

Ketika berucap di Majlis Jamuan Pesta Tang Lung anjuran DAP

Saya telah dijemput menghadiri Majlis Jamuan Pesta Tang Lung yang diadakan pada hari Sabtu, 6 September 2008 di Restoran Lee Yuan, Jalan Bukit Sekilau, Kuantan. Kehadiran saya dan pimpinan DAP yang lain telah disambut oleh tarian Naga yang sejak awal lagi telah bersedia.

Diantara pimpinan DAP yang hadir dan berucap adalah YB Lim Kit Siang, YB Teresa Kok dan YB Loke Siew Fook. Saya dan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indra Mahkota turut berucap di majlis yang dihadiri oleh lebih 600 org ahli dan penyokong DAP . Turut dijemput adalah Pengerusi PKR Pahang, Encik Zakaria serta bekas Ahli Parlimen Kuantan, Dato’ Fauzi.

Selepas Permatang Pauh…ke Pensiangan, Keningau, Sabah pula

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengumumkan tidak sah Joseph Kurup menang tanpa bertanding di Parlimen Pensiangan, Keningau, Sabah pada pilihanraya ke-12 lalu.

Petisyen bantahan telah dikemukakan oleh Parti keadilan Rakyat (KeADILan).

Sumbangan Ramadhan

Sabtu lepas, 6 September 2008 telah diadakan program Sumbangan Ramadhan anjuran Parlimen Kuantan, dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Kuantan kepada penduduk yang berada dalam kesusahan di sekitar Kampung Semangat, Ubai dan Kampung Sepat di bawah DUN Inderapura.

Saya dan kakitangan serta sukarelawan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah memasuki kampung-kampung ini sejak jam 9.30 pagi dari rumah ke rumah sambil menziarahi keluarga mereka yang rata-rata dalam kesempitan dan mempunyai ahli keluarga yang sakit. Melihatkan fenomena yang berlaku ini, saya merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Sekampit beras 10 kg diberikan kepada 21 keluarga beserta barang keperluan dapur bagi meringankan beban kepada keluarga ini terutama di bulan Ramadhan ini.

Untuk pengetahuan saudara/i, Projek Sumbangan Beras diadakan setiap bulan di bawah Pejabat Parlimen Kuantan. Kini 283 kampit beras telah disumbangakan kepada penduduk Kuantan yang memerlukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Projek ini merupakan aktiviti berterusan dalam usaha saya sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan untuk membantu golongan yang hidup dalam kesusahan ini.

Sekiranya saudara/saudari ingin menghulurkan bantuan berupa wang, beras atau barang keperluan harian kepada mereka yang memerlukan ini, sila hubungi Pusat Khidmat kami di talian 09-513 7970 (Pn Norbaini).

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini bersama-samalah kita meningkatkan amal ibadah disamping sedekah jariah kepada mereka yang memerlukan. Pasti kegembiraan terpancar di wajah mereka di atas sedikit pemberian yang dihulurkan.

Kami menziarahi seorang nenek buta yang tinggal bersendirian di rumahnya. Sebelum ini Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah menjalankan aktiviti sukarelawan gotong-royong membersihkan rumahnya.

Kami menziarahi seorang nenek buta yang tinggal bersendirian di rumahnya. Sebelum ini Pusat Khidmat KeADILan Kuantan telah menjalankan aktiviti sukarelawan gotong-royong membersihkan rumahnya.

Sidang Media Belanjawan 2009 tadi – 1100hrs, 2 Sept. 2008

posting by Rozaini M R

Photobucket Photobucket
PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA 2009 NATIONAL BUDGET AND ECONOMIC POLICY BRIEF

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) recognises that for millions of Malaysian citizens the economic climate has become a troublesome one. Malaysians today face ongoing reduction in their purchasing power, job insecurities, increased fuel prices, low wages, and a high gap between the rich and poor. KeADILan believes that Malaysia can no longer afford to stand on the sidelines and allow the BN government to pursue a “too-little-too-late approach” to adressing these issues. That is why, on this day, KeADILan is pushing forward one more step its positions on the Malaysian Economic Agenda, to relieve the burden on Malaysians struggling with record high inflation levels and dwindling economic prospects. Whereas the current government has failed to adequately assess or address these issues, KeADILan will pursue the policies critical to reasserting Malaysia’s quality of life, economic strength and competitiveness in the global economy.

ANWAR facing the PRESS (sila klik di bawah dan download fail untuk mendengar sidang media Anwar /please click below and download file to listen):

Photobucket Photobucket

Photobucket

Setiap tahun aduan yang sama…

posting by Rozaini M R

Tak dapat balik kampung raya kerana tiket bas dah habis. Ini masalah yang besar bagi pengguna yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk perjalanan pulang ke kampung semasa perayaan. Tak kiralah apa perayaan, masalah yang sama dihadapi pengguna acap tahun.

Kenapa masalah ini tidak dapat diselesaikan sehingga kini? Saban perayaan Rakyat menghadapi kesukaran yang sama. Sepatutnya boleh dirancang dengan baik agar dapat dielakkan dan memberi keselesaan kepada Rakyat yang memerlukan dengan persediaan yang rapi dan terancang sejak awal lagi.

Mereka (pakar-pakar & jentera kerajaan) yang diamanahkan sewajarnya memikirkan masalah yang tidak kunjung selesai ini agar langkah-langkah tepat dapat diambil, sekarang dan akan datang, bagi memastikan Rakyat yang ingin pulang kampung berupaya berbuat demikian.

Kelihatan ketika ini, no one is taking charge of the situation…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *