AUGUST 2008

Sidang Media Bajet 2009

Posting by Rozaini M R

oleh Anwar Ibrahim dijangka pada hari Selasa 2hb September 2008 nanti.

Photobucket Photobucket

Pembentangan Bajet 2009 sedang berlangsung

PM sedang membentangkan bajet 2009.

Suasana sebelum detik pembentangan tadi…

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

Bajet 2009

Posting by
Rozaini M R

Bajet 2009 akan dibentangkan hari ini pada jam 4ptg di Parlimen.
Para pengunjung blog ini diseru untuk memberi pandangan, harapan dan komen pra-bajet 2009 di sini hari ini.

Kecoh di Parlimen sekarang…

Posting by
6.15pm
Rozaini M R

Kecoh di Parlimen sekarang kerana debat dalam Parlimen untuk menyerahkan perbincangan mengenai Rang Undang-Undang DNA untuk diserahkan kepada select committee telah ditolak oleh YDP Dewan Rakyat.

Beliau telah membuat keputusan Rang Undang-Undang tersebut diteruskan dengan bacaan kali kedua.

YB Fuziah telah turut membantah ianya diluluskan untuk bacaan kali kedua tadi.

Photobucket

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, diketuai DSAI telah serentak meninggalkan Dewan Rakyat – a walk-out.

Soalan saya di sesi soal jawab lisan tadi

Post by
Fuziah Salleh

Dari Penyata Rasmi Laman Web Parlimen:

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
menyatakan:-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan
bahawa beras tempatan Super 15 sentiasa boleh didapati di dalam
pasaran; dan
(b) adakah kementerian telah mengenal pasti satu kaedah tertentu untuk
memastikan beras tempatan tidak dicampur dengan beras import, dan
bagaimanakah penguatkuasaan pelaksanaan kaedah tersebut.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Mustapa bin Mohamed]: Tuan
Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan bekalan beras ST15 sering kali dibangkitkan dalam Dewan
ini dan saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat untuk meminta
penjelasan tentang keadaan bekalan dalam negara. Semalam saya difahamkan bahawa
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun Public Accounts Committee yang dipengerusikan
oleh Yang Berhormat Padang Besar juga ada memanggil kementerian untuk minta penjelasan
tentang keadaan bekalan beras ST 15%. Jadi saya merakamkan setinggi terima kasih kepada
Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku akhir-akhir ini iaitu sejak bulan Jun, apabila kita
meletakkan harga siling untuk harga gred 5% dan 10%. Untuk 5% harganya RM2.80, untuk 10%
RM2.70 tetapi untuk 15% iaitu gred beras yang paling rendah harga kawalannya ialah RM1.80.
Itu harga tertinggi ataupun harga bumbung.
Jadi apa yang berlaku oleh kerana perbezaan harga antara gred 10% RM2.70 dengan
harga gred terendah 15% RM1.80 iaitu perbezaan 90 sen. Perbezaan terlalu besar. Ini telah
mendorong pengguna-pengguna untuk membeli beras yang rendah mutunya ini dan ini ada
kaitan juga dengan keadaan ekonomi yang dihadapi pada masa ini di mana pengguna-pengguna
lebih cenderung untuk membeli beras yang lebih rendah mutunya.
Oleh yang demikian, kalau sebelum ini jumlah penggunaan untuk beras gred 15% cuma
10% daripada jumlah penggunaan ataupun total consumption, akhir-akhir ini ia telah meningkat
kepada 50%. Daripada 10% sampai 50%. Ini punca terdapatnya kekurangan beras ST15 di
pasaran. Yang pertama, perbezaan harga yang terlalu besar. Yang kedua, oleh kerana
permintaan yang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, pengilang padi kurang berminat untuk
mengeluarkan beras 15% oleh kerana harga jualan rendah, kosnya tinggi dan ini ditambah buruk
lagi dengan keadaan kenaikan harga padi di seluruh negara. Kalau tahun lepas harga padi
DR. 28.8.2008
14
sekitar RM700 satu metrik tan. Hari ini RM1,050 ataupun setengah tempat RM1,100 satu metrik
tan. Ini puncanya.
Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani
perkara ini yang pertamanya ialah untuk mengarahkan BERNAS mengeluarkan cuma beras gred
15%. BERNAS tidak dibenarkan mengeluarkan beras gred lain. 100% pengeluaran BERNAS
adalah untuk ST15% sahaja. Itu langkah pertama yang diambil.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pengilang beras menghadapi kerugian
oleh kerana harga padi dibeli pada harga tinggi walhal harga beras cuma RM1.80 mereka
mengalami kerugian. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan saya
ingin maklumkan kepada Dewan ini kerajaan telah bersetuju mulai 1 September bagi memberi
subsidi kepada pengilang padi pula.
Kalau dahulu kita bagi subsidi kepada pengguna sekarang ini kita bagi subsidi kepada
pengilang padi bermula 1 September kadarnya RM800 satu metrik tan. Ini adalah untuk enam
bulan dan kos kepada kerajaan ialah kira-kira RM450 juta. Tindakan ini diambil oleh kerajaan
semata-mata untuk menjaga kepentingan pengguna supaya bekalan beras ST15 mencukupi di
pasaran. Jadi dengan langkah ini kita yakin bahawa kita tidak akan ada masalah dalam
seminggu dua lagi dan dengan peningkatan dalam pengeluaran padi kita yakin bahawa masalah
ini dapat dikurangkan.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, di Sabah dan Sarawak kerajaan juga membekalkan
beras 15% pada harga yang disubsidi dan kos untuk kerajaan Sabah dan Sarawak kira-kira
RM406 juta bagi kedua-dua negeri berkenaan. Jadi ini langkah-langkah yang telah diambil oleh
kerajaan bagi memastikan bahawa bekalan beras ST15 mencukupi.
Berkaitan dengan tindakan untuk mengelak beras tempatan dijual sebagai beras import
kita melaksanakan langkah-langkah enforcement ataupun penguatkuasaan. Selain itu untuk
makluman Ahli Yang Berhormat bagi beras tempatan warnanya ialah biru tua. Ini beras nasional
15%. Bagi beras import ia dijual dalam kampit yang berbeza.
Jadi kita boleh bezakan warna kampit ini beras tempatan. Beras luar negara atau beras
import dikampit dalam kampit yang berbeza warnanya. Ini cara kita mengelak penipuan di mana
mungkin ada sesetengah pihak menjual beras tempatan sebagai beras import kerana beras
import mendapat harga yang lebih tinggi.
Dalam pada itu kita juga telah meningkatkan enforcement ataupun penguatkuasaan.
Setakat ini sembilan tangkapan telah pun dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab
yang kita panggil menipu gred iaitu menjual beras tidak mengikut gred yang tertera dalam kampit
yang berkenaan.
?1050
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan saya yakin dengan langkah-langkah yang
diambil ini khususnya langkah untuk memberi subsidi kepada pengilang beras bermula 1
DR. 28.8.2008
15
September. Maka isu kekurangan beras ST 15 akan dapat kurangkan kalaupun tidak
dihapuskan dalam masa terdekat ini. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan
langkah-langkah yang diambil. Walau bagaimanapun selain daripada pemisahan grading color
coding berkenaan dengan beras import dan beras tempatan, saya tidak dengar dalam jawapan
tersebut kaedah-kaedah yang spesifik yang telah digunakan sebagai langkah untuk mengenal
pasti bagaimana beras ini, supaya tidak dicampur beras ini. Malaysia tidak ada undang-undang
berkenaan dengan peratusan minimum berapa banyak beras import ataupun berapa banyak
beras lokal di dalam campuran itu untuk mengenal pasti sama ada ianya tempatan ataupun
import.
Seperti kereta, kita ada undang-undang yang kata 30% mesti lokal sebelum ia menjadi
kereta tempatan. Dalam hal beras kita tidak ada undang-undang tersebut. Saya tidak dengar
dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, apakah kaedah yang digunakan apabila kita tengok
beras itu kita selidik sama ada ianya betul-betul import selain daripada penguatkuasaan, sama
ada ianya betul-betul import ataupun ia tidak di campur. Dalam keadaan apa yang dikatakan
oleh Yang Berhormat Menteri tadi…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, soalan?
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak
kementerian untuk memastikan bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang mengambil beras,
BERNAS tadi yang diwajibkan hanya ST 15% bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang
memisahkan balik, yang separate balik semula yang pecah dan (whole grain) – kemudian dicampurkan pula
dengan beras import dan dijual sebagai beras import untuk mengambil keuntungan yang besar.
Selain daripada penguatkuasaan, apa dia teknik-teknik dan kaedah?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Panjang Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya itu soalan saya kepada Yang Berhormat
Menteri. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, gejala ini berlaku kerana terdapat
perbezaan harga yang besar antara beras tempatan dan beras import. Saya ingin memaklumkan
Dewan yang mulai ini bahawa akhir-akhir ini, beras import telah pun turun harganya. Satu masa
dahulu RM4 lebih sekarang ini sekitar RM3, RM2.90 sen. Jadi apabila jurang antara beras
tempatan dengan beras import ini berkurangan maka fenomena yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat itu tidak akan berbangkit lagi. Dahulu tidak ada masalah kerana beras luar negara
begitu murah sekali. Tidak ada gejala untuk menjual beras tempatan sebagai beras import
kerana beras import itu terlalu murah.
Jadi ini fenomena yang dengan sendirinya akan berkurangan apabila harga di pasaran
antarabangsa akan turun. Tuan Yang di-Pertua, memanglah ada pihak-pihak yang tidak
DR. 28.8.2008
16
bertanggungjawab yang menjual beras 15% yang gred paling rendah ini sebagai beras import
ataupun dicampur dengan beras import dan dijualnya sebagai beras import. Langkah-langkah
yang boleh kita ambil ialah langkah-langkah penguatkuasaan dan juga mengampit beras dalam
warna tertentu. Ini kita akan terus lakukan. Saya mengakui bahawa sukar untuk kita menjamin
100% dapat kita membanteras gejala ini, tetapi saya memaklumkan di sini bahawa akhir-akhir ini
kita telah dapat menangani perkara ini oleh kerana dua sebab.
Pertama kerana penguatkuasaan yang lebih tegas, pada hari ini kita bersama dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau dahulu kita cuma
bergantung kepada Unit Kawal Selia Kementerian Pertanian sahaja, hari ini kita mendapat
bantuan kira-kira 2,000 pegawai daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.
Itu sebab pertama penguatkuasaan yang lebih tegas.
Kedua, oleh sebab penurunan harga beras di peringkat antarabangsa. Maka insentif
untuk menipu ini sudah berkurangan dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa pengguna tidak
akan tertipu dengan etika ataupun amalan-amalan yang tidak beretika ini. Terima kasih.

————-

Respon saya mengenai maklum balas Menteri di atas akan menyusul…

Anwar telah mengangkat sumpah di Parlimen…

Entry by Rozaini M R
Thursday 28/08/08 10.00am

Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh di Parlimen sebentar tadi.

Photobucket

Photobucket

(Updated) Ini bukan karnival…bukan pula lagi reformasi…

entry by Rozaini M R

27/06/08

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket

Saya rasa bertuah kerana berada bersama Rakyat menyambut kemenangan DSAI meraih kemenangan kerusi Parlimen Permatang Pauh semalam. Rakyat Permatang Pauh menggambarkan aspirasi, harapan, keinginan dan ya, tuntutan terhadap sebarang pemimpin dan pemerintahan yang sedang atau bakal memimpin Rakyat Malaysia. Kali ini dengan lantang dan tegas Rakyat menghendaki dan memilih Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai pemimpin dan Barisan untuk memimpin mereka dengan telus, tulus dan mementingkan hak dan kepentingan Rakyat jelata semata-mata.

Undur umno-BN.   Undur secara terhormat dan masih ada peluang diberi oleh Rakyat untuk mengubah cara dan budaya memerintah. Hentikan segala sandiwara yang sudah terhapus dinding muslihat dan penipuan SERTA telah dibolosi oleh sebahagian besar Rakyat . Buktinya, segala skrip rekaan dan olahan bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tidak langsung memberi kesan dan bekas kepada pemikiran dan tindakan Rakyat yang tetap istiqamah menyokong dan mendokong perjuangan menegakkan keadilan.

Rakyat jelata tidak akan membernarkan diri mereka ditipu umno-BN lagi. Suasana malam tadi, bagi saya, amat mengharukan. Saya tahu, disebalik wajah dan senyuman yang berseri-seri, YB Fuziah Salleh sedang memikirkan agenda bagaimana untuk mengisi kemenangan ini dan seterusnya agenda mengambilalih Putrajaya. Demi kepentingan Rakyat jelata, tugasan mengisi kemenangan adalah lebih berat dan lebih utama daripada pencapaian sebarang kemenangan. Dan Anwar Ibrahim malam tadi telah juga mencetuskan persaannya bilamana beliau menyebut agar sekarang kita semua perlu bekerja keras (lagi). Berkemungkinan para pemimpin kesayangan kita semua ketika itu sedang “menangis” dalam hati-hati mereka sebentar mengenangkan harapan Rakyat yang menggunung dan kerja-kerja yang mendatang. Budaya hubungan dua hala Rakyat-Pemimpin amatlah diperlukan dalam membina negara, masyarakat dan insan. Rakyat juga dikehendaki bertungkus-lumus membantu pemimpin melaksanakan tugasan mereka. Bagaimana mungkin menyerahkan segalanya kepada pimpinan menyelesaikan kesemua urusan Rakyat. Rakyat adalah penasihat yang baik dan adil kepada pimpinan dan pimpinan yang telus dan tulus merapati Rakyat menerima nasihat dan menasihati kembali Rakyat dengan cara yang wajar.

Saling melengkapkan dan berlapang dada. Malaysia yang adil dan memikul nilai dan unsur yang senangi oleh Tuhan menjadi asas kepada kerajaan dari Rakyat, kepada Rakyat dan untuk Rakyat!

Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

26/08/08 Ini bukan bukan karnival…bukan pula lagi reformasi…ini adalah tuntutan Rakyat menghendaki perubahan sekarang juga… Kemenangan yang ditunggu-tunggu, yang akan menjadi tatapan sejarah perjuangan KeADILan, telah berlaku…Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh.

Segala kerja keras dan pengorbanan terhasil dengan izin Allah swt.Sebentar lagi khabar dan pengumuman rasmi SPR di Dewan Aminuddin Baki Institut Perguruan Tuanku Bainun. Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

Selekehnya SPR…

Entry by: Rozaini M R

YB Puan Fuziah Salleh telah mengadakan sidang media pada 25 Ogos, jam 11.30malam tadi.

SPR tidak menyelesaikan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh YB Fuziah Salleh dan Sivarasa tengahari semalam.

Daftar Pemilih yang diwartakan dan dikemaskini telah mendapati bahawa ada pengundi-pengundi yang memang pengundi tetapi telah di keluarkan dari daftar yang digunapakai untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh. Faktor-faktor disisi undang-undang yang membolehkan SPR mengeluarkan nama-nama pengundi dari daftar pemilih ialah : 1. Sudah berumur lebih 100 tahun 2. Telah digugurkan kerakyatan Malaysia 3. Telah meninggal dunia Bilangan yang dikeluarkan didapati tidak semuanya kerana mana-mana faktor di atas. YB Puan Fuziah Salleh dan team beliau mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk membuktikan kenyataan itu. Akan tetapi SPR telah bertegas untuk mengatakan bahawa mereka (SPR) dalam konteks daftar pemilih Permatang Pauh ini adalah berhak sebagai authority untuk mengeluarkan nama-nama pemilih yang sah sebagai pengundi sebelum ini. Walaupun bilangan yang dipertikaikan mungkin tidak mengesani secara signifikan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh, perbuatan wenangan mengeluarkan nama-nama pengundi yang sah di sisi undang-undang tanpa melaksanakan penelitian yang sempurna merupakan pelanggaran terhadap hak-hak asasi untuk memilih Wakil Rakyat dalam proses pilihanraya.

SPR telah cuai dalam melakasanakan tugasnya. Kecuaian yang sedemikian mencemar proses demokrasi di Malaysia. Jika perkara sekecil memastikan setiap Rakyat berhak mengundi tidak dapat dipenuhi, apakah yang boleh diharapkan daripada SPR yang sedia ada ini sebagai badan utama dalam proses memilih Wakil-wakil Rakyat yang bakal memimpin negara Malaysia. Menafikan hak mengundi Rakyat boleh menghalang Wakil Rakyat yang sebenarnya ingin dipilih oleh Rakyat tidak terpilih. Dengan itu, isu bahawa SPR sebagai alat umno-BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini tidak dapat di kesampingkan sama sekali. Bilakah akan tiba masanya Rakyat tidak lagi harus mempertikaikan perkara-perkara kecil seumpama memastikan nama-nama mereka ada dalam daftar pemilih SPR? Sungguh selekeh kerja-kerja SPR…

Photobucket Di kiri ialah YB Pn Rodziah Ismail, Pengarah Pilihanraya Wanita keADILan Pusat, kanan Pn Aishah Lamsah, Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita KeADILan Pusat.

Tak da 710 nama…?

Entry by Rozaini M R

(longat penang,ya) pi deras cek…nanti esok tak dan mengundi.

————————————————————————————

SPR TIDAK TAHU MENJAWAB SENARAI YANG TIDAK DIWARTAKAN

PERMATANG PAUH, Institut Perguruan Tuanku Bainun 25 OGOS – Suruhanjaya Pilihanraya tergamam dan khusut apabila meraka tidak dapat menjawab pendedahan Fuziah Salleh berhubung daftar pemilih yang tidak diwartakankan (digezetkan) dan antara yang dikemaskini.

Datuk Kamarulzaman, Setiausaha SPR yang memberikan kenyataan media terkejut kehadiran Fuziah Salleh dan Sivarasa Rasiah dalam sidang berkenaan apabila daftar pemilih yang tidak sah digunakan dalam pilihanraya kecil ini.Photobucket

Pihak media yang turut hadir binggung bagaimana Setiausaha SPR tidak tahu menjawab soalan ini malah cuai sehingga senarai nama yang tidak digezetkan boleh digunakan.

“SPR berjanji akan mengadakan sidang akhbar menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun PKR masih menyifatkan senarai tersebut tidak berintergriti” jelas Sivarasa Rasiah.

Hari pembuangan undi akan diadakan esok 26hb. Ogos, seluruh rakyat Pulau Pinang diumumkan cuti pada

hari berkenaan.

Photobucket

Photobucket

Video Kenyataan Fuziah Salleh

Buku mana nak pakai, noh?

Entry by Rozaini M R

Kata petugas:

Apa ka jadah SPR ada tiga buku datar yang berbeza?

Daftar SPR online, daftar SPR online Permatang Pauh, dan daftar SPR yang diwartakan & dikemaskini?!

Esok nak ngundi, SPR masih berkarat sakat, apa pasai?

——————————————————————————–

SEKALI LAGI PARA PENGUNDI PERMATANG PAUH ADALAH DIGESA UNTUK MENYEMAK NAMA MEREKA DALAM DAFTAR PEMILIH SPR DI BILIK-BILIK GERAKAN PAKATAN RAKYAT ATAU DENGAN PARA PETUGAS YANG SAH!

SPR MASIH DENGAN SEGALA TAKTIK PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN YANG MEMALUKAN MALAYSIA DI MATA DUNIA.

KEPINCANGAN SPR YANG SUNGGUH MENGAIBKAN INI MEMANG MENGHILANGKAN KEPERCAYAAN DAN INTEGRITI SPR SEBAGAI BADAN BEBAS (BAPE KALI DAH SEBUT, NI?) DAN MERUNTUHKAN IMEJ MALAYSIA SEBAGAI NEGARA DEMOKRASI.

Sidang Media: Fuziah Salleh

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 24 OGOS – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dipertanggungjawabkan kerana menggunakan Daftar Pemilih yang tidak sah untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, apabila mengunakan daftar pemilih yang tidak di’warta’kan (non-gezeted).

“Daftar pemilih yang digunakan kali ini cukup pelik kerana semakan daftar pemilih online umum tidak sama semakan daftar pemilih khas pilihanraya kecil permatang pauh” jelas Fuziah Salleh, Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat.

Menurutnya lagi, seramai 949 nama hilang, dalam daftar pemilih yang di’warta’kan pada 19 Jun, 2008.

868 masih di Permatang Pauh, namun tidak dapat mengundi kerana nama mereka dalam senarai kemaskini (update) bertarikh 31 Julai 2008 yang tidak di’warta’kan digunakan.

Dalam senarai kemaskini tersebut, seramai 861 nama dimasukan, manakala 868 nama dihilangkan.

Senarai kemaskini tersebut hanya dicetak SPR untuk diserah kepada parti-parti bertanding hanya berikan semalam 23 OGOS, 2008.

Penambahan pengundi kurang seratus orang adalah pembohongan.

Mengikut amalan dan peraturan pilihanraya senarai daftar pemilih yang digezetkan sahaja boleh digunakan untuk sesuatu pilihanraya yang berlangsung.

PKR telah menghantar bantahan di SPR semalam.

SPR kini telah menjadi bahan cemohan umum dan meminta badan itu agar berhenti dari bersekongkol dengan parti memerintah, BN.

Bless you…

Entry by Rozaini M R

and the struggle for justice…

Photobucket

Tiada izzah untuk memimpin

Posting by Rozaini M R

Umno yang dipimpin kepimpinan yang sedia ada hanya mampu menakutkan Rakyat, khususnya orang Melayu dengan taktik propaganda bahawa satu kaum akan mendominasi (menguasai) kaum yang lain.

Umno tidak dapat memimpin, jauh sekali membimbing Rakyat untuk memartabatkan keinsanan dan hubungan keinsanan antara pelbagai bangsa di Malaysia, jauh sekali sesama umat manusia di dunia ini.

Umno mengalami sindrom inferiority complex yang cukup hebat (rasa rendah diri yang tidak munasabah) dalam menghadapi pilihanraya Parlimen Permatang Pauh kali ini.

Tohmahan dalam bentuk VCD yang mengatakan bahwa Anwar Ibrahim bersekongkol dengan Yahudi dan menjurus kepada menghancurkan masa depan Melayu adalah suatu kepandiran yang berasaskan kegusaran pemimpin Umno akan kehilangan kuasa dan segala yang berkaitan dengannya. Jika Umno kehilangan kuasa, ia hanya akan menyelamatkan Rakyat, khususnya orang Melayu dari kezaliman dan kesengsaraan. Kuasa yang dimiliki Umno telah digunakan bagi mengangkat dan meneruskan penjajahan golongan elit Melayu keatas Rakyat Melayu kebanyakan.

Rakyat sudah bersedia untuk perubahan yang menjadikan sangkaan baik dan kerjasama erat sebagai asas hubungan antara kaum – saling membantu dan memahami sensitiviti sesama kaum dan menjadikan setiap kaum duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Tidakkah boleh kita berfikiran demikian, yang lebih dekat dengan apa yang dianjurkan oleh Islam cipataan Allah swt.?

Selamat tinggal Umno di Permatang Pauh.

Inilah propaganda murahan umno-BN; wajar Arif Shah menyahut ajakan Rakyat untuk berdebat dengan DSAI:
Photobucket

Photobucket

The campaign…

the zest and hope circling the election campaign in Permatang Pauh… Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket

August 23, 2008 Posted by Fuziah SallehPolitics9 Comments

Empat hari lagi…

Posting by Rozaini M R

Sudah dijangka taktik menrunkan harga minyak.

15 sen suatu penurunan yang tidak memberi impak yang diperlukan oleh Rakyat.

Jika harga minyak sedunia sudah turun, dan DSAI telah menjanjikan penurunan sekurang-kurangnya 50 sen beberapa bulan lalu, maka harga minyak yang ditawarkan oleh BN amatlah sedikit sekali!

Rakyat harus bijak menuntut penurunan harga minyak yang jauh lebih rendah.

Taktik BN tersebut hanyalah sempena pilihanraya Permatang Pauh.

Forum Perdana Anjuran Umno kosong

Lihat video di sini:
Forum Perdana Anjuran UMNO kosong

Forum Perdana Anjuran UMNO di Sek. Men. Penanti kosong malam tadi.

Forum tersebut dikatakan bakal dihadiri penceramah hanya kebanyakan dihadiri kerusi kosong sebanyak 2000 unit.

Sehingga pukul 11.30 malam keadaan masih lagi kosong.

Program berkenaan dijadual mendapat liputan secara langsung di RTM, bagaimanapun terpaksa dibatalkan kononya atas sebab teknikal

Lima hari lagi hari penentu di Permatang Pauh

Posting by Rozaini M R

Para pengundi diminta memeriksa nama mereka pastikan ada dalam senarai SPR online segera.

Para petugas telah mendapati bahwa ada para pengundi yang pernah mengundi pada Mac 2008 lalu telah tidak mendapati nama mereka tesenarai dalam daftar pemilih SPR yang terkini.

Oleh itu, diminta agar semakan daftar pemilih tidak dilengahkan. Para pengundi Permatang Pauh boleh melaporkan sebarang kemusykilan kepada:

HOTLINE SEMAKAN DAFTAR PEMILIH – 017-453 2539

bALIK kAMPUNG mENGUNDI, sayang…

posting by Rozaini M R

Bagi para pengundi Permatang Pauh yang berada di luar kawasan Permatang pauh adalah dirayu untuk pulang menunaikan tanggungjawab memilih calon wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh pada hari SELASA, 26hb Ogos 2008 nanti. Photobucket
Photobucket

Photobucket

Pendapat dari yang bernama “Election”

By: Election on August 18, 2008                                                   Photobucket
at 7:24 am

BN boleh menang , tapi dengan majoriti tipis, beberapa ratus undi
saja. Jangan tak percaya , atau tuduh ini teori saja. Mana mungkin BN
boleh menang , dakwa kita.

Strategi yang biasa diguna lah , semua dah tau , tapi kita ni jenis
alpa , mudah lupa seperti kata mahathir.

Untuk BN menang , ia sudah pasti telah siapkan kad pengenalan ke-2
iaitu palsu , dalam jumlah lebih kurang 20,000 keping. Ini untuk
diagihkan kepada pengundi – pengundi pada 26 hb nanti.

cukup mudah untuk sediakan IC ni , 5 minit saja [ ikut cerita kawan
kat Jabatan Pendaftaran Negara ].

Maklumat lengkap pengundi ada dengan SPR , iaitu satu lagi jentera
kerajaan yang digunakan secara aktif oleh umno/bn. Apa susah ?

Beberapa kategori pengundi ;-

i]. Pengundi yang mengundi atas nama pengundi lain [ yang sebelum ini
dalm PRU lepas, tidak pernah tidak mengundi , makna nya pengundi aktif
]. IC kedua atas nama pengundi lain tadi telah siap disediakan.

Operasi Ini dibuat pada seawall pagi , iaitu mula masa mengundi
dibuka, 8.00 pagi.

Pengundi sebenar ,yang datang untuk mengundi pada waktu tgh atau
petang , mendapati nama nya telah ada yang lebih awal mengundi atas
nama nya. Ini banyak berlaku.

Pengundi – pengundi ni adalah orang tempatan , yang akan keluar masuk
tempat pembuangan undi , beberapa kali , dalam waktu yang berbeza ,
pagi , tgh & petang , bukan pengundi luar.

Begitu lah berani nya umno/bn kerana untuk menang.

ii]. Pengundi yang mengundi atas nama pengundi lain [ yang sebelum ini
dalm PRU lepas , tidak pernah mengundi , makna nya pengundi tidak
aktif, biasanya dalam lingkungan 20 – 25 % daripada jumlah keseluruhan
daftar nama pemilih yang sah ].

IC kedua atas nama pengundi lain tadi telah siap disediakan.

Pengundi yang ditugaskan mengundi , mengikut usia pengundi asal ,
pengundi tua akan dicarikan regu nya adalah daripada golongan tua.

Pengundi – pengundi ni adalah orang tempatan , yang akan keluar masuk
tempat pembuangan undi , beberapa kali , dalam waktu yang berbeza ,
pagi , tgh & petang , bukan pengundi luar.

Begitu lah berani nya umno/bn kerana untuk menang.

iii]. Senarai nama pengundi telah ‘bertukar’ tempat. Ini dibuat dengan
kerjasama SPR. Tetapi peratus nama pengundi yang ditukar tanpa
kebenaran tidak lah besar ,tetapi cukup untuk mengurangkan jumlah undi
majoriti

iv] Pengundi yang telah mati , tetapi nama masih belum dikeluarkan
daripada senarai daftar pemilih. Ini pun akan digunakan secara
maksimum oleh umno/bn

v] Pengundi – pengundi hantu , yang dikatakan diimport dari luar ,
juga akan digunakan , tetapi dalam pilihanraya kecil ia agak sukar
dipraktikkan.

Nota

i] Tak tau samada petugas – petugas PKR & Pakatan Rakyat sudah siap
sedia dengan Pelan Tindakan bagi menanganinya ?

Pengalaman semasa bertugas PRU 10/1999 , 11/2004 & 12/2008 , kita cuai
, lalai dan alpa dalam bab ni

Petugas – petugas di pintu masuk tempat mengundi , berkumpul tetapi
tidak bertugas , hanya bercakap2, berbual kosong , bergurau senda ,
makan2 , suka hari semuanya , macam pesta pulak

Sepatutnya , kena perhati , tengok , lihat , kelih dan fokus betul2
pengundi – pengundi yang keluar masuk

Bahgaian2 lain , tampal poster , berjaga malam , meronda , dll kita
cukup hebat , tak ada tandingan.

Atau tengok saja pada hari mengundi nanti ?
Masa masih ada untuk susun strategi bagi mengurangkan kadar
‘pelepasan’ pengundi – pengundi yang akan mengundi >2X ini.

ii] Tidak mustahil untuk umno/bn lakukannya bagi tujuan untuk menang
atau sekurang – kurangnya mengurangkan majoriti undi.

umo/bn boleh berjaya , dan kita pulak lalai dan alpa.

Jangan kata ia tidak mungkin berlaku , kerana ia nya sentiasa berlaku
, selalu berlaku dan akan terus berlaku

Kemahiran kita nanti ialah kehebatan membuat ‘post mortem’ selepas
kalah , yang sudah tidak mempunyai apa2 erti lagi , orang putih kata
‘useless’

iii] Sekiranya , jumlah 20,000 kad pengenalan ke-2 , iaitu IC Palsu
dapat dioptimumkan , tidak ada sebab umno/bn tidak menang.

Hanya dengan cara ini umno/bn boleh menang.

PEJUANG PR..PERWIRA SEJATI…Ingatlah penderitaan DSAI ditangkap,
difitnah,dipukul,dipenjara 6 tahun lamanya.. sekarang kita hanya perlu
KORBAN 10 hari sahaja.

TOLONG PASTIKAN JENTERA & PEKERJA2 PILIHANRAYA BENAR2 BUAT KERJA.
PERKARA NI TAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU !!!

Untuk Penyokong & Pengundi Permatang Pauh

Peranan penyokong dan pengundi untuk Permatang Pauh
Peranan penyokong yang datang ke Permatang Pauh, dan pengundi pengundi luar perlu balik mengundi.

Photobucket
ihsan dari
laman web rasmi P044 Parlimen Permatang Pauh

Inilah Malaysia!

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya
Merdekakan Negara dari Penindasan dan Kezaliman

Posting: by Rozaini M R

1330 hrs

Memanglah pemberitaan TV3 tidak ada integriti sebagai agensi berita TV. Saya baru menontonnya sebentar tadi. Gambaran yang dipaparkan menyembunyikan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku di lokasi penamaan calon tadi. Gah BN yang ditunjukkan oleh TV3 adalah sebenar-benarnya palsu.

Gambar-gambar sebelum dan selepas penamaan calon siang tadi:

Photobucket

Menanti pengumuman proses penamaan calon

Photobucket Photobucket

Rakyat di sekitar kawasan Institut Perguruan Tuanku Bainun

Photobucket Kawasan perhimpunan bagi penyokong umno-BN yang kelihatan kosong

Photobucket YB Zulkifli Ahmad & YB Dr Hatta Ramli

Photobucket Barisan pimpinan DAP bersama Ketua Menteri Pulau PinangPhotobucket

AJK Bahagian Kuantan, Karim & Co.

Photobucket YB Hj Saari Sungib ADUN Selangor

Photobucket Ketua Wanita KeADILan Pusat, yang juga Ahli Parlimen Ampang bersama YB ADUN Taman Medan yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor dan YB Saifuddin, Ahli Parlimen Machang

Photobucket

Klik pada gambar untuk melihat tulisan yang tertera di baju-T penyokong KeADILan iniPhotobucket YB Nurul Izzah & suaminya


Photobucket

Photobucket

1306 hrs.

Permatang Pauh telah mencipta sejarah pilihanraya di Malaysia!

Seolah-olah seluruh bilangan pengundi Parlimen Permatang Pauh telah datang mengiringi DSAI untuk proses penamaan calon pagi tadi. Rakyat telah membanjiri padang perhimpunan, seluruh kawasan Institut Perguruan Tengku Bainun, jalan sepanjang ke Institut tersebut dan sepanjang jalanraya ke Kubang Ulu dan seterusnya.

Lebih 50000 Rakyat telah hadir dengan satu tujuan – menyatakan kehendak dan azam serta komitmen untuk merealisasikan perubahan dalam pemerintahan kerajaan Malaysia. Umno-BN tiada diharapkan walaupun sezarah untuk memelihara kepentingan Rakyat dan dikasihi Rakyat. Rakyat menunjukkan bahawa mereka sudah tidak tahan lagi dengan dasar, gelagat pemimpin, kerakusan dan “kebocoran-kebocoran” yang tidak reda-reda, bahkan tidak berhenti-henti lagi walaupun telah jenuh diperingatkan oleh Rakyat dan para pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan sebahagian Backbencher Parlimen umno-BN! Enough is enough!

Tanda-tanda ke Putrajaya semakin jelas…

Sama-sama kita melaksanakan yang terbaik untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, tidak leka dan memastikan segala arahan dipenuhi. Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah melambangkan survival perjuangan kebenaran dan keadilan dan masa depan Rakyat Malaysia.

Saya akan sertakan gambar-gambar nanti…

0900hrs

Saya telah berada berhampiran di tempat penamaan calon awal. Para penjaja juga sudah beroperasi sejak jam 6.30 pagi lagi. Trak-trak FRU sudah sedia menanti dan anggota-anggota polis bersepah di merata tempat sepanjang jalan berhampiran dan dalam kawasan dewan penamaan calon.

Lautan manusia yang mengiringi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak putus-putus masuk ke dalam kawasan Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Hati dan mata saya mencari YB Fuziah Salleh dalam sekelian banyaknya manusia. Sudah beberapa hari tidak menatap wajah beliau kerana bertugas bersama aktivis DUN yang berbeza.

Belum pernah saya mengalami hari penamaan calon seperti ini. Inilah Malaysia…dengan segala bangsa hadir , dari Perlis hingga ke Sabah…Rakyat menyatakan pendirian inginkan DSAI menang dan memimpin Malaysia ke arah perubahan yang mengangkat martabat insan Rakyat Malaysia ke tahap kemurniaan yang hakiki.

Penjiwaan terhadap lanskap penamaan calon hari ini akan memberikan harapan yang cukup tinggi bagi Malaysia yang makmur, harmoni dan berjiwa Rakyat, sesuatu yang belum pernah dikecapi oleh Rakyat Malaysia sebelum ini.

Yang juga ketara adalah kasih Rakyat kepada pemimpin mereka yang menjadi calon Permatang Pauh hari ini.

Photobucket Photobucket

Semoga pemimpin Pakatan Rakyat senantiasa ingatkan harapan Rakyat dan membenarkan diri mereka diingatkan sepanjang masa.

Photobucket

Photobucket

Akhirnya saya nampak Pn Fuziah Salleh…ahh, malangnya…terlewat untuk mengambil gambar beliau yang berada di belakang DSAI. Saya akan cuba lagi di tapak pencalonan kemudian…

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Nukilan:Rozaini M R (0917 hrs.), dengan genangan airmata.

Lawati juga :

Justice For All Kuantan

Meningkat usaha melebarkan jurang majoriti undi

Memfokuskan usaha ke arah memenangi pilihanraya kecil dengan kemenangan yang besar adalah fokus utama para sukarelawan dan petugas KeADILan.

Pengarahan pilihanraya kecil Permatang Pauh memastikan pergerakan yang mengamati suasana dan profil masyarakat sehingga melahirkan objektif-objektif yang telah dihasratkan.

Sewajarnya, sekiranya peraturan pilihanraya diikuti, pilihanraya ini akan mendatangkan keputusan yang terbaik yang pernah diperolehi oleh calon KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Para pemikir umno-BN sendiri menagakui bahawa mereka belum cukup melakukan sepenuhnya bagi meyakinkan rakyat dalam rekaan tuduhan liwat terhadap DSAI. Alangkah jeleknya kepalsuan yang sedemikian.

Para pendokong KeADILan wajar meningkatkan usaha berlipat ganda dengan sentuhan 100% rakyat pengundi di Permatang Pauh.

Setakat risikan dan pertemuan di kedai-kedai kopi, tempat-tempat awam dan banyak yang lain, bahkan dijalanraya, Rakyat tidak segan silu menunjukkan sokongan mereka kepada keberadaan pasukan pilihanraya KeADILan di Permatang Pauh. Motokar didengari membunyikan hon mereka dan penduduk tempatan mengisyaratkan ibujari tanda sokongan padu.

Suasana dan sambutan serta keyakinan Rakyat terhadap DSAI kelihatan meningkat dan merisaukan kem umno-BN. Walau bagaimanapun, keadaan sedemikian tidak semestinya kekal sekiranya para petugas dan sukarelawan lalai walaupun sekelip mata dan tidak menjaga penjuru masing-masing dengan seluruh jiwa raga mereka. Umno-BN akan melakukan segala taktik, tanpa mengira peraturan atau etika untuk mengurangkan jurang undi majoriti kemenangan DSAI. Sekarang ini, apa yang perlu ialah kerja kuat yang berterusan dengan perlaksanaan arahan-arahan yang dikeluarkan, khususnya dalam merapati pengundi dengan kewaspadaan yang tinggi.

Laporan-laporan dari petugas amatlah penting.

Tiada siapapun ahli parti dan petugas mempunyai masa senggang dalam menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh ini.

Rozaini M R

Esok adalah Hari Penamaan Calon dan…

Rakyat para pendokong dan penegak KeADILan adalah digesa untuk menjayakan Hari tersebut dengan penuh hemah dan gah serta kesantunan yang membuat sekelian Rakyat lain yang menyaksikan acara dan perarakan pada hari itu tersenyum puas kerana ia akan menjadi simbol langkah pertama mengekalkan kerusi P044 Permatang Pauh dan permulaan terhadap perubahan kepada pimpinan pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia. Segala yang dihasratkan pada hari Penamaan Calon esok akan tercapai dengan disiplin tinggi para pendokong KeADILan dan sokongan sekelian pendokong Pakatan Rakyat.

Tempat penamaan calon ialah di Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Waktu berhimpun di Jalan Mengkuang bagi ahli dan penyokong KeADILan, jam 7.15 pagi, esok 16 Ogos 2008.
Photobucket



Hari ini, di lokasi penamaan calon tersebut, pihak berkuasa telah memasang dawai bergulung yang tajam(barbed wire) di sepanjang sempadan antara ruang bagi pendokong KeADILan dan BN di padang perhimpunan yang ditetapkan. Circuit camera juga telah dipasang di tempat-tempat yang strategik di sekeliling dan di luar kawasan perhimpunan.

Photobucket Photobucket

Photobucket

——————————————————————————–

Tadi Anwar Ibrahim bersama sahabat-sahabat di Guar Perahu, Permatang Pauh…Perdana Menteri ke-6 Malaysia:

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Laporan oleh Rozaini M R

Acara di Permatang Pauh

Saya telah bersama rakan DAP dan lain-lain di majlis pelancaran bilik operasi Permatang Pauh DAP di Taman Aerowana Permatang Pauh pagi tadi. Majlis telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Kuantan: Forum Profesional

10 Ogos 2008, Forum Profesional telah berlangsung dengan di hadiri oleh lebih 60 orang ahli-ahli perniagaan dan profesional. Soalan-soalan telah diajukan kepada ahli panel yang terdiri daripada, YB Sivarasa, YB Azan, Dato’ Fauzi, Felicia Ling(ex-MCA), dan YB Fuziah Salleh, yang merangkumi soal-soal politik, ekonomi, the succession of leadership dalam KeADLan, isu kesinambungan Pakatan Rakyat, dll.

Ia telah berjaya mengenengahkan model-model dan kerangka penyelesaiakan kepada isu-isu yang ditimbulkan.

We had a very successful and open dialogue with more than 60 professionals and business people from around Kuantan. We had answered quite a number of questions. They evolved around the policy of Pakatan Rakyat (PR), the way forward for PR, how PR would solve the issues in education, economy, social, judiciary, etc. and succession issue in KeADILan.

On the issue of succession in PR – that it was perceived that leadership only centres around Anwar Ibrahim, Dato’ Fauzi reminisced the changed of leadership after Tengku Abd Rahman, when Tun Razak took over. Tun Razak and Tun Dr Ismail were insignificant names then. So, really, he said that there was not an issue. There is a dearth of talent in PR – only their leaders were not given the chance (to govern the country).

Well,(anyway) the PR has Anwar Ibrahim, BN ada siapa?

These leaders would certainly rise up to the occasion and prove that they could govern better than the (BN).

Like in Perak now, even the Sultan his happy with the leadership of PR in Perak.

So, it was up to the people to choose the right leader. And it’s the (members) of PR, the people within the party that chose the kind of leadership they want. If the members were thieves, then a thief as a leder they would get. So when PR intends to have a leader like Anwar Ibrahim, then they will find such leadership in due course and would overcome any succession issue.

Report by Rozaini

Kuantan: Kemana akan mereka pergi?

Kuantan, 9 Ogos 2008; Pertemuan penduduk Kg Selamat dengan Ahli Parlimen Kuantan, YB Hajjah Fuziah Salleh telah dihadiri kira-kira 50 orang penduduk. Di wajah mereka terpampang rasa risau tentang nasib dan hala tuju hidup mereka selepas ini. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan dari wakil penduduk dan mereka tidak membuang masa untuk menceritakan permasalahan yang telah hadapi sejak akhir-akhir ini.

Mereka agak risau dengan kehadiran beberapa orang yang telah mengarahkan mereka berpindah secepat mungkin dengan alasan bahawa tanah yang diduduki mereka akan dibangunkan. Ungkapan yang berbau ugutan telah diberikan kepada mereka terutamanya kepada kaum ibu sewaktu kaum bapa tiada dirumah menangkap ikan. Pihak penduduk telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis pada tarikh 4hb Ogos 2008 atas kebiadapan pihak yang tidak bertanggungjawab pihak yang terbabit. Kerisauan mereka telah diajukan pada pihak tertentu tetapi keadaan masih di takuk yang lama.

laporan polis oleh penduduk

Mereka telah mendapat arahan dari pihak tuan tanah, iaitu Jelai Holdings untuk berpindah dan dijanjikan untuk menerima pampas an sebanyak RM 500.00. Jelas bahawa jumlah tersebut tidak memadai ditambah dengan taraf kehidupan mereka yang miskin. Antara janji yang telah mereka terima iaitu supaya berpindah dan ditempatkan ke tempat yang lebih seperti di Perkampungan Baru Kg Pak Mahad dan Kg Pandan masih belum dapat ditunaikan. Kemampuan mereka untuk membayar sewa atau membeli rumah adalah amat difahami dengan pendapatan mereka yang kecil.

YB Hajjah Fuziah Salleh sempat membuat panggilan berhubung perkara di atas dan telah mendapat maklumat bahawa pihak tuan tanah telah gagal dalam permohonan mengarahkan perpindahan penduduk. Pada masa yang sama, pihak penduduk diminta untuk berpindah jika mereka diberi penempatan yang baru.

Kata putus telah dicapai untuk mengadakan perbincangan antara pihak kerajaan negeri, tuan tanah dan penduduk di mana YB Hajjah Fuziah Salleh akan bertindak sebagai perantara dalam menyelesaikan kekusutan yang ada.

Beliau memberikan harapan agar penduduk terbabit dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan berpatutan bagi meneruskan survival mereka. Beliau juga mengingatkan penduduk supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan yang emosional dalam mencari penyelesaian. Pertemuan hampir sejam jelas telah memberikan kelegaan pada semua pihak terutamanya penduduk bagi mendapatkan pennyelesaian dan hasil yang setimpal.

MediaKeADILanKuantan

————————————————————————————–

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Rozaini binti Mohd Rosli,

email add: rozainiebbm@yahoo.com tel.: 019-8502757

Selamat Hari Ulangtahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Selamat menyambut hari Ulangtahun Kelahiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari kami sekeluarga  dan seluruh warga Kuantan.   Semoga dianugerah olehNYA kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan agenda perjuangan Rakyat demi negara tercinta.

Saudara adalah harapan Rakyat Malaysia & kami akan sentiasa bersama Saudara.

Dari Fuziah dan Seluruh warga Kuantan

Pilihanraya kecil Permatang Pauh

Untuk berita berkenaan, sila lawati:

Anwar: Dari Permatang Pauh ke PUTRAJAYA

Photobucket

Parlimen Kuantan

Semalam mengikuti perkembangan Rakyat, memenuhi undangan serta mendengar aduan.
Hari ini saya akan bersama kaunter bergerak Pusat Khidmat Keadilan Kuantan di Pantai Sepat dan dan pemberian beras di Cherok Paloh.
Petang dan malam nanti ada beberapa pertemuan dan perbincangan mengenai Bajet 2009 dan forum besama Sivarasa di Restoren Lee Yuan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

PDF Emel
Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
7 Ogos 2008, 9:30 am, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi pada 6 Ogos 2008. Kami mencapai kata sepakat mengenai keputusan-keputusan berikut:

a) Kami menganggap kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kezaliman politik. Dalam kes ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan.
b) Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan diikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR akan bertindak sebagai penyelaras Majlis Pimpinan ini.

c) Kami bersetuju sepenuhnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh.

d) Kami bersetuju bahawa manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos 2008.

YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan)
YB Dato’ Hj Husam Musa (Naib Presiden PAS)
YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)

___________________

Statement of Pakatan Rakyat Leadership Council
7 August 2008, 9:30 am, High Court, Jalan Duta, KL

The Pakatan Rakyat Leadership Council held a special meeting last night (6 August 2008). We reached the following agreements:

a) We consider that the case against Dato’ Seri Anwar Ibrahim is blatant political persecution, and that it is not only Dato’ Seri Anwar Ibrahim being tried but the whole nation is on trial.

b) In case of Dato’ Seri Anwar Ibrahim is detained or denied bail, then Datuk Seri Wan Azizah, the PKR President will act as coordinator for the council.

c) We fully endorsed Dato’ Seri Anwar Ibrahim as the Pakatan candidate in the Permatang Pauh by-election and we will form a joint machinery to give him our fullest support.

d) We agreed that when Dato’ Seri Anwar Ibrahim successful in entering the Parliament, he will be proposed to be the Opposition Leader effective on 27 August 2008.

YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (President KeADILan)
YB Dato’ Husam Musa (Vice President PAS)
YB Lim Guan Eng (Secretary General DAP)

Anwar bebas

dengan ikat jamin RM20000.

Beliau telah mengaku tidak bersalah dan menganggap tuduhan sebagai khianat dan jahat.   Perbicaraan ditetapkan pada 10hb September 2008 ini.

Kenyataan Media Anwar Ibrahim

06 Ogos 2008

This morning the Malaysian Election Commission announced nomination and polling day for the by-election that I will contest in Permatang Pauh. I look forward to the campaign period to meet with voters in my home constituency. I invite all Malaysians to join me in this historic campaign to bring forth a New Dawn for Malaysia as we work together to build a more peaceful and prosperous nation.

At the same time we would reiterate our longstanding concerns about the integrity of the electoral process. To this date, the evidence of phantom voters and ballot box stuffing has yet to be addressed by the Election Commission. The poor handling of the use of indelible ink in the General Elections gives all Malaysians, particularly those in Permatang Pauh, reason to be concerned about the conduct of polling this month. I urge the Election Commission to take this opportunity to restore some credibility to its reputation by fulfilling its constitutional mandate to ensure that voting is fair and unbiased.

On a darker note, I regret to say that I fear an enormous injustice is about to be perpetrated upon the Malaysian people, worse than those actions taken in 1988 and 1998 which rendered almost irreparable harm against the institutions of democracy and the rule of law. While some individuals suffered greatly by those actions, the Malaysian people have been the greatest losers.

Tomorrow I will be charged with a crime I did not commit. The real criminals will, in their efforts to humiliate me and to derail the people’s aspirations for transformational change in Malaysia, hide behind a smokescreen created by the government controlled mainstream media.

This travesty of justice will take place. It will happen with the active support and the criminal involvement of the highest echelons of the police and politicians—including the office of the Prime Minister.

We have been informed that the Attorney General’s chambers has advised against charging me after having studying the investigation papers. Despite its views, some individuals within the Police have insisted on pursuing this case even though the legal professionals in the AG’s Chambers take a different view.

The evidence proves that the accuser lied in his initial report. He has been seen to be working in close collaboration with the police, notably his meeting with SAC2 Rodwan who was working hand in hand with Musa Hassan to conspire against me in 1998. Other witnesses in this matter have been threatened and harassed in order to fabricate evidence. Doctors appear to have been pressured to violate all norms of medical ethics. Senior Ministers, in their comments about the case, have demonstrated their consistent interference in the investigation.

We are also informed that some individuals within the Prime Minister’s close circles are adamant about pursuing this case. Their involvement further undermines the credibility of the case and proves that the entire conspiracy hatched against me is politically motivated.

Today the Prime Minister faces a crisis of confidence. His approval ratings have plummeted since the March elections and senior members of the Barisan Nasional have joined Pakatan Rakyat in droves. The economy under his abysmal management has reached its lowest ebb in decades and all signs point to further weakening. And just yesterday prominent UMNO members have initiated an investigation into his own involvement in corruption and money politics. This is a man under siege – and he sees no way out but to deflect the attention of the Malaysian people with a sham trial against me.

He is now burning the forest to save his own tree!

I have thus far constrained my criticism of the Prime Minister to his failed policies and general incompetence in leading the nation. But now it is clear that his vendetta against those who would seek his early dismissal from office knows no boundaries and will transgress all limits of the rule of law.

I hold the Prime Minister personally responsible for the damage that is about to be done to the nation and to the integrity and dignity of the Malays.

Our international standing, recently lambasted by prominent leaders from around the world, will plummet even further. Overseas investors are already deeply skeptical about Malaysia on account of its reputation for deeply engrained corruption and economic inefficiency. They will certainly be further dissuaded from any further activity in Malaysia. The continued decline in the economy will lead to greater unemployment and rampant stagflation.

I will fight this with the hope and energy of the people who have supported reformasi in Malaysia. I will not allow this cowardly attack to derail Pakatan Rakyat’s agenda for change. Insha’Allah we will win in Permatang Pauh. Insha’Allah we will win convincingly. I look forward to joining my colleagues in the Parliament to prepare for the historic transition that the country is eagerly awaiting.

ANWAR IBRAHIM

http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/658/98/

Roadshow di Bentong:Menuju ke Putrajaya

Kira-kira 20000 rakyat Bentong dan kawasan berdekatan telah secara simbolik menyatakan harapan mereka terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan kehadiran di Roadshow Anwar Ibrahim Bentong semalam, 5 Ogos 2008. Rakyat menantikan agar segera berlaku peralihan pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat. Kehimpitan kehidupan rakyat tiada lagi dipeduli dengan sepenuh hati oleh kerajaan umno-BN. Pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi penentu apa yang terhasrat dalam hati nurani Rakyat. Walaupun berita bahawa Anwar Ibrahim akan didakwa esok, seluruh jentera dan pendokong keadilan dalam Pakatan Rakyat akan tetap melaksanakan tuntutan politik baru…Lawan Tetap Lawan!

PhotobucketPhotobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

laporan oleh:

Rozaini M R

54th Commonwealth Parliamentary Conference

Nearly 60 participant countries from the Commonwealth nations were there. Held at the KLCC, Kuala Lumpur, with theme – Expanding role of Parliament in Global Society: Environment, Development & Security.

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Kuantan: Sepetang Bersama Sivarasa

Sepetang Bersama Sivarasa Rasiah yang merupakan majlis bertukar pendapat dan dialog komuniti terutamanya bagi masyarakat India. Pihak Parti Keadilan Rakyat Cawangan Taman Seri Kuantan merasakan bahawa program ini amat perlu dihadiri bagi memahami isu-isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya orang Tamil.

Dengan latarbelakang beliau (Sivarasah) sebagai peguam, isu-isu masyarakat merupakan kepakaran beliau. Melalui pengalaman beliau sebagai peguam dan juga seorang ahli Dewan Rakyat tentunya perjuangan beliau lebih terkesan. Sikap dan kelantangan beliau dalam advokasi isu merupakan aset dan dapat memperjelaskan nasib masyarakat.

Isu lokaliti terutamanya di dalam masyarakat India di dalam kawasan Parlimen Kuantan adalah amat penting untuk diperbincangkan dalam pertemuan ini. Sikap kerajaan yang tidak serius memerlukan seseorang seperti beliau untuk membawa isu ini ke dalam Parlimen.

Antara penceramah yang turut menghadiri dalam program ini adalah Dr M Raken, bekas Pengerusi Kolej Olympia dan Encik A Thiruvengadam, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Kehadiran beliau juga diharapkan dapat memperjelaskan lagi isu-isu lain seperti pilhanraya di Permatang pauh, minyak dan beban kehidupan yang semakin mendesak. Semua golongan masyarakat dianjurkan untuk hadir memberi sokongan dan memahami keperitan hidup rakyat.

Nama Program: Sepetang Bersama Sivarasa Rasiah

Masa: 7.00- 9.00 malam

Tempat: Restoran Lee Yuen, Jalan Hj Ahmad

Tarikh: 10hb Ogos 2008

Ada insan yang berkehidupan sebegini di Kuantan (Ubai)

Nenek ini telah dilawati oleh krew aktivis Parlimen KeADILan Kuantan dua minggu lalu…

Beliau hidup dalam kegelapan sepanjang masa; didapati tidak dapat melihat. Beginilah keadaan rumah, tempat tinggalnya.

Bekas makanannya di kerumuni lipas – didapati tidak dicuci dengan baik; oleh kerana buta, ia tetap digunakan.

Bilik air pula dipenuhi oleh katak-katak, yang juga tidak dapat dilihat oleh beliau.

Ketika ditemui, tangan nenek itu masih hitam kerana untuk memasak, masih menggunakan arang.

Krew Aktivis Parlimen Kuantan telah membantu membersihkan rumah beliau. Jiran-jiran akan menjenguk beliau dari masa ke semasa. Sekiranya ada warga yang prihatin untuk terus memberi sumbangan dan khidmat terhadap nenek ini, sila hubungan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan 09-5137970 Puan Baini).

Laporan sebelum ini: AKTIVISME PRIHATIN RAKYAT

Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Laporan oleh:
Rozaini M R

Bersama mereka di Kuantan…

minggu lalu.
Photobucket Photobucket
Di atas:Mendekati para pengunjung dan peniaga di Taman Kerang.

Di bawah: Dalam sebuah restoren di Jalan Abdul Aziz, berhampiran Masjid Besar dan mendengar bicara-bicara Rakyat di Kg jawa.
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Pertemuan ini ialah bersama ahli-ahli profesional Kuantan.

Photobucket Saya telah menziarahi Sek Menengah Tg Lumpur untuk meninjau keadaan pelajar histeria dan keadaan sekolah.

Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat ke Putrajaya

Kempen Perdana Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertema “PAKATAN MENUJU PUTRAJAYA”, 3 Ogos (Ahad), 8 malam Seberang Jaya, Pulau Pinang.

RAKYAT Tolong sebarkan.

Pohon juga bantuan semua Ahli Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *