PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

JUNE 2008

Terkini: Anwar akan keluar sebentar lagi dari Kedutaan Turki

Petang tadi Pejabat Ketua Pembangkang telah memohon secara rasmi bagi DSAI untuk bertemu PM.

Setelah diberi jaminan keselamatan oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar, DSAI akan keluar sebentar lagi dari Kedutaan tersebut.

oleh Rozaini

Suara Masyarakat Sivil di Parlimen dalam solidariti

SELAMATKAN MALAYSIA – KEADILAN UNTUK ANWAR!

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

Live dari Parlimen

Pakatan Rakyat walkout from Parlimen!

Membantah perlanggaran peraturan mesyuarat bahawa giliran sebenar berucap ialah Ketua Pembangkang, bukannya Yang Berhormat Pekan, TPM.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Laporan oleh Rozaini

Live dari Parlimen

10.49am Baru sebentar tadi yang Berhormat Puchong telah digantung dari persidangan selama dua hari. Beliau telah dianggap menyatakan isu-isu yang tidak berkaitan dengan soalan yang dikemukakan. Yang Berhormat Puchong telah tidak bersetuju dengan anggapan tersebut.

Insiden di atas, boleh didapati secara verbatim di laman web Parlimen, di bawah “Penyata Rasmi 30 Jun 2008? nanti.

Live dari Kedutaan Turki di Kuala Lumpur 29 Jun 2008

5.33pm Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ini berada di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur bagi melindungi diri beliau. Seramai 500 orang sedang mengerumi di luar perkarangan Kedutaan tersebut.

Kira-kira 20 orang anggota polis sedang berligar di luar pagar Kedutaan bersama beberapa orang FRU.

Pihak media tempatan dan antarabangsa juga sedang membuat liputan mengenai situasi yang mendebarkan ini.

5.37pm Dato Seri Anwar Ibrahim akan terus berada di dalam Kawasan Kedutaan Turki. Rakyat akan bersurai sebentar lagi.

Esok satu hari yang baru, belum ada kepastian.

Dengan hati yang cukup berat bagi Rakyat melangkah pulang, mengalihkan pandangan dari Kedutaan Turki dengan iringan doa agar segalanya selamat dan pemimpin yang mereka kasihi berada dalam keadaan selamat jua.

Laporan oleh Leo

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 29 Jun 2008

KENYATAAN MEDIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

*

The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

My fellow Malaysians – we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

ANWAR IBRAHIM
29 JUN 2008

PKR fears Anwar an assassination target

Malaysiakini.com

Jun 29, 08 3:13pm

PKR today said party de facto
MCPX
leader Anwar Ibrahim has received threats to his life and is currently holed up at the Turkish embassy in Kuala Lumpur.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 03According to PKR deputy president Dr Syed Husin Ali, the latest move to implicate Anwar in a sodomy charge lodged by a former party volunteer signaled a more serious effort by certain quarters to silence him for good.

He said that Anwar has been targeted not just for political assassination but has also received credible threats to his life.

“We (in PKR), and I myself, have received information that this is part of an attempt not only to assassinate him politically, but if possible, to kill him physically,” Syed Husin told a packed press conference at the Quality Hotel in Shah Alam.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 01Among those present at the press conference is Anwar’s wife, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

And at a later press conference, party vice-president Azmin Ali revealed that Anwar was presently holed up in the Turkish embassy for the sake of his safety.

“He has been there since 6am. No one can visit him except for his wife and children,” said Azmin.

He said that Anwar would be at the embassy indefinitely.

Anwar’s promise to change government

Meanwhile, Syed Husin said that the party has taken all necessary steps to ensure that Anwar is safe.

He said that the assassination attempt on Anwar could also be as a result of the possible change of government as alluded by Anwar in recent months.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 05The shocking announcement comes on the heels of a police report lodged yesterday against Anwar by an aide, 23-year old Mohd Saiful Bukhari Azlan, for sodomy that was allegedly committed at a luxury condomonium in Damansara.

Responding to this yesterday, Anwar said the accusation against him was the result of “interested parties” to attack him in retaliation for his possession of evidence that allegedly implicates two top government officers.

He said he had evidence that Inspector-General of Police Musa Hassan and Attorney-General Abdul Gani Patail were involved in misconduct, including fabrication of evidence in the cases launched against him after his sacking from the government in 1998.

[Full report to follow]

Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar

Malaysiaini.com
Jun 29, 08 9:27am

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam ‘cemas seketika’ seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Begitu juga dengan para wartawan yang telah berkampung di hotel tersebut sejak semalam, terus bergegar merakamkan foto dua buah kereta peronda tersebut.

anwar police carBagaimanapun, keadaan tenang semula apabila kereta peronda tersebut beredar dari situ kira-kira semula 10 minit kemudiannya.

Sebelum itu, seorang pegawai PKR kelihatan bercakap dengan anggota polis tersebut.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau berkata, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak yang menghubungi polis mengatakan ramai orang berkumpul di hotel tersebut.

Jadi mereka datang untuk menyiasat. Selepas dimaklumkan bahawa PKR mengadakan seminar sejak semalam, maka mereka beredar dari situ.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa ketua umum PKR itu akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar – Saiful Bukhari Azlan – yang mendakwa dia telah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri tersebut.

PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Parti itu menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk “menyerangnya” sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu PKR, sewaktu pilihanraya umum.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latarbelakang Saiful.

Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Malaysiakini.com
Jun 29, 08 2:19am

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Anwar Quality Hotel 270608 press conference :
Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk “menyerangnya” sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

anwar quality hotel 270608 crowdSebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Fikrah Paradigm

Perjuangan itu amat perit sekali. Perjuangan yang tidak diiringi oleh segala macam keperitan adalah suatu perujuangan yang palsu.

Seorang pejuang yang terkenal menyebut bahawa Allah memberi ilham kepada para pejuang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Lebih mendalam komitmen mereka, akan lebih berharga ilham yang memberikan segala petunjuk dalam rangka bertindak dan menyelesaikan segala permasalahan.

Lazimnya, masa akan menentukan segalanya.

Ilham-ilham ini juga berbentuk kejelasan dalam melihat hakikat terhadap sesuatu perkara.

Mereka yang diruntun musibah kerana perjuangan akan tetap memelihara akhlak mereka dan berpihak kepada yang pahit dan sukar demi mengutuhkan kebenaran dan keadilan.

Fitnah dan aduan domba merupakan asam garam perjuangan. Yang paling di kasihi oleh Allah adalah mereka-mereka yang paling banyak kepahitan dan kesengsaraannya. Bersabar dan beristiqamah.

Lazimnya, hanya masa akan menentukan segalanya.

Para pejuang penegak kebenaran dan keadilan, kita tidak punya pilihan selain meneruskan perjuangan ini, walau apapun yang mendatang – membujur lalu, melintang patah!

Hindarkan sebarang pra-sangkaan dan memeriksa dengan teliti sebarang perkara-perkara yang di war-warkan bukan dari sumber parti dan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Semoga Allah memelihara seluruh anggota perjuangan yang tulus dan menghendaki yang terbaik untuk Rakyat dan umat manusia sejagat.

Rozaini Mohd Rosli

Sudut Pandang tadi 8.30 – 9.00 malam tadi 26 Jun 2008

Sebelum ke udara:

Photobucket

Bersama YB Dr Puad Z. dan Dato’ Shannon.

Photobucket Photobucket
Sejurus menanti detik live.

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Live on Astro 501 8.30pm 26th June 2008

Astro Awani telah menjemput saya untuk bersama dalam siaran secara langsung saluran 501, Astro Awani esok, Khamis 26 Jun 2008 jam 8.30 malam.

Dalam program Sudut Pandang.

Selamat menonton nanti, insyaAllah.

Najib: Cops took statement from Rosmah

Beh Lih Yi | Jun 25, 08 12:32pm
Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak today denied that his wife, Rosmah Mansor, was involved in the killing of Altantuya Shaariibuu as claimed by blogger Raja Petra Kamarudin.

Najib also said Rosmah had been called in by the police to have her statement recorded following fresh allegations made by Raja Petra in his statutory declaration last Wednesday.

“Yes, my wife has given her statement. Everybody will make their statement including the prime minister (Abdullah Ahmad Badawi),” he told a press conference in Parliament after a chairing a cabinet committee meeting on the illegal immigrants in Sabah

He however did not disclose when her statement had been recorded.
Najib and Rosmah have repeatedly denied involvement in the high-profile murder, describing these as nothing more than slander and a concocted story.

Asked about the allegations again at today’s press conference, the deputy premier’s immediate response was: “Why are you (media) interested in garbage?“Everything that is written and claimed is a total lie and fabricated. It’s total garbage. That’s all I want to say, it’s total garbage,” he said.

Asked to comment on the motive behind Raja Petra’s move, Najib replied: “I have no other conclusion except (to say that this) is a desperate and pathetic attempt to discredit and taint my political image.”

On whether it might be politically-motivated, he said: “I can’t see any other reason.”

The deputy premier welcomed the police probe and hoped that it will be concluded soon.

Raja Petra’s claims

Raja Petra has alleged that Rosmah was among three individuals who were at the scene when the Mongolian national was murdered on Oct 19, 2006.

He named the two others as acting colonel Aziz Buyong, who is described as ‘a C4 expert’ and the latter’s wife, known only as Norhayati, who is also said to be Rosmah’s aide de camp.

Raja Petra further alleged that Abdullah, his son-in-law Khairy Jamaluddin and a Malay ruler have been briefed on the matter and are fully aware of the allegation against Rosmah.

He alleged that Abdullah has handed over a written report from military intelligence on the matter to Khairy for “safekeeping”.

Abdullah denied yesterday that he had received any military intelligence report over Rosmah’s alleged involvement in the murder, as claimed by Raja Petra in the legal document.

Altantuya’s body is alleged to have been blown up with C4 explosives at a secondary forest in Puncak Alam, Shah Alam

raja petra and judiciary court lawRaja Petra has said he is ready to be investigated after the police launched a probe on his claims. Under Section 203 of the Penal Code, he could be charged with spreading false information and is liable, upon conviction, of being jailed up to two years or fined or both.

He has already been charged with sedition over an earlier article he wrote on his Malaysia Today website, linking Najib and Rosmah to the murder. If convicted, he faces three years in jail.

Updates from Parliment

Malaysiakini.com

At about 2.15pm, several backbenchers led by Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) took direct action in physically removing the barricades

journalist media barred from parliament lobby area 240608 06The journalists however decided to continue the boycott since there was no official revocation of the ruling from the Parliament administration.

When the matter was brought up again by Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) during the afternoon debate, speaker Pandikar Amin stood his ground and ticked off the opposition MPs for raising the issue.

“Since when Bagan (Guan Eng) and Batu Gajah (Fong) are interested to become the editors?” he asked. “How do we know whether those showing the press tag are indeed journalists?”

According to the speaker, he is awaiting a response from media organisations over his ‘enquiry’ on whether it was appropriate to enforce the ‘five journalists only’ rule.

Pandikar Amin said he will make a final decision after receiving feedback from the media.

However, according to a copy of the notice sent to media organisations last week, it was clearly stated that the Parliament “has decided” that each paper could only send five journalists.

Apart from journalists, aides and press secretaries to MPs have also been subjected to stringent security rule – they are no longer allowed to distribute their bosses’ press statements in the media room, where journalists use to file their reports.

Only MPs will be allowed to do so, according to Guan Eng’s aide Lim Swee Kuan who was asked to leave the media room by security personnel around noon today.

PM, DPM, opposition functions affected

The protest by the journalists has affected scheduled press conferences called by the Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak and Pakatan Rakyat MPs from Kuala Lumpur.

journalist media barred from parliament lobby area 240608 03Abdullah was slated to chair a cabinet committee meeting on the competitiveness of palm oil in Parliament while Najib will chair two meetings – one of which is the Umno management committee meeting.

Whereas the Pakatan MPs from Kuala Lumpur had planned to call a press conference on the Draft KL City Plan.

However, all the press conferences were boycotted by journalists. Only state-owned news agency Bernama sent its representatives to cover the events.

On hearing the ban, the Pakatan MPs went to the media centre for their press conference but were told by journalists they would not be reporting anything apart from the debates in the House’s chamber.

A scheduled launching of the official government’s weblog by Information Minister Ahmad Shabery Cheek, initially slated for tomorrow at Parliament, has been postponed to another date as a result of the boycott.

Minister in the Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz, when asked, refused to comment.

“I am only the intermediary between the executives and the legislature. I’m not involved in this,” said the normally outspoken minister who oversees parliamentary affairs.

Terkini dari Parlimen

Pihak Pentadbiran Parlimen telah tidak mengizinkan pihak media untuk berada di keseluruhan lobby Parlimen.   Suatu perkara yang tidak pernah berlaku semenjak Parlimen diwujudkan.

Pihak media pula telah memboikot sekelian sidang media yang dijadualkan berlangsung di ruang sidang media parlimen.

Terkini dari Koordinator Media KeADILan: Para Pembantu Parlimen Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk mengedar kenyataan-kenyataan media Ahli-Ahli Parlimen kepada pihak media.

Rozaini, dari Parlimen
24 Jun 2008
1305hr

Live: Belah Bahagian di Parlimen

1858hr Sekarang Ahli-Ahli Yang Berhormat sedang mengundi untuk meluluskan atau tidak Usul Menteri Perdaganagan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dua Ahli Berhormat dari Sabah tiada ditempat duduk mereka, menurut Ahli Parlimen(AP) Shah Alam.

1902 Para petugas Dewan sedang mendapatkan undian dari AP.

Ada antara kerusi-kerusi BN kosong.

1905 Setiausaha Dewan sedang mengira undi.

1906 Ipoh Barat sedang bangun bertanya Tan Sri YDP dengan menimbulkan sama ada setiap AP boleh mengundi mengikut conscience mereka.

1909 Masih menunggu keputusan undi.

1910 Keputusan sudah diserahkan kepada Tan Sri YDP.

1911 Bersetuju 129 Tidak bersetuju 78. Usul diterima.

Laporan oleh Rozaini

Parlimen: Usul di Dewan Rakyat Isnin, 23 Jun 2008

Usul di bawah akan dibawa oleh Datuk Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 23hb Jun 2008 nanti, selepas sesi soalan jawab lisan pada jam 11.30 pagi.

Pakatan Rakyat akan menbantah dan tidak menyokong sama sekali usul ini.

Kerana kerajaan telah tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga minyak. Ia merupakan tindakan reaktif, seolah-olah tidak dijangkakan. Ia telah menyusahkan rakyat secara mendadak. Kerajaan juga tidak mempunyai dasar tenaga (energy policy) yang jelas yang melibatkan peralihan dari pengunaan petrol kepada penggunaan bahanapi/ kuasa alternatif dalam penggunaan harian rakyat.

Kerajaan juga telah gagal dalam dasar pengangkutan awam yang boleh mengurangkan dengan besar jumlah perbelanjaan pengangkutan rakyat jelata.

Penjimatan kerajaan telah mengambil peruntukan-peruntukan dari sektor-sektor kesihatan dan pendidikan – dua sektor yang menjadi keperluan penting rakyat untuk sekarang dan masa depan mereka.

Rata-rata apa yang kerjaaan pimpinan BN lakukan adalah tidak mencukupi bagi meringankan beban inflasi yang ditangung oleh rakyat. Ditambah pula dengan sikap boros dan perbelanjaan mewah kerajaan pimpinan umno-BN yang mengalirkan kewangan kepada projek-projek koridor dan mega yang bukan kepentingan semasa rakyat Malaysia yang saban hari sebahagiannya trying to make ends meet.

Nantikan penghujahan-penghujahan dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat nanti.

oleh Rozaini

————————————————————————————–

AUM DR 23/6/2008
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
mencadangkan:
Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan
berikut:
“Bahawa Dewan ini,
Prihatin akan kenaikan mendadak harga minyak, makanan dan komoditi lain di
pasaran dunia, yang merupakan fenomena global di luar kawalan Kerajaan.
Menyedari bahawa fenomena kenaikan harga ini membawa impak negatif yang
besar kepada kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negara.
Memahami dan menyokong langkah Kerajaan untuk menstruktur sistem
subsidi minyak dan gas yang menjejas kewangan Kerajaan dan tidak dapat
ditanggung tatkala harga minyak di pasaran global terus meningkat tinggi, agar
beban ke atas ekonomi negara dapat dikurangkan dan subsidi dapat diagihkan
dengan lebih saksama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya yakni
golongan miskin dan berpendapatan rendah dan sederhana.
Menyokong langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
mengurangkan beban ke atas rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga
minyak, makanan dan komoditi, agar kesejahteraan hidup rakyat terus terjaga.
Menyedari keazaman dan usaha Kerajaan untuk terus mempertingkatkan
pertumbuhan ekonomi dan memperjuangkan agenda pembangunan nasional,
walaupun persekitaran di peringkat global semakin mencabar.
Bahawa Dewan yang mulia ini menyeru kesemua lapisan rakyat Malaysia, para
peniaga dan pengilang serta parti-parti politik agar tabah dan bersatu padu
dalam menghadapi cabaran global ini serta memelihara keamanan, kestabilan
dan kesejahteraan kita bersama”.

Bersama Prof Jomo Sundaram

Photobucket

Ahli-Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat bersama Prof. Jomo dalam perbincangan mengenai isu-isu semasa di Malaysia. Perkongsian ini akan lebih mempersiapkan AP dalam peranan mereka sebagai penggubal dasar di Malaysia.

Photobucket

Kelihatan YB Khalid Samad sedang menerangkan sesuatu. Juga kelihatan ialah YB Tony Pua. Tidak kelihatan ialah YB Zulkifli Ahmad. Tony Pua, Zulkifli Ahmad dan William Leong telah menjadi panel menganalisis isu semasa di sesi tersebut.

Pegawai MB S’gor digantung tugas?

Malaysiakini.com
Jun 22, 08 8:53pm
Seorang pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya esok.

“Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan,” kata satu sumber dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri kepada Malaysiakiniawal malam ini.

Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Difahamkan, kira-kira 100 pengikut pegawai terbabit berkumpul di luar pejabatnya di Gombak lewat petang tadi.

Satu sumber lain memberitahu Malaysiakini, beliau tidak pasti sama ada pegawai kanan itu akan digantung atau dipecat daripada pejabat menteri besar.

Seorang bekas timbalan setiausaha PKR yang baru pulang dari luar negara disebut-sebut bakal menggantikan pegawai terbabit.

Bagaimanapun sumber-sumber itu belum dapat mengesahkannya.

khalid ibrahim interview 160608Beberapa pemimpin dan wakil-wakil rakyat parti itu di Selangor juga sudah mendapat maklumat tentang tindakan yang bakal diambil oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto).

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

“Kita sudah ambil keterangan pegawai terbabit hari ini dan hasil siasatan akan diketahui dalam jangka masa terdekat ini,” kata pengarah BPR Selangor, Ja’afar Mahad tidak lama selepas laporan tersebut dibuat.

Pada 5 Jun, sekumpulan empat orang (foto bawah) yang mendakwa ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Mereka mendakwa mempunyai dokumen yang membuktikan pegawai kanan terbabit terlibat dalam meluluskan kontrak dan tender itu kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan Abdul Khalid.

Sehari sebelumnya mereka, yang diketuai oleh Remy Iskandar, telah membuat aduan polis.

selangor mb sinar harian aca report 060608Remy dilaporkan berkata mereka meragui kelulusan tersebut kerana ia menggunakan kepala surat tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

“Apa yang berlaku seolah-olah menafikan pendirian menteri besar yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa setiap pemberian kontrak atau tender akan dilakukan secara terbuka dan menolak usaha pengagihannya menggunakan pendekatan rundingan,” beliau dipetik sebagai sebagai berkata.

“Kami tampil untuk untuk membuktikan PKR telus menolak sebarang usaha salah guna kuasa dan cubaan menafikan kepercayaan rakyat terhadap PKR.”

Selangor pula berhasrat menjalankan siasatan sendiri kerana bimbang BPR lambat dan boleh mencemarkan imejnya.

Kerajaan negeri menyeru empat pengadu itu agar hadir di depan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggung- jawaban dan Ketelusan yang diketuai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

MB: Duit S’gor masuk akaun PKR
Jun 23, 08 3:00pm
Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang didepositkan ke dalam akaun PKR.

“Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau “tidak seberapa jumlahnya” akan dibekukan.

Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

“Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan.

“Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya,” katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu, lapor agensi berita itu lagi.

Kunjung hormat ke Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan

Saya telah berkunjung hormat ke Pejabat Tanah Kuantan bertemu Dato’ Hj Muhammad Ubaidullah, Pegawai Daerah Kuantan.

Kami telah berbincang mengenai beberapa perkara yang menyentuh permasalahan rakyat dan kebajikan mereka khususnya dalam hal berkaitan permohonan pemilikan tanah, prosedur dan SOP mengenai urusan-urusan dengan pelanggan Pejabat Tanah.

Tinjauan mengenai status backlog kes-kes di Pejabat Tanah (PT) mencecah bilangan 9000 dan saban bulan bertambah sebanyak 200 kes baru.

PT hanya mampu menyelesaikan sebanyak 50 hingga 60 kes sebulan saja. Itu bermakna bahawa rakyat akan mengalami pelbagai bentuk kesulitan dalam cita-cita memiliki sebidang tanah untuk tujuan penempatan, perladangan, penternakan dan lain-lain keperluan bagi masa depan mereka dan waris mereka.

Penangguhan penyelesaian kes-kes berkaitan tanah tentunya akan menyusahkan perancangan masa depan rakyat yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, bahkan bertahun-tahun dalam mendapat maklum balas dan kelulusan mengenai permohonan mereka di PT.

Masih belum berlaku suatu delivery system yang boleh dibanggakan di PT Kuantan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, keaadaan tersebut adalah lumrah di mana-mana PT di Malaysia.

Buat masa ini, kelulusan kebanyakan permohonan perlu melalui PT, Pejabat Tanah dan Galian dan EXCO Negeri. Ia memakan masa yang begitu lama. Ada cadangan bahawa undang-undang Kanun Tanah Negara dipinda bagi mengurangkan red tape dan birokrasi bagi mempercepatkan segala pemprosesan dan pemeriksaan ke atas tanah yang dipohon.

Saya mencadangkan jika kerajaan Negeri Pahang serius dalam menyelesaikan kesuma kes yang ada dalam tempoh masa yang sesuai, pengambilan bilangan staf yang sesuai amatlah diperlukan bagi melangsaikan segala backlog dan kes-kes berterusan mendatang.

Dato’ Muhammad Ubaidullah juga telah saya tanya dalam kapasitinya sebagai Pegawai Daerah Kuantan mengenai peggunaan balairaya-balairaya di Kuantan.

Saya telah memaklumkan bahawa permohonan rakyat untuk bertemu saya di sebuah Balairaya di Cherok Paloh telah ditolak oleh Penghulu di tempat berkenaan.

Saya telah memberi pandangan kepada beliau bahawa di mana hal ehwal dan kebajikan rakyat terlibat sewajarnya pihak-pihak yang berkuasa yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat membenarkan rakyat jelata mendapatkannya tanpa mengira sebarang perbezaan dan mengalami sebarang bentuk diskriminasi.

Dato’ Muhammad Ubaidullah telah memberi respon bahawa semua balairaya boleh digunakan oleh mana-mana Ahli Parlimen untuk tujuan kepentingan rakyat.

Saya berharap bahawa pemegang-pemegang amanah dalam kerajaan menghayati bahawa Pakatan Rakyat tidak akan selama-lamanya menjadi pembangkang.

Dan bila Pakatan Rakyat memerintah, ia akan memegang prinsip bahawa setiap warganegara Malaysia adalah rakyat yang perlu dibantu, diberi kemudahan dan dilayan sama rata!

Fuziah Salleh

18 Jun 2008

Di Medan Pelancongan, & Peramu di Kuantan

Medan Pelancongan di Kuantan akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta tidak lama lagi.Para peniaga yang menjalankan usaha perniagaan mereka selama berpuluh tahun (sebahagian mereka menjangkau tiga generasi) di situ telah diarah untuk berpindah ke lima kawasan lain yang dikhaskan untuk mereka yang terlibat – di antaranya termasuk kawasan berhampiran Mydin, Mahkota Square dan kawasan berhampiran OCBC. Mereka dikehendaki berpindah selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008.

Menurut para peniaga yang saya temui, pihak MPK telah mengadakan satu majlis dialog pada 15hb Mei 2008 lalu bertempat di Wisma Belia Indera Makota untuk menerangkan rancangan dan status terkini mengenai rancangan membangunkan Medan Pelancongan.

Bagi para pegerai yang berniaga di situ, perniagaan mereka itu merupakan satu-satunya punca pendapatan dalam kehidupan seharian dan masa depan mereka.

Lesen perniagaan mereka pula adalah sah sehingga sehingga 31 Disember 2008, tetapi telah diminta berpindah sebelum atau pada 31 Ogos 2008. Pihak MPK dan syarikat terbabit perlu mengambilkira status tersebut dan membenarkan para pegerai meneruskan perniagaan mereka sehingga tempoh tamat lesen perniagaan.

September juga adalah permulaan puasa dan ada di kalangan para pegerai bergantung sara hidup mereka, seperti tukang jahit, yang mendapat keuntungan baik menjelang Hari Raya Puasa.

Dalam pertemuan dengan MPK, tiada sebarang tawaran rasmi secara bertulis terhadap janji-janji yang telah diutarakan dalam dialog tersebut:

1. para pegerai dibenarkan untuk memindah perniagaan ke lima lokasi yang telah dikenalpasti.

2. fasiliti perpindahan perniagaan akan diberi kepada para pegerai untuk memunggah sekelian peralatan dan barangan perniagaan mereka.

3. tawaran untuk mendapat tapak perniagaan di terminal bas baru di Indera mahkota setelah siap dalam masa dua tahun akan datang.

Sewajarnya pihak berkuasa terlibat memikir kepentingan rakyat, para pegerai di Medan Pelancongan ini, yang sering bersusah payah saban hari dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan seharian mereka. Perlulah dirangka satu pelan tindakan yang mempermudah dan memberi keseriusan dalam membantu para pegerai menangani sebarang permasalahan, khususnya dalam menghadapi kemorosotan ekonomi mereka disebabkan projek pembangunan di Medan Pelancongan. Menurut para pegerai, mereka telah dimaklumkan oleh pihak MPK bahawa sebuah hotel lima bintang akan dibina disitu.

Apakah rasional, dalam perspektif kepentingan rakyat biasa seperti para pegerai di Medan Pelancongan, untuk membina satu lagi hotel lima bintang di tengah-tengah bandar Kuantan?Kenapakah tidak dibangunkan hotel-hotel sedemikian di tempat-tempat lain yang sesuai dan memberi keutamaan kepada pembangunan yang boleh membina, dan mengembang keusahawanan para pegerai seperti di Medan Pelancongan? Siapakah sebenarnya yang mendapat keuntungan lumayan dalam strategi pembangunan di Medan Pelancongan ini?

Bayangkan kesusahan rakyat para pegerai Meda Pelancongan yang akan hilang dan tidak menentu punca pendapatan mereka selapas Ogos 2008 ini. Perpindahan ke kawasan lain belum tentu boleh menjamin pendapatan perniagaan seperti sekarang. Bahkan gerai-gerai sementara yang akan dibina untuk mereka belum tentu menjamin keselamatan barang-barang perniagaan mereka seperti yang diadukan oleh seorang peniaga. Biasanya gerai yang dibina spontan banyak kekurangannya dan tidak mengambilkira keselesaan untuk berniaga dan mengabaikan aspek-aspek keselamatan yang perlu.

Saya kesal dengan pendekatan MPK tanpa rancangan jitu peralihan tapak perniagaan dan jangka panjang yang boleh membantu para peniaga di Medan Pelancongan ini.

PERAMU:
Bertemu penghuni rumah kos rendah yang mengadu bahawa belum ada geran rumah yang telah mereka selesaikan pembayaran sebanyak RM25000. Mereka telah menghuni rumah di Peramu selama lebih 25 tahun.

CETUSAN MINDA

Kenaikan Harga Minyak Menyiksa Rakyat
6 Jun 2008
Saban waktu, semakin banyak panggilan telefon dan email yang saya terima berkenaan kenaikan harga minyak ini.
Yang paling saya terharu ialah apabila ada rakyat Kuantan berkata yang mereka ‘termangu’ macam orang bodoh, tak tahu nak buat apa, sebab kenaikan harga minyak ini memang akan meninggalkan kesan mendalam di dalam banyak aspek kehidupan orang ramai. Ada juga yang berkata sudah takut keluar malam kerana kadar jenayah dianggarkan akan meningkat dek kerana kesempitan hidup yang akan dilalui dengan kenaikan harga minyak dan seterusnya kenaikan harga barang nanti.
Sebenarnya, walaupun harga minyak sedunia naik, harga minyak dalam negara ini masih boleh dikawal. Ianya boleh dilakukan sekiranya ada pemikiran yang mendahulukan kepentingan rakyat dipihak kerajaan pemerintah .
Di antara perkara yang ingin saya tegaskan.:-
1. Negara kita adalah pengeksport minyak di mana kualiti minyak yang kita eksport adalah berkualiti tinggi, dan negara kita membuat keuntungan dari penjualan minyak yang mahal harganya di peringkat dunia kini. Kita import pula minyak yang kurang kualiti untuk kegunaan seharian rakyat Malaysia. Tentu sekali keuntungan melebihi dari aktiviti eksport kita, berbanding dengan nilai import minyak kita.
2. Sebahagian dari duit keuntungan Petronas (80 billion tahun lepas) boleh digunakan untuk menampung kos harga minyak yang dijual kepada rakyat. Jangan banding denganSingapura. Tindakan Kerajaan membanding dengan Singapura sengaja menyelewengkan pemikiran rakyat, kerana Singapura bukan negara pengeksport minyak. Mereka hanya import, dan sebab itu mereka terpaksa terima bulat-bulat kenaikan harga minyak sedunia.
2. Kerajaan juga boleh menggunakan cara ‘tiered subsidy‘ mengikut keperluan rakyat. Maksudnya yang guna sedikit dapat harga murah, dan harga meningkat apabila lebih banyak digunakan. Boleh diletakkan meter khas pada pam-pam minyak yang dapat digunakan untuk ‘monitor‘ kegunaan seseorang pengguna, dan adjust mengikut tierDengan cara ini setiap rakyat akan dapat subsidi di waktu dia membeli. Sekarang ini subsidi tidak bermakna kerana rakyat kena keluarkan duit beli minyak. Kemudian bila perbaharui cukai jalan baru dapat rebate. Masa nak beli minyak untuk kegunaan harian itulah yang paling susah.
3. Kerajaan juga boleh menambah baikan sistem pengangkutan awam. Di Kuantan contohnya sistem pengangkutan awam kita terlalu menyedihkan. Negara barat seperti UK dan EU, harga minyak juga mahal akan tetapi rakyat tidak merungut kerana lebih ramai yang menggunakan kemudahan awam dari kenderaan sendiri. Kemudahan pengangkutan awam ditahap excellent disana. Maka peritnya harga minyak naik tidak terasa.
Pakatan Rakyat setakat ini hanya boleh bercakap kerana kita belum lagi dalam keadaan di mana kita dapat melaksanakan dasar-dasar kita di peringkat Federal.
Hari ini rakyat tertipu lagi. Kami hanya akan dapat membuktikan segala yang dikata apabila Kerajaan Pusat diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat. Selagi rakyat tidak beri kami peluang, selagi itu rakyat akan terus begini. Saya kira dalam keadaan macam mana pun, rakyat tidak rugi apa-apa dengan memberi kami peluang dalam Pilihanraya akan datang. It’s bad enough as it is. I cannot imagine, anything worse than this….
Let us compare Malaysian oil price with OIL PRODUCING countries:

UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre

Kenyataan Media: PAHANG harus belajar dari Perak dalam hal Kepentingan Orang Asli

Kuantan, 6 Jun: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan diatas usaha kerajaan negeri Perak untuk memberi geran tanah kepada 48 ribu Arang Asli di negeri Perak. Usaha ini wajar dicontohi khususnya oleh kerajaan negeri Pahang di mana terdapatnya lebih 50 peratus Orang Asli di Malaysia.

Setelah lebih 50 tahun, Orang Asli di Malaysia dinafikan pemilikan tanah untuk penempatan dan pertanian/perladangan secara sah di sisi undang-undang. Selama ini, kerajaan Barisan Nasional telah dengan sewenang-wenangnya mengambil hak “tanah adat” orang asli di atas nama pembangunan dan mengksploitasi mereka di atas kepentingan ekonomi segelintir elit dengan peladangan kelapa sawit dan getah yang berjumlah puluhan ribu ekar.

Pada realitinya, Orang Asli adalah golongan rakyat Malaysia yang tertinggal jauh di belakang berbanding golongan lain dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik. Walaupun mereka menyuarakan kehendak mereka, namun, suara mereka tidak kedengaran. Kerajaan Barisan Nasional tidak melihat kepentingan membantu dan membimbing golongan Orang Asli ketahap yang lebih maju. Seharusnya golongan Orang Asli mampu mencapai tahap ekonomiyang dinikmati oleh kaum lain di Malaysia kini.

Justeru, kesungguhan dalam membela nasib dan kehidupan Orang Asli di Malaysia adalah tanggungjawab yang dituntut daripada pemerintah. Tanggungjawab ini perlu dipenuhi Kerajaan seperti tanggungjawab kepada golongan-golongan lain di negara ini. Kerajaan negeri Pahang sewajarnya segera mengambil inisiatif seperti yang telah didahului oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Anwar Ibrahim: Harga minyak melambung

Semalam Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurangan subsidi bahan api berkuatkuasa pada hari ini 5 Jun 2008. Harga bahan api, petrol dan diesel khususnya melambung sebanyak 41% dan 63%.

Sekali lagi, rakyat dibebankan dengan kenaikan keterlaluan!! Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Bersama Tian Chua di Kuantan

Lebih 500 orang telah hadir dalam acara semalam, 31 Mei 2008.
Photobucket
Turut bersama ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Chee Keong dan Saudara Zakaria, Ketua Perhubungan KeADILan Pahang. Ketiga-tiga mereka dan saya juga telah memberi ucapan di majlis tersebut.
Photobucket Photobucket

Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat tela memberikan komen beliau terhadap Tian Chua…bahawa beliau menyangka Tian Chua ialah seorang yang ganas (kerana sering masuk dan keluar lokap dan bertembung dengan PDRM)…tetapi dalam persidangan Dewan Rakyat Tian Chua seorang yang lembah-lembut bila berbicara dan penuh sopan santun…Tan Sri Yang di-Pertua telah mengucapkan tahniah kepada Tian Chua…

Kita memerlukan pemimpin yang sedemikian dalam perjuangan ini dalam Parti Keadilan Rakyat…
Photobucket

Photobucket Photobucket

Urusetia & petugas malam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *