PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

APRIL 2008

At the Parliament Today 28 April 2008

Officially now an MP

Photobucket

Please click the link below (Rahmah had kindly did it for me). A gray strip will appear. Press the play button.Please give some time for it to upload and press the play button again.

Rakaman audio – Fuziah Salleh Angkat Sumpah, 28 APRIL 2008

Hubungan dua hala antara rakyat dan pemimpin

Hubungan sedemkian perlu bagi mewujudkan satu suasana untuk memperoleh yang terbaik untuk rakyat sendiri.

Rakyat yang berpengalaman dan arif mengenai bidang mereka masing-masing harus tampil menyumbang idea, pendapat, pemikiran dan pelbagai bentuk sumbangan lain untuk kebaikan rakyat jelata, khususnya dalam mencari jalan-jalan penyelesaian bagi mereka. Pengemblengan sumber kekuatan rakyat amatlah diperlukan dalam menjayakan agenda perubahan masyarakat.

Dalam konteks Parlimen Kuantan, perkara itu saya harap boleh berlaku segera dan menjadi budaya dalam hubungan saya sebagai Ahli Parlimen Kuantan dengan rakyat Kuantan.

Photobucket
Saya bersama ahli-ahli Majlis Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh di St Thomas Church semalam, 26 April 2007.

Photobucket

Photobucket Photobucket
Bersama seorang remaja yang telah mejadi lumpuh sejak umur 10 tahun. Dia kini 17 tahun.
Kelumpuhan berlaku selepas cuba mendapat rawatan di sebuah hospital di Kuantan akibat suatu penyakit yang lain.

Photobucket
Dengan penduduk di Tanah Putih Baru
Photobucket Photobucket

Meninjau nelayan di Tg Api

Saya telah menemui sekumpulan penduduk nelayan di situ petang semalam, Jumaat 25 April. Saya telah mendengar beberapa kesulitan dan permasalahan yang mereka hadapi untuk sekian lama sebagai penduduk di situ dan sebagai nelayan yang saban hari bersabung nyawa di laut mencari nafkah.

Photobucket
Para nelayan dan keluarga mereka yang bersama saya petang itu.

Photobucket
Keadaan tempat tinggal penduduk nelayan di Kg Tg Api.

Photobucket
Ini adalah jambatan utama di Kg Tg Api. Kanak-kanak juga menggunakannya untuk ke sekolah dan pulang ke rumah setiap hari. Ia dipenuhi oleh banyak papan-papan yang telah tanggal dan membahayakan pengguna jambatan tersebut, lebih-lebih lagi di malam hari apabila lobang-lobang di atas jambatan itu tidak kelihatan di mata kasar sama sekali. Para penduduk telah mengadu kepada Tok Empat yang tidak menunjukkan inisiatif untuk memperbaiki keadaan keselamatan jambatan di kampung itu.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Allahyarham Rustam A. Sani: Mencanai Minda

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Rustam Sani.

Takziah kepada seisi keluarga beliau, semuga dianugerah kesabaran dalam menghadapi ketiadaan beliau disisi.

Bersama penduduk di beberapa tempat di Kuantan

Mingu lepas, saya telah bertemu penduduk di beberapa kawasan lagi, menerima aduan dan permasalahan mereka. Ada juga yang memberi cadangan dan memohon khidmat nasihat dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan masing-masing.

Di Tg Api mendengar dari para pemuda yang hadir:
Photobucket

Di Tg Lumpur bersama warga emas:
Photobucket

Photobucket

Ziarah Pn Zaiton yg koma sudah dua tahun akibat stroke:
Photobucket

Di Kempadang, mengenai keperluan tanah para penduduk:
Photobucket

Di Kg Sg Karang Darat, laluan jambatan yang daif & merbahaya, digunakan sentiasa oleh kanak-kanak sekolah di kampung itu:
Photobucket

Photobucket

Bersama joggers di Taman Gelora:
Photobucket

Menziarahi keluarga Allahyarham Nur Fadhilah binti Amri, pelajar SMK Gudang Rasau yang maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Gambang 18 April lalu:
Photobucket Photobucket

Menerima Borang Ahli KeADILan di Bentong, dari pimpinan KeADILan Bahagian.Kelihatan juga dua dari kanan ialah YB Choong, ADUN Tras(DAP) dan bekas calon Bilut, Bentong, Tam Tai Sun:
Photobucket

KESELAMATAN PELAJAR MESTI DI UTAMAKAN

Parti Keadilan Bahagian Kuantan A137, Tingkat 2, Jalan Beserah 25300 Kuantan Pahang Tel: 09-5137970

Edaran untuk Media

20 April 2008

oleh Rozaini binti Mohd Rosli

KESELAMATAN PELAJAR MESTI DI UTAMAKAN

Dua kejadian kemalangan dalam bulan April ini telah membabitkan tiga orang pelajar sekolah di mana salah seorang dari mereka telah maut dan dua lagi di kejarkan ke wad ICU untuk rawatan rapi.

Kejadian yang pertama berlaku pada awal April lalu berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Ching (http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/04/10/malang-yang-berbau/). Seorang pelajar Tahun Lima telah terjatuh ke dalam longkang besar (yang tidak ditutupi) dan koma seketika. Sehingga kini dia masih mengalami bengkak di tepi kanan kepalanya dan belum dibenarkan kembali ke sekolah.

Kejadian kedua, berlaku pada 18hb April lalu, telah mengakibatkan kematian seorang penuntut Sekolah Menengah Gudang Rasau di KM 9 Jalan Gambang, dan seorang lagi cedera parah.Keduanya telah cuba untuk melintas jalanraya yang sibuk, yang berdekatan dengan sekolah mereka.

Ahli Parlimen Kuantan, Pn Hjh Fuziah Salleh berpendapat bahawa keselamatan anak-anak pelajar sekolah patutlah diutamakan. Beliau menekankan bahwa situasi di mana kemalangan boleh dijangka berlaku pada bila-bila masa perlu diperbetulkan segera. ”Dua kes kemalangan baru-baru ini, memperlihatkan betapa perlunya disegerakan infrastrutur yang efektif bagi menjamin keselamatan para pelajar …Saya ingin menggesa pihak berwajib segera membina jejantas atau tempat melintas yang selamat dan longkang-longkang besar ditutup dengan sempurna…”

Menurut beliau lagi, kelengahan menyediakan prasarana untuk keselamatan pengguna jalanraya akan menjadi penyebab utama mengakibatkan lebih banyak kecederaan dan nyawa terkorban di masa akan datang.

Sila hubungi Rozaini Binti Mohd Rosli (Tel.: 019-8502757, email: rozainiebbm@yahoo.com )

untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut

Gambar-Gambar di Tempat Kejadian Kemalangan di Sek.Men. Gadang Rasah:

Photobucket

Photobucket

Kenderaan yang melanggar Allahyarham Nur Fadhilah (pelajar yang maut) telah juga melanggar sebatang pokok yang tumbang ke atas seorang pemandu motosikal. Mujur beliau cedera ringan sahaja.


Then End of Yesternite

How Himpunan 14 ended.

Anwar: We have numbers to topple gov’t

Malaysiakini.com
Apr 15, 08 12:12am
Opposition leader Anwar Ibrahim last night said he has the support of enough defectors from the ruling coalition to seize power, although he will not act until he has a bigger majority.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 08“Yes, we have enough MPs to topple the government,” he told reporters after a rallyto celebrate the end of his ban from politics, which was broken up by police.

“We are saying here for the first time that we are ready (to rule the country),” he said. “But we will only enter when the majority is comfortable.

“When we take over we want to initiate the move. Do we want to be a government with a two- or five-seat majority?”

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 11The Pakatan Rakyat opposition alliance claimed more than a third of parliamentary seats and five states from the Barisan Nasional coalition in stunning March general elections.

Anwar has said that government lawmakers from Sabah and Sarawakhave approached him about switching sides, but so far none have declared their intentions publicly.

Meanwhile, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is floundering amid mounting calls to resign and take responsibility for the election results, which were the worst in the coalition’s half-century history.

“The situation in Malaysia is uncertain at the moment, people don’t know when the prime minister is going and who will succeed him, so we will respond to this,” Anwar said.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 01He said that rather than seizing government, the opposition’s priorities are to consolidate its gains and work with Sabah and Sarawak lawmakers “who agree with our new Malaysian agenda.”

“The priority now is to administer the Pakatan Rakyat states as incorruptible and financially transparent, fulfil our promises to the people and give meaning and essence to participatory democracy.”

Minor scuffles

Earlier, his speech to some 20,000 supporters was halted by police who shut down the rally celebrating the end of his political ban, a decade after he was sacked as deputy premier and hit with sex and corruption allegations.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 07“The police chief has asked us to stop so we are stopping, but remain peaceful because soon we will be running this country,” Anwar told the crowd.

Witnesses said there were some scuffles between police and supporters as the crowd dispersed.

Political gatherings are strictly controlled in Malaysia, and police had threatened to break up the event, held at a private club in central Kuala Lumpur, because they said it was illegal.

About 300 officers including riot police, backed up with water cannon trucks, formed a heavy security presence, but the event went ahead on schedule and Anwar spoke for an hour before the authorities intervened.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 12Once seen as the heir apparent to long-time leader Mahathir Mohamad, Anwar spent six years in jail before storming back to prominence in the March elections.

The sex conviction against him was later dropped but the corruption count prevented him from standing for public office until Tuesday.

Anwar had been expected to re-enter parliament quickly through a by-election in one of the seats held by his Keadilan party, and to challenge Prime Minister Abdullah in a symbolic no-confidence vote soon after.

But in light of the stunning and unexpected gains, he has said he is in no hurry to act and will instead focus on building up the opposition.

Live from Kelab Sulaiman, Kg Baru

8.00pm

Beribu rakyat sedang memasuki perkarangan Kelab Sulaiman, Kg Baru.

8.18pm

Orang ramai berpusu-pusu menghala ke lokasi Himpunan Rakyat. Kelihatan ramai para anggota polis. Suasana penuh harapan dari setiap rakyat yang sedang hadir amatlah mengharukan. Mereka sekeliannya menantikan saat-saat kebebasan pemimpin yang mereka kasihi, Anwar Ibrahim, bebas dari belenggu sekatan politik; agar beliau segera kembali memimpin rakyat dan negara untuk kepentingan rakyat seluruhnya.

8.40

Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN sedang mengambil tempat duduk mereka di “pentas” yg disediakan; menanti ketibaan DSAI

8.55

Hampir 20000 rakyat telah membanjiri kawasan perhimpunan. Ribuan lagi sedang berjalan kaki dari berbagai arah untuk sampai ke lokasi perhimpunan kerana tiada lagi tempat berdekatan untuk letak kenderaan. Hadirin terpaksa berjalan lebih 500 meter ke Kelab Sulaiman. Pentas telah dipenuhi oleh para wakil rakyat dan pimpinan MPT. Masing-masing menunggu dengan penuh debaran dan semangat reformasi…

9.05

Tra-trak FRU dilihat menunggu di jalanraya dan lorong untuk memasuki perkarangan Kelab Sulaiman. Begitu ramai polis bertugas malam ini.

9.07

DSAI telah tiba!

9.08

Lagu NegaraKu dan Lagu parti sebelum acara selanjutnya…

Fuziah Salleh: Wow, I’ve never sang lagu Negaraku + lagu parti dengan semangat macam ni!

9.10

Badrul Amin membaca doa dan kumpulan silat gayung memberi cenderamata kpd DSAI.

9.15

Tan Sri Khalid sedang berucap.

9.38

DSAI sedang berucap.

Tepukan gemuruhnya…

Anwar menegaskan tentang Pakatan rakyat sebagai Kerajaan Menanti.

Seterusnya:

http://www.tvpas.com/

Polis telah mengganggu DSAI berucap…

Polis telah menghentikan bicaranya dan mengarah perhimpunan bersurai…

PEOPLES CELEBRATION for FREEDOM 14 – Tonight

PEOPLES CELEBRATION for FREEDOM 14

One the eve of the end of the ban denying him the opportunity to hold political office Dato Seri Anwar Ibrahim said, “I see all my efforts since my release from prison as grasping the handle that looks to the factors behind my victimisation and the need to remove them.” After six years of solitary confinement Dato Seri Anwar remains immune to the lure of revenge and vindication. The sweet sound of democracy that we heard resonate across Malaysia on March 8th is far more appealing and a harmony that gives hope to the many thousands who have shed blood and tears for the nation.

Join us to commemorate the end of Dato Seri Anwar Ibrahim’s exclusion from public office this evening, April 14th, 2008.

Freedom Rally

Monday, April 14, 2008

9:00 PM

Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru

[click here for Google Map]

We could use your help to spread news about the rally. Below are SMS messages that you can forward to your friends and family. Do your part by sending at least 5 messages now and ask each person to forward to 5 more people. With your help we could reach over 100,000 people in just 10 minutes.

SMS in Bahasa
Perhimpunan Rakyat Raksasa Menyambut ‘Gelita 14? DS Anwar Ibrahim 14/4 Isnin,9pm di Kelab Sultan Sulaiman,Kg Baru di ibu negara.Sebarkan anwaribrahimblog.com

SMS in English
People’s Celebration with DS Anwar Ibrahim for “Freedom 14? 14/4, Monday, 9pm @ Kelab Sultan Sulaiman,Kg Baru in KL. Pls fwd.www.anwaribrahimblog.com

Some concerns have been expressed that the police have banned this event. We assert that the Sultan Sulaiman Club is a private venue and the police cannot prevent people from attending the event, which be believe is legal and permissible under Malaysian law.



Pakatan Rakyat: Kenyataan Bersama

Joint Statement: Pakatan Rakyat Reaffirms its solidarity with Malaysians
April 13th 2008

The Leaders of Pakatan Rakyat hereby reaffirms their commitment to implement the broad agenda to develop the nation and its desire to create a prosperous society irrespective of ethnicity, religion and culture and uphold human rights.
The policies of Pakatan Rakyat are centered on objectives that have been agreed upon and accepted by the leaders of the three parties that are KeADILan, DAP and Pas. Among these are to develop this country on the basis of justice, create opportunities for all citizens to enjoy national prosperity and to accord priority to those who are poor and marginalized.

Pakatan Rakyat is not the forum nor is it the place for any group or individual to champion personal ideologies or that of its component parties. Although there have been individuals who express personal views that are differ from the agreed agenda of Pakatan Rakyat, those views are clearly personal. They do not represent that of any of the Parties in Pakatan Rakyat. As such, all leaders and members of Pakatan Rakyat have been directed to desist from expressing views that contradict those that have been mutually agreed upon by Pakatan Rakyat.

There is no one party that is the backbone of Pakatan Rakyat. In fact, the strength of Pakatan Rakyat is based on principles of equality and spirit of co-operation among leaders of Pakatan Rakyat in keeping with the mandate that has been given to us by the people during the 12th General Elections.

Pakatan Rakyat is determined to implement and bring changes in accordance with the principles of democracy, socio-economic justice, equal economic opportunities and religious freedom. This great responsibility will be borne together in keeping with our pledges made during the 12th General Elections.

Pakatan Rakyat has moved forward by arranging and strengthening policies to be implemented by all the State Governments under Pakatan Rakyat. These will also be adopted by all Pakatan Rakyat Members of Parliament when Parliament is in session. We will announce a general declaration of principles at some later date.

YB Dr. Wan Azizah Ismail, DS Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang,  YB Ustaz Haji Hadi Awang

Kenyataan Bersama: Pakatan Rakyat Bertunjangkan Muafakat Pimpinan dan Rakyat

13 Apr 2008

Para pemimpin Pakatan Rakyat ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan amat komited untuk meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak asasi sejagat manusia.
Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu, KeADILan, DAP dan PAS. Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir.

Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi persendirian atau parti masing-masing. Walaupun ada pihak-pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan. Oleh demikian, semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini.

Tidak ada parti yang menjadi tunjang Pakatan. Bahkan tunjang kekuatan Pakatan berpaksikan prinsip sama taraf dan berasaskan semangat pemuafakatan pimpinan Pakatan berteraskan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Ke-12 yang lalu.

Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma. Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Pakatan telah melangkah ke hadapan dengan menyusun dan memantapkan lagi dasar untuk dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan dan juga untuk digunapakai oleh semua ahli Parlimen Pakatan apabila Parlimen bersidang nanti. Kami akan mengumumkan satu perisytiharan prinsip yang lebih menyeluruh kelak.

YB Dr. Wan Azizah Ismail, DS Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang, YB Haji Hadi Awang

Perhimpunan 14 April, “Himpunan Rakyat” malam ini

Bertempat di Kelab Sulaiman, Kg Baru bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat menandakan pengakhiran kepada sekatan DSAI dalam aktivisme politik.

Bermula jam 9 malam ini, 14hb April, 2008.

Untuk sampai ke sana, sila lawati:

Peta ke Kelab Sulaiman

A Day Today, 11th April

Photobucket

Kunjung hormat ke pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato’ Azizan bin Ahmad

Photobucket

Meeting citizens at Soi, Kuantan. They highlghted the high cost of fertilizers, pesticide and diesel for their venture in agriculture. It’s hard times for these farmers.

Photobucket Photobucket

Ziarah kematian

Photobucket

Photobucket Photobucket

Malang yang berbau

Seorang budak(Goh) berumur sebelas tahun telah terjatuh dalam longkang ini ketika menunggu bas sekolahnya datang. Goh seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching, Kuantan

Photobucket Photobucket

Saya telah menziarah Goh, di ICU, HTAA, Kuantan. Keadaannya disahkan doktor sebagai stabil. Dia mungkin akan dipndahkan ke wad biasa jika keadaannya terus bertambah baik beberapa hari lagi.


Ibunya begitu risau. Saya mendoakan agar Goh segera sembuh dan kembali ke sekolah seperti biasa.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selangor:Projek Ternakan Babi Moden

KENYATAAN MEDIA

09 APRIL 2008

PENJELASAN KELULUSAN KEPUTUSAN MESYUARAT EXCO BERHUBUNG PROJEK TERNAKAN BABI MODEN

DI LADANG TUMBUK, KUALA LANGAT

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini ingin menjelaskan kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat yang kini hangat diperkatakan. Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 danmengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.


Sekretariat Akhbar
Pejabat Menteri Besar Selangor

Sinar Harian Edisi Pahang

Photobucket

Bertemu Ahli-Ahli Persatuan Buddha di Kuantan

Berita di laman blog Justice For All Kuantan

Presiden KeADILan: Perutusan Hari KeADILan

4 April 2008

Perutusan Hari Keadilan

4hb April merupakan hari ulangtahun penubuhan Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1999. Meskipun sudah hampir satu dekad namun sejarah penubuhannya masih segar dalam ingatan; kebangkitan gelombang rakyat.

Menuntut keadilan merupakan asas kebangkitan rakyat pada ketika itu dan ia menjadi landasan perjuangan Parti Keadilan Nasional. Parti ini begitu signifikan kerana ia satu-satunya parti yang memperjuangkan semua kaum dan memberi gambaran sebenar komposisi penduduk di Malaysia.

Parti Keadilan Nasional menjadi wadah perjuangan rakyat dalam usaha menyambung semangat pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu lantaran Barisan Nasional dilihat begitu terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan skandal rasuah, kronisme dan nepotisme.

Setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada 20hb Ogos 2003 dan membentuk Parti Keadilan Rakyatparti ini terus kekal releven di persada politik tanahair.

Parti yang berasaskan aspirasi, doa dan janji rakyat untuk menuntut perubahan akhirnya berjaya membentuk satu pakatan ampuh ketika PRU12 yang lalu bersama DAP dan PAS. Kejayaan pakatan menafikan majoriti 2/3 kerajaan BN merupakan kejayaan hasil dari doa dan iltizam rakyat sejak tahun 1999.

Sesungguhnya kejayaan ini telah memberi keyakinan kepada kita untuk meneruskan apa yang telah dimulakan sejak 9 tahun yang lalu.

Hari ini dengan nama Parti Keadilan Rakyat akan kita teruskan perjuangan ini; Membujur Lalu Melintang Patah.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

At the Parliament 3 April 2008 morning

Please visit:

Justice for All Kuantan

Anwar Ibrahim et al

Press Statement – April 1, 2008 – Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Statement by the Leadership of KeADILan, DAP and PAS

The leaders of KeADILan, DAP and PAS met today in furtherance of the meeting held on the 18th of March 2008.

Today’s meeting was attended by, among others, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang and YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

In today’s meeting, we have proposed to consolidate the cooperation between the three parties under the name “PAKATAN RAKYAT.” This name has been proposed pending confirmation by the respective parties.

Pakatan Rakyat pledges to uphold the rights and interests of all Malaysians, regardless of religion or race, as enshrined in the Constitution.

With the results of the recent elections, the state governments of Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak and Selangor will be known as Pakatan Rakyat state governments. The policies of these governments will be conducted in accordance with the policies of Pakatan Rakyat.

To further mutual understanding regarding such policies, a convention of all Pakatan Rakyat elected representatives of Parliament and State Assemblies will be held the 27th of April, 2008.

We have developed and strengthened the structure of Pakatan Rakyat by creating under the Leadership Council, consisting of the leaders of the three parties, a Joint Secretariat consisting of three leaders each from each of the three parties. This Joint Secretariat will be tasked with building the foundation and framework of the Pakatan Rakyat for ratification by the Leadership Council.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PKR, DAP dan PAS

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Salam Perjuangan

Kepada semua pembaca blog saya:
Salam Perjuangan
Bulan mac berakhir kini dan saya melihat kehadapan,bulan april dengan tekad untuk laksanakan segala  kerja-kerja yang telah saya rancang sebelum Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sesi Parlimen Kedua Belas  bermula pada 28 Mac 2008 ini dengan upacara angkat sumpah yang akan diikuti dengan sesi persidangan selama 16 hari
Jadual kerja yang telah saya rancang merangkumi konteks
1. Menyambung agenda Bertemu rakyat, melalui Pusat Khidmat Bergerak dan juga dialog dengan penduduk setempat. Ruang ini saya gunakan sebaiknya untuk mendengar aduan dan memahami masalah rakyat Kuantan. Daripada situ merancang pula pelan bertindak berkenaan bagaimana permasalahan mereka dapat di selesaikan sebaik mungkin
2. Bertemu dengan beberapa agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dalam rangka usaha komunikasi dua hala serta juga untuk berbincang bagaimana agensi tersebut dapat mempertingkatkan usaha mereka membantu rakyat
3. Merencana Pelancaran SMART TAKAFUL untuk pengundi Kuantan dan menyenarai pendek penerima sijil anugerah SMART TAKAFUL
Dalam masa 21 hari saya bertugas, beratus-ratus aduan telah saya terima yang melibatkan pelbagai Agensi Kerajaan Negeri dan juga  Kerajaan Pusat. Kesemua  aduan ini sedang diklasifikasikan untuk di hantar dalam bentuk Memorendum kepada Agensi berkenaan nanti. Tidak kurang juga pengadu yang datang memgadu berkenaan hal atau masalah kewangan  (malah tidak ada hari berlalu tanpa ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 kes seperti ini) Tidak ketinggalan juga yang berpusu-pusu ingin berjumpa minta sumbangan dan sponsorship. Terfikir juga oleh saya berkenaan kefahaman rakyat tentang peranan seorang wakil rakyat atau seorang Ahli Parlimen.  Dari pengamatan saya, amat ketara bahawa pengadu dalam kategori  ini 100 peratus adalah berketurunan Melayu. Saya amat simpati tentang masalah yang menimpa mereka, dan saya selalunya tak sampai hati melihatkan kesusahan yang dilalui mereka.Dengan itu, saya berusaha dan seboleh-boleh saya cuba bantu. Namun saya cuba sedaya upaya juga untuk memberikan pendidikan dan kefahaman kepada mereka bahawa khidmat terbaik yang saya boleh lakukan ialah membantu mereka mendapatkan Hak Mereka sebagai rakyat Malaysia. Bagi rakyat, yang hidup susah, selain dari membantu kewangan, saya juga ingin berusaha  membantu mereka untuk hidup berdikari.   Memberi pancing lebih bermakna kepada saya daripada berterusan memberi ikan kepada pengadu-pengadu yang  ditimpa kesusahan ini. Namun saya rasa bahawa perjalanan saya masih jauh.
Masyarakat lebih cenderong meminta bantuan segera yang hanya dapat membantu mereka buat beberapa hari sebelum mereka merasakan kesusahan dan kesempitan hidup semula. Mereka belum dapat memecahkan tembok dalam minda bahawa wakil rakyat bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat.!  Terlintas juga di pemikiran saya…. TINGKAH LAKU MASYARAKAT YANG SEBEGINI TIDAK LAIN & TIDAK BUKAN IALAH KEROSAKAN  HASIL DARI PENDIDIKAN & BUDAYA UMNO YANG TELAH  MEROSAKKAN BANGSA SENDIRI.
Semoga Allah mengampunkan saya diatas pemikiran demikian, tetapi pemikiran yang pada mulanya hanya terlintas, makin diperkukuhkan hari demi hari. Tambahan pula terdapat beberapa usaha untuk menembusi saf mantap kepimpinan bahagian dengan meletakkan dalang-dalang yang buat kacau di dalam bahagian, dan juga di pejabat, serta juga di dalam blog, membuatkan saya semakin berwaspada terhadap serangan musuh politik yang tidak akan senang dengan keputusan dan pilihan rakyat Kuantan memilih saya sebagai Wakil mereka ke Parlimen. Semua kebenaran terserlah jua……. ..

Menghalau hantu di Kg Pasu, Pahang

Dengan ajakan dari Tuan Hj Suhaimi Said, Ketua Bahagian Kuala Krau, dengan rela dan penuh semangat, para penduduk Orang Asli di Kg Pasu telah menghalau “hantu-hantu” Umno dengan laungan reformasi!

Kg Pasu, Pahang

31 Mac 2008

Saya telah bertemu dengan penduduk Orang Asli di Kg Pasu, Pahang petang tadi. Ia bertujuan mendekatkan hubungan dan mendengar sebarang aduan dan cadangan bagi pihak Orang Asli di situ dan kawasan-kawasan berdekatan agar saya dan wakil-wakil rakyat Barisan Rakyat di Pahang dapat mengemukakan isu-isu berkaitan di dalam sesi-sesi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen nanti.

Tuan Hj Suhami Said Ketua Bahagian Kuala Krau, Wak Rabidin, Setiausaha Perhubungan Negeri Pahang merangkap Ketua Bahagian Rompin telah turut hadir dalam malis pertemuan tersebut.

Lebih kurang 200 orang telah hadir.

Rakyat Orang Asli tempatan telah mengemukakan aduan mengenai ketiadaan usaha pihak kerajaan mengakui hak mereka terhadap tanah adat dan pemilikan resmi Orang Asli terhadap penerokaan asal tanah-tanah di situ; kebanyakan Orang Asli tidak mendapat geran tanah di Kg Pasu dan di tempat-tempat lain di Pahang.

Rakyat Kg Pasu juga mengeluh bahwa tahap ekonomi yang lemah telah tidak membawa pembangunan yang hakiki kepada orang Asli selama 50 tahun Umno-BN memerintah. Dengan bantuan Tuan Hj Suhami Said Ketua Bahagian Kuala Krau dan ADUN-ADUN Barisan Rakyat di negeri Pahang, kami akan merangka strategi dalam mengemukan soalan-soalan di sesi-sesi Dewan Undangan negeri dan Parlimen bagi membela nasib Orang Asli, khususnya di Pahang. Di antara perkara yang akan diberi perhatian ialah penelitian terhadap perjanjian pentadbiran kerajaan negeri Pahang dengan Orang Asli mengenai penggunaan tanah-tanah yang sepatutnya menjadi milik Orang Asli yang telah diterokai oleh pihak-pihak berkenaan untuk ladang-ladang kelapa sawit dan lain-lainnya. Rakyat Orang Asli telah mengadu bahwa tiada usaha yang bersunguh-sungguh di pihak kerjaaan Umno-BN untuk membantu Orang Asli secara menyeluruh.Apakah fungsi sebenar Lembaga Kemajuan Orang Asli agaknya? Kerana taraf hidup rakyat Orang Asli tidak banyak berubah sejak dahulu.

Sebahagian anak-anak Orang Asli telah tidak bersekolah kerana tidak mampu membayar yuran persekolahan yang tinggi dan pelbagai kerana keadaan ekonomi yang rendah.

Orang Asli kini meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim untuk melakukan reformasi dan sudah bersedia untuk melaksanakan perubahan dan tidak tertipu lagi dengan janji-janji Umno-BN yang berusia 50 tahun itu lagi.

Photobucket

Sebahagian penduduk Orang Asli yang hadir

Photobucket

Photobucket
Gambar-gambar menunjukkan saya diberi cenderahati pertanian oleh orang Asli di Kg Pasu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *