JANUARY 2008

PESTA RAKYAT : JOM BERSIH 23 Februari 2008

Photobucket

Kenyataan Media:Krisis Ekonomi Dunia

24 Januari 2008

Kenyataan Media

Krisis Ekonomi Dunia:

Malaysia perlukan kerajaan yang cekap bagi menghadapinya

Parti Keadilan Rakyat menggesa kerajaan mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Di kala dunia menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan Amerika Syarikat, Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.
Amerika Syarikat menghadapi krisis kewangan akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi seperti kos besar yang ditanggung untuk membiayai pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan, pembekalan senjata kepada Israel dan operasi risikan seluruh dunia. Akibat perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan kadar simpanan yang rendah di AS, negara itu kini terpaksa bergantung kepada simpanan negara asing.

Kadar simpanan rakyat AS yang terlalu rendah dan pergantungan kepada kredit telah menjerumuskan negara tersebut ke kancah masalah kewangan apabila institusi kewangan negara tersebut tidak dapat memperolehi kembali pinjaman yang disandarkan kepada aset hartanah.

Kadar simpanan yang rendah itu juga memaksa bank-bank utama seperti Citigroup dan Merill Lynch mendapatkan suntikan kewangan daripada dana-dana negara Asia seperti Singapura dan negara-negara Arab.

Kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana hanya itu yang akan menjadi benteng negara ini bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi AS. Sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus. Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi.

Antara sikap tidak bertanggungjawab kerajaan ialah dengan membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan. Perancangan dan majlis pelancaran itu menelan belanja sehingga RM50 juta – RM100 juta setiap satu. Meskipun kerajaan akan memberi alasan bahawa ia tidak dilaksanakan oleh kerajaan secara langsung, tetapi sebarang perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat.

Keutamaan kerajaan di dalam membelanjakan wang rakyat juga ternyata tidak dirancang dengan baik. Di kala wujud tuntutan rakyat agar harga runcit petrol diturunkan bagi meringankan beban kehidupan rakyat yang terlalu tinggi kini, Timbalan Perdana Menteri memberikan alasan ia tidak akan dilakukan kerana kononnya akan menyebabkan negara muflis. Tetapi pada masa yang sama, apabila wujud kemarahan rakyat yang tertipu dengan janji kerajaan menghapuskan yuran sekolah, kerajaan segera mengambil keputusan reaksioner untuk mewujudkan dana pedidikan berjumlah RM5 bilion secara tergesa-gesa. Perbelanjaan tanpa perancangan rapi ini tidak membantu tetapi sebaliknya membebankan rakyat.

keADILan melihat Barisan Nasional tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik, tambahan pula di kala dunia berada di ambang kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan AS. Malaysia sudah tentu akan merasakan kesannya dan pakar-pakar ekonomi antarabangsa mearamalkan kemelesetan ini akan berpanjangan. Oleh itu rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya dan kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya. BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk memikul tugas tersebut.

Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.
Rakyat perlu segera bertindak bagi memastikan masa depan Malaysia yang lebih baik dengan membuat perubahan berani untuk menukar kerajaan sebelum negara terjerumus ke kancah kemelesetan dan krisis ekonomi.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Setiausaha Agung

Anwar’s visit to Kuantan 22 January 2008

Please visit:

Justice4allkuantan weblog

A writer’s perspective

On the value of one’s vote.

Wong Chin Huat writes…

Lagi album aktiviti Pusat Khidmat KeADILan Kuantan (P3K)

1. ANAK MANGSA BANJIR TERIMA BAJU SEKOLAH

Photobucket

Photobucket

Wajah kegembiraan anak-anak mangsa banjir Kg ubai menerima bantuan baju sekolah sehari sebelum sesi persekolahan bermula.

2. Ukur baju sekolah anak yatim

Photobucket

Pn Hjh Fuziah menziarahi anak yatim di Tanah Putih Barat – 9 beradik dan mengukur sendiri baju sekolah yang padan untuk anak yatim ini yang baru nak mula bersekolah didarjah satu sambil di perhatikan ibu anak tersebut.

3. Anak Yatim Tanah Putih Baru

Photobucket

lagi wajah ceria anak yatim yang dibantu oleh Pusat Khidmat. Pesanan saya kepada mereka supaya mereka belajar rajuin-rajin dan jadi insan yang berguna satu hari kelak. Berguna kepada bangsa, agama & negara….

4. Ziarah Nenek Warga Emas Warga Emas Mangsa Banjir tidak di lupakan nenek ini tinggal seorang diri. Matanya pula tak nampak, Sumbangan kami tidak mungkin dapat meringankan beban beliau namun ia merupakan saat gembira buat nenek kerana ada orang yang sedia mendengar celoteh panjang beliau pada petang tersebut.

Photobucket

5. Pulang ke Kuantan dari Ubai yang dilanda banjir dan terkepong oleh banjir. Memberi bantuan kepada mangsa banjir di sana.

Photobucket

Sejenak kenangan bersama Allahyarham Khozit bin Ngah, Aktivis KeADILan Bahagian Kuantan

Khozit atau lebih mesra dieja KOZEK kini dalam kenangan……….gambar anaknya dipusara (dibawah) menghambat mimpi saya Kini telah beberapa hari semenjak berita pemergian allahyarham Khozit diterima, saya masih lagi berada di Kuantan. Saya amat terasa pemergian beliau, kerana sebagai ajk beliau merupakan seorang yang amat komited dan sentiasa mendengar serta memahami keluhan saya sebagai ketua bahagian yang kebetulan tinggal jauh. tentu sekali sarat dengan halangan yang sukar difahami… Saya banyak kali meluahkan kepada ajk lain bahawa tanpa allahyarham, bahagian akan merasakan kehilangan yang amat besar. Sementara saya disini kebanyakan kerja diakar umbi ini tertumpu kepada melayan kes-kes pengadu pusat khidmat yang tidak henti-henti datang, bertali arus, seolah-olah mereka tahu saya berada disini. Sesungguhnya kerja sebagai pemimpin pusat dan pemimpin bahagian banyak bezanya dan saya memikul tanggungjawab keduanya. Jadual kerja saya boleh lah dikatakan 4 hari di Kuantan dan 4 hari lagi di KL. Nampak gayanya begitu lah seterusnya. Masa saya terlalu terhad dan saya harus tumpukan fokus kerja saya kini kepada menggerakkan jentera, mendaftarkan dan memotivasikan sukarelawan, berjumpa dengan JDM (Jawatankuasa Daerah Mengundi) disamping berjumpa dengan klien pusat khidmat. Cuma saya menggaru kepala sedikit untuk cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘excuse’ jemputan kahwin dalam banjir yang dilontarkan oleh sahabat mesra. Lagipun para sukarelawan bersama saya tentu sekali akan mengheret saya, sebab mereka sentiasa kelaparan bila berkhidmat, takkan lepaskan peluang bila khenduri.

Image Hosted by ImageShack.us

Anak Allahyarham Kozek di pusara.

Image Hosted by ImageShack.us

Saya bersama keluarga Allahyarham Khozit di kediaman Allahyarham.

Kembali ke sekolah

Jan 7, 08 4:36pm

Admin

.Pusat Khidmat KeADILan Bahagian Kuantan bersama beberapa sukarelawan telah memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan di sekitar perkampungan Tanah Putih Baru.

.    Semua keluarga yang berkenaan telah dibawa ke Pasaraya Hari-Hari untuk pergi membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Mereka adalah keluarga yang perlu diberi perhatian dan bantuan bukannya dipinggirkan. Kesusahan mereka tidak harus diabaikan.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Kecerian mereka ini harus diteruskan bukan diabaikan

Kami mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak bagi membantu mereka yang memerlukan. Segala keterangan lanjut, sila email ke newpolitics06@yahoo.com

Another phantom voter detected

Jan 5, 08 10:35pm

BERSIH

BERSIH received a call from someone who tried to register as a voter at a post office but was told she was already registered in Kelantan…

Sharmila was born in Subang Jaya, went to school there and her MyKad states her Subang residential address, but these details appeared under her name.

Daerah Mengundi : Kg Wakaf Zain
DUN: Salor
Parlimen: Kubang Kerian

Malaysians, even if you are not registered as a voter, do check the EC website (http://daftarj. spr.gov.my) to see if a phantom is voting in your place. Please inform us at BERSIH (tel: 03-79806571; email: info@bersih. org) if you have come across similar problems.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih
di http://bersih. org/

Pengundi Hantu TERBARU

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Jan 5, 08 10:18 pm
BERSIH

Satu lagi kes yang diterima oleh pejabat sekretariat BERSIH mengenai pengundi hantu.

No KP: 730117145444

Nama: Sharmila Thuraisingam

Beliau menelefon pejabat selepas mendapati namanya sudah mendaftar sebagai pemilih.

Beliau tidak dibenarkan membuat pendaftaran SPR selama ini.

Mengikut rekod SPR, Sharmila didaftarkan di:

Daerah Mengundi Kg Wakaf Zain
DUN Salor
Parlimen Kubang Kerian

Sharmila dilahirkan di Subang Jaya, dibesarkan, bersekolah dan mempunyai alamat dengan Jabatan Pendaftaran negara (JPN) di Subang Jaya.

Harap maklum.
Bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama, sila hubungi pejabat sekretariat BERSIH di talian 03-79806571 atau emel ke info@bersih. org

Soi Lek – Mereka semua bukan bersih!

Inilah masalahnya apabila kayu ukur (benchmark) kita merupakan tingkahlaku orang lain @ menteri lain

Masalah Soi Lek ialah orang lain tak di’expose’ & dia pulak kena. Kayu ukur BN seolah-olah kalau tak kena tangkap tak mengapaBukan ke kayu ukur kita seharusnya,  akhlak terpuji & jauhi korupsi dari segala aspek? Korup moral mahupun korup rasuah, semuanya wajib dihindari!….
BN sudah terlalu bernanah dan sarat dengan orang yang korup dari segala aspek UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH

Fuziah

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Soi Lek – Mereka semua bukan bersih !

Jan 5, 08  10:00pm

ALHUSSEYN

Hanya selepas 24 jam menegaskan akan terus menjalankan tugas sebagai menteri, Ahli Parlimen dan pemimpin parti pada sidang media di Labis, kelmarin, Dr Chua Soi Lek telah mengumumkan peletakan semua jawatannya sebagai Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Labis, Naib Presiden MCA dan semua jawatan dalam parti pada peringkat kebangsaan serta negeri, berkuat kuasa serta-merta.Chua Soi Lek tidak mempunyai pilihan lain setelah keputusan mesyuarat kabinet mendapati beberapa menteri telah menggesa supaya beliau bersara dari jawatannya. Tetapi keadaan tersebut telah di nafikan oleh PM Abdullah Badawi :“Tak bincang dan tidak buat keputusan (mengenai isu itu) dalam mesyuarat jemaah menteri,” katanya disiniTakkanlah perkara sepenting itu kabinet tidak mahu bincangkan.Mustahil sekali.Tapi kenapa Abdullah Badawi mahu berbohong kepada rakyat?Tentu ada sesuatu yang tidak dapat dielakan, setelah begitu beriya benar Soi Lek menyatakan akan mengekalkan jawatannya dan akan terus berkhidmat supaya tidak menghampakan para pengundinya ; tiba-tiba mengambil keputusan yang sebaliknya.Betapa kesalnya Soi Lek dengan gesaan jemaah menteri memintanya meletakan jawatan apabila dia berkata :“Dengan pengakuan itu , saya sangka orang akan memaafkan kelemahan saya , tetapi sangkaan saya itu meleset ; bahawa kejujuran tidak selalunya dihargai.Terpulangl ah kepada orang ramai mengadili saya,” katanya .Tidakkah yang demikian itu menggambarkan rasa kecewanya terhadap keputusan mesyuarat kabinet tersebut?

Petikan dari temubual dengan wartawan the Star :

Q: Will this matter severely affect the support from the Chinese community for Barisan? Adakah perkara ini akan memberi kesan buruk sokongan komuniti Cina terhadap Barisan?

A: No. I thought a lot of people think I am a baggage to carry because they want to behave like “holier than thou”. Maybe the support will increase. Tidak, saya fikir ramai yang berpendapat saya ini satu bebanan yang terpaksa dipikul kerana mereka mahu bersikap ‘lebih mulia dari kamu’. Mungkin sokongan tersebut akan bertambah

Q: Why is that so? Kenapa begitu?

A: Because then they think all they have in the Government are all very clean. Kerana mereka sangka apa yang ada dalam kerajaan adalah bersih semuanya.

Chua Soi Lek mengingatkan mereka yang masih bernasib baik berada dalam kerajaan atau peringkat negeri dengan kata nasihat ; atau mungkin juga lebih bersifat amaran dengan berkata :

I am not the first and I will not be the last to become the victim in this way to bring a leader down whether at state or national level. I am sure I will not be the first and I will not be the last.

Saya bukanlah yang pertama dan saya bukanlah mangsa terakhir seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara begini , samada diperingkat negeri atau kebangsaan.Saya pasti saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.

Nampaknya episod kebobrokan para pemimpin BN tidak serta merta terhakis begitu sahaja dengan perletakan semua jawatan oleh Soi Lek . Ingatlah sindiran sinis beliau – “Because then they think all they have in the Government are all very clean.”

Ya, masih ramai yang kaki busuk dalam kerajaan BN yang diterajui PM Abdullah Badawi, cumanya belum terbongkar seperti mana yang berlaku kepada Soi Lek.Sebab itu kita dapat lihat kekecewaan Soi Lek yang teramat sekali melalui kata-katanya — ‘ramai yang berpendapat saya ini satu bebanan yang terpaksa dipikul kerana mereka mahu bersikap ‘lebih mulia dari kamu’

Dan juga amaran beliau :

Saya bukanlah yang pertama dan saya bukanlah mangsa terakhir seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara begini , samada diperingkat negeri atau kebangsaan.Saya pasti saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.

Sama-samalah kita tunggu episod selanjutnya. Pilihanraya yang semakin hampir ini merupakan musim gugur bagi sesetengah pihak dan musim kembang bagi sesetengah yang lain.

Laporan berkaitan disini

Tanggungjawab Kerajaan Membantu Mangsa Banjir & Rakyat Pula Tidak Harus Terhutang Budi

Sila lihat berita di Justice for All Kuantan Weblog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *