NOVEMBER 2007

HINDRAF RALLY (2)

November 22. Petaling Jaya, Malaysia -Saya menyokong hak HINDRAF untuk berhimpun secara aman dan ingin mengulangi rayuan saya kepada Polis DiRaja Malaysia untuk memberikan permit agar perhimpunan mereka dapat berlangsung pada 25 November 2007. Hak untuk berhimpun secara aman telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan Perhimpunan Aman Bersih telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat bertindak secara bertanggungjawab sesuai dengan amalan masyarakat madani.

Tetapi saya saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama.

Gerakan HINDRAF menggambarkan masalah asas yang terus menular di negara kita dan membakar api perkauman yang hanya mengeruhkan lagi ketegangan kaum dan permusuhan sesame rakyat Malaysia..

Rakyat Malaysia terus komited untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini mesti sedar bahawa pembangkang yang berwibawa adalah penting untuk Malaysia dan masanya telah tiba untuk menyokong pembangkang. Parti-parti yang menyokong Reformasi mesti bekerjasama secara efektif, dan menekankan isu-isu bersama, terus bekerjsama dan mengelakkan menyalahkan kaum lain untuk masalah mereka.

Apabila kita berpecah, suara kita lemah. Tetapi bersatu, kita boleh hidup secara rukun dan aman damai di negara yang boleh kita banggakan bersama.

ANWAR IBRAHIM

– FOR IMMEDIATE RELEASE — November 22. Petaling Jaya, Malaysia –

I support HINDRAF’s right to peaceful demonstration and therefore reiterate my appeal to the Royal Malaysian Police to approve a permit for their rally to take place on 25 November 2007. The right to peaceful assembly is guaranteed by the Malaysian Constitution and the November 10 BERSIH rally has demonstrated conclusively that the Malaysian people can act responsibly and in accordance with the best traditions of civil society.

However I must appeal to HINDRAF to consider a more balanced and responsible approach to addressing its grievances, which have been incorrectly attributed to the Constitution, and in particular Article 153. HINDRAF’s complaints should be directed towards the corrupt UMNO-led BN coalition government that is guilty of serious abuses of power and which continues to marginalise and neglect the plight of poor Indians, and has also failed to take into account the problems of all Malaysians, irrespective of race, colour or religion.

The HINDRAF movement is symptomatic of the fundamental problems that remain entrenched in our country and to stoke the flames of racism would only exacerbate racial tensions and animosity among Malaysians.

Malaysians of conscience who are committed to reforming this nation must recognise that a viable opposition is essential and now is the time to support it. For the pro-reform parties in society to work together effectively, they must find common ground, be open to communication and collaboration, and resist the temptation to scapegoat other races for their problems and frustrations.

Divided our voice is weak. But united and enlightened, we can together build a nation that we all can be truly be proud of, and one in which we can live in peace and harmony.

ANWAR IBRAHIM

HINDRAF RALLY (1)

HINDRAF RALLY (1)

November 21. Petaling Jaya, Malaysia – Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sewajarnya menyegerakan kelulusan permit membenarkan HINDRAF menganjurkan perhimpunan sebagaimana dirancangan pada 25 November 2007.Ini aadalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin.Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya begitu simpati dengan matlamat HINDRAF yang murni. Komuniti India telah sekian lama menderita dan adalah penting pada waktu ini untuk menghentikan segala bentuk penindasan senyap dan jurang kemiskinan semua bangsa.

Saya berharap agar perhimpunan ini akan mencapai matlamatnya untuk menjamin hak komuniti India sebagai rakyat Malaysia, dan adalah menjadi hak mereka untuk mendapatkan upaya sara hidup dan kualiti kehidupan seharian komuniti India seluruh Malaysia. Saya kekal menyatakan pendirian saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia

Kita perlu mengiktiraf pengorbanan rakan-rakan komuniti India seluruhnya yang telah berkhidmat kepada Yang DiPertuan Agong dan negara dengan jujur dan penuh dedikasi dalam pelbagai bidang.

ANWAR IBRAHIM

– FOR IMMEDIATE RELEASE — November 21. Petaling Jaya, Malaysia — The Malaysian Government and the Royal Malaysian Police should
immediately issue a permit allowing the HINDRAF (Hindu Rights Action Force) organised rally to proceed as planned on 25 November 2007.
It is the democratic right of all Malaysians to express their views and concerns peacefully. As the recent BERSIH rally demonstrated, if the police decide to cooperate, the security and orderliness of any gathering can be guaranteed.

As a firm believer in the principle of justice for all, I am
sympathetic to the peaceful intentions of HINDRAF. The Indian community has been suffering in silence and the time is most opportune to bring an end to the neglect and marginalisation of the poor of all races.

I hope this rally will achieve its goal of affirming the interests of the Indian community as Malaysian citizens, and its right for a higher standard of living and quality of life.

I remain dedicated to the cause of justice for all Malaysians. We need to recognise the sacrifice and dedication of our fellow Indian citizens who have served King and country loyally with distinction in many fields of endeavour.

ANWAR IBRAHIM

HINDRAF RALLY (2)

Ramai rakyat PAHANG miskin

Adnan Yaakob sahkan rakyat Pahang masih ramai miskin.

RED CARD FOR SEXIST MPs

PRESS RELEASE

16 November 2007

RED CARD FOR SEXIST MPs

(Kuala Lumpur) Members of Parliament (MPs) who continue to humiliate and verbally abuse women on any public occasion should be immediately dropped as electoral candidates in the coming General Elections, said Zuraida Kamaruddin, the head of the Women’s wing of the People’s Justice Party (KeADILan)

“Barisan Nasional MPs such as Badruddin Amiruddin relish every available opportunity to publicly degrade and humiliate women with their sexist comments

“Apologies are not enough especially when they are hardly sincere,” she stressed, pointing to Badruddin’s weak justification that he was ‘carried away’.

“How many more insults do women have to put up before something serious is done?” she asked.

Zuraida called for political parties to provide the public with electoral candidates who are exemplary, and who are not an affront to women in Malaysia.

“We are still lagging when it comes to the issue of equality and respect for women, and having these sexist MPs as leaders is a slap to our collective efforts for equality.

She added that women constitute the majority of voters in Malaysia.

“If political parties still retain these sexist men as candidates, they are insulting each and everyone of these women.

“If this were a football match, these men would have been given the red card and sent off the field,” Zuraida quipped. (END)

Please see archive:

http://fuziahsalleh2.wordpress.com/category/women/page/3/

Invitation to Public Forum on Judicial Crisis – How to Stop the ROT?

Institut Kajian Dasar (IKD) would like to invite all Malaysians to discuss a critical issue, i.e. How to stop the ROT in our judicial system. We are honored and delighted to invite our Former Lord President Tun Salleh Abas to be one of our speakers. This is the first time he speaks out after the infamous Lingam Tape broke into news.

Several other distinguished speakers are Former Court of Appeal Judge Datuk Shaik Daud, Bar Council Vice President Ragunath Kesavan, and Former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. Human Rights lawyer Sivarasa Rasiah will be moderating this forum.

The Details of this program are as below:

How to Stop the ROT?

Public Forum on Judicial Crisis

Date: 16/11/2007 (Friday)

Time: 8 – 10 pm

Venue: Federal Hotel, Kuala Lumpur (35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur)

Admission is Free. All are welcome

Speakers:

Tun Salleh Abbas (former Lord President)

Datuk Shaik Daud (former Court of Appeal Judge)

Ragunath Kesavan (Vice President of Bar Council)

Datuk Seri Anwar Ibrahim (former Deputy Prime Minister, Advisor to KeADILan)

Moderator:

Sivarasa Rasiah (Human Rights Lawyer)

Please invite members of your organization, members of the public, friends and family to attend this important event.

Khalid Jaafar

Executive Director

Institut Kajian Dasar

Berjuang memulihkan maruah negara tercinta

SYABAS kepada yang telah hadir di PERHIMPUNAN AMAN BERSIH semalam.

Kita benar-benar telah membuktikan bahawa kita ikhlas dan benar-benar melaksanakan perhimpunan tersebut secara AMAN.

Terima Kasih di atas segala kata-kata semangat dari pembaca Blog saya. Sokongan teman-teman amat saya hargai.

Kepada mereka yang memberi pandangan berbeza juga amat saya alu-alukan.

Saya juga berharap bahawa kita dapat menjadikan Blog ini tempat kita berbincang secara terbuka.

Malah saya doakan semoga dengan perbincangan yang terbuka dan dibicarakan secara telus ini dapat membuka minda teman-teman kita yang belum dapat menggarap erti sebenar perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran yang dijunjung oleh saya dan teman-teman seperjuangan.

Terutama kepada saudara ‘pemikir’. Hujah-hujah yang diluahkan benar-benar membuatkan saya insaf dan kasihan bahawa ada lagi golongan rakyat Malaysia yang berfikiran sedemikian.

Terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan oleh saya dan kita semua dalam mendidik anak bangsa kita untuk memahami apa erti berjuang memulihkan maruah  negara tercinta.

Terlalu ramai yang masih belum sedar tentang hakikat walaupun secara zahirnya  keadaan nampak aman dan segalanya berjalan lancar, akan tetapi rakyat Malaysia sebenarnya terbelenggu dalam cengkaman penyakit yang parah, dan di masa yang  sama media disekat sehingga mambantut pemikiran minda.

Natijahnya yang kita lihat ialah cara pemikiran dan komen seperti yang dipamerkan oleh sebahagian pembaca disini.

“Ya Allah, Kau kurniakanlah hambaMu yang kerdil ini dengan kekuatan untuk terus Menyeru kepada yang Maaruf dan Mencegah dari yang mungkar. Semoga diriku ini terus di landasan menegakkan kebenaranMu Ya Allah…”

Kepada yang telah disusahkan kerana road block dan sebagainya, kami mohon maaf, akan tetapi logiknya bukan rakyat dalam perhimpunan yang menyusahkan orang ramai, tetapi pihak polis yang dok buat road block tu…… Apa ke halnye nak buat road block?????? Bukankah kami rakyat Malaysia yang ada hak dan bebas untuk bergerak ke sana sini serta juga bebas menyuarakan pendapat ? Itulah yang sepatutnya  dalam negara demokrasi, bukan gitu? Atau inikah Demokrasi ala Malaysia??????? sama-sama kita pikir…..

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan di dalam silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi yang berfikir……” Surah Al Imran

Zam ditertawakan

Dalam interview Al-Jazeera live berita jam 8 malam semalam, Zainuddin Maidin Menteri Penerangan Malaysia berkata “seluruh rakyat Malaysia akan tertawakan Al-Jazeera kerana membuat-buat cerita…(mengenai perhimpunan aman 10 November)”, akan tetapi sebaliknya seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia telah ketawakan Zam kerana jawapannya mempamerkan dengan jelas kebodohan seorang Menteri BN.

Laporan Al-Jazeera:

1. http://english.aljazeera.net/NR/exeres/8370EBC1-682F-4B2B-BBB0-AE833B7F6FD3.htm

2.  Gambar-gambar dari Al-Jazeera

Journal : Today’s Rally (Updated with pictures)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
4.20pm: Memo yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus telah selamat diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pemimpin parti-parti pembangkang dan BERSIH sebentar tadi.

Sebahagian rakyat (50 ribu orang) telah melepasi sekatan polis menuju ke Istana Negara.Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

4.00pm: Rakyat yang hadir ramai terdiri daripada kalangan pemuda dan pemudi Malaysia. Seramai lebih kurang 100 ribu rakyat telah hadir dalam perhimpunan ini.

3.57pm : Rakyat telah mengatur semula saf dan bergerak dengan aman dan penuh disiplin menuju ke istana. Reformasi!

3.07pm : Polis masih berada di kawasan LRT Masjid Jamek dan terus mendesak orang ramai untuk beredar. Namun orang ramai tetap tidak berganjak.

2.40pm : Aliran Ampang Sri Petaling telah diberhentikan perkhidmatannya tanpa diberitahu sebabnya oleh pihak berkenaan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket LRT ditutup; dengan itu rakyat yang ingin ke Masjid Jamek disekat

2.32pm : Rakyat sedang bergerak menuju ke istana dalam hujan lebat. Rakyat melaungkan ‘Daulat Tuanku!’.

2.30pm : Rakyat terus dihalang dan gas pemedih mata di lepaskan berulang-ulang kali.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

2.14pm : Mereka telah menyembur gas pemedih mata dan menyimbah asid di sekitar luar kawasan Masjid Jamek.

1.58pm : Helicopter hovering now over Masjid Jamek.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Inside Masjid Jamek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

12.52pm. : Propaganda menentang BERSIH bertubi-tubi tanpa keadiln memberi hak untuk menjelaskan duduk perkara dari perspektif kepentingan rakyat dalam media massa yang dikawal oleh BN. Kenapa rakyat tidak dberi permit berhimpun secara aman? Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Bagaimana PM boleh menganjur rakyat menggunakan proses pilihanraya untuk memilih pemmpin sedangkan pilihanraya itu sendiri pincang, memihak kepada UMNO-BN dan telah terbukti penipuan-penipuan yang berlaku. Seolah-olah PM tidak mendengar apa-apa yang dirintihkan oleh rakyat. Rakyat telah kehilangan tempat mengadu untuk menuntut hak dan keadilan. Dengan itu, ramai-ramai hari ini kita ke istana untuk menyerahkan memo menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

12.30 pm : It’s raining at Dataran. There’s obvious police presence in the city, particularly at meeting points of people. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

There are several FRU trucks stationed along Jalan Tun Perak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Everybody is waiting for the moment.. marching toward the palace to present to the King the wish of the people in wanting a just, fair and transparent election system.

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketSegelintir rakyat di tengah-tengah Jalan Tun Perak

Apakah yang ditakuti mereka?

Pihak polis diperalatkan sekali lagi dengan tidak memberi permit kepada perhimpunan aman rakyat di Dataran Merdeka esok. UMNOpun telah mengatakan bahawa sesuatu perkara buruk akan berlaku seolah-olah mereka mempunyai maklumat tentang perancangan untuk menjadIkannya (Perhimpunan BERSIH 10 November) tidak aman!
Bertenanglah dengan segala cabaran, jangan jadi mangsa kepada provokasi dan teruskan tekad kita untuk menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya.

Semua pemimpin akan tetap hadir esok.

Perhimpunan Aman BERSIH 10 November akan TETAP diteruskan, jangan terpengaruh dengan propaganda BN

Himpunan 100 ribu rakyat akan diadakan 10 November, 3 petang di Dataran Merdeka. (Rakyat dan) para aktivis digesa tidak dikeliru oleh propaganda (yang bertujuan untuk) (men)sabotaj (Perhimpunan) tersebut.

Anwar dan semua pemimpin akan turun (hadir).

Tuan Chua

Ketua Penerangan

Parti Keadilan Rakyat

Laman Web Baru BERSIH di sini

Perhimpunan Aman BERSIH 10 November

Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Kita mesti teruskan memberi tekanan. Bantu kami bagi menghentikan kebobrokan ini. Jadilah sebahagian daripada sejarah. Sertai kami dalam menjalankan tanggungjawab anda bagi Menyelamatkan Malaysia dan memulihkan hak-hak kita ke arah pilihanraya yang bersih dan adil supaya kita mempunyai wakil rakyat yang benar-benar menjadi pilihan majoriti manakala pihak berkuasa pula tidak lagi melayan kita seperti apa yang kita diperlakukan sekarang.

Apa?

Gelombang Kuning ialah sebahagian daripada kempen BERSIH (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) untuk reformasi system pilihanraya. Bagi menyokong kempen ini, pakai barangan berasaskan kuning setiap hari sehingga tibanya hari yang ditunggu-tunggu yakni Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH pada Sabtu 10 November 2007. Sematkan riben kuning pada baju anda. Pakai tali leher atau tudung kuning. Bawa payung kuning. Ikatkan riben kuning di antenna atau cermin sisi kereta anda. Ikatkan riben kuning di motosikal anda. Ikatkan riben kuning di lengan. Lukiskan pipi anda kuning seperti peminat bolasepak. Anda juga boleh warnakan rambut anda kuning. Tidak ada had dalam apa yang boleh anda lakukan…..jadilah seorang yang kreatif!

Mengapa?

BERSIH percaya proses pilihanraya kita yang tempang ini menjadi punca utama kepada kebobrokan system politik, pentadbiran mahupun kehakiman di Malaysia. Dibelakangi oleh lebih 67 NGO dan lime parti politik. BERSIH menuntut segera:

  • Penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda
  • Pemansuhan undi pos bagi anggota polis dan tentera
  • Pembersihan senarai pemilih bagi mengatasi penipuan semasa pendaftaran pengundi
  • Akses media yang adil kepada semua calon dan wakil-wakil mereka semasa pilihanraya

Di Mana & Bila?

Di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Upacara Kemuncak:

Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH

10 Nov 2007
3pm
Dataran Merdeka

Untuk keterangan lanjut dan tempat bagi memperolehi cenderamata BERSIH,bersih.org atau hubungi kami di talian 03-79806571.

We can’t go back now. We have to keep pushing. Help us to stop the rot. Come be a part of this historic event! Join us in doing your bit to Save Malaysia and reclaim our right to clean and fair elections, so that we are TRULY represented and the authorities can no longer do exactly what they like and treat us badly.

What?

The Yellow Wave is part of the BERSIH (Coalition for Clean and Fair Elections) campaign for electoral reform. To support the campaign, wear a yellow item everyday from now till the big day, the BERSIH Peaceful People’s Gathering, on Saturday, 10 November 2007. Wear a yellow ribbon on your shirt. Wear a yellow necktie or scarf. Bring a yellow umbrella. Tie a yellow ribbon on your car’s antenna or side mirrors. Tie a ribbon on your bike. Wear a ribbon on your arm as an armband. Paint your cheeks yellow like football fans. Or if you’re a diehard supporter, dye your hair yellow. There is no limit to what you can do…. be creative!

Why?

BERSIH believes that our flawed electoral process is a core cause for exploding political, administrative and judicial rot in Malaysia. Made up of over 67 NGOs and 5 political parties, BERSIH presses for these immediate reforms:

* The use of indelible ink to prevent multiple voting
* The abolition of postal voting for the armed forces
* A thorough cleanup of the electoral roll to eliminate fraudulent registrations
* Fair and equitable access to the media

Where & When?

Anywhere. Anytime.

The Grand Finale:

BERSIH People’s Gathering
10 Nov 2007
3pm
Dataran Merdeka

For more info and where to get BERSIH merchandise, check out bersih.org or call us at 03-79806571.

Ahli Umno vs Umno

LAPORAN POLIS TERHADAP UMNO

Nov 6, 07 7:43pm
Seorang ahli Umno hari ini membuat laporan polis terhadap parti tersebut kerana mendakwa berlaku perancangan peringkat tertinggi untuk menghalang bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada menghadiri sebagai perwakilan dalam perhimpunan agung tahun lalu.

Dalam laporannya itu, Johari Ismail, seorang ketua Umno di peringkat bahagian di Johor, mendakwa, pada 28 Ogos 2006, Majlis Tertinggi Umno telah membuang tiga halaman minit mesyuaratnya sebelum itu yang membincang cara-cara untuk menghalang Dr Mahathir daripada menjadi perwakilan.

Beliau mendakwa, tiga halaman minit tersebut dibuang atas arahan Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Johari membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi di Jalan Campbell, Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Dr Mahathir mengkritik hebat kepimpinan Abdullah yang dipilihnya untuk menggantikan beliau sebagai perdana menteri. Bekas perdana menteri itu mendakwa penggantinya itu tidak mengurus ekonomi negara dengan baik dan berlaku amalan rasuah.

Dr Mahathir bagaimanapun tewas dalam pemilihan perwakilan bagi Umno bahagian Kubang Pasu. Bekas presiden Umno itu kemudian mendakwa beliau tewas kerana berlaku politik wang.

Malaysiakini.com

“I have proof”. Johari Ismail, 49, came out of the Dang Wangi police station at 6.15pm.   He said it took nearly two hours as the cops had to call back the officer-in-charge (who was on duty at the PWTC, where Pak Lah is expected to deliver the Umno presidential address tomorrow) to deal with the report against the Umno President.

Johari said he is backed by no one and no Umno leader had asked him to lodge the report.

“I’m doing this as a concerned Umno member,” said Johari, who is an Umno branch exco member (Kg Tahang Rimau, Segamat, Johor). “I am concerned about the erosion within Umno.”

Johari also told the press conference, “I have proof” that a political crime had been committed by Pak Lah (against Tun Dr Mahathir Mohamad, the former PM) during an Umno Supreme Council meeting of 28 August 2006, and is prepared to face the consequences of his action.

THE POLICE REPORT:

Pada Khamis 28 Ogos 2006, jam 300 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMNO, Ibu Pejabat UMNO, Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah diadakah sebuah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam mesyuarat itu, Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas telah membincangkan secara terperinci usaha menggagalkan mantan Presiden UMNO, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Mesyuarat Agung UMNO 15-17 November 2006, dalam pemilihan Perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006 di Jitra, Kedah.

Dalam perbincangan ini, turut dirakamkan tugasan tugasan yang ditanggung jawabkan kepada beberapa ahli MKT UMNO untuk laksanakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Setelah menyedari Minit Mesyuarat pada 28 Ogos itu mengandungi perbincangan secara terperinci mengenai niat jahat menghalang mantan Presiden UMNO itu dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu, maka Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Brig. Jen (B) Dato’ Hussainay Hashim, Setiausaha Kerja MKT UMNO, mewakili Sekretariat UMNO agar tiga muka surat Minit Mesyuarat tersebut dikecualikan dari Minit Mesyuarat asal.

Walaupun ditegur oleh Ahli MKT UMNO YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim kerana perbuatan mengecualikan sebarang maklumat dari Minit Mesyuarat yang telah direkod dan sediakan itu sebagai menyalahi peraturan mesyuarat, namun begitu Presiden UMNO masih berdegil. Maka arahan itu dilaksanakan dan Minit Mesyuarat rasmi pada MKT UMNO 28 Ogos 2006 telah mengecualikan tiga helai muka surat asal mengenai perbincangan mengenai usaha mengagalkan pemilihan mantan Presiden UMNO sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006.

Olehdemikian, kerana MKT UMNO telah mengesahkan satu Minit Mesyuarat pada 28 Ogos 2006 yang telah di’ubah suai’, maka saya minta siasatan dibuat kerana ini jelas melanggar peraturan mesyuarat dan ujud unsur konspirasi melakukan ‘jenayah politik’ kepada mantan Presiden UMNO.

http://rockybru.blogspot.com/2007/11/police-report-against-pm-lodged.html

Perhimpunan Aman BERSIH 10 November akan diteruskan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, Pilihanraya yang ADIL & BEBAS merupakan hak setiap rakyat.

Dalam keadaan Pilihanraya di Malaysia masih belum di dapati Adil & Bebas, seperti yang dituntut oleh BERSIH, maka adalah wajar sekiranya rakyat menuntut demikian.

Saya berpendirian, pihak polis wajar membenarkan perhimpunan aman ini berlaku dan juga ianya merupakan tanggungjawab pihak Polis untuk memberikan segala sokongan dan kerjasama demi memastikan keselamatan semua rakyat yang berhimpun secara aman pada 10 hb Nov 2007 nanti.

Buktikan integriti pihak Polis dan janganlah berterusan menjadi pekakas pihak UMNO & Barisan Nasional.

UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH

Fuziah Salleh

Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat

Sambutan Hari Raya Kuantan Meriah

Sambutan Hari Raya ‘Idulfitr anjuran bersama KeADILan Bahagian Kuantan dan PAS Kawasan Kuantan telah disambut meriah dengan lebih 2000 orang hadir di majlis tersebut.

Ia telah diadakan pada Ahad 4 november, 2007 lalu.

Para tetamu terdiri daripada rakyat tempatan, pimpinan dan ahli-ahli politik KeADILan, PAS dan DAP Kuantan dan Indera Mahkota serta para pemberita.

???Selain saya, sebagai Ketua Bahagian KeADILan Kuantan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kawasan telah turut memberikan ucapan di majlis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *