PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

SEPTEMBER 2007

Ramadhan, month of Actions

Drawing close the spirit of Ramadhan to our hearts…

Reinstilling the spirit of sacrifice through physical, emotional and worldly restraints.

At the same time, leaping to upgrade our spiritual self to greater heights, repositioning our biological capacity to fine tune to the way of Allah.

Profusely seeking His mercy and forgiveness.

Constantly thankful for His endless bounty; in health, sufficient time for all things and matters, timeless meaningful friendships, the stewardship to material gains, and the attachment to the struggle for truth and justice.

May ramadhan make us better selves.

Selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan al-mubarak

Ada ape pada cuti 5 tahun, Najib?

Rozaini sent me her indignation at Najib’s statement wooing the women:

Saya hairan kenapa tiba-tiba saja benda baru yang agak janggal dihidangkan oleh BN (lihat laporan akhbar di bawah) memandangkan bahawa janji-janji terdahulu belum dipenuhi.

Tetapi, cuba kita fikirkan bersama…tidakkah menjaga dn mendidik anak itu suatu pekerjaan atau kareer juga? Itulah mentaliti para pemimpin BN yang kurang melihat sesuatu lebih dari strategi meraih undi dan sokongan dalam pilihanraya.

Setahu saya, wanita sebelum ini dijanjikan dengan cuti bersalin beserta gaji penuh untuk 90 hari selepas bersalin dan kemudahan penjagaan anak di setiap jabatan kerajaan dan swasta. Itu priority atau yang utamanya, yang belum dipenuhi oleh kerajaan BN.

Tidak dinafikan memang baik para ibu memilih untuk tidak bekerja dan menjaga anak. Tapi bagi ramai ibu, mereka tidak mampu untuk berbuat demikian kerana keperluan ekonomi keluarga yang mendesak. Dan bagi ibu tunggal, pelepasan ini tidak memberi apa-apa erti kepada mereka. Golongan ibu tunggal ini makin meningkat setiap tahun.

Beginilah selalunya cara BN menyelesaikan masalah – jarang sekali atau tidak langsung terlebih dahulu mengambilkira keperluan rakyat jelata yang mempunyai berbagai-bagai kesulitan yang berbeza. Jika benar prihatin setulusnya, kerajaan sewajarnya menyedia dan memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menepati keperluan wanita yang berbeza-beza. Ia bukanlah sesuatu yang payah – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Banyak contoh di dalam dan di luar negara yang telah berjaya mewujudkan model-model yang membantu wanita bekerja dalam mengimbangi pengurusan rumahtangga dan kerjaya mereka. Ada kajian telah menunjukkan bahawa tidak semestinya bahawa wanita yang tidak bekerja akan memastikan anak-anak mereka menjadi orang-orang yang berguna di masa hadapan. Dan sebaliknya, ada wanita yang bekerjaya telah berjaya mendidik anak-anak menjadi baik, lagi mengajak orang lain berbuat baik. Sebenarnya kualiti pendidikan anak-anak oleh para ibu bergantung kepada ilmu yang dimiliki oleh mereka. Berada di rumah bersama anak-anak secara zahir tanpa pengetahuan yang perlukan dalam pendidikan anak-anak akan menjadi sesuatu yang merugikan.

Negara-negara maju telah menjalankan beberapa penyelesaian (work flexibility) bagi wanita bekerja yang mempunyai anak seperti:

Jadual kerja yang fleksibel (flexitime)

Fleksibiliti menyiapkan kerja di rumah (telecommuting)

Kongsi kerja (job sharing)

Kerja tidak sepenuh masa (part-time work)

Menyiapkan kerja dalam waktu yang lebih pendek (compressed work week)

Dengan itu wanita lebih berupaya mengurus masa bersama anak-anak dan mengurus rumahtangga mereka.

Yang terbaik adalah memberikan cuti bersalin selama 2 tahun dengan sebahagian gaji – dua tahun adalah jangkamasa yang sesuai untuk menyusukan anak (kebaikan susu ibu terlalu banyak – boleh merujuk kepada laman-laman yang berkenaan), menurut agama, para saintis dan doktor.

Dalam pembinaan generasi masa depan, penyelesaian-penyelesaian yang lebih merangkumi kesemua faktor perlulah diambilkira sebelum menetapkan sesuatu mekanisme. Penyelesaian yang independent (berasingan) tanpa mengintegrasikan sektor-sektor lain yang mempunyai kesan terhadap pembinaan generasi masa depan tidak akan mencapai matlamat untuk melihat sebuah generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri kepimpinan, daya saing yang hebat dan menjadi warganegara yang berguna kepada semua.

Reformasi atau perubahan dalam cara berfikir dan problem-solving, khususnya dalam menangani permasalahan wanita kerjaya, perlu berlaku.Amatlah sedih, setelah sekian lama, Wanita Malaysia masih belum dilindungi dan diberi hak mereka sebaiknya.

——————————————————————————————

Cuti bersalin 5 tahun — Kerajaan lanjut pelepasan tanpa gaji kakitangan awam jaga anak

Oleh Zabry Mohamad

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kerajaan bersetuju melanjutkan cuti bersalin tanpa gaji bagi kakitangan sektor awam daripada 90 hari sekarang kepada had maksimum lima tahun berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan peraturan baru itu berkata, keputusan tersebut dibuat sejajar dengan hasrat kerajaan supaya anak-anak menerima pendidikan awal yang sempurna.

Keputusan yang dibuat Kabinet dalam mesyuarat mingguan Rabu lalu akan memberi kemudahan tambahan kepada seramai 563,000 wanita yang bekerja dalam sektor awam daripada keseluruhan 1.3 juta kakitangan kerajaan.

Menurut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak 10 peratus atau 24,300 daripada 243,000 kakitangan sektor awam berusia antara 18 hingga 39 tahun melahirkan anak setiap tahun.

Menurut Najib, dengan kelonggaran cuti bersalin itu, kakitangan wanita sektor awam boleh menyediakan suasana pembesaran yang lebih baik kepada anak masing-masing terutama dari aspek kesihatan dan psikologi.

‘‘Kanak-kanak yang mendapat didikan, kawalan, tunjuk ajar serta kasih sayang yang baik dan sempurna akan menjadi manusia yang lebih berguna kepada negara pada masa depan,’’ kata Timbalan Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-12 di sini hari ini.

Persidangan selama dua hari itu yang berlangsung di Kampus Utama Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini dianjurkan bersama Intan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

Lebih 600 orang menyertai persidangan itu termasuk dari Australia, Brunei, Filipina, Singapura dan Tanzania.

Najib memberitahu, cuti bersalin tersebut boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa kali dengan jumlah keseluruhan cuti bersalin tanpa gaji tidak melebihi lima tahun.

Pada awal Ogos lalu, beberapa pihak mencadangkan JPA mengkaji kemungkinan memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita untuk berhenti sementara daripada pekerjaan bagi melahirkan anak dan kembali bekerja setelah anak mereka membesar.

Menurut Najib, keputusan melonggarkan cuti bersalin itu juga dibuat kerana ramai wanita mahu menjaga kepentingan keluarga dan pada masa yang sama ingin terus berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Beliau memberitahu, terpulang kepada kakitangan awam terbabit untuk menentukan jumlah hari cuti bersalin tanpa gaji yang mahu mereka ambil sama ada secara terkumpul atau sedikit demi sedikit.

‘‘Sebagai contoh, selepas cuti bersalin wajib selama 60 hari bagi anak pertama, mereka boleh sambung cuti selama satu hingga dua tahun.

“Begitu juga bagi anak kedua, tempoh cuti yang sama boleh diambil asalkan jumlah cuti terkumpul tidak lebih lima tahun.

‘‘Ini kerana selepas lima tahun, seseorang pekerja boleh hilang daya saing dan seterusnya mengganggu perancangan sumber manusia sesebuah jabatan,’’ jelasnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sekembalinya bertugas, kakitangan wanita yang mengambil cuti bersalin berhak menerima kenaikan gaji bersyarat sebanyak tiga kali.

‘‘Katakan setiap tahun dia terima kenaikan gaji RM50, maka bila dia kembali bekerja, dia dapat tambahan RM150 daripada gaji asal sebelum dia mengambil cuti panjang,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *