JULY 2007

Temu Rapat Sarawak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Perjumpaan-perjumpaan bersama para pemimpin parti di Sarawak dalam pemantapan dasar, gerak kerja dan mendapat maklum balas dari akar umbi.

Remember that fleeting episode of rise and fall in rice price? It’s idiosyncratically BN…

Rozaini thinks so, too, and has this piece to share:

Insiden kenaikan harga beras baru-baru ini mempamerkan bahawa pentadbiran yang diketuai oleh PM seolah-olah tidak ambil kisah atau memang jahil mengenai bagaimana keputusan-keputusan yang amat menyentuh kepentingan rakyat seharusnya dibuat.

Amat malang, dalam konteks harga beras ini, rakyat telah mengalami kesulitan dalam beberapa hari sebelum harga beras diarah diturunkan semula.   Seharusnya, keputusan-keputusan yang buruk sedemikian tidak terlepas dari pengamatan menteri berkenaan, dan juga PM.

Kejadian sorong-tarik sebegini mempertegaskan betapa kerajaan tidak mampu dan tidak teliti dalam memastikan bahawa kesejahteraan rakyat terjamin setiap ketika.

Adakah proses membuat keputusan oleh kerajaan BN memperlihatkan atau memiliki ciri-ciridecision-making yang professional?

Jika acapkali keputusan yang dibuat oleh suatu badan akan di ubah oleh kerajaan bilamana rakyat bising membantah, adalah lebih baik barisan yang diamanahkan untuk memikirkan hal rakyat jelata ditukar saja dengan barisan yang baru; yang peka, betranggungjawab dan mampu merasai nadi rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat.   Meletakkan menteri, pegawai-pegawai awam dan swasta yang hanya menjadikan keselesaan dan keuntungan wang ringgit sebagai matlamat besar dalam hidup mereka akan mengakibatkan banyak derita terhadap rakyat.   Rakyat memilih sesebuah kerajaan supaya mereka menjadi pemikir bagi kesemua ruang lingkup kehidupan mereka dari sudut dasar dan operasi agar rakyat Malaysia dapat hidup melaksanakan tugasan masing-masing tanpa dibebani tugas-tugas yang memang telah sedia telah diamanahkan kepada para menteri dan pegawai-pegawainya di pelbagai sektor.

Nampaknya rakyat tidak dapat bersandar sepenuhnya pada pentadbiran kerajaan BN yang diketuai oleh PM bagi memastikan kesejahteraan rakyat seluruhnya – rakyat terpaksa buat bising selalu untuk merubah keputusan-keputusan yang buruk!

With Nathan’s arrest , any little hope of reformation now completely dashed

I have sons in their early 20?s. I know it must have been an agony to Nat’s family, waiting for news of their beloved son’s whereabouts for almost a full 24 hours before confirming the status of his location and immediate future. It was an act of arrogance by those ordering, and carrying out the arrest of Nathaniel Tan. The pattern is the same – it is a politically motivated arrest that involve certain politician(s) with a view to design some covering up work.Some politicians will go to incredible lengths, abusing their authority along the way, to find the “culprit” that broke their defence and open up the pandora box for all to see. All the available government machinery will be utilised to nab whom they wish without any regard to standard regulations and human rights.

What hope do the people have under such governing party?

Taklimat Gerak Kerja Pilihanraya

Taklimat gerakkerja PRU 12 oleh JPRP (Jawatankuasa Pilihanraya Pusat) telah diadakan pada 1 Julai 2007 di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Saudara Azmin Ali, Dr. Mansur Osman dan Pn Fuziah Salleh selaku pimpinan JPRP telah menyampaikan taklimat gerak kerja pilihanraya tersebut kepada wakil-wakil pimpinan dari parlimen-parlimen tumpu yang telah dikenalpasti oleh parti.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah menyampaikan amanatnya dan menjawab soalan-soalan dari wakil-wakil bahagian seluruh Malaysia dalam sesi soal jawab susulan dari taklimat. Lebih 100 orang aktivis parti dari 26 bahagian telah hadir.

Kelihatan DSAI, Azmin Ali dan Fuziah Salleh sedang menyanyikan lagu parti sebelum DSAI memberikan amanatnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ketua Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan para peserta agar sentiasa meletakkan kerangka besar dalam minda dan gerak kerja parti khususnya dalam menghadapi piihanraya umum ke -12 nanti. Perjuangan mengenai keadilan, kebebasan dan ketelusan sertaRule of Law dalam pentabiran negara adalah asas perjuangan parti. Segala persoalan titik-bengek seharusnya telah lama diatasi dan tumpuan sepenuhnya adalah kepada memenangi pilihanraya umum nanti.

Saudara Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan merangkap pengerusi JPRP, memandang berat isu penipuan BN dan data-data yang meragukan dari SPR, yang langsung tidak memihak kepada Barisan Pembangkang, dengan itu menggesa barisan akhir dalam pilihanraya akan datang, iatu barisan polling agents dan counting agents (PACA) pada hari mengundi wajarlah mantap dan peka tentang segala penipuan yang berpotensi berlaku ketika pengundian dan pengiraan dilaksanakan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azmin Ali sedang memberi gambaran latarbelakang PR10 & 11 dan ketempangan serius SPR serta langkah-langkah wajar yang harus diambil oleh aktivis parti.

“ Tidak ada jalan senang untuk menang… amat penting untuk mengalih para pengundi kepada menyokong keADILan…itu akan menjamin kemenangan parlimen dan DUN.” kata Fuziah Salleh Pengarah 2 Pilihanraya di dalam taklimatnya. Parti Keadilan Rakyat kini telah diakui sebagai parti politik yang memiliki satu sistem menjana undi dan sokongan yang kemas; di mana keADILan dulunya ia dianggap hanya sebuah parti jalanan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setiap kawasan parlimen dan DUN tumpu akan diaudit sepanjang tempoh hingga tarikh pilhanraya nanti bagi memastikan kesemua kawasan tersebut menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh JPRP tambah beliau lagi.

– Laporan ini telah dikirim oleh Sekretariat Ops Anjak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *