JUNE 2007

Berderetan janji manis dan lunak BN

Nampaknya Parti Gerakan lebih sedikit politically advantageous kenyataannya megenai penglibatan politik wanita dari Shahrizat Abdul Jalil, dan lagi yang memberi kenyatan itu ialah pemimpin tertingginya, Dr Koh Tsu Koon http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/24/nation/20070624164858&sec=nation; berbanding Umno yang masih belum kelihatan atau kedengaran sezarah komitmen dari pemimpin peringkat tertinggi mereka.

Tetapi assurance Gerakan adalah conditional.   Ia tidak memenuhi tuntutan persetujuan penting mengenai CEDAW oleh Malaysia.   CEDAW (Convention of the Elimination of All Forms of Discrimination against Women – telah diterima dan dimartabatkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1979 lagi) adalah sebuah dokumen yang berhasrat supaya negara-negara yang menandatangani dokumen tersebut memgambil langkah untuk menghentikan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita.   Diantara langkah yang perlu diambil ialah merealisasikan sasarancritical mass 30% perwakilan wanita dalam semua lapisan dan peringkat (dasar, perancangan dan pengoperasian) membuat keputusan.

Sudah acapkali didengari janji-janji BN untuk memenuhi 30% perwakilan wanita di semua peringkat decision making ini.   Kali ini, seperti biasa, ia boleh menjadi ungkapan yang bertujuan meraih undi, khususnya di kalangan wanita, dalam Pilihanraya ke-12 nanti.

BN telah diberi masa berdekad-dekad untuk menunaikan janji-janjinya terhadap wanita Malaysia.   Apa yang berlaku ialah wanita masih tersisih dalam proses membuat keputusan.  Lebih parah, wanita BN sentiasa tertekan untuk terus sealiran dengan tindakan dan pemikiran terhad golongan yang berkuasa dalam parti-parti komponen mereka sendiri.   Mereka hanya menjadi pengikut yang muted walaupun jelas wujud isu-isu yang wajar diberi perhatian dan dibela seutuhnya.

Gender mainstreaming (mengarusperdakan gender) di bawah pemerintahan Umno-BN belum berlaku, maka bagaimanakah akan terlaksana 30% perwakilan wanita di Parlimen dan Dewan Negara?   Seolah-olah kemampuan Wanita Malaysia yang sudah cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut terus-menerus diabaikan.

Kegagalan gender mainstreaming oleh Umno-BN adalah menjadi penghalang dan penyebab utama kegagalan isu 30% ini.   Dengan itu, segala agenda wanita dalam Dasar Wanita Negara juga menemui sasaran yang bersifat mediocre.   Peranan wanita sebagai tunggak negara yang mempertahankan kebenaran dan keadilan serta mengembalikan kewarasan agar kezaliman dan segala bentuk penyelewengan dijauhi tidak pernah berlaku sepanjang kewujudan Wanita BN, khususnya Wanita Umno dalam menyaksikan pelbagai isu besar sosio-politik serta ekonomi yang melanda negara sejak merdeka.

Wanita BN hanya mengikut rentak dan tari parti masing-masing.   Mereka tidak mampu menentukan halatuju luhur dan mewarnai pergerakan parti masing-masing bagi kepentingan wanita dan kehidupan mereka, yang secara hakikinya adalah untuk kepentingan rakyat seluruhnya.

Buktinya, lihat saja rekod yang telah disediakan oleh Shahrizat sendiri Sabtu lepas dalam media arus perdana.

Di samping itu, persoalan-persoalan tentang kejayaan perancangan Dasar Wanita Negara belum terjawab kerana tiada ukuran yang jelas disediakan terlebih dahulu.   Undang-undang yang memberi perlindungan kepada wanita dan anak-anak selama ini lembab beroperasi walaupun telah nyata keperluannya.    Akta Keganasan Rumahtangga diperjuangkan selama satu dekad dan mengambil satu dekad lagi untuk beroperasi sepenuhnya menurut roh akta tersebut.  Begitu juga dengan Akta AntiPemerdagangan Orang 2007 yang belum tentu menjanjikan pengopersian sempurna yang segera; sementara itu puluhan ribu mangsa-mangsa sindiket global pemerdagangan manusia akan terus menjalani kehidupan seperti hamba di zaman pasca moden ini dengan risiko penyakit HIV/Aids dan penyakit-penyakit jantina yang lain hasil dari kehidupan seks yang aktif yang dipaksakan ke atas mereka. .

Pembelaan berkesan bagi wanita menerusi mahkamah syariah juga masih terbengkalai kerana tiada kesekufuan undang-undang syariah di mana setiap negeri dan wilayah mempunyai undang-undang syariah mereka sendiri; dengan itu penguatkuasaan efektif tidak boleh berlaku bagi undang-undang syariah yang berlainan – sunguh ramai isteri dan anak-anak yang tidak mendapat nafkah hidup dan harta sepencarian bagi menampung keperluan harian mereka.   Hak minima wanita dalam pekerjaan masih jauh dari dibela sebaik mungkin.   Wanita yang ingin mengandung akan diberhentikan kerja dalam sektor-sektor tertentu dan undang-undang anti sexual harassment belum wujud.   Sistem sokongan kepada wanita-wanita berdwi kerjaya masih di tahap dismal secara umumnya.   Umno-BN membiarkan wanita dihina oleh wakl-wakil rakyat, yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat umum, dalam institusi luhur seperti di Parlimen.   Pengekspolitasi wanita dalam bidang pengiklanan adalah rampant.   Sektor-sektor pendidikan, kesihatan, bahkan dalam soal cintapun masih wujud diskriminasi terhadap wanita (suami wanita Malaysia yang bukan warganegara tidak dibenarkan menetap di Malaysia).  Bagaimana pula dengan pembelaan terhadap wanita-wanita yang dipaksakan ke atas mereka untuk menjalani kehidupan seorang diri bersama anak-anak yang kehilangan bapa kerana telah ditahan di bawah Akta zalim, ISA, tanpa sebarang bukti?   Tidak akan ada jawapan pembelaan dari Wanita BN untuk persoalan itu.

Pendek kata, bagi pemerhati dan pengkaji isu-isu wanita, Umno-BN telah tidak mengotakan dengan segera apa yang selama ini mereka janjikan kepada wanita-wanita Malaysia.   Mereka hanya ingin meneruskan  janji-janji manis dan lunak ini untuk menghadapi pilihanraya  ke-12  nanti.

BN and those in power failing Malaysian Women

Quoted from the Star Online:

Shahrizat, who is Wanita Umno deputy chairman, said women representation at decision-making level was extremely unsatisfactory.

She noted that 9.6% of members in Parliament were women, 25% in the Dewan Negara, 6.9% in state assemblies, 12.5% in local authorities while 7.6% were board members of companies in Bursa Malaysia.

“We have a government policy (that 30% of decision-making positions comprised women).

“We must remind them (the Government) and talk about it so that they won’t forget. There must be an increase in the percentage from time to time,” she said at a briefing for some 700 participants, including Umno information chiefs.

Asked whether the current state of affairs was because of discrimination, she said: “I don’t think so. There must be affirmative action by those in power.” – Sharizat Abdul Jalil

Mengambil isyarat dari Ucapan Dasar Pemberdayaan Wanita Malaysia

Sekali lagi Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil membuat kenyataan seiring dengan pengujaran saya dalam ucapan dasar Pemberdayaan Wanita Malaysia di Kongres Wanita Nasional ke-4, Parti Keadilan Rakyat pada 27 Mei, 2007 yang lalu.

Walaupun laporan akhbar tempatan menyebut (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm) bahawa beliau bercakap mengenai sasaran 30% perwakilan wanita dalam proses membuat keputusan di semua peringkat sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, ia memberi gambaran bahawa dasar-dasar yang telah tertera dan disidangkan dalam parlimen hanya tinggal dokumentasi yang belum ada nilai sebenar dalam rangka menterjemahkannya dalam pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Perwakilan 30% wanita dalam kedudukan membuat keputusan-keputusan penting mengenai kepentingan rakyat jelata merupakan di antara perkara asas untuk berlakunya pemberdayaan wanita. Perspektif wanita kebiasaannya mengambil kira isu-isu yang secara langsung mengesani kesejahteraan rakyat, khususnya mengenai wanita yang menjadi tunggak negara dan anak-anak yang menjadi pencorak perjalanan masa depan pentadbiran masyarakat dan negara, bahkan dunia juga apabila mereka mencapai tahap keupayaan yang mengundang penghormatan global.Kesejahteraan rakyat idak hanya bergantung kepada kehebatan politik dan ekonomi, tetapi ia menggesa suatu agenda reformasi yang melihat potensi rakyat secara keseluruhan dengan mengambilkira juga kesejahteran emosi, jiwa, mental dan spiritual mereka. Menurut pakar –pakar psikologi, lazimnya, wanita adalah lebih hampir kepada isu-isu yang sedemikan dan paling dekat dengan anak-anak yang akan mewarisi tanggungjawab mentadbir negara dan dunia ini.

Jika BN, yang diketuai Umno, sehingga kini hanya menunggu idea-idea dan gesaan dari pihak-pihak yang begitu prihatin dan jelas tentang kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam perlaksanaan dasar negara serta berupaya mengolahkan yang lebih baik dari apa yang ditawarkan oleh BN maka sudah tentu rakyat telah membazirkan banyak wang dan peluang membenarkan BN terus meggunakan kuasa, sumber negara dan khazanah rakyat dengan sia-sia, dengan pemikiran yang lemah lagi merugikan, yang tidak langsung mengangkat martabat rakyat, khususnya wanita serta kejatian yang diperlukan bagi menjadikan mereka tokoh-tokoh dunia yang memiliki nilai dan substance.

Dasar Wanita Negara telah gagal mencapai sasarannya. Bahkan rakyat masih menunggu olahan dasar wanita yang baru yang dijanjikan oleh Menteri Wanita sedikit masa lalu.

Pertemuan Spiritual / Spiritual encounter

Saya sedang berada di tanah suci Mekah untuk
menunaikan ibadah umrah. Saya berharap untuk menulis di dalam blog sebaik saja pulang ke Malaysia nanti.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa akan terbit satu laman web berkenaan dengan Kuantan dan aktiviti saya di sana.

Pastikan maklumat mengenai kewujudannya dimaklumi.
Saya akan mengumumkannya di sini tidak lama lagi.

Segala cadangan mengenai pengisian laman web tersebut amatlah dialu-alukan.

I am at present in Mekah for umrah. Hope to resume writing once I return (won’t be long). I wish to inform my readers that there will be a new website, which will relate news aboutKuantan and my activities there.   Please be on a look out for the emergence
of the website, which will be announced here.

Readers are welcomed to suggest inputs for the website..

Gerak Kerja Operasi Anjak (GKOA)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Talimat, perbincangan serta perancangan gerak kerja di lapangan(Briefing, discussion and planning of Ops Anjak [OA] field work).

GKOA bagi PR umum ke-12 telah bermula di Kuantan, Pahang sejak pagi tadi (Jun 2, 2007).
Saya selaku Pengarah 2 Pilihanraya peringkat nasional telah diamanahkan untuk melaksanakan segala tuntutan GKOP bagi meraih kemenangan dalam PR umum ke -12 nanti.

OA for the 12th General Election has begun in Kuantan Parlimentary area, Pahang since yesterday morning (June 2, 2007).

As the Director 2 of the National Election, I have been entrusted to accomplish all related duties wit the main objective being to win seats in the coming 12th General Election.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Pengarahan terakhir sebelum ke lapangan (last direction before field work)

Operasi Anjak telah menjadi amalan utama Wanita KeADILan ketika saya masih menjadi Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

OA was the main activity of KeADILan Women whilst I was Head of Parti Keadilan Rakyat  Women.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bertemu para pengundi (meeting voters)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Seorang peniaga sedang mengamati akhbar KeADILan (a seller scrutinzing KeADILan newspaper).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *