PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

APRIL 2007

Selepas Ijok

Suatu pertarungan yang tentunya semakin mematangkan keseluruhan jentera pilihanraya Parti Keadilan Rakyat. Barisan pimpinan dalaman dan antara parti pembangkang sedang menganalisa keputusan pilihanraya kecil N11 IJOK. Kesemua laporan akan diteliti. Setakat ini, pemantauan di pusat-pusat mengundi telah melaporkan berbagai keanihan yang perlu diteliti lebih lanjut.

Apa yang penting sekarang ini ialah kesemua propaganda Umno-BN mengenai PR Ijok itu perlulah rakyat imbangi dengan bahan-bahan bacaan, audio visual, dan lain-lainnya dari media bukan milik Umno-BN. Banyak berita-berita yang disampaikan adalah prejudis terhadap Parti Keadilan Rakyat. Mereka-mereka yang diaibkan atau dituduh melakukan sesuatu yang buruk wajarlah ditanya juga pendapat mereka dengan adil dan menyeluruh. Mana-mana agensi berita, suratkhabar dan stesen TV yang bersifat prejudis terhadap mana-mana pihak adalah tidak layak melaporkan sebarang berita untuk tontonan, bacaan dan pendengaran rakyat jelata.

Selepas Ijok, perjuangan yang lebih hebat dalam “Ijok-Ijok” selanjutnya.

BN semakin terdesak

Para petugas KeADILan telah meneruskan kempen-kempen mereka sejak hari penamaan calon.

Ada beberapa insiden yang menggambarkan betapa terdesaknya BN sehingga menghalang para petugas keADILan berkempen di daerah-daerah mengundi Ijok.

Baru sebentar tadi Tan Sri Khalid Ibrahim telah dihalang secara fizikal untuk memasuki Coalfields, suatu penempatan ladang kelapa sawit di Ijok.   Insiden tersebut telah membantutkan usaha untuk memasuki kawasan pengundi – suatu halangan yang jelas tidak demokratik.   Seorang petugas keADILan telah ditumbuk di dadanya dan terkoyak bajunya.   Empat orang lelaki dewasa yang tidak dikenali telah cuba menyerang Tan Sri Khalid dan rombongan kempennya.

Semalam pula di Sg Darah, wanita-wanita keADILan telah dihalau keluar dari Rantau Panjang, sebuah lokaliti dalam daerah mengundi Sg. Darah, oleh sekumpulan pemuda-pemuda BN.   Wanita keADILan dengan bantuan seorang doktor dan para pembantunya telah menawarkan pemeriksaan percuma penyakit darah tinggi dan lain-lainnya bgi manafaat penduduk kampung.   Perkara kebaikan tersebut tidak disenangi oleh BN yang merasa tergugat dengan usaha gigih petugas-petugas keADILan.

Para petugas BN tadi sebenarnya adalah mereka yang BUKAN dari kalangan penduduk kampung tersebut.   Mereka telah datang dari seluruh Malaysia untuk melibatkan diri dalam pilihanraya ini.   Malangnya, kata-kata yang kesat telah dilemparkan kepada wanita-wanita keADILan.   Itu adalah antara insiden-insiden yang tidak sihat dalam pilihanraya Ijok ini.

Penduduk kampung Melayu sebahagian mereka tidak tahu siapakah calon-calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN 11 Ijok ini.   Tiada gambar-gambar calon BN dipampangkan dalam beberapa kampung di Sg Darah.   Adakah itu suatu strategi yang disengajakan?

Disamping itu, Ops Anjak telah mendapati beberapa keganjilan dalam Daftar Pemilih 2007 yang memberi implikasi negatif kepada keseluruhan perjalanan sistem demokrasi negara, khususnya dalam proses pilihanraya kecil Ijok ini.   Kenyataan-kenyataan akhbar mengenainya telah dihebahkan dalam beberapa akhbar tempatan dan alam siber.

Sg Berdarah di Ijok – Petugas Pilihanraya KeADILan diHalau

Polis dan petugas BN bersekongkol menghalau para petugas dari Rantau Panjang, Sg Berdarah, Ijok sebentar tadi setelah penyokong-penyokong BN menghalang para petugas KeADILan berkempen secara sah di kawsan tersebut.

Lihatlah betapa berat sebelahnya jentera-jentera kerajaan Malaysia.

Siapakah yang patut mereka lindungi – rakyat atau BN?

Terbukti bahawa kerajaan Umno-BN ialah sebuah kerajaan yang telah gagal melindungi rakyat dengan adil.

Kenapa jadi begini ? Adakah BN dapat merasakan bahawa kemenangan Ijok itu akan terlepas dari tangan mereka?

Belum Hari Mengundi, Belum Tentu Siapa Menang!

Status sekarang 50-50.

Ayuh rakyat bersama membantu Barisan Pembangkang, merayu dan meyakinkan rakyat membawa perubahan!

Bersama menjadikan Ijok permulaan kepada kemenangan-kemenangan seterusnya!

Kita boleh!

Ijok:Isu 1

Saya baru saja bersama Tan Sri Khalid Ibrahim yang kelihatan ceria (dia senantiasa begitu).   Seseorang yang mudah tersenyum, suka bergurau, mudah berbual dan berbincang dengan sesiapa saja – seorang yang disukai oleh hampir semua orang, yang dikenali atau tidak.   Tajuk kegemarannya tentulah ekonomi – dan ketika itu dia akan mengeluarkan pandangan-pandangan dan idea-idea yang cukup bernas dan mesra rakyat.   Itulah kelebihan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum itu saya telah ke Simpang Ijok.

Ada isu di sana sehingga ada orang kata, “Elok diubah nama kampung di Simpang Ijok nih Kg Lalat!”

Kenapa agaknya, ya?

Rupa-rupanya ada projek penternakan ayam di kampung tersebut.   Seharusnya ia dipindahkan ke suatu tempat yang lebih sesuai dan tidak menggangu penduduk disitu.   Sekali lagi, oleh kerana sambungan internet yang tidak begitu baik, saya tidak dapat untuk muat naik (upload) gambar-gambar lalat yang berkoloni di rumah-rumah penduduk kampung…seolah-olah sudah menjadi sebahagian dari penduduk di situ!

Bila ditanya,” Macam mana kalau tak de lalat?” seorang penduduk wanita menjawab,”Oh, tentulah bahagia!”

Bila ditanya lagi, “Tak pernah complain ke?”

Dia kata,”Sudah!   Sampai berbuih-buih mulut!   Tak de apa-apapun tindakan selama-lama nih!”

CERDIK YANG TIDAK CERDIK!

Nantikan, ya…ruangan di sini…

Apa PENGUNDI Ijok MESTI BUAT!

Semak SEKARANG sama ada nama anda ada dalam daftar pemilih di bilik-bilik gerkan KeADILan.

Kita menjangkakan bahawa ramai pengundi tidak akan tahu bahawa nama mereka sudah ditukarkan ke tempat lain  atau tiada dalam senarai, dan pelbagai lagi alasan.

KeADILan akan membuat aduan kepada SPR berdasarkan fakta-fakta yang terjumpa mengenai perkara-perkara yang menyusahkan pengundi sedemikian.   Pilihanraya kecil Ijok adalah pilihanraya kecil yang tidak terurus secara professional oleh Polis (ketika hari penamaan calon)  dan SPR yang TIDAK menyediakan senarai pemilih (pengundi) dengan pendekatan minda kelas pertama.   Saya menganjurkan rakyat mendapatkan senarai tersebut dan membuat penilaian sendiri.

Pemfokusan kepada perkara-perkara yang teknikal adalah perlu dalam melawan penipuan-penipuan/kesilapan-kesilapan yang tidak dapat dimaafkan (dalam konteks pilihanraya) yang sedang berlaku dalam pilihanraya kecil Ijok.   Kita PERLU melawan arus penyelewengan teknikal ini juga selain mengetengahkan isu-isu yang releven kerana di situlah juga antara medan yang boleh menewaskan kita!

Bersambung…

PR Kecil Ijok

Maaf, saya terlalu sibuk di Ijok hingga baru sekarang mendapat kesempatan untuk ke alam siber.   Banyak yang telah berlaku.   Buat masa ini, saya hanya akan muat naik gambar-gambar dari Ijok sejak hari penamaan calon…

Aduhai, sambungan internet tidak begitu memuaskan di Ijok…saya terpaksa menangguhkan janji saya mengenai gambar-gambar tersebut… (23 Apr, 12.27 am)

——————————————————————————————

Baru sebentar tadi saya telah memberi ceramah di Bukit Badong.   Saya telah membongkar kepelikan dan beberapa kekurangan yang menonjol yang berlaku selepas penelitian dalam daftar pegundi Ijok dan para petugas bertemu pengundi secara langsung di lapangan (on the ground).

1. Alamat-alamat pengundi yang tidak lengkap, tidak betul dan mengelirukan menyulitkan pencarian pengundi-pengundi Ijok (sudah sampai masanya juga rakyat Malaysia menyaksikan produk-produk SPR yang tidak berkualiti ini – CD senarai pengundi boleh dibeli di pejabat-pejabat SPR)

2. Ada nama-nama pengundi barisan pembangkang telah terkeluar dari senarai dan nama-nama pengundi yang baru di masukkan dalam daftar pemilih

3. Hmm…bagaimana pula dengan pengundi yang beralamat di suatu kediaman yang belum dibina?

Undang-undang  digubal supaya daftar pemilih tidak boleh ditentang (challenged) samasekali.   Begitulah takutnya Umno-BN dengan Barisan Pembangkang, khususnya KeADILan. (23 Apr, 1:09 am)

Disambung lagi kemudian…

Langkah pertama dalam transformasi IJOK!

IJOK PERLUKAN ANDA!

Para sukarelawan wanita…ayuh ke IJOK!

Anda diperlukan!

Sila hubungi saya di:

newpolitics06@yahoo.com

Kita pastikan bersama Rakyat bersuara lantang kali ini di IJOK!

DUN IJOK N11

Maklumat, liputan dan kempen PR DUN Ijok (N11):

DUN IJOK N11

Politik Kotor BN di Machap

Di Macap semalam terdapat satu usaha BN untuk menjatuhkan kredibiliti Sdr Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang
dengan cara mereka mengedarkan satu VCD yang bertajuk VCD PANAS -18SX.
VCD tersebut yang dibalut dengan kertas yang ada logo DAP dan juga gambar calon DAP telah diedar di dalam masjid-masjid.
Di antara kandungan VCD tersebut ialah affidavit Sukma dan gambar-gambar Sdr Anwar yang kononnya bertopengkan agama.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

VCD tersebut nampaknya bertujuan membuat orang Melayu membenci Anwar dengan cara menjatuhkan kredibiliti beliau di mana beliau dituduh munafik.
Kemudian VCD itu juga bertujuan membuat orang Melayu membenci DAP di atas persepsi DAP menikam KeADILan dari belakang.

Saya kira ini propoganda BN yang cukup korup dan tandus dari segi idea dan di masa yang sama terdesak (desperate) untuk mendapatkan sokongan pengundi MACHAP. Seperti biasa BN tidak teragak-agak untuk menggunakan tektik kotor dan keji.

Di antara taktik kotor BN yang lain ialah menggugut para pengundi yang sedia menjadi hos ceramah kelompok dan program anjuran KeADILan .
Di daerah mengundi Melaka Pindah terdapat dua kes di mana tuan rumah menarik balik izinnya untuk mengadakan ceramah di rumahnya (selepas bersetuju dan merendam meehoon satu besen).

Hmmm…. BN pasti tidak akan berubah tapi……bila lah agaknya pengundi Melayu akan sedar?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Machap

Saya akan bersama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Machap dari petang hingga malam hari ini, bertemu rakyat.

Saya juga akan bersama pimpinan KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ezam Mohd Nor, dan Tian Chua dalam ceramah umum malam ini di Machap.

Saya akan berada di Machap Umboo, Tebong dan Perca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *