PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

MARCH 2007

Kelantan

March 29, 2007

I believe that Kelantan is a very important state for KeADILan to focus on.
PAS has loyal voters and supporters but as a strategy to strengthen the ruling state government, I feel that a very important approach would be to strengthen KeADILan in Kelantan.
Winning more state seats that are not typical PAS seats will certainly add to the numbers. Thus, we set about training the Wanita leaders of Kelantan with the methodology of campaigning and operasi anjak – a tool developed by Wanita that comes complete with monitoring system, skill sets, and behavioral indicator to measure the swing in votes.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“I cannot imagine my life without women!…I was born and raised by my mother, a woman whom I dearly loved and respected. I was also brought up by my sister and aunt, both of whom were also women. I have sisters and and female friends with whom I played with during my childhood days, which made my life cheerful. Then I marry my wife, a woman I love very much. Women have played such a significant role in my life. What will become of my life and our lives without women in them…?”

Such were the words of a Chinese activist in responding to a debate about the motion brought by Wanita KeADILan regarding the 30% quota to women in decision-making positions.

Allah created human beings in pairs where half of the earth’s population is women. However, majority of policies affecting the society and nation, in which women are also members, usually do not reflect the opinions and viewpoints of women. So, there exists an environment where the views of women are rarely sought in policy and decision-making which concerns women in many ways. Such an environment will certainly produce a kind of a clear imbalance or one-sidedness within society at large.

These day, news of rampant corruption, social ills that involve youths and children, lives hardship due to increased daily living costs, violence against women and the weak, and numerous other hideous incidents that tears the heart and upsets the mind. The solutions to those ills demand a dynamic and forceful will, which of course must include women as members of the decision-making process.

Directly or indirectly, women have and will continue to play a major role in ascertaining harmony within society. Through their duties and interaction within the family units, their contribution in the workplace, and organisation in which they are active, women always give their best endlessly without self-interest. However, women have become too complacent and comfortable standing behind other people, especially men who usually decides for them.

Undeniably, such mindset is the outcome of life within the family which is based on patriarchal value. Islam also maintains such view in order to protect the family and the ummah. Many women, however, failed to differentiate between their role within the family and their role outside the family. Women must understand that the divine injunction that says men are superior to women from the perspective of decision making process within the family, does not cover the roles of men and women within an organization and in upholding the process of democracy. The status of men and women is the same in domains outside the family; only taqwa (the degree of faith) differentiates them. In an organisation, the role of an individual is based on theposition held and duties assigned. When more men and women understand that notion, we will all proceed with accomplishing our duties without any difficulty.

Women think differently from men. Psychologically, it has been proven that when women decide, their consideration rests on the best interests of the family and society, unlike men who deliberates more on development and profits. Therefore, it is imperative that women’s perspectives and voice be taken seriously when making decisions because they ensure the achievement of balanced decisions which reflect the interests of everyone within the society and nation.

The Beijing Declaration 1995 opted 30% as the minimum quota for women’s voice that would enable balanced decisions to be achieved and implemented. Parti Keadilan Rakyat had also agreed to implement that quota in the 2000 Annual Conference. Up till now we are still lagging behind in fulfilling that 30% women representation in decision-making process. With eight years of grassroots leadership development, mission, and principle building, Wanita KeADILan has consolidated the Women’s Wing at all party levels. Not only that, now the women are able to work in other arenas, outside the party.

The party’s Women Wing is now ready to fulfil the 30% quota which was agreed in the party’s resolution since 2000. That should be translated in assigning to women the 30% minimum seats for delegates to the party’s upcoming 2007 Congress in May. Also, to be translated in the MPT line-up (Majlis Pimpinan Tertinggi), where 30% of its members should be women. Wanita KeADILan is also offering to fulfil one of the vice-president seats in its quest to achieve that 30% quota. With the voice of women securely established, we can expect the reformasi agenda which the party upholds will offer the best to the people of Malaysia, where half the population is women. Women who are our mothers whom we love, who have showered us with love and kindness all our lives, our sisters who love us, too, and our wives and daughters who are the apples of our eyes. Surely, we will never rejectTHE 30% VOICE OF WOMEN IN THE DECISION MAKING PROCESS WITHIN THE PARTY and onward in Parliament which will make our women’s lives more blissful and complete. Let’s look forward to a better future with such solid involvement of women!

WANITA SEDIA LAKSANA 30 %

“Saya tidak boleh bayangkan hidup saya sekiranya wanita tidak wujud!……..Saya dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu saya, seorang wanita yang amat-amat saya hormati dan saya kasihi. Saya turut diasuh oleh kakak dan emak saudara saya, juga wanita. Saya punyai adik-adik perempuan,teman bermain sewaktu kecil yang telah menceriakan hidup saya. Kemudian saya berkahwin dengan isteri saya yang merupakan seorang wanita yang amat saya cintai…. Wanita memainkan peranan yang amat penting di dalam hidup saya. Bagaimanakah hidup saya dan hidup kita semua tanpa wanita ?……” Begitulah kata-kata seorang aktivis tionghua di dalam membalas kata-kata dan hujah seorang aktivis yang lain berkenaan usul 30% penyertaan suara wanita di dalam proses membuat keputusan yang di bawa oleh WANITA KeADILan.

Allah SWT menjadikan manusia ini hidup berpasang-pasangan di mana lebih kurang separuh dari penduduk dunia ialah perempuan.Akan tetapi, kebanyakan dasar berkenaan masyarakat dan negara yang turut dianggotai oleh wanita biasanya tidak melibatkan pandangan dan suara wanita. Oleh yang demikian, wujud suasana di mana sudut pandangan atau perspektif wanita tidak berapa diambilkira dalam menentukan dasar dan dalam proses membuat keputusan berkenaan hal-hal yang wanita tidak terkecuali. Tentu sekali keadaan ini akan mengakibatkan ketidaksempurnaan dan kepincangan yang ketara dalam masyarakat.

Kini, saban hari kita disogokkan dengan berita-berita rasuah, gejala sosial yang melibatkan remaja dan anak-anak, kesempitan hidup hasil dari kenaikan kos sara hidup harian, keganasan terhadap golongan wanita dan mereka yang lemah, dan seribu satu macam kejadian yang mengerikan, merobek hati dan jiwa serta menghambat pemikiran yang waras. Senario yang dikatakan ini telah mengesani kehidupan wanita dan keluarga-keluarga mereka. Penyelesaian gejala-gejala tersebut pula menuntut suatu kesungguhanyang pastinya mesti melibatkan wanita.

Kaum wanita, samada secara langsung dan tidak langsung telah dan akan terus memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan keharmonian masyarakat. Menerusi tugasan dan interaksi mereka dalam unit-unit keluarga, sumbangan mereka di tempat kerja, dan dalam organisasi yang mereka ceburi, wanita sentiasa memberikan khidmat yang terbaik tanpa jemu dan tanpa ada kepentingan diri. Namun wanita terus dihambat dengan sifat selesa duduk di belakang dan berasa senang membiarkan orang lain terutamanya kaum lelaki untuk membuat keputusan berkenaan hidup mereka.

Memang tidak dinafikan ‘mindset’ (aliran pemikiran) ini adalah merupakan hasil dari kehidupan di dalam keluarga yang berpaksi kepada sistem patriaki. Islam juga meletakkan ketetapan demikian demi menjaga keutuhan keluarga dan demi kemaslahatan ummah. Namun apa yang tidak dapat dibezakan oleh ramai kaum wanita ialah bahawa peranan mereka di dalam keluarga tidak sama dengan peranan mereka di dalam masyarakat. Wanita juga mesti faham bahawa ketetapan Al Quran terhadap peranan lelaki yang superior terhadap kaum wanitanya dari segi membuat keputusan muktamad dalam keluarga tidak pula merangkumi kepada peranan lelaki dan wanita dalam amalan berorganisasi dan dalam melaksanakan proses demokrasi. Di luar lingkungan (domain) keluarga, status wanita dan lelaki adalah sama, di mana Allah hanya melihat kepada taqwa mereka. Manakala di dalam organisasi pula peranan individu berpaksi kepada jawatan dan tanggungjawab yang mereka pikul. Apabila lebih ramai lelaki dan wanita memahami hakikat ini, maka akan lebih senanglah kita semua meneruskan tugasan masing-masing.

Cara wanita dan lelaki berfikir tidak sama dan dari sudut psikologi pula, telah membuktikan bahawa apabila wanita membuat keputusan, pertimbangan mereka adalah berasaskan kepada kebaikan keluarga dan masyarakat keseluruhannya, manakala kaum lelaki secara umumnya lebih berpaksi kepada pembangunan dan keuntungan. Maka amatlah penting untuk melibatkan suara dan perspektif wanita dalam proses membuat ketetapan dan keputusan supaya kita dapat membuat ketetapan yang seimbang, dengan mengambil kira kepentingan untuk semua.

Deklarasi Beijing 1995 telah meletakkan 30% sebagai peratusan minima suara wanita untuk memastikan keseimbangan ini terlaksana. Parti Keadilan Rakyat pula di dalam Persidangan Agung Tahun 2000 telah pun mempersetujui usul ini. Namun sehingga kini kita masih ketinggalan di dalam melibatkan suara wanita di semua peringkat. Akan tetapi, telah kelihatan kini, selepas lapan tahun Wanita KeADILan melalui proses pembinaan ahli dan peneguhan misi serta prinsip perjuangan di kalangan pimpinan akar umbi, pengukuhan sayap wanita di semua peringkat dalam parti. Malah wanita sudah mampu untuk meletakkan wakil-wakil untuk berkhidmat di luar wadah parti dalam NGO dan sebagainya.

Kini Sayap Wanita sudah bersedia untuk mengisi kekosongan 30% yang telah di persetujui dalam resolusi parti sejak tahun 2000.Terjemahannya ialah 30% perwakilan Kongres disarankan adalah dari kalangan wanita. Ahli MPT yang akan dipilih di Kongres nanti juga seharusnya 30% dari kalangan wanita. Wanita juga turut menawarkan calon Naib Presiden dalam langkah mengisi 30% ini. Dengan suara wanita yang lebih mantap, yakinlah agenda perubahan yang dibawa oleh parti akan dapat menawarkan yang terbaik untuk warga Malaysia di mana separuh dari penduduknya merupakan ibu-ibu yang kita kasihi, yang telah melahirkan dan membelai kita dengan penuh kasih sayang hingga kita dewasa, kakak dan adik yang menyayangi kita, serta isteri dan anak-anak gadis kita yang menjadi penyeri hidup kita. Tentu sekali kita tidak akan menolak SUARA 30% WANITA DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN dalam parti dan seterusnya di Parlimen yang akan menjadikan kehidupan mereka (kaum wanita) lebih sempurna dan bahagia. Marilah kita saksikan masa depan yang lebih baik dengan penglibatan wanita yang lebih mantap.

Pulang Kampung

Beberapa hari lalu saya telah pulang ke Kuantan, bertemu keluarga, ahli-ahli KeADILan dan teman-teman baru dan lama. Biasanya masa saya akan habis begitu ditambah dengan aktiviti politik dalaman dan beberapa sesi penerangan kepada kumpulan fokus.

KeADILan Bahagian Kuantan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2007. Sekali lagi saya telah dipilih sebagai Ketua Bahagian Kuantan. Seperti biasa, itu suatu amanah yang besar, lebih-lebih lagi ketika pilihanraya umum ke 12 dijangka akan di adakan tidak lama lagi kelak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Menziarah sebuah keluarga di Kuantan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama kumpulan fokus

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
musyawarah bersama wanita

Siri Lawatan kerja ke Pahang, Melaka, Johor

Bertemu pimpinan, dan pengisian temu rapat zon-zon.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bersama wartawan di Pahang.

(Gambar-gambar adalah ihsan farhan di anwarblog.com)

Wawancara Anwar Astro BBC Asia Today 15 Mac

Pada jam 9.30 malam, Khamis 15 Mac 2007 (Channel 93).

Ulangannya jam 12.30 malam dan 4.00 petang pada Jumaat, 16 Mac, 2007.

Mungkin teman-teman bloggers atau pelawat boleh menulis mengenainya di bahagian komen atau hantar terus ke newpolitics06@yahoo.com.

Protes di Kedutaan Amerika 18 Mac

KeADILan menentang tegas keganasan perang dan menyokong kedaulatan Palestin, Iraq, Iran dan Afghanistan dari ancaman kuasa besar.

Protes di Kedutaan Amerika pada hari Ahad, 18 Mac, 2007 jam 10 pagi.

Rakyat dijemput bersama menyatakan pendirian.

Untuk Wira mereka…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Di perkarangan Mahkamah Seksyen Ampang, 8 Mac 2007
Seorang ibu dan anaknya, mangsa-mangsa dari Kg Berembang yang telah menghadapi ratusan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang telah merobohkan rumah mereka. Kelihatan dalam gambar ibu itu memangku kepala anaknya yang terlena kerana keletihan. Kini, mereka tidak mempunyai kediaman. Mereka telah hadir di mahkamah untuk mempamirkan rasa hati dan sokongan mereka terhadap Tian Chua dan menuntut pihak berwajib untuk membebaskan wira (hero) mereka. Tian telah komited mempertahankan hak mereka, kini mereka mempertahankan hak Tian untuk dibebaskan.

Dalam masa yang singkat, suatu perjuangan telah menjalinkan persahabatan yang amat bererti.

Pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim 10 Mac 2007

Kedaulatan Palestin-Iran-Iraq bersama pimpinan Kesatuan Sekerja (MTUC), jam 2 ptg. di Wisma MTUC, 10-5, Jalan USJ9/5T, Subang.

Rakyat dijemput hadir.

Tian Chua di tahan reman

Kg. Berembang: Tian Chua ditahan atas tuduhan cuba membunuh di bawah 307 penal code.Sila berkumpul sebagai tanda sokongan kpd Tian di IPD Ampang Taman Dagang 7.00 malam ini, 8hb Mac 2007. Sila hebahkan.

Berita dari Malaysiakini:

Attempted murder: Chua remanded for two days
Andrew Ong
Mar 8, 07 3:21pm

Parti Rakyat Keadilan information chief Tian Chua was today remanded for two days for investigations into an attempted murder charge.

Ampang Magistrate Nurul Husna Awang granted the two-day remand period after Chua was arrested yesterday during a squatter colony demolition exercise in Kampung Berembang, Ampang.

“He was said to have driven his car and hit a fence, nearly hurting someone who was behind the fence,” said Chua’s lawyer Amer Hamzah outside the Ampang Magistrate court today.

The incident is said to have happened at about 11.40am.

Youth also remanded

Ampang Jaya police district chief ACP Amer Awal told reporters yesterday that the complainant, a worker for a property developer, escaped unhurt after leaping out of the way. The worker later lodged a police report against Chua, who was then arrested.

Chua is now being investigated under Section 307 of the Penal Code, which is punishable with 10 to 20 years of imprisonment if found guilty.

Along with Chua, police also obtained a similar two-day remand order on a 24-year-old resident of Kampung Berembang.

According to Amer, the youth was being investigated under Section 186 of the Penal Code for obstructing public servant in the discharge of their duties, which is punishable with up to RM1,000 fine, up to three months jail or both.

He said the youth was also charged with Section 14 of the Minor Offences Act 1955 for ‘insulting behaviour’, which is punishable with up to RM100 fine.

Police diligence lacking

Amer said that the duo’s overnight detention by the police should have been enough for proper police investigations if they had been ‘diligent’.

Chua’s other lawyer Latheefa Koya said one reason brought up by the police for the remand order was to put Chua in an identification parade to determine if he was in fact the driver of the car at the time.

“This shows that the police made the arrest prior to the investigations […] this means the police don’t know who was being referred to by the [person who lodged the report against Chua].

“The action by the police [in arresting Chua] was very biased in favour of the developer,” said Latheefa, adding that the developer had an interest as to why Chua should be detained.

Chua was at Kampung Berembang to show support towards the residents there who refused to vacate the land on grounds that they were given an unfair deal by the developers and landowner.

Preposterous allegation

Meanwhile, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail described the allegation of ‘attempted murder’ by the police against Tian Chua as “preposterous.”

“For the police to entertain such frivolous police reports and at such great haste, points to the increasingly clear link between the developer and law enforcement agencies. This link has been highlighted regularly by those who have been working on housing rights for the poor in this country.

“I view this as an attempt to smear the good name of Tian Chua, his consistent and indisputable public reputation as an advocate for fundamental human rights and a defender of the poor, helpless, and in this case,the homeless,” she said in a statement.

Azizah added that PKR intends to expedite legal proceedings against the developer and the police, on Chua’s behalf, to restore his good name and reputation.

Vigil tonight

The duo’s lawyers were in the process of obtaining the relevant police reports against their clients.

Some 50 supporters turned up at the Ampang Magistrate’s Court today armed with posters demanding that Chua be freed.

The police, however, managed to slip Chua and the youth past the group and press photographers on the way to the courtroom.

The supporters are expected to carry on a vigil outside the Ampang Jaya district police headquarters tonight, where Chua is being held.

PERUTUSAN HARI WANITA SEDUNIA 2007- Satu Tekad dan Hasrat Untuk Dunia Tanpa Keganasan

7hb Mac 2007

Hampir dua dekad, usaha-usaha untuk meletakkan kepentingan kepada isu keganasan terhadap wanita telah diterajui oleh beberapa organisasi wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Persidangan mengenai Hak-hak Asasi di Vienna, 1992,Persidangan Antarabangsa mengenai Populasi dan Pembangunan di Kaherah, 1994 dan kemudian Persidangan ke-4 mengenai Wanita di Beijing 1995 telah mengiktiraf hak-hak wanita sebagai hak-hak asasi dan telah meletakkan isu keganasan terhadap wanita sebagai salah satu agenda dunia yang penting.

Tema pilihan Hari Wanita Sedunia 2007 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu memaparkan isu yang kritikal yang sedang melanda hampir ke semua negara-negara di dunia ini. Tema: Menghentikan Wewenangan dalam Melakukan Keganasan Terhadap Wanita dan Gadis menggambarkan keadaan dunia ketika ini – yang tidak selamat bagi wanita dan gadis. Kenyataan tersebut mungkin dilihat sebagai keterlaluan tetapi statistik global memberi gambaran yang sama dengan persepsi tersebut.

Di Amerka Syarikat, hanya 55% pelajar merasa selamat ketika berada di sekolah-sekolah. Insiden keganasan terhadap wanita dan gadis, seperti rogol, keganasan rumahtangga, keganasan seksual, perdagangan wanita dan gadis, penderaan psikologi, buruh paksaan adalah sebahagian dari bentuk-bentuk keganasan terhadap wanita dan gadis, yang masih belum berkurangan. Bahkan keganasan terus berlaku dan ada insiden keganasan yang berbentuk eksploitasi yang memberi hasil lumayan kepada para penjenayah.

Di Malaysia, 50% daripada wanita yang berkahwin pernah mengalami keganasan rumahtangga dalam perkahwinan mereka.Purata enam wanita atau gadis dirogol setiap hari di Malaysia. Manakala hanya 25% dari kes-kes rogol sahaja dilaporkan. Itu bermakna bahawa bilangan kejadian rogol sebenarnya adalah lebih tinggi. Kewujudan rasa wewenangan tanpa sekatan adalah penyebab utama berlakunya keganasan terhadap wanita dan gadis.

Keganasan memberi implikasi yang besar terhadap wanita dan gadis, anak-anak mereka, dan masyarakat umumnya. Wanita yang telah menghadapi keganasan mengalami pelbagai masalah kesihatan, keupayaan mencari nafkah kehidupan dan penglibatan dalam kegiatan masyarakat. Anak-anak mereka akan menghadapi risiko masalah berbagai penyakit juga, prestasi pembelajaran yang lemah, dan tingkahlaku yang bermasalah. Keganasan terhadap wanita melemahkan kedudukan mereka, keluarga mereka, masyarakat dan negara. Ia memberi kesan negatif kepada produktiviti, mengakibatkan aliran sumber-sumber negara dialihkan dari sektor perkhidmatan dan para majikan, serta mengganggu usaha-usaha pembentukan modal insan. Kajian-kajian yang telah dilaksanakan kesemuanya menunjukkan bahawa keganasan terhadap wanita dan gadis mempunyai kesan ekonomi yang serius.Sebuah laporan penting oleh Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut bahawa keganasan terhadap wanita merupakan pencabulan hak asasi manusia dan seterusnya menjadi penghalang kepada kesaksamaan gender.

Setiap kerajaan negara-negara di dunia ini memilikil tanggungjawab dan amanah dalam membanteras keganasan terhadap wanita, sama ada yang telah dilakukan oleh kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan. Kerajaan dalam setiap Negara adalah bertanggungjawab kepada golongan wanita, rakyat mereka dan kepada masyarakat antarabangsa. Setiap kerajaan juga adalah diamanahkan untuk mencegah keganasan terhadap wanita, menyiasat kes-kes keganasan yang berlaku dan mendakwa serta menghukum para penjenayah yang terlibat, disamping memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan.

Apabila pihak kerajaan gagal membawa penjenayah keganasan terhadap wanita dan gadis ke muka pengadilan, ia menggalakkan lebih banyak keganasan berlaku dan memberi isyarat bahawa keganasan oleh lelaki terhadap wanita dan gadis adalah sesuatu yang biasa dan normal. Kesan wewenangan untuk melakukan keganasan tersebut bukan hanya menafikan keadilan bagi individu dan mangsa-mangsa keganasan, tetapi juga meneguhkan ketidakadilan yang terkesan terhadap wanita-wanita dan para gadis lain secara keseluruhan.

Dunia yang bebas dari sebarang bentuk keganasan bukanlah semata-mata impian. Ia menjadi prasyarat kepada tamadun manusia yang hebat dan gemilang.

Saudari rakan seperjuangan, marilah kita bersama-sama sekata dan sepakat dalam Menghentikan Wewenangan dalam Melakukan Keganasan terhadap Wanita dan Gadis. Semoga hari ini membawa kita lebih dekat kepada tujuan perjuangan untuk menyaksikan dunia yang bebas dari keganasan.

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia!

HJH FUZIAH SALLEH

KETUA WANITA

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lawatan Kerja ke Sabah(1)

Saya telah ke Kota Kinabalu Sabah pada pertengahan Januari 2007 lalu. Beberapa pemimpin utama Sabah telah saya temui, termasuk Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ketua Wanita Sabah, Hjh Sakinah Yusof dan Ketua Perhubungan Negeri Sabah, Saudara Awang Tengah, dan Saudara Ansari. Beberapa sesi latihan kepimpinan telah saya kendalikan.

Kelihatan dalam gambar, Hjh Sakinah Yusof menyerahkan 3000 borang lengkap daripada ahli-ahli baru dari Sabah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Lawatan Kerja ke Sabah (2)

Acara terakhir saya di Sabah Januari lalu:

Merasmikan Mesyuarat Agung 2007 Bahagian Tuaran, Sabah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *