FEBRUARY 2007

KITA ADA KEPENTINGAN POLITIK ?…..SUDAH TENTU! (versi terkini “Percaturan Politik Baru”) (27/2/07)

Baru-baru ini saya agak teruja dengan kejayaan Wanita KeADILan dalam pengoperasian OPS ANJAK iaitu satu operasi yang melibatkan mengalihkan sokongan pengundi atas pagar kepada sokongan terhadap parti. Kita telah saksikan kajian kes substantif dibeberapa bahagian tumpu di mana perubahan sokongan telah berlaku melalui perlaksanaan sistem ini. OPS ANJAK merupakan pakej menyeluruh yang digunapakai dengan sistem dan prosedur rapi, dan mampu menjanjikan kejayaan yang kita impikan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berdisiplin. Cuma perasaan teruja saya itu terbantut sedikit apabila ada pula teman-teman yang mengatakan. “Aaaah… jangan percayalah kepada mereka apabila mereka kata bahawa mereka mahu jadi ahli parti, kerana bila masa pilihanraya nanti, mereka tetap akan menyokong yang lama. Lagipun mereka akan tengok parti keADILan pun sama juga dengan parti-parti yang lain” Teman-teman ini enggan percaya bahawa rakyat akan berubah dan sehubungan dengan itu juga enggan percaya kepada perjuangan KeADILan; (mungkin juga apabila melihat gelagat para pemimpinnya. Bak kata seorang kakak veteran “akak konfius laa dengan perangai diaorangni…….kata pejuang,! tapi merajuk tak habis- habis” ) bahawa perubahan dalam erti kata sebenarlah yang kita tuntut serta sungguh-sungguh akan kita laksanakan.

Tanggapan ramai merupakan bahawa permainan politik ini sama sahaja, tidak kira dalam parti mana sekalipun, disebelah pemerintah mahupun disebelah pembangkang. “Semuanya berkisar kepada kuasa dan perebutan kuasa” kata mereka.

Saya kira para ahli politik keADILan, khususnya para pimpinan, tidak harus berasa ‘apologetic’ dalam hal ini. Memang benar politik itu berkenaan hal percaturan kuasa dan kita tidak harus gusar untuk berbicara mengenainya. Tetapi di masa yang sama kita juga mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mantap mengenai maksud percaturan kuasa yang kita laksanakan dan perjuangan merebut kuasa yang kita dukung. Jangan kita nafikan bahawa kita punyai kepentingan, akan tetapi, tidak sama kepentingan kita dengan kepentingan pendukung perjuangan Umno–BN. Kepentingan kita merupakan kepentingan dunia dan akhirat di mana kita merebut kuasa untuk memastikan perubahan ke arah kebaikan dapat berlaku sekiranya kita diberi peluang memerintah dan kita juga berjuang bersungguh-sungguh demi merebut kepentingan akhirat. Di sinilah bezanya politik merebut kuasa dalam KeADIlan dengan politik ‘chauvinistic’ menghunus keris dalam UMNO. Kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi disebaliknya berjuang ‘taik kuching’ demi kepentingan perut dan kroni masing-masing.

Memang sukar untuk menghayati dan untuk selaras dalam erti kata sebenar berkenaan hal ini, terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan yang menggugat kestabilan emosi, namun ahli-ahli politik orde’ baru seharusnya mampu mengangkat diri mereka kepada satu tahap yang terhormat serta berani meninggalkan lain-lain mereka yang masih terperangkap di aras politik orde’ lama yang terlalu mirip budaya Umno-BN.

Cabaran politik baru ialah untuk menjunjung kebijaksanaan politik yang tidak berpaksi kepada kabilah ‘non-group-centric politics’ dan menolak cara berpolitik memusnah yang tidak beretika (“destructive politicking of unethical power-centred politicians’). Cara kedua inilah yang berleluasa dalam Umno-BN dan telah terbukti kebenaran kemudaratannya dalam segenap sudut kehidupan rakyat.

“Politik baru tidak memuja individu mahupun kumpulan, dan sebaliknya tidak pula mengamalkan politik yang menjahanamkan individu atau kumpulan. Politik baru menuntut individu untuk memahami kekuatan DAN kelemahan masing-masing secara jujur” dan menyumbang yang terbaik secara ikhlas kepada parti, dengan cara bekerjasama dengan semua pihak. Natijah dari paradigma pemikiran itu akan terserlah satu budaya memilih kepimpinan dengan berpaksikan kepada prestasi dan rekod kerja seseorang pemimpin, ‘performance-based selection of future leaders’ dengan minda tidak terperangkap dalam amalan kuota. Sekiranya tidak dipecahkan tembok minda ini maka kemungkinannya akan TERkorbanlah seorang pemimpin yang berprestasi tinggi di dalam keadaan semata-mata kerana ingin memuaskan hati satu-satu kaum atau mengisi kuota satu-satu kabilah semata. Politik baru harus mampu mengangkat kemampuan pimpinan dan ahli ke tahap di mana mereka berani membuat keputusan tegar ‘tough decisions’ di samping membuat keputusan tepat ‘right decisions’.

Akhir kata, politik baru menuntut kita untuk saling ingat mengingati tentang merapatkan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan “menjauhi segala kejelekan politik dalam masa susah mahupun senang, tatkala musim pemilihan dalaman parti ataupun tidak”. Hanya parti yang sedemikian yang akan meraih kepercayaan dan sokongan rakyat, di mana ketika itu rakyat akan senantiasa mendoakan segala kebaikan dan keberkatan untuk perjuangan serta akan turut mendukung matlamat yang didukung parti – PARTI HIDUP UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT HIDUP KERANA PARTI.

KESIAN ROSNAH MAT ARIS (22/2/07)

Saya agak terkedu juga dengan cara penggunaan bahasa dan ayat yang digunakan oleh Rosnah Mat Aris di dalam wawancaranya di TV3 yang kontroversi itu. Mungkin juga kerana saya tidak biasa dengan bicara cara mulut laser sedemikian rupa ataupun lebih tepat mungkin pergaulansaya tidak menjangkau kepada golongan dan dunia artis yang mengejar sensasi serta glamour. Walaupun begitu saya berbeda pendapat sedikit dengan sebilangan ramai orang Islam yang menuduh serta menggunakan berbagai perkataan terhadap beliau. Melihat klip video wawancara TV3 berkenaan, saya cuba selami dengan adil apa yang dimaksudkan oleh Rosnah. Saya kira beliau tiada niat langsung untuk memburukkan, lebih-lebih lagi menghina Saidatina Khadijah r.a. Saya berpendapat bahawa Rosnah Mat Aris menggunakan pertuturan yang biasa dipakainya. Dan memangnya sudah begitu cara beliau. Ungkapan yang terkeluar dari mulutnya …” dah nak mampus…” itu merujuk kepada umur Saidatina Khadijah yang sudah lanjut yang mengukuhkan hujjah beliau bahawa dalam percintaan, faktor umur itu tidak penting baginya. ( Lihat klip video di sini http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI.) Saya juga berpendapat bahawatiada berlaku persendaan mengenai mengenai mana-mana kerabat Rasulullah saw kerana tumpuan perbincangan yang diberi oleh Rosnah Mat Aris ialah kepada isu yang ditimbulkan.

Memang menjadi kebiasaan manusia mempunyai tanggapan atau persepsi yang berbeza-beza apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara. Malah ramai juga yang emosi tak tentu pasal, atau mungkin juga prejudis terhadap para artis. Natijahnya mereka bersikap menghukum (‘judgemental’) terhadap seseorang dan kemudiannya mereka terus membuat penilaian ‘blanket’ terhadap seseorang atau golongan yang tidak diminati.

Rosnah telah pun memohon maaf disamping beliau turut nyatakan bahawa pada hakikatnya beliau tidak bermaksud melakukan penghinaan tersebut. Saya kira, ini adalah akhlak dan sifat yang cukup terpuji dan patut pula dipelajari oleh yang lain-lain yang terlalu cepat menghukum. Ada kalanya kita rasa akhlak orang lain jelek tetapi di dalam kita menghukum orang itu kita pula bersikap keterlaluan yang membuatkan kita lebih teruk dan jelek dari orang yang kita hukum. Orang yang buat kesilapan tetapi berani mengaku kesilapan merupakan orang yang lebih mulia disisi Allah SWT daripada orang yang rasa dirinya pandai dan baik, kemudian menghukum pula cara berlebihan. Kesilapan Rosnah tidak disengajakan berdasarkan kurangnya ilmu pengetahuan. Siapa tahu, sekiranya beliau terbuka hati untuk berubah, mungkin beliau akan jadi lebih baik dari ramai yang lain-lain?

Kekadang pula kita terlalu ghairah dengan perkara yang kecil-kecil akan tetapi sensasi.Keghairahan itu malangnya tidak pula diterjemahkan kepada perkara-perkara yang besar dan jelas kedurjanaannya. Isu barangan naik yang belum henti-henti, PM yang membazir harta rakyat dengan alat pengangkutan yang terlalu mewah, rakyat mangsa banjir yang lewat diberi bantuan, gaji juga yang macam tak naik-naik, rasuah yang tetap dan terus berleluasa, tahanan-tahanan ISA yang terus dipenjara tanpa sebab yang sahih, pemberitahu penyelewengan dihukum dan yang menyeleweng bebas lepas tanpa disoal, jauh sekali untuk disiasat, rakyat dihalang menyatakan pendirian dengan aman dan bebas tanpa sekatan dan gangguan polis, dan seribu satu macam lagi kedurjanaan politik.

Peristiwa ini memberi ingatan kepada kita semua untuk berhati-hati dalam menuturkan bicara kerana apa yang ditutur amat pantas tersebarnya ke serata pelusuk dunia. Seolah-olah ada yang memerhati kita pada setiap detik. Pengamatan ini perlu dititikberatkan oleh semua yang menjadi contoh kepada orang lain, mahupun kepada pemimpin yang sentiasa diperhati tingkah laku serta gerak geri mereka. Kita merupakan pembimbing kepada generasi mendatang, dan segala pertuturan serta perlakuan kita mampu menjadi pendorong atau penghalang kepada pembaikan umat manusia Justeru itu marilah kita sama-sama menimba pengajaran dari insiden ini.

Sudahkah anda melihat klip video mengenai sebuah sesi di parlimen di blog saya (Hmmm…apa yang nak dikata?)?

HEBAHAN (17/2/07)

1. Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada warga keturunan Cina.

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan Ke Sabah untuk lawatan selama dua hari; program sempena Tahun Baru.

PERCATURAN POLITIK BARU (17/2/07)

Baru-baru ini saya agak teruja dengan kejayaan Wanita KeADILan dalam pengoperasian OPS ANJAK, iaitu satu operasi mengalihkan sokongan pengundi atas pagar kepada sokongan terhadap parti. Kita telah saksikan beberapa kes di beberapa bahagian tumpu di mana perubahan sokongan telah berlaku melalui perlaksanaan sistem ini. OPS ANJAK merupakan pakej menyeluruh yang digunapakai dengan sistem dan prosedur rapi, dan mampu menjanjikan kejayaan yang kita impikan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berdisiplin. Cuma perasaan teruja saya itu terbantut sedikit apabila ada pula teman-teman yang mengatakan. “Aaaah… jangan percayalah kepada mereka apabila mereka kata bahawa mereka mahu jadi ahli parti, kerana bila masa pilihanraya nanti, mereka tetap akan menyokong yang lama. Lagipun mereka akan tengok parti KeADILan pun sama juga dengan parti yang lain-lain.” Teman-teman ini enggan percaya bahawa bahawa rakyat akan berubah dan seolah-olah enggan percaya bahawa perubahan dalam erti kata sebenarlah yang kita tuntut dan benar-benar serta sungguh-sungguh akan kita laksanakan.

Tanggapan ramai terhadap permainan politik ini sama sahaja, tidak kira dalam parti mana sekalipun, di pihak pemerintah mahupun pembangkang. “Semuanya berkisar kepada kuasa dan perebutan kuasa,” kata mereka.

Saya kira, para ahli politik keADILan, khususnya para pimpinan, tidak harus berasa ‘apologetic’ dalam hal ini. Memang benar politik itu berkenaan hal percaturan kuasa dan kita tidak harus gusar untuk berbicara mengenainya. Tetapi di masa yang sama kita juga mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mantap mengenai maksud percaturan kuasa yang kita tuntut dan perjuangan merebut kuasa yang kita dukung. Jangan kita nafikan bahawa kita punyai kepentingan, akan tetapi, tidak sama kepentingan kita dengan kepentingan pendukung-pendukung perjuangan Umno –BN. Kepentingan kita merupakan kepentingan dunia dan akhirat dimana kita merebut kuasa untuk memastikan perubahan kearah kebaikan dapat berlaku dan kita juga berjuang bersungguh-sungguh demi merebut kepentingan akhirat. Disinilah bezanya politik merebut kuasa dalam KeADIlan dengan politik ‘chauvenistik’ menghunus keris. Kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi disebaliknya berjuang ‘taik kuching’ demi kepentingan perut dan kroni masing-masing

Memang sukar untuk menghayati dan untuk selaras dalam erti kata sebenar berkenaan hal ini, terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan yang menggugat namun ahli-ahli politik orde’ baru, seperti yang disebut oleh seorang penulis yang saya kenali, “seharusnya mampu mengangkat diri mereka kepada satu tahap yang terhormat dan berani meninggalkan lain-lain mereka yang masih terperangkap di aras politik orde’ lama yang terlalu mirip budaya Umno-BN.”

Penulis yang sama telah mengutarakan bahwa cabaran politik baru ialah untuk “menjunjung kebijaksanaan non-group-centric politics dan menolak destructive politicking of power-centred politicians. Itulah yang berleluasa dalam Umno-BN dan telah terbukti besar kemudaratannya dalam segenap sudut kehidupan rakyat.”

Rumusan beliau juga bertepatan dengan apa yang berkisar di benak saya, “…politik baru tidak memuja individu atau kumpulan, dan tidak pula mengamalkan politik yang menjahanamkan individu atau kumpulan. Politik baru menghendaki individu untuk memahami kekuatan DAN kelemahan masing-masing secara jujur dan menyumbang secara jujur kepada parti. Politik baru merapatkan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan menjauhi segala kejelekan politik dalam masa susah dan senang, juga ketika musim pemilihan pimpinan ataupun tidak. Hanya parti yang sedemikian yang akan meraih kepercayaan rakyat, yang akan senantiasa mendoakan segala kebaikan untuk parti.”

HMMM… APA NAK DIKATA.. (17/2/07)

watch?v=ArddcjZ9MPk&feature=player_embedded

Dana Banjir: Rakyat tidak lagi percaya kepada kerajaan

PUBLISHED ON 15th FEBRUARY 2007

Saya telah dihubungi oleh wartawan Suara KeADILan yang memohon pendirian saya terhadap isu di bawah:

Pada 6 Februari lalu, Laman web berbahasa Cina, Merdekareview, telah melaporkan berita bahwa Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin telah mengeluarkan satu surat pada 31 Januari, 2007 lalu kepada kumpulan media yang mengumpul dana untuk mangsa banjir di Johor.

Surat itu mengarahkan supaya dana dari orang ramai yang telah dikumpul oleh media diserahkan semuanya kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Tentunya pihak media berkenaan, yang termasuk kumpulan SinChew dan Nanyang, akan bertindak memprotes arahan itu.

Rakyat sebenarnya telah hilang kepercayaan kepada kerajaan untuk mengurus dana bagi membantu mangsa dalam apa jua bencana lagi semenjak berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana bagi mangsa Tsunami yang melibatkan wang sejumlah RM70 juta.

Saya mengecam tindakan Menteri Penerangan tersebut. Mana-mana pihak atau rakyat yang berkemampuan mengumpul dana dan beramanah dalam mengendali dan menyampaikan bantuan secara langsung kepada mangsa bencana alam wajarlah digalakkan dan tidak mengalami campurtangan kerajaan.

Semua mangsa banjir adalah rakyat Malaysia, maka sewajarnya juga tidak berlaku pilih kasih dalam memberikan sumbangan atau bantuan – tetapi apa yang berlaku berdasarkan lawatan dan tinjauan Wanita keADILan, khususnya di Johor, ialah ada di anatara mangsa banjir telah mengalami masalah jika bukan dari mereka yang menyokong BN.

Kemasukan beramai-ramai menjadi ahli keADILan di Pahang

PUBLISHED ON 14th FEBRUARY 2007

Siang tadi telah menyaksikan penduduk kampung dan Orang Asli di Pahang menjadi ahli baru keADILan.

Berita ini akan dikemaskini kemudian.

POLIS…..TANGKAP ADIK NI, DIA NAKAL!

PUBLISHED ON 10th FEBRUARY 2007

“Jangan nakal-nakal, duduk diam-diam, nanti polis tangkap! Polissss…, tangkap adik ni polis. Ha! Baik adik duduk diam-diam jangan asyik nak melompat ke depan dan ke belakang! Nanti Polis tangkap adik, Mama tak dapat tolong.” Begitulah bunyi seorang ibu memarahi anaknya yang agak aktif kerana kebosanan di dalam kereta tatkala dalam perjalanan yang jauh balik ke kampung.

Sebagai seorang kaunselor terlatih tentu sekali adegan di atas membuat saya tersenyum. Tetapi apabila dinilai semula, terfikir pula oleh saya bahawa mungkinkah masalahnya bukan merupakan kurangnya kemahiran keibubapaan? Teringat pula saya sewaktu kami membesarkan anak-anak di United Kingdom (suami saya menghabiskan pembelajaran PhD ketika itu), polis merupakan sahabat baik kepada kanak-kanak di mana golongan polis amat dihormati sebagai penjaga dan pemelihara keamanan.

Akan tetapi imej polis di Malaysia inilah yang mengundang persepsi sedemikian rupa. Persepsi bahawa polis tangkap orang baik dan biarkan orang jahat terus bebas untuk melakukan kejahatan.

Baru-baru ini Polis menyekat dan menganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Medan. Amatlah menghairankan bilamana seluruh dunia menanti-nantikan bicara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai isu dan bidang, dan beliau diundang di sana sini untuk memberikan pandangan, tibanya di negara sendiri, beliau dihalau, dihalang, dan disekat dari berbicara kepada rakyat yang ingin benar untuk mendengar ucapan-ucapan beliau. Polis juga sudah mula menunjukkan belang sebenar mereka terhadap demonstrasi kenaikan harga tol. Beberapa tangkapan, termasuk wanita, telah dilakukan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan aman memprotes kenaikan harga tol.

Selepas polis mengganggu ceramah DSAI minggu lepas, satu propaganda untuk menutup kebenaran apa yang disebut DSAI : “Polis menjadi alat kerajaaan BN dan polis sebagai hamba kerajaan [BN]” berlaku dalam media-media arus perdana. Di paparkanlah cerita tentang kecekapan polis mengendalikan kes jenayah besar (Isnin, 5 Februari, 2007) dengan rasa kebanggaan PM terhadap PDRM yang cepat dan cekap menangkap penjenayah dalam rompakan berkenaan. Sekiranya polispun, seperti sebahagian ahli-ahli politik BN yang kecil jiwanya, suka “main wayang” apakah akan jadi pada rakyat dan negara ini? Adakah akan wujud rasa selamat di hati rakyat setiap ketika dan di mana-mana saja? Tentu sekali tidak, kerana polis kelihatan menjaga keselamatan Umno-BN supaya mereka terus berkuasa!

Menurut statistik PDRM sendiri, jenayah di Malaysia sudah meningkat dari 156,315 (2003) hingga 225836 (2006), “pertumbuhan” sebanyak 44.5%. Harapan rakyat terhadap semua anggota polis amatlah tinggi. Rakyat ingin menjadikan anggota-anggota polis sebagai teman yang boleh dipercayai dan diharapkan dalam masa susah dan juga senang. Mereka ingin dilayani seperti adik-adik atau abang atau kakak, ibu atau bapa yang sedang dirundung malang – bukan sebagai makhluk perosak yang mengganggu ketenteraman kakitangan polis. Benarlah ada samseng dan penjahat, tetapi sebahagian besar penduduk negara ini adalah yang akur kepada undang-undang dan peraturan. Mereka itu termasuklah ahli-ahli dari parti pembangkang. Jika pihak polis melaksanakan tugas seperti yang termaktub dalam prosedur dan peraturan, tentu sekali tindakan polis juga seragam di mana-mana tempat. Jangan terus kelirukan rakyat…kadangkala permit diberi, kadangkala tidak. Kadangkala perhimpunan aman dibenarkan, kadangkala tidak. Ciri utama sesebuah negara yang demokratik ialah kebebasan untuk menyatakan pendapat. Sekatan polis dan halangan mereka jelas memperlihatkan sikap sengaja menghalang kebebasan tersebut dan tentu sekali ia merupakan arahan dari pihak atasan dalam Kementerian Dalam Negeri.

Satu hari nanti anak-anak kita akan membesar dan ketika itu, jangan salahkan mereka sekiranya wujud perasaan takut yang menebal terhadap polis dan jangan pula menyalahkan ibu bapa mereka di atas kesilapan membesarkan mereka. Yang mencemarkan imej polis dalam negara yang mendokong demokrasi ialah pihak atasan polis sendiri.

PANTASNYA MERENCANA PELAN INDUK RM9 BILION!

PUBLISHED ON 9th FEBRUARY 2007

Berita dari Utusan Malaysia (di bawah) mengukuhkan lagi betapa lalainya kerajaan Umno-BN dalam menjaga keselamatan dan nyawa rakyat. Dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah, bahawa Jabatan beliau hanya memerlukan masa yang singkat saja (beberapa bulan) untuk merencana pelan induk pencegahan banjir untuk kawasan-kawasan yang dikenal pasti di Johor, menimbulkan tanda tanya, kenapa kajian, penyelidikan dan usaha-usaha pencegahan itu tidak difikirkan lebih awal? Kenapa baru sekarang di mana Malaysia sudah menjangkau hampir 50 tahun merdeka?

Budaya menunggu bencana berlaku dan meragut nyawa serta harta-benda rakyat tidak wajar menjadi anutan sesebuah kerajaan yang prihatin terhadap prioriti rakyat. Ia memberi maksud tiada kesungguhan dan komitmen hakiki selain hanya ucapan dibibir dan tulisan-tulisan di atas kertas dan bahan elektronik. Ahli-ahli politik sedemikianlah yang membawa imej sangat negatif terhadap politik dan ahli-ahli politk. Disebabkan mereka ini, imej yang buruk juga terpalit pada yang tidak berkenaan.

Perbelanjaan RMK9 sewajarnya dikaji semula, dalam konteks keperluan rakyat yang mendesak, walaupun menggamit keresahan ahli-ahli politik dan sokongan mereka yang mungkin kehilangan pendapatan dari pengkajian semula perbelanjaan tersebut. Kan, Malaysia Boleh!. Masa seperti inilah lebih-lebih lagi Malaysia Boleh!

Dalam pada itu, terdengar rintihan-rintihan pakar-pakar dan para akademik di unversiti-universiti tempatan yang mendapati bahawa kajian dan cadangan yang mereka kemukakan kepada kerajaan tidak diambil perhatian atau dihiraukan. Berlaku pemisahan di antara golongan bijak pandai dan penggiat dalam pelbagai bidang professional diketepikan sekiranya cadangan-cadangan mereka sebenarnya 100% menguntungkan rakyat. Perkara ini perlu diteliti dan diselidiki. Hal seumpama itu juga berlaku dalam GLC dan sektor swasta di mana kerajaan punya pengaruh menentukan halatuju organisasi yang terbabit.

Ada juga laporan yang mengatakan bahawa segelintir ahli-ahli politik pemerintah mencampuri urusan badan-badan korporat yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir dengan “arahan” supaya menyerahkan wang atau sumbangan kepada ketua-ketua bahagian di kawasan yang dilanda banjir atau meyerahkan kepada tabung dana yang dipilih oleh kerajaan.

———————————————————————————————————————————

Kos tebatan banjir di Johor RM9 bilion

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kerajaan memerlukan peruntukan di antara RM3.6 bilion dan RM9 bilion untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Johor bagi mengurangkan kesan buruk akibat bencana tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah berkata, anggaran tersebut berdasarkan kajian pihaknya selepas membahagikan Johor kepada enam kawasan yang setiap satu memerlukan peruntukan sejumlah RM600 juta hingga RM1.5 bilion.

‘‘Kita memerlukan masa kira-kira tiga bulan lagi bagi menyiapkan pelan induk pencegahan banjir untuk enam kawasan yang dikenal pasti iaitu Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Sungai Johor,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Peta Risiko Banjir (PRB) Rantau Asia Timur dan Asia Tenggara oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan di sini hari ini.

Gelombang pertama banjir besar yang melanda Johor pada 19 Disember lalu menyebabkan 148,000 orang di tempatkan di pusat pemindahan, manakala 134,000 penduduk terpaksa dipindahkan ketika gelombang kedua bencana tersebut menyusul tiga minggu kemudian.

Menurut Keizrul, projek tebatan terbabit akan melibatkan pembinaan empangan baru, meningkatkan ketinggian tiga empangan sedia ada, memperluas dan mendalamkan sungai, mewujudkan benteng dan membina stesen pam bagi mengalirkan air ke laut.

‘‘Tumpuan juga akan diberikan untuk membina sistem lencongan banjir di Batu Pahat yang terletak di kawasan tanah rata bagi memastikan tidak berulang kejadian air bertakung terlalu lama,” ujarnya.

Beliau berkata, kos tinggi yang perlu dikeluarkan bagi melaksanakan tebatan banjir itu adalah menguntungkan pada jangka panjang memandangkan kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM1.5 bilion ketika bencana itu melanda Johor baru-baru ini.

‘‘Ini tidak termasuk perbelanjaan pasukan penyelamat bagi memindahkan penduduk, kehilangan nyawa dan kerugian yang dialami oleh para peniaga.

‘‘Anda boleh bayangkan kos yang bakal ditanggung jika ia berlaku setiap tahun,” ujarnya.

Ditanya adakah kerajaan dapat memberi jaminan banjir di Johor tidak berulang setelah projek tebatan tersebut siap, Keizrul mengakui ia hanya dapat mengurangkan kesan banjir dan bukannya mencegah sepenuhnya bencana itu.

‘‘Adalah mustahil untuk memastikan tidak berlaku banjir kerana ia hanya boleh dibuat sekiranya kita sanggup bertindak drastik seperti membina 10 lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan atau memperluaskan kelebaran sungai sehingga meliputi separuh daripada Lembah Klang,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Kerajaan BN hanya menyerah atau menuding pada takdir…?

PUBLISHED ON 9th FEBRUARY 2007

Gambar ini diambil ketika saya menziarahi sebuah kawasan banjir di Johor. Sebatang sungai yang agak luas & besar mengalir di hadapan barisan rumah-rumah di sebuah kampung. Rupa-rupanya semenjak penyelenggaran sungai diswastakan, pengabaian yang begitu lama, bertahun-tahun – mungkin menjangkau puluhan tahun, telah berlaku.

Rumput-rumput di tepi sungai itu hanya diracun dan kemudian jatuh kedalam sungai. Proses pencetekan sungai berlaku yang menjadi antara faktor yang boleh mengakibatkan banjir yang lebih teruk dari biasa. Lihatlah betapa membukitnya sisa-sia rumput dan sediment yang baru dikorek!

Tanah gambut yang menjadi ciri tanah di kampung itu membuatkan juga air tetap bertakung sehingga berbulan-bulan lamanya.

Berserah pada takdir hanya setelah melakukan segala yang patut untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi jika melibatkan nyawa dan harta benda mereka. Kecuaian dan pengabaian kerajaan akan meletakkan rakyat dalam keadaan bahaya dan menyulitkan masa depan mereka!

Rasa hati seorang jurugambar…

PUBLISHED ON 6th FEBRUARY 2007

Sungguh terharu menerima mesej dari photographer saya. Saya menghargai intipati yang diutarakannya dan semoga beliau senantiasa mendoakan agar saya diberi Allah segala keupayaan untuk terus berbakti kepada orang ramai dan memberi yang terbaik kepada mereka yang telah saya “sentuh”. FS

Hjh Fuziah Salleh, Ketua Wanita keADILan di estet dan hutan Pahang – hari ini, bersama Orang Asli

Ada pelbagai cara untuk melihat hasil visual. Melihatnya dengan hatiku gambar ini… Nampak jelas pancaran semangat… Harapan yang tersebar… Kasih yang mudah dirasa…

Walaupun tidak dikenali, tetapi sangat senang diterima oleh mereka…

Perjalanan jauh berhari-harian…tentunya letih… itulah keindahannya… tidak pernah nampak kepenatan itu… tiada yang tahu… maka mereka sering meminta perhatian; jka mereka tidak meminta, perhatian itu tetap akan diberi…”

TIBA MASANYA MENTERI WANITA IKTIRAF KHIDMAT NASIHAT WANITA PARTI

PEMBANGKANG

PUBLISHED ON 5th FEBRUARY 2007

KENYATAAN MEDIA

WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT

4hb Februari 2007

SARANAN WANITA KEADILAN KINI DI LAKSANAKAN

(i) Penjagaan Anak berkualiti & Subsidi Penjagaan Anak bagi Wanita Bekerja

(ii) Taksiran Harta Sepencarian Sebelum Lelaki Berpoligami

TIBA MASANYA MENTERI WANITA IKTIRAF KHIDMAT NASIHAT WANITA PARTI PEMBANGKANG

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengumumkan satu minggu lalu bahawa kakitangan awam akan diberi subsidi RM180 untuk setiap anak yang memerlukan khidmat penjagaan sewaktu ibu mereka bekerja. Subsidi merupakan satu bentuk bantuan untuk mendapatkan penjagaan anak yang berkualiti bilamana pendapatan isi keluarga adalah kurang daripada RM2,000.

Pada hari ini pula dilaporkan bahawa Kabinet telah meluluskan geran sebanyak RM80,000 sebagai peruntukan untuk memperhebatkan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) pada peringkat jabatan hingga kementerian. Menteri Wanita juga telah mengatakan bahawa ianya merupakan impian beliau supaya setiap jabatan, badan berkanun dan kementerian mempunyai taska dan tempat penyusuan bayi

Memandangkan bahawa anak-anak merupakan aset Negara, Wanita KeADILan telah mengeluarkan USUL Penjagaan Anak sewaktu Kongres tahun lepas untuk pemerhatian beliau yang disusuli pula dengan Kenyataan Media (bertarikh 16 Oktober 2006)– sila lihat lampiran A.

Wanita KeADILan gembira kerana Datuk Seri Shahrizat selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap nasib wanita akhirnya dapat menghayati satu impian yang telah lama menjadi impian aktivis dan penggerak pertubuhan wanita di Malaysia. Bukan itu saja, malah, sudah lama disuarakan oleh kami yang memperjuangkan nasib wanita. Setelah sekian lama Shahrizat menjadi Menteri, baru kini beliau mendengar rintihan dan gesaan kami. Ini merupakan satu perkara yang amat mengecewakan dan memalukan kaum wanita.

Begitu juga dengan isu taksiran harta sepencarian bagi lelaki yang ingin berpoligami yang diumumkan beliau pada 8 Ogos 2006, juga merupakan saranan dari memorandum yang di keluarkan kepada beliau daripada Wanita KeADILan sebelum itu – sila lihat lampiran B.

Sudah tiba masanya Datuk Seri Shahrizat iktiraf Khidmat Nasihat dari Wanita KeADILan dan demi pembangunan wanita di Malaysia, saya seru Datuk Seri Shahrizat untuk ketepikan batas-batas parti dan terus terima saranan kami atas dasar perjuangan untuk memperkasakan wanita di Malaysia.

KETUA WANITA

FUZIAH SALLEH


Mangsa banjir di Pahang dan Johor

PUBLISHED ON 4th FEBRUARY 2007

Pada pertengahan Januari lalu, saya telah menziarahi mangsa banjir di Pahang dan Johor.

Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada kerajaan yang boleh mendiskriminasi rakyat dalam memberi bantuan kepada mana-mana mangsa. Tidak perlulah menkategorikan mangsa kepada penyokong parti ataupun tidak . SEMUA mereka adalah rakyat Malaysia yang berhak untuk menerima bantuan sama rata dan didengari rintihan mereka seperti yang lain-lainnya.

Jika ada wakil rakyat yang tidak menjenguk mana-mana rakyat dalam kesusahan, maka itu sudah dikira sebagai mengabaikan tugasnya dan wajar diambil tindakan disiplin dan disenaraihitamkan sebagai wakil rakyat yang tidak wajar bertanding semula dalam mana-mana pilihanraya.

Pahang Kesemua mangsa banjir di sini telah kehilangan harta benda keperluan mereka (peti ais, mesin basuh, mesin jahit, alat letrik, kenderaan motorsikal, kereta yang perlu dibaiki atau tidak lagi oleh digunakan, anak-anak yang kehilangan buku-buku dan pakaian sekolah….

Kg. Orang Asli, Pahang

Sedikit bantuan, pakaian, makanan dan kewangan telah dihulurkan.

Seorang ibu merintih dan mengadu keadaan hidupnya yang dilanda banjir yang tak kunjung surut. Rumahnya ditakungi air sudah lebih 3 bulan.

Terasa kepiluan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Saya mendoakan mereka sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Wakil-wakil rakyat segeralah membantu untuk memulihkan kehidupan mangsa-mangsa banjir ini tanpa ada lagi sebarang kelengahan

UMNO-BN’S UNASHAMED DISREGARD OF A CLEAN AND TRANSPARENT ELECTION

PROCESS…


PUBLISHED ON 1ST FEBRUARY 2007

(Artkel ini akan diterjemah kemudian)

Wanita keADILan had pre-empted the possible occurrence of irregularities during the Batu Talam by-electio

n through my statement on the 24th January 2007

TPM was also given my stern warning during the press conference emphasising that WANITA KeADILan will be monitoring the voter turnout on polling day very very closely. We also reiterated that we believe completely in the process of democracy and that we will go to all extent legal in ensuring it

On 28th January 2007, Wanita keADILan sent 12 teams to Batu Talam one for each polling station to observe the election process and observe they did.- like a hawk !!!

We made sure that at least three volunteers guarded the entrance of the polling stations, never left it unguarded even for a moment and counted each and every voter entering the station without fail. They were also equipped with video cameras, cameras and note books or clickers for counting. Lo and Behold, what entailed were clear evidences of numerous irregularities (backed by clear photos, videos and further research). Possible irregularities could be due to the complete absence of election machinery of the independent candidate and the considerable unwarranted aggressiveness of Umno-BN campaign tactics.

( Some of our observations were also reiterated by MAFREL (their comments in Malaysiakini.com: http://www.malaysiakini.com/news/62760). There was risk that where MAFREL made its visit, SPR would be on guard.)

There were the usual comings and goings of unauthorised persons into polling areas. There were clear attempt to intimidate voters, observers and passers-by by photographers who position themselves all day long to record people and faces. Ferrying of voters were common occurring, but escorting them into the polling station which is illegal according to our election laws, nevertheless happened throughout the voting day. BN went all out to ensure voters turnout to vote. Somehow BN had to ensure that the percentage of voter turnout will be in their favour. This activity was most notable at Polling Station Hulu Sungai where many Orang Asli who had never voted before came to vote in various types of car. One of our observers saw one of them got sick and threw out his stomach contents. Could it be that he was sick to his stomach of BN’s drumming their campaign into his ears while he was being ferried to the polling station?

Some BN election workers thronging the streets on polling day

BN worker in red dress escorting voter in and out of the polling centre

They looked too trendy for village voters. Also reluctant to be photographed.

One of the BN election workers who freely went in and out of the polling station. Her colleague admitted to one of our observers that they were a group who was sent by their bosses to “take care “ of the polling station here.

BN cars used to transport voters. Symbols of any sort are forbidden on polling day.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *