Dari Laman Web Lama

KITA ADA KEPENTINGAN POLITIK ?…..SUDAH TENTU! (versi terkini “Percaturan Politik Baru”) (27/2/07)

Baru-baru ini saya agak teruja dengan kejayaan Wanita KeADILan dalam pengoperasian OPS ANJAK iaitu satu operasi yang melibatkan mengalihkan sokongan pengundi atas pagar kepada sokongan terhadap parti. Kita telah saksikan kajian kes substantif dibeberapa bahagian tumpu di mana perubahan sokongan telah berlaku melalui perlaksanaan sistem ini. OPS ANJAK merupakan pakej menyeluruh yang digunapakai dengan sistem dan prosedur rapi, dan mampu menjanjikan kejayaan yang kita impikan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berdisiplin. Cuma perasaan teruja saya itu terbantut sedikit apabila ada pula teman-teman yang mengatakan. “Aaaah… jangan percayalah kepada mereka apabila mereka kata bahawa mereka mahu jadi ahli parti, kerana bila masa pilihanraya nanti, mereka tetap akan menyokong yang lama. Lagipun mereka akan tengok parti keADILan pun sama juga dengan parti-parti yang lain” Teman-teman ini enggan percaya bahawa rakyat akan berubah dan sehubungan dengan itu juga enggan percaya kepada perjuangan KeADILan; (mungkin juga apabila melihat gelagat para pemimpinnya. Bak kata seorang kakak veteran “akak konfius laa dengan perangai diaorangni…….kata pejuang,! tapi merajuk tak habis- habis” ) bahawa perubahan dalam erti kata sebenarlah yang kita tuntut serta sungguh-sungguh akan kita laksanakan.

Tanggapan ramai merupakan bahawa permainan politik ini sama sahaja, tidak kira dalam parti mana sekalipun, disebelah pemerintah mahupun disebelah pembangkang. “Semuanya berkisar kepada kuasa dan perebutan kuasa” kata mereka.

Saya kira para ahli politik keADILan, khususnya para pimpinan, tidak harus berasa ‘apologetic’ dalam hal ini. Memang benar politik itu berkenaan hal percaturan kuasa dan kita tidak harus gusar untuk berbicara mengenainya. Tetapi di masa yang sama kita juga mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mantap mengenai maksud percaturan kuasa yang kita laksanakan dan perjuangan merebut kuasa yang kita dukung. Jangan kita nafikan bahawa kita punyai kepentingan, akan tetapi, tidak sama kepentingan kita dengan kepentingan pendukung perjuangan Umno–BN. Kepentingan kita merupakan kepentingan dunia dan akhirat di mana kita merebut kuasa untuk memastikan perubahan ke arah kebaikan dapat berlaku sekiranya kita diberi peluang memerintah dan kita juga berjuang bersungguh-sungguh demi merebut kepentingan akhirat. Di sinilah bezanya politik merebut kuasa dalam KeADIlan dengan politik ‘chauvinistic’ menghunus keris dalam UMNO. Kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi disebaliknya berjuang ‘taik kuching’ demi kepentingan perut dan kroni masing-masing.

Memang sukar untuk menghayati dan untuk selaras dalam erti kata sebenar berkenaan hal ini, terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan yang menggugat kestabilan emosi, namun ahli-ahli politik orde’ baru seharusnya mampu mengangkat diri mereka kepada satu tahap yang terhormat serta berani meninggalkan lain-lain mereka yang masih terperangkap di aras politik orde’ lama yang terlalu mirip budaya Umno-BN.

Cabaran politik baru ialah untuk menjunjung kebijaksanaan politik yang tidak berpaksi kepada kabilah ‘non-group-centric politics’ dan menolak cara berpolitik memusnah yang tidak beretika (“destructive politicking of unethical power-centred politicians’). Cara kedua inilah yang berleluasa dalam Umno-BN dan telah terbukti kebenaran kemudaratannya dalam segenap sudut kehidupan rakyat.

“Politik baru tidak memuja individu mahupun kumpulan, dan sebaliknya tidak pula mengamalkan politik yang menjahanamkan individu atau kumpulan. Politik baru menuntut individu untuk memahami kekuatan DAN kelemahan masing-masing secara jujur” dan menyumbang yang terbaik secara ikhlas kepada parti, dengan cara bekerjasama dengan semua pihak. Natijah dari paradigma pemikiran itu akan terserlah satu budaya memilih kepimpinan dengan berpaksikan kepada prestasi dan rekod kerja seseorang pemimpin, ‘performance-based selection of future leaders’ dengan minda tidak terperangkap dalam amalan kuota. Sekiranya tidak dipecahkan tembok minda ini maka kemungkinannya akan TERkorbanlah seorang pemimpin yang berprestasi tinggi di dalam keadaan semata-mata kerana ingin memuaskan hati satu-satu kaum atau mengisi kuota satu-satu kabilah semata. Politik baru harus mampu mengangkat kemampuan pimpinan dan ahli ke tahap di mana mereka berani membuat keputusan tegar ‘tough decisions’ di samping membuat keputusan tepat ‘right decisions’.

Akhir kata, politik baru menuntut kita untuk saling ingat mengingati tentang merapatkan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan “menjauhi segala kejelekan politik dalam masa susah mahupun senang, tatkala musim pemilihan dalaman parti ataupun tidak”. Hanya parti yang sedemikian yang akan meraih kepercayaan dan sokongan rakyat, di mana ketika itu rakyat akan senantiasa mendoakan segala kebaikan dan keberkatan untuk perjuangan serta akan turut mendukung matlamat yang didukung parti – PARTI HIDUP UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT HIDUP KERANA PARTI.

KESIAN ROSNAH MAT ARIS (22/2/07)

Saya agak terkedu juga dengan cara penggunaan bahasa dan ayat yang digunakan oleh Rosnah Mat Aris di dalam wawancaranya di TV3 yang kontroversi itu. Mungkin juga kerana saya tidak biasa dengan bicara cara mulut laser sedemikian rupa ataupun lebih tepat mungkin pergaulansaya tidak menjangkau kepada golongan dan dunia artis yang mengejar sensasi serta glamour. Walaupun begitu saya berbeda pendapat sedikit dengan sebilangan ramai orang Islam yang menuduh serta menggunakan berbagai perkataan terhadap beliau. Melihat klip video wawancara TV3 berkenaan, saya cuba selami dengan adil apa yang dimaksudkan oleh Rosnah. Saya kira beliau tiada niat langsung untuk memburukkan, lebih-lebih lagi menghina Saidatina Khadijah r.a. Saya berpendapat bahawa Rosnah Mat Aris menggunakan pertuturan yang biasa dipakainya. Dan memangnya sudah begitu cara beliau. Ungkapan yang terkeluar dari mulutnya …” dah nak mampus…” itu merujuk kepada umur Saidatina Khadijah yang sudah lanjut yang mengukuhkan hujjah beliau bahawa dalam percintaan, faktor umur itu tidak penting baginya. ( Lihat klip video di sini http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI.) Saya juga berpendapat bahawatiada berlaku persendaan mengenai mengenai mana-mana kerabat Rasulullah saw kerana tumpuan perbincangan yang diberi oleh Rosnah Mat Aris ialah kepada isu yang ditimbulkan.

Memang menjadi kebiasaan manusia mempunyai tanggapan atau persepsi yang berbeza-beza apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara. Malah ramai juga yang emosi tak tentu pasal, atau mungkin juga prejudis terhadap para artis. Natijahnya mereka bersikap menghukum (‘judgemental’) terhadap seseorang dan kemudiannya mereka terus membuat penilaian ‘blanket’ terhadap seseorang atau golongan yang tidak diminati.

Rosnah telah pun memohon maaf disamping beliau turut nyatakan bahawa pada hakikatnya beliau tidak bermaksud melakukan penghinaan tersebut. Saya kira, ini adalah akhlak dan sifat yang cukup terpuji dan patut pula dipelajari oleh yang lain-lain yang terlalu cepat menghukum. Ada kalanya kita rasa akhlak orang lain jelek tetapi di dalam kita menghukum orang itu kita pula bersikap keterlaluan yang membuatkan kita lebih teruk dan jelek dari orang yang kita hukum. Orang yang buat kesilapan tetapi berani mengaku kesilapan merupakan orang yang lebih mulia disisi Allah SWT daripada orang yang rasa dirinya pandai dan baik, kemudian menghukum pula cara berlebihan. Kesilapan Rosnah tidak disengajakan berdasarkan kurangnya ilmu pengetahuan. Siapa tahu, sekiranya beliau terbuka hati untuk berubah, mungkin beliau akan jadi lebih baik dari ramai yang lain-lain?

Kekadang pula kita terlalu ghairah dengan perkara yang kecil-kecil akan tetapi sensasi.Keghairahan itu malangnya tidak pula diterjemahkan kepada perkara-perkara yang besar dan jelas kedurjanaannya. Isu barangan naik yang belum henti-henti, PM yang membazir harta rakyat dengan alat pengangkutan yang terlalu mewah, rakyat mangsa banjir yang lewat diberi bantuan, gaji juga yang macam tak naik-naik, rasuah yang tetap dan terus berleluasa, tahanan-tahanan ISA yang terus dipenjara tanpa sebab yang sahih, pemberitahu penyelewengan dihukum dan yang menyeleweng bebas lepas tanpa disoal, jauh sekali untuk disiasat, rakyat dihalang menyatakan pendirian dengan aman dan bebas tanpa sekatan dan gangguan polis, dan seribu satu macam lagi kedurjanaan politik.

Peristiwa ini memberi ingatan kepada kita semua untuk berhati-hati dalam menuturkan bicara kerana apa yang ditutur amat pantas tersebarnya ke serata pelusuk dunia. Seolah-olah ada yang memerhati kita pada setiap detik. Pengamatan ini perlu dititikberatkan oleh semua yang menjadi contoh kepada orang lain, mahupun kepada pemimpin yang sentiasa diperhati tingkah laku serta gerak geri mereka. Kita merupakan pembimbing kepada generasi mendatang, dan segala pertuturan serta perlakuan kita mampu menjadi pendorong atau penghalang kepada pembaikan umat manusia Justeru itu marilah kita sama-sama menimba pengajaran dari insiden ini.

Sudahkah anda melihat klip video mengenai sebuah sesi di parlimen di blog saya (Hmmm…apa yang nak dikata?)?

HEBAHAN (17/2/07)

1. Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada warga keturunan Cina.

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan Ke Sabah untuk lawatan selama dua hari; program sempena Tahun Baru.

PERCATURAN POLITIK BARU (17/2/07)

Baru-baru ini saya agak teruja dengan kejayaan Wanita KeADILan dalam pengoperasian OPS ANJAK, iaitu satu operasi mengalihkan sokongan pengundi atas pagar kepada sokongan terhadap parti. Kita telah saksikan beberapa kes di beberapa bahagian tumpu di mana perubahan sokongan telah berlaku melalui perlaksanaan sistem ini. OPS ANJAK merupakan pakej menyeluruh yang digunapakai dengan sistem dan prosedur rapi, dan mampu menjanjikan kejayaan yang kita impikan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berdisiplin. Cuma perasaan teruja saya itu terbantut sedikit apabila ada pula teman-teman yang mengatakan. “Aaaah… jangan percayalah kepada mereka apabila mereka kata bahawa mereka mahu jadi ahli parti, kerana bila masa pilihanraya nanti, mereka tetap akan menyokong yang lama. Lagipun mereka akan tengok parti KeADILan pun sama juga dengan parti yang lain-lain.” Teman-teman ini enggan percaya bahawa bahawa rakyat akan berubah dan seolah-olah enggan percaya bahawa perubahan dalam erti kata sebenarlah yang kita tuntut dan benar-benar serta sungguh-sungguh akan kita laksanakan.

Tanggapan ramai terhadap permainan politik ini sama sahaja, tidak kira dalam parti mana sekalipun, di pihak pemerintah mahupun pembangkang. “Semuanya berkisar kepada kuasa dan perebutan kuasa,” kata mereka.

Saya kira, para ahli politik keADILan, khususnya para pimpinan, tidak harus berasa ‘apologetic’ dalam hal ini. Memang benar politik itu berkenaan hal percaturan kuasa dan kita tidak harus gusar untuk berbicara mengenainya. Tetapi di masa yang sama kita juga mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mantap mengenai maksud percaturan kuasa yang kita tuntut dan perjuangan merebut kuasa yang kita dukung. Jangan kita nafikan bahawa kita punyai kepentingan, akan tetapi, tidak sama kepentingan kita dengan kepentingan pendukung-pendukung perjuangan Umno –BN. Kepentingan kita merupakan kepentingan dunia dan akhirat dimana kita merebut kuasa untuk memastikan perubahan kearah kebaikan dapat berlaku dan kita juga berjuang bersungguh-sungguh demi merebut kepentingan akhirat. Disinilah bezanya politik merebut kuasa dalam KeADIlan dengan politik ‘chauvenistik’ menghunus keris. Kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi disebaliknya berjuang ‘taik kuching’ demi kepentingan perut dan kroni masing-masing

Memang sukar untuk menghayati dan untuk selaras dalam erti kata sebenar berkenaan hal ini, terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan yang menggugat namun ahli-ahli politik orde’ baru, seperti yang disebut oleh seorang penulis yang saya kenali, “seharusnya mampu mengangkat diri mereka kepada satu tahap yang terhormat dan berani meninggalkan lain-lain mereka yang masih terperangkap di aras politik orde’ lama yang terlalu mirip budaya Umno-BN.”

Penulis yang sama telah mengutarakan bahwa cabaran politik baru ialah untuk “menjunjung kebijaksanaan non-group-centric politics dan menolak destructive politicking of power-centred politicians. Itulah yang berleluasa dalam Umno-BN dan telah terbukti besar kemudaratannya dalam segenap sudut kehidupan rakyat.”

Rumusan beliau juga bertepatan dengan apa yang berkisar di benak saya, “…politik baru tidak memuja individu atau kumpulan, dan tidak pula mengamalkan politik yang menjahanamkan individu atau kumpulan. Politik baru menghendaki individu untuk memahami kekuatan DAN kelemahan masing-masing secara jujur dan menyumbang secara jujur kepada parti. Politik baru merapatkan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan menjauhi segala kejelekan politik dalam masa susah dan senang, juga ketika musim pemilihan pimpinan ataupun tidak. Hanya parti yang sedemikian yang akan meraih kepercayaan rakyat, yang akan senantiasa mendoakan segala kebaikan untuk parti.”

HMMM… APA NAK DIKATA.. (17/2/07)

watch?v=ArddcjZ9MPk&feature=player_embedded

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *