PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Soalan Parlimen

SOALAN-SOALAN UNTUK PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PARLIMEN KE12

PARLIMEN KEDUA BELAS, PENGGAL KEDUA, MESYUARAT KEDUA  (Mei 2009)

YB Kuantan – Pn Hjh Fuziah Salleh

Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan

  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Jabatan Perdana Menteri nyatakan apakah penjelasan kerajaan terhadap kecuaian pengendalian pindaan Akta SUHAKAM yang menyebabkan akta tersebut perlu dipinda sekali lagi pada sesi Parlimen Jun 2009, sedangkan SUHAKAM diberi masa setahun untuk menjawab kenapa badan tersebut tidak harus di “downgrade”kan dari A ke B.
  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memberikan penjelasan terhadap kegiatan pembalakan hutan di kawasan tadahan air yang sememangnya adalah kawasan larangan untuk aktiviti pembalakan, tetapi menggunakan Detail EIA bagi meneruskan aktiviti tersebut. Apakah tindakan Kementerian terhadap pihak yang didapati terlibat melakukan aktiviti demikian?
  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar nyatakan apakah langkah Kementerian bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia akan fenomena Perubahan Iklim (Climate Change) yang kini melanda seluruh dunia. Adakah Kementerian bercadang mewujudkan Pelan Dasar Perubahan Iklim seperti di China bagi mengambil langkah pencegahan terhadap fenomena alam?
  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan secara keseluruhannya, dan jelaskan kejayaan dari segi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar, serta dalam usaha merapatkan jurang pendidikan luar bandar?
  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan faktor yang menyebabkan rumah PPRT Flat Sg Pandan dan Flat Kg Pak Mahat di Parlimen Kuantan yang masih tidak dihuni oleh penduduk sehingga kini. Sekiranya terdapat permasalahan, nyatakan langkah Kementerian dan Kerjaan Negeri bagi mengatasi masalah tersebut.

Pertanyaan-pertanyaan Bagi Bukan Jawab Lisan

  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Jabatan Perdana Menteri nyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Jawatankuasa Tetap Khas bagi isu-isu yang berkaitan agama Islam dan bukan Islam bagi menangani isu-isu sensitif antara agama agar kekeliruan dalam masyarakat tidak berlaku setiap kali terdapat kes berkaitan, disamping menghormati prinsip dan hak setiap agama terhadp penganutnya.
  1. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Kewangan  menyatakan jumlah kutipan cukai oleh Kerajaan Persekutuan di setiap Negeri mengikut pecahan jabatan-jabatan berlainan dari tahun 2000 hingga 2008 dan jumlah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan kepada setiap Negeri dalam tempoh yang sama.
  1. 8. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi  menyatakan jumlah kes pembalakan haram yang dilaporkan sejak tahun 2006 sehingga 2008 mengikut negeri. Apakah langkah pencegahan oleh Kerajaan dalam membendung kegiatan ini?
  1. 9. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraikan kawasan perumahan PPRT yang telah dan sedang dalam pembinaan di Parlimen Kuantan. Berapakah jumlah baki kekosongan rumah PPRT yang masih boleh dipohon oleh penduduk Kuantan. Nyatakan tempoh maksimum untuk maklum balas bagi sesuatu permohonan.

MESYUARAT  KEDUA,

PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE12

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Perdana Menteri   menjelaskan:

Samada Perdana Menteri akan mengarahkan SPR mengambil tindakan keatas semua pihak atau parti yang melanggar Akta Pilihanraya dengan menawarkan imbuhan kepada pengundi sewaktu berkempen diPilihanraya Kecil Hulu Selangor, Sibu mahupun dalam Pilihanraya yang akan datang

2.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Perdana Menteri   menjelaskan:

Apakah langkah yang sedang dilakukan Kerajaan bagi menjenamakan semula serta meningkatkan lagi keberkesanan Biro Pengaduan Awam (BPA) seperti mana dalam jawapan Menteri bertarikh 19 November 2009?

3.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Perdana Menteri   menjelaskan:

Berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan pihak Kerajaan untuk mengurus serta untuk tawaran projek sewaktu pilihanraya Kecil Hulu Selangor dan sewaktu Pilihanraya Kecil Sibu.

4.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Perdana Menteri   menjelaskan:

Apakah relevannya meletakkan gambar Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam dua halaman sebuah akhbar di US, New York Times yang dianggarkan menelan belanja sehingga RM580,000 hingga RM740,000 atau US$180,000 hingga US$230,000 seperti yang dilaporkan The Nut Graph pada 11 Mei 2010 lalu?

5.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri   menjelaskan:

Perincian pecahan pelaburan dalam semua projek koridor di Malaysia sejak 2006.

6.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri   menjelaskan:

Serta memberikan butiran statistik berkenaan golongan berpendapatan di bawah RM1000, dibawah RM1500 dan di bawah RM3000 bagi Orang Asal Sabah dan Sarawak dari segi bilangan isi rumah dan etnik/puak bagi sepuluh tahun yang lepas.

7.        Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Menteri Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah menjelaskan:

Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula Akta Penempatan Beramai-ramai 1960 (Akta GSA 1960) bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan diisi bagi penempatan generasi kedua Felda?

8.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjelaskan:

Apakah kerajaan bersedia memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) kerana gagal memberi khidmat terbaik kepada masyarakat Orang Asli  seperti yang disuarakan sendiri masyarakat Orang Asli? Jika tidak, apakah kaedah bagi mengembalikan semula kepercayaan Orang Asli terhadap jabatan ini

9.         Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) meminta Menteri  Pengangkutan menjelaskan:

Memandangkan kemalangan bas ekspress adalah begitu kerap dan serius, bilakah sistem profiling pemandu bas ekspress akan dilaksanakan, dan jika tidak, kenapa.

SOALAN-SOALAN  UNTUK JAWAP LISAN

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT KE-3 DEWAN RAKYAT

1.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MenteriPerdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penggunamenjelaskan

(i)         Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan bahawa beras tempatan Super 15 sentiasa boleh didapati didalam pasaran.

(ii)        Adakah Kementerian telah mengenalpasti satu kaedah tertentu untuk memastikan  beras tempatan tidak dicampur dengan beras import, dan  bagaimanakah  penguatkuasaan pelaksanaan  kaedah tersebut

2.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:

(i)         Berapakah jumlah sebenar subsidi minyak petrol dan diesel yang telah di belanjakankan Kerajaan dalam tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

(ii)        Dari manakah wang peruntukan tersebut di perolehi?

3.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARKATmenyatakan

bilakah Dasar Wanita Negara yang baru, yang  telah dikaji semula akan dikeluarkan dan apakah kandungannya?

4.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan status dan perkembangan mengenai 11842 pemilih (yang tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini.

5.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI menyatakan

(i)         Berapakah bilangan bot pukat tunda yang telah didenda atau disaman kerana melakukan kesalahan ketika beroperasi di laut di  (a) seluruh Negara dan (b) di Pahang?

(ii)        Apakah jenis kesalahan-kesalahan tersebut dan bilangannya menurut kesalahan?

6.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan

(i)         Apakah tindakan yang telah dan akan diambil  Kerajaan  dalam menangani gejala sosial dan mengatasi kegiatan membunuh  / buang bayi?

(ii)        Berapakah peruntukan oleh Kerajaan dalam RMK9 untuk usaha mendidik masyarakat agar masaalah  ini dapat dibenteras?

7.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta   Menteri   Tenaga, Air dan Komunikasi menjelaskan

(i)         Berapakah  jumlah yang telah di belanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 untuk membayar kepada TNB

(ii)        Berapakah perbelajaan yang dikeluarkan oleh TNB untuk membayar  kepada pembekal- pembekal jana kuasa swasta terutama YTL dan Malakoff dalam tahun-tahun yang sama diatas

8.        Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta   Menteri   Tenaga, Air dan Komunikasi menjelaskan

(i)         Apakah tindakan Kerajaan untuk menjimatkan kegunaan bahan api  dan tenaga  termasuk lampu lampu di jalan raya dan bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya?

(ii)        Berapakah anggaran penjimatan Kerajaan dalam masa setahun sekiranya lampu-lampu tersebut di kurangkan 2 jam sehari.

9.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MenteriPerdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penggunamenyatakan:

(i)         Samada Menteri sedar bahawa subsidi minyak diesel untuk bas Pekerja Kilang yang telah di umumkan oleh Kerajaan didalam akhbar tempatan 10hb Jun 2008 telah ditarik balik tanpa dimaklumkan kepada umum?

(ii)        Apakah tindakan lanjut pihak Kementerian berkenaan hal ini?

10.       Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

(i) sama ada barangan makanan import yang perlu disaring, telahpun disaring untuk mengesan radiasi dan dilabelkan seperti yang perlakukan ke atas bahan-bahan makanan eksport ke luar negara.

(ii) dari manakah asal dan apakah bahan-bahan makanan yang telah ditolak kemasukannya ke Malaysia kerana dikesani radiasii

SOALAN-SOALAN UNTUK BUKAN JAWAB LISAN

1.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:

(i)         Berapakah bilangan golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Kuantan

(ii)        Apakah tindakan khusus yang telah dan akan dilaksanakan untuk membenteras keadaan ini, serta berapakah  peruntukan kewangan yang telah di agihkan untuk tujuan  tersebut

2.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan mengenai langkah-langkah yang akan diambil  untuk memastikan  kes-kes yang banyak tertunda sekian lama di Jabatan-Jabatan Tanah di seluruh Negara dapat diselesaikan.

3.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan bagaimanakah peruntukan RM1 juta untuk Parlimen Kuantan telah dibelanjakan dalam tahun 2004, 2005, 2006, 2007.

4.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menjelaskan status sistem keselamatan maklumat dan database (information security system) di Jabatan     Imigresen seluruh Negara.

5.         Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan bagaimanakah kerajaan menampung keperluan defisit Rancangan Malaysia ke-9?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *