PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

KENYATAAN RASMI BERSIH 2.0

BERHIMPUN DI STADIUM MERDEKA

1. Mengadap DYMMSPB Yang Di-Pertuan Agong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di atas perkenan kami mengadap pada 5 Julai 2011.

BERSIH 2.0 telah diwakili oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan, Dato’ A. Samad Said dan Zaid Kamaruddin. BERSIH 2.0 juga menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.Rombongan BERSIH 2.0 telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku, di antara lain, kenyataan dan pendirian yang berikut:

a. BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

b. Kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong BERSIH 2.0.

c. Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

2. Tuntutan BERSIH 2.0BERSIH 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar.

BERSIH 2.0 menuntut:
a. Ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada. Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders).

b. Lapan (8) tuntutan-tuntutan jangka pendek BERSIH 2.0 dipenuhi sebelum PRU 13. Kelapan-lapan tuntutan rakyat itu adalah:i. Bersihkan senarai undiii. Mereformasikan undi posiii. Gunakan dakwat kekaliv. Masa kempen minima 21 hariv. Akses media yang bebas dan adilvi. Kukuhkan institusi awamvii. Hentikan rasuahviii. Hentikan politik kotor

c. Semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada BERSIH 2.0 hendaklah dibebaskan. Ini bermakna BERSIH 2.0 menuntut:i. Keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Dr Michael Jayakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mesti dibebaskan serta-merta, atau dihadapkan ke mahkamah.ii. Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 ditarik balik atau digugurkan.iii. Mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.

d. Semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong BERSIH 2.0 dihentikan. Ini bermakna:i. Rakyat dibenarkan memakai baju kuning.ii. Usaha-usaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0 di stadium tidak dihalang.e. Bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2-4 petang, 9 haribulan Julai 2011 (Sabtu) ini. BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar.

3. Pertemuan dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun RazakBERSIH 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan di atas dan apa jua hal berkaitan BERSIH 2.0.Yang benar,Jawatankuasa IndukGabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *