PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Extract of Handsard – PKR Kuantan MP Fuziah Salleh Debates Lynas Issues In Parliament On 24th November 2009

Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas

Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas

Saya terus Tuan Pengerusi kepada Butiran 060300 iaitu berkenaan dengan Alam Sekitar. Saya telah membangkitkan isu iaitu isu advanced material plant di Pelabuhan Gebeng, Kuantan yang bakal mengeluarkan sisa radioaktif, setiap kali saya membangkitkan isu ini, pihak MOSTI yang menjawab. Itu berkenaan dengan pembinaan kilang, saya hendak dengar pula apa pandangan kementerian. Setakat ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membisu seribu bahasa. Saya ingin membawa kepada perhatian kementerian bahawa kilang ini bakal mengeluarkan sisa radioaktif yang akan mencemarkan persekitaran.

Bahan radioaktif “lathanide” ataupun “rare earth” yang sama bahannya seperti kes Bukit Merah pada tahun 80an yang sehingga kini kes-kes cacat, kanser mangsa-mangsa masih lagi mendapat rawatan. Saya hendak tahu apa keputusan ataupun pendirian kementerian dalam hal ini. Adakah Kementerian akan membiarkan sisa tersebut ditanam di dalam bunker konkrit di perut bumi Kuantan? Ini kerana sisa itu akan terus aktif kerana jangka hayat radioaktif ini beribu tahun.

Lama selepas kilang ini atau company ini balik ke Australia. Kalau mereka membuat aktiviti manufacturing di Kuantan selama 20 tahun.

Mereka balik dan meninggalkan sisa itu di perut buni Kuantan, siapa akan bertanggungjawab? Saya hendak tanya kepada kementerian, anak cucu kami nanti di Kuantan, kalau kena kanser, kalau cacat, bayi yang ada di dalam kandungan ibu di Bukit Merah. Saya hendak tanya siapa yang akan bertanggungjawab, adakah kementerian melihat kepada perkara ini? Bagi saya ini adalah masalah besar sebab ini melibatkan anak cucu saya ya, di Kuantan.

Saya hendak dengar apa jawapan Menteri, jangan pass lagi kepada MOSTI sebab MOSTI sudah keluar pun… AELB sudah keluarkan lesen untuk memulakan membina kilang tersebut sebab?mereka dismiss, mereka kata tidak ada.

Sekarang saya tanya pasal sisa, saya hendak tanya, tidak bolehkah kita suruh mereka bawa balik sisa ini, mereka bawa daripada Australia? Kenapa kita jadi dumping ground? Kalau di New York, ada satu kapal bawa radioaktif material, hendak lalu dekat pelabuhan, New York tidak?membenarkan kapal itu berlabuh. Kita hendak bagi senang-senang, bahan yang dibawa dari Australia, ditanam di perut bumi kita. Ini saya hendak tanya kepada kementerian, apa dia? Pendirian kita? Adakan kita akan benarkan dan 20 tahun yang akan datang ataupun masa akan?datang, perkara yang sama berlaku di Bukit Merah, saya hendak tanya kepada pihak kementerian.

Saya betul-betul menyarankan, saya bukan mempolitikkan isu ini, ini isu rakyat, ini isu?keselamatan, ini isu pencemaran dan harus kita bersama-sama dalam hal ini… [Tepuk] Saya mahu pergi ke Butiran yang sama iaitu 060300 berkenaan dengan penggunaan plastik danpolystyrene. Setakat ini saya belum mendengar pendirian kementerian berkenaan dengan apakah way forward kita ataupun unjuran masa depan kita. Apakah kempen kita, apakah yang kita akan lakukan berkenaan dengan penggunaan polystyrene dan plastik yang memberi impak yang besar kepada climate change di negara kita, bukan impak yang kecil tetapi impak yang?besar.

Kita setakat ini, belum buat apa-apa pun, kita guna polystyrene dan plastik sewenang-wenangnya. Kita harus akui dan terima hakikat bahawa anak cucu kita nanti yang akan menjadi mangsa kepada sikap tidak tanggungjawab kita pada hari ini. Saya hendak dengar apa?kementerian akan jawab berkenaan dengan perkara ini. Apakah kempen yang akan dilakukan?

Apakah past dasar, apa dia polisi, apa dia akta yang akan dibawa ke dalam Dewan ini? Jadi itu beberapa perkara yang saya ketengahkan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *