Extract of Handsard – PKR Kuantan MP Fuziah Salleh Debates Lynas Issues In Parliament On 4th November 2009

Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas

Perbahasan MP PKR Kuantan YB Fuziah Salleh Di Parlimen Berkenaan Isu Lynas

Puan Hajjah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan kerana setuju dengan saya. Itulah yang kita hendak lihat kerajaan bukan sahaja tegas tetapi meletakkan KPI dan kemudian deliver. Buktikan bahawa kerajaan sungguh-sungguh. Itu yang saya maksudnya.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012. Sejak persetujuan pada tahun 1997, Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruhnya dunia sudah bercakap tentang going green, orang tua, orang dewasa malah kanak-kanak di merata pelosok dunia sudah ada kesedaran tentang going green. Sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI.

Ini tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh.

Tuan Yang di-Pertua saya amat-amat ambil berat dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Oleh sebab itulah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau rare earth di Gebeng, Kuantan di mana sisa buangannya nanti mengandungi sisa-sisa radioaktif.

Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak LYNAS membawa sisa pemprosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat, half-life-nya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan buat satu jangka masa yang begitu lama selepas LYNAS menutup kilang nanti. Ketika itu siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *