Video Clip – Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh sertai Demo Stop Lynas Solidarity Walk – Beri ucapan! 20 Mei 2011

Saudara-saudara,

Deligasi-deligasi 6 orang baru saja keluar dari Australian High Commission, dan kita mengambil masa dekat 1 jam berbincang dengan No. 2 dalam Australian High Commission, dan mereka cukup memberi kita ruang, cukup memberi kita peluang, untuk mendengar apa yang kitra ingin katakana.

Kita amat berbesar hati kerana mereka mewakili kerajaan Australia cukup memberi kita masa, malah lebih baik daripada kementerian-kementerian di Malaysia kita sendiri. Mereka mendengar apa yang kita risaukan, mereka dengar apa yang kita nak cakap, kita bagitahu apa yang kita takutkan, bagaimana kerajaan Malaysia boleh meluluskan projek ini tanpa bertanya kepada rakyat. Berbanding dengan di Australia, semua kena tanya rakyat, kalau rakyat tak setuju, tak boleh buat, tapi di Malaysia, rakyat tak ada suara… Tapi sebab itu-lah, saya berterima kasih kepada pasukan polis kerana menjaga keselamatan, malah pasukan polis juga beri saya buat press conference di luar sana tadi, tepukan kepada mereka satu lagi.

Sebab banyak kali saya katakan bahawa musuh kita bukan polis, polis menjaga keselamatan kita, yang mengugat keselamatan kita adalah Lynas. Yang mengugat keselamatan kita ialah Lynas.

Stop Lynas! Stop Lynas! Stop Lynas!

Save Malaysia! Save Malaysia! Save Malaysia!

Lynas goes home! Lynas goes home! Lynas goes home!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *