PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

FMT – Loji Lynas, penduduk bantah kerana isu keselamatan

Free Malaysia Today

Muda Mohd. Noor | June 9, 2011

Loji seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia (Bukit Merah, Perak) memang membahayakan penduduk.

PETALING JAYA: Penduduk sekitar Kuantan membantah loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation kerana bimbang keselamatan mereka, Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Suhaimi Saad .

Beliau berkata, loji seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia (Bukit Merah, Perak) memang membahayakan penduduk.

Menurutnya, jaminan keselelamatan penduduk perlu melebihi   kepentingan politik dan wang ringgit.”Apa yang berlaku sebelum ini, loji seperti itu memang membahayakan penduduk di kawasan sekitarnya.

“Bayangkan jarak rumah kami antara tiga hingga 10 kilometer dengan loji Lynas tersebut.

“Sudah tentu ia membahayakan 15, 000 penduduk Gebeng, Sungai Ular, Cherating, Balok, Sungai Karang dan taman perumahan.

“Mengapa pilih kawasan kami, mengapa tidak pilih kawasan yang tidak ada penduduk” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Operasi bulan September

Menurut Suhaimi loji Lynas tersebut dijadualkan beroperasi pada bulan September depan untuk kegunaan kilang pembuatan alat eletronik.

Loji itu dibina di atas kawasan lapang seluas 100 hektar sama keluasan 140 padang bola di Gebeng dekat Kuantan akan menggunakan pekerja tempatan seramai 400 orang.

Menurut Suhaimi pada peringkat awal penduduk sekitar tidak mengetahui projek pembinaan loji tersebut sehinggalah ia dipamerkan untuk pemeriksaan panel antarabangsa.

“Isu ini telah disembunyikan oleh pihak tertentu yang mempunyai  kuasa, mereka seperti tidak mempunyai perasaan terhadap kebimbangan penduduk.

“Seperti yang saya katakan, mereka mungkin nampak kepentingan lain berbanding keselamatan penduduk,” tambahnya.

Suhaimi berkata, penduduk akan terus memprotes pembinaan loji Lynas tersebut seperti yang dilakukan dalam tiga siri protes  sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *