PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Pembentukan Panel Pakar Antarabangsa- Menteri MITI terlalu sibuk untuk berbincang dengan Warga Kuantan.

Kenyataan Media
Ahli Parlimen Kuantan
27 April 2011.

Pejabat saya baru menerima maklumbalas bahawa Menteri MITI begitu sibuk dan tidak dapat memberikan satu tarikh yang sesuai dalam minggu ini untuk bertemu dengan saya serta 5 orang wakil dari warga Kuantan.

Hasrat kami untuk berbincang dan memberikan saranan berkenaan Panel Pakar yang akan di tubuhkan oleh MITI tidak mendapat layanan.
Sedangkan pada 23 April 2011 YB Menteri membuat kenyataan bahawa pihak beliau akan membentuk Panel Pakar pada minggu ini.

Sehubungan dengan itu, jelas Menteri MITI tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan bahawa proses pembentukan Panel ini berlaku secara telus serta bertanggungjawab kepada rakyat . Malah hasrat wakil warga Kuantan seramai 5 orang untuk berbincang tentang pembentukan Panel Pakar tersebut turut tidak diendahkan.

Terma rujukan serta skop Panel Pakar ini juga dikhuatiri – Kemungkinan besar bahawa pembentukan Panel ini ialah untuk menyedapkan hati rakyat dengan mengiyakan apa yang telah dikatakan oleh pihak Kerajaan sebelum ini susah untuk disangkal lagi. Ianya juga bukan untuk benar-benar menjamin keselamatan rakyat seperti yang di janjikan.

Slogan Rakyat diDahulukan tinggal slogan dan janji manis kepada rakyat. Hakikatnya ialah berlainan sama sekali.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *