HANSARD DEWAN NEGARA – Berkenaan Lynas Soalan Dari Senator Dato’ Mohammed Najeeb 20hb April 2011

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
menyatakan, apakah kementerian berhasrat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada Lynas Corporation untuk membina kilang rare earth di Gebeng. Sekiranya diteruskan apakah langkah-langkah keselamatan yang akan diambil bagi menjamin tidak berlaku kebocoran radiasi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Fadillah bin Yusof]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya memberikan jawapan secara bersekali bagi tiga soalan yang hampir serupa yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan?dengan pembinaan kilang rare earth di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. seperti berikut:

(i) Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah untuk jawapan
pada hari ini;
(ii) Yang Berhormat Tuan Lee Cheam Choon untuk jawapan pada 26 April
2011; dan
(iii) Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad untuk jawapan juga
pada 26 April 2011.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ataupun LPTA iaitu agensi di bawah MOSTI adalah terhad di dalam bidang keselamatan sinaran sahaja.

DN 20.4.2011 20

Pihak Lynas Sdn. Bhd. wajib mendapatkan pelbagai lesen dan kebenaran dari semua
agensi penguat kuasa yang berkaitan bagi membolehkan ianya beroperasi di Malaysia termasuk Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, pihak berkuasa tempatan atau Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang dan sebagainya.

Dalam hubungan ini LPTA telah melakukan penilaian perlesenan berdasarkan Akta
Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan peraturan-peraturan subsidiari yang dibuat di bawahnya. Sehingga kini LPTA telah mengeluarkan lesen untuk penempatan tapak dan?pembinaan, sitting and construction dengan izin, sahaja bagi tempoh sah lesen yang bermula?daripada 19 September 2009 hingga 18 September 2011 bagi tujuan mendirikan kilang.

Lesen tersebut dikeluarkan memandangkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Lynas adalah selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar. Selepas pengeluaran lesen penempatan tapak dan lesen pembinaan, penilaian terhadap pengeluaran lesen pengendalian ataupun operational dengan izin, akan dibuat dengan lebih ketat dan ia adalah untuk memastikan sisa yang bakal dihasilkan kelak harus diurus dengan baik dan selamat di samping memenuhi dan mematuhi kriteria asal seperti mana kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak Lynas semasa permohonan lesen dibuat. Lesen pengeluaran penuh atau dengan izin, full operational tidak akan dikeluarkan jika pihak Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu berkenaan kesan daripada insiden yang
berlaku di Jepun, ingin dimaklumkan bahawa kilang pemprosesan nadir bumi atau rare earth adalah jauh berbeza sama sekali dengan sebarang loji jana kuasa nuklear. Loji jana kuasa nuklear bertujuan menghasilkan tenaga elektrik dari bahan nuklear. Sedangkan kilang pemprosesan nadir bumi bertujuan menghasilkan bahan logam yang jarang ditemui atau dengan izin, rare metal dari sumber galian yang turut mengandungi bahan galian radioaktif semula jadi.

Oleh itu tahap keradioaktifan hasil sampingan dari kilang pemprosesan nadir bumi adalah jauh lebih rendah dan lebih kecil dari segi kuantiti serta keradioaktifannya berbanding dengan hasil sampingan dari loji-loji jana kuasa nuklear. Dengan memproses nadir bumi logamlogam yang jarang ditemui dan diperlukan dalam bidang teknologi tinggi seperti teknologi elektronik dan juga teknologi angkasa lepas dapat dihasilkan untuk menyumbang pada?pembangunan ekonomi dan eksport negara.

Di samping membolehkan bahan-bahan galian radioaktif semula jadi dibekalkan supaya lebih mudah diurus serta diasingkan dari alam persekitaran untuk kesejahteraan manusia.

DN 20.4.2011 21

Bahan-bahan logam yang dihasilkan melalui pemprosesan nadir bumi ini juga adalah
dianggap sebagai bahan strategik terutama oleh negara-negara maju kerana sangat penting?dalam penghasilan peralatan dan sistem berteknologi tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan sama ada projek loji jana kuasa nuklear berada di bawah bidang kuasa Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia dan kerajaan masih mengkaji keperluan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan penjanaan tenaga elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab sama ada kajian terperinci kesan alam sekitar
dilaksanakan laporan Radiological Impact Assessment ataupun singkatannya RIA sebelum lesen penempatan tapak dan pembinaan sitting and construction telah dilakukan, di mana RIA ini merupakan sebahagian daripada kehendak environmental impact assessment ataupun EIA yang disyaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu lesen itu dikeluarkan.

Perkara ini dilaksanakan sebagaimana standard yang dikenakan kepada pelabur-pelabur?lain jika ianya berkaitan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan ya, tambahan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang agak baik tadi. Jadi Lynas Corporation dari Australia telah melabur hampir atau sejumlah yang amat tinggi iaitu RM700 juta, satu pelaburan yang besar.

Saya ingin tahu apakah sebenarnya yang membuatkan syarikat ini datang ke Gebeng
Kuantan memilih Gebeng Kuantan atau Malaysia sebagai secara khususnya untuk melabur.

Adakah kerana ada push or the pulling factor. Push maksudnya adakah pihak-pihak yang menolak pelaburan ini ke sini atau kita sebagai yang menyediakan investment climate yang baik, yang menarik syarikat ini dari Australia untuk memproses apa yang kita panggil tanah jarang ke sini. Rare earth ini tanah jarang… [Ketawa]
Keduanya, kalau di Dewan Rakyat sendiri pihak Menteri telah menjawab tentang isu
yang sama, yang mana kumbahan daripada kilang ini nanti tidak akan mengandungi bahan radiasi ataupun radioaktif. Jadi kalau itu jawapannya apa lagi yang kita semua hendak risau.

Kalau benarlah jawapannya seperti mana yang diberikan oleh Menteri semasa menjawab soalan ataupun isu yang sama ketika dibangkitkan dalam Dewan Rakyat. Untuk meyakinkan kita, saya ingin tahu sama ada pihak badan bebas antarabangsa akan diguna atau dijemput bagi memastikan yang kumbahan daripada kilang ini nanti benar-benar tidak mempunyai ataupun mengeluarkan bahan-bahan radiation ataupun radiasi. Terima kasih.

1120

Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Najeeb.
Soalan pertama tadi sama ada kita ada push or pull factor, ini lebih kepada bidang kuasa MIDA.

DN 20.4.2011 22

Akan tetapi dalam makluman yang saya perolehi, mereka melihat bahawa kedudukan
lokasi Malaysia adalah merupakan lokasi yang amat dekat dengan Australia. Tanah ini dihasilkan di Alice Spring iaitu di penghujung Australia. Kalau dibandingkan di tempat mereka menghasilkan, pergi ke mana yang paling dekat di Australia pun ialah Perth dan jarak perjalanan menggunakan kereta api dan menggunakan kereta dikirakan oleh mereka, mereka merasakan Malaysia lebih murah untuk mereka membuat pelaburan terakhir untuk menghasilkan teknologi yang terkini daripada rare earth tersebut ataupun rare earth ini, nadir bumi dalam istilah saintifiknyalah. Saya pun kali pertama juga dengar nadir bumi ini. Kalau semua tanya sebut nadir bumi, kita pun tidak faham agaknya tetapi kalau rare earth mungkin lebih senang untuk kita memahami. Itu yang pertama.

Kedua, saya kira mereka juga melihat bahawa Malaysia mempunyai kepakaran dan juga
dari segi untuk penghasilan. Ini kerana akhirnya benda ini nanti akan di eksport. Hasil hilirannya akan dieksport ke Jepun, ke negara-negara Eropah dan juga Amerika. Maka kedudukan Malaysia dilihat sebagai kedudukan yang strategik untuk pelaburan tersebut. Di samping itu, Malaysia mempunyai komitmen dari segi dapat melahirkan sumber manusia yang berkepakaran.

Ini kerana, teknologi ini memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu. Oleh sebab itu kita melihat bahawa peluang yang akan kita perolehi ialah lebih kurang 450 bidang kerja kepakaran tertentu yang perlu kita hasilkan.

Dari segi MOSTI, tanggungjawab dan tugas kita ialah berkaitan dengan sains dan
teknologi. Kita melihat dari sudut sains dan teknologi. Daripada sains dan teknologinya, rare earth ini ialah kedudukannya yang saya jawab tadi, dari segi keradioaktifannya adalah dari segi yang asli. Maknanya, memang kalau kita gali akan tanah ini, memang akan ada radioaktif tetapi setakat mana? Adakah di tahap yang selamat ataupun tidak? Jadi hasil daripada rare earth ini sebenarnya kandungannya dari segi saintifiknya adalah yang selamat untuk kita proses.

Jadi sama ada pematuhan nanti diletakkan di bawah tanggungjawab banyak kementerian, banyak agensi termasuklah Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Kebetulan pagi tadi saya mendengar berita Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kata mereka akan menjemput pakar-pakar dari luar negara untuk membuat due diligent untuk memastikan bahawa apa yang berlaku di Lynas ini akan di certified dan diaudit oleh pakar-pakar perunding dari luar negara untuk memastikan bahawa perkara ini iaitu apa yang diperkatakan mereka adalah benar dan tidak akan memberikan kesan sampingan kepada sama ada orang Pahang di Kuantan khususnya, apatah lagi alam sekitar di Pahang itu sendiri. Ini yang saya dengar pagi tadi. Maka, itu komitmen daripada kita dan kita akan membantu Kerajaan Negeri Pahang.
Malahan, dalam dialog-dialog yang kita adakan, kita membawa semua stakeholders
sama ada di peringkat universiti, pakar-pakar dalam bidang nuklear, the practitioners dan juga daripada luar negara untuk bersama dalam sesi dialog dan perjumpaan dengan rakyat.

DN 20.4.2011 23

Insya-Allah, bulan Mei nanti saya sendiri akan turun untuk berada di Kuantan mendengar rintihan daripada rakyat dan memberikan penjelasan apakah kedudukan dari segi sains, faktafakta sains dan teknologi, adakah ianya memberikan kesan negatif ataupun kesan positif kepada Kuantan itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Ng Fook Heng: Tuan Yang di-Pertua, perkara rare earth ini, kilang Lynas di Gebeng di Kuantan ini memang sekarang ini hangat diperkatakan dan dibincangkan di Kuantan.

Soalan saya adalah, kerajaan pernah ada pengalaman di Bukit Merah berkenaan dengan nadir bumi ini iaitu juga sensitiviti rakyat membantah pemprosesan di sana.

Jadi, kenapa awal-awal lagi, sebelum dilaburkan dan sebelum diluluskan, pihak-pihak berkuasa, kerajaan atau agensi yang tertentu tidak mengadakan roadshow ataupun taklimat atau keterangan kepada semua rakyat di Kuantan supaya meyakinkan mereka dan selepas itu setelah semua setuju baru menjalankan pembinaan loji? Sekarang sudah 90 peratus siap kilang itu. Sekian.

Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebenarnya
kita sudah membuat taklimat kesedaran awam berkaitan dengan perkara tersebut. Untuk makluman, kita telah mengadakan taklimat bersama dengan wartawan pada 21 Julai 2009 yang diadakan di Kuantan. Kedua, kepada ketua-ketua jabatan kerajaan yang berpejabat di Kuantan juga pada 21 Julai 2009, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Ahli-ahli Exco negeri Pahang pada 22 Julai 2009 dan Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang pada 23 Julai 2009 di mana pada waktu tersebut kita juga jemput orang-orang awam untuk bersama dalam taklimat dan majlis dialog tersebut.

Kita sudah memberikan penjelasan dari segi the scientific aspect of it, dari fakta saintifik adakah ianya ada bahan-bahan sampingan dari segi radiasi dan sebagainya. Maka, ini akan diteruskan. Oleh sebab itu bila ini berlaku, maka insya-Allah pada bulan Mei nanti kami sendiri akan turun bersama untuk melihat kembali. Salah seorang panelist dalam majlis dialog ini, forum ini ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, seorang wakil PAS yang juga merupakan pensyarah dalam bidang nuklear daripada UKM dahulu dan mereka mempunyai kepakaran dan kita sendiri menjemput sebab ini adalah berkaitan dengan keselamatan negara, dan sebab itu kita kena
melibatkan semua stakeholders untuk memberikan penjelasan. Oleh sebab itu saya memberi jaminan dari segi saintifiknya bahawa perkara ini adalah perkara yang selamat dan bukan apa yang dikatakan di luar sana. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *