PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

MB lupa kah siapa yang keluarkan Lesen Premis kepada Lynas?.

Saya merujuk kepada kenyataan YAB MB Pahang, sewaktu menggulung titah DYMM Sultan Pahang diakhir sesi sidang DUN Pahang 19 Apr 2011

MB: Jangan cerca kami, Pahang tiada kuasa beri Lynas lessen

Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kenyataan beliau yang mengarahkan tanggungjawab kepada Lembaga Perlesenan Atom Malaysia, sungguh tidak bertanggung jawab kerana sekiranya Kerajaan Negri Pahang tidak mengeluarkan lesen premis, maka LAMP tidak akan mendapat tapak untuk mendirikan logi mereka. Dan LAMP tidak mungkin boleh mahu mula memproses rare earth pada hari ini.

Kerajaan Pahang juga kata mereka berpuas hati dgn tahap keselamatan yang dilaporkan oleh LPTA. Akan tetapi LPTA pula pernah berkata bahawa mereka hanya keluarkan Lesen. MITI yang beri ” Strategic Pioneer Status” dan pengecualian cukai selama 12 tahun.

Macam cerita “Bangau Oh Bangau” nampak gayanya.
Siapa harus bertanggungjawab?

PM Najib… Kenapa berdiam diri selama ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *