TUNJUK RASA: PROTES MEDIA Oleh PLATFORM Anak Muda 16 Apr 2011

PLATFORM ANAK MUDA
16 apr 2011

Kenyataan media 
(Untuk tujuan siaran dan hebahan serta-merta)

Bersempena dengan Tunjuk Rasa: Protes Media hari ini, Platform Anak Muda mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat.

Di Malaysia, hampir semua jenis media dari televisyen, radio hinggalah ke akhbar dikekang hebat dengan menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menutup maklumat yang pluralis pandangan dari sampai ke masyarakat dan hal ini dapat dilihat sepanjang 10 hari kempen pilihanraya negeri Sarawak yang baru sahaja selesai semalam.Tindakan ini hanya membawa Malaysia mundur sekaligus bercanggah dengan gagasan 1Malaysia, “rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan” yang dipopularkan oleh PM kita. Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi tidak kira sama ada media itu berpihak kepada pihak mana sekalipun.”Rakyat perlu dibebaskan untuk membuat pilihan supaya rakyat menjadi pemegang kuasa sebenar”Platform Anak Muda16 April 2011
________________________________________
Tunjuk Rasa: Protes Media!
Masa
Saturday, April 16 · 4:00pm – 6:00pm
Lokasi Masjid Jamek dan seluruh negara
AnjuranPlatform.AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *