PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Bauksit: Tiada makna penahanan dilakukan SPRM jika AG tidak mendakwa

Penahanan seorang pembantu am dan pegawai di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRM) tidak akan membawa sebarang makna jika Peguam Negara (AG) tidak melakukan pendakwaan, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Beliau dipetik berkata, bidang kuasa SPRM hanya untu menyiasat tetapi bukan mendakwa.”“Aktiviti membantu perlombongan haram ketika moratorium yang diumumkan kementerian adalah perbuatan khianat kepada negara, insan dan alam sekitar serta tidak ada toleransi yang wajar diberikan kepada pengkhianat.
“Namun, SPRM hanya punya kuasa untuk menyiasat tetapi tidak untuk mendakwa. Taring SPRM sudah dipotong rejim kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu terus membantutkan proses demokrasi, amalan ‘good governance’ serta integriti dan ketelusan di dalam urus tadbir,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun beliau mengucapkan taniah kepada SPRM susulan kejayaan menahan beberapa penjawab awam di PTG di Kuantan kerana disyaki membocorkan maklumat operasi kepada pelombong haram bauksit.
Katanya, pihak Peguam Negara perlu membuktikan kesungguhan mereka untuk membersihkan rasuah di dalam industri perlombongan bauksit haram dengan mendakwa semua tertuduh yang ditahan SPRM itu.

Terkini pada 5 Ogos SPRM menahan seorang pembantu am di PTG Pahang kerana disyaki menerima rasuah membocorkan maklumat operasi kepada pelombong bauksit haram.
Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan kegiatan perlombongan bauskit ini seramai 11 orang termasuk seorang Pegawai Kanan Kastam dan sembilan kakitangan PTG Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *