PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Logo ditolak: Pakatan Harapan akan hantar semula

Turut hadir hari ini adalah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

 

PUTRAJAYA – Pejabat Pendaftar (RoS) hari ini menolak logo Pakatan Harapan kerana logo tersebut tidak mempunyai perkataan Pakatan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, RoS tidak menerima logo dan simbol sekarang.

“Teguran sudah dibuat dan kami akan cari jalan untuk mengubahnya.

“Menurut mereka, logo ini tidak sesuai kerana ada perkataan penuh Pakatan di mana ia menunjukkan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

“Sebelum ini kami sudah pun menghantar logo dan perlembagaan parti kepada RoS secara atas talian.

“Kami sudah ditegur ketika itu, tetapi kami hantar juga hari ini dalam bentuk hard copy kepada mereka,” katanya kepada media, selepas bertemu RoS di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada sudut perlembagaan, ia tiada.

“ROS menerima perlembagaan kami setakat ini,” ujarnya.

Beliau berkata, walaupun ROS tidak menetapkan tarikh, tetapi Pakatan Harapan akan cuba siapkan secepat mungkin mengenai logo dan simbol ini.

“Ia akan dihantar dalam tempoh dua hari bekerja. Perkara itu harus disegerakan bagi memudahkan pergerakan Pakatan Harapan menjelang PRU14.

“Apabila semua dah ada, ia memudahkan kami untuk langkah seterusnya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *