PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Kenyataan Media Pemimpin Pakatan Harapan Berkenaan Post Mortem Pilihanraya Sarawak

KENYATAAN MEDIA PIMPINAN PAKATAN HARAPAN TENTANG POST-MORTEM PILIHAN RAYA SARAWAK

 

11 MEI 2016

 

Pakatan Harapan, melalui Majlis Presidennya yang bermesyuarat pada 11 Mei 2016, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Sarawak yang telah mengundi calon-calon daripada parti-parti dalam Pakatan Harapan, iaitu KEADILAN, DAP dan Amanah, di pilihan raya Sarawak pada 7 Mei 2016. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli parti, penyokong dan sukarelawan yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus membantu calon-calon kami.

 

Pimpinan Pakatan Harapan mengakui kelemahan semasa Pilihanraya DUN Sarawak telah memberikan kesan kepada keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan.

 

Kami mendengar segala pandangan, keluhan dan kritikan daripada rakyat, pengundi, pekerja parti, penyokong, sukarelawan, calon dan pimpinan, serta pelbagai pihak lain, tentang persediaan, perjalanan dan prestasi kami dalam pilihan raya ini.

 

Kami telah menetapkan bahawa satu penilaian yang tulus ikhlas (honest evaluation) dilakukan. Dalam hal ini, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan telah memulakan post-mortem pada peringkat parti masing-masing. Selanjutnya, Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh masa terdekat untuk mengenalpasti kesalahan, mengatasi segala kekurangan tersebut dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan dan memperbaiki organisasi dan strategi kami khususnya untuk berhadapan dengan gelanggang yang lebih besar, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Perjuangan menegakkan kebebasan, kebenaran dan keadilan, serta melaksanakan perubahan  bukanlah mudah. Di sebalik segala cabaran yang dihadapi ini, kami tidak akan berputus asa. Sebaliknya, kami bertekad untuk berkumpul-semula (re-group) dan memfokus-semula (re-focus) serta meningkatkan iltizam untuk meneruskan perjuangan ini demi rakyat Malaysia.

 

YB DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden KEADILAN

 

YAB LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP

 

TUAN HAJI MOHAMAD SABU

Presiden AMANAH

 

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *