PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Kehangatannya kini telah terasa

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya telah pun selesai menyerahkan borang penamaan calon untuk bertanding lagi dalam pru 13 ini.Dengan langkah yang jitu,semangat yang berpadu,gerakan yang seiring bersama sama calon Pakatan Rakyat menuju ke Wisma Sri Pahang untuk menyerahkan borang pencalonan.Syukur diberi peluang sekali lagi untuk bertanding di P083 Kuantan pada kali ini.Ditemani penyokong penyokong yang sentiasa memberi sokongan yang padu dan juga suami tercinta serta ahli keluarga bersama sama berarak menuju ke Wisma Sri Pahang pada pagi ini.

 

Terima kasih kepada semua yang hadir pada pagi ini..DEMI RAKYAT!

Bersama keluarga tersayangbergambar bersama calon pakatan sebelum memasuki wisma pahang.IMG_7573

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *