PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Debaran kini telah pun terasa kehangatannya.

Alhamdulillah,pada hari  ini saya bersama sama pasukan bergerak ke pusat penamaan calon yang terletak di Wisma Negeri Pahang (berdekatan Masjid Negeri Kuantan).Dengan paduan suara yang bergema,iltizam yang padu dan semangat yang jitu telah membawa langkah kami yang seiring berkumpul di sana untuk menyampaikan borang penamaan saya untuk bertanding di Parlimen Kuantan P083 ini pada PRU 13 ini.Turut menemani saya pada hari ini,suami saya yang tercinta Prof Dr Russly Abdul Rahman dan ahli keluarga saya .InsyaALLAH tekad saya pada kali ini adalah untuk menukar sebuah kerajaan baru yang memberi banyak manfaat kepada rakyat selepas ini..Syukur sangat sangat kerana urusan pada hari ini berjalan dengan lancar…DEMI RAKYAT!

Terima Kasih atas sokongan anda semua pada kali ini..!

Bersama keluarga tersayang

IMG_7573bergambar bersama calon pakatan sebelum memasuki wisma pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *