Pentas Anak Muda – Hentikan politik korup dan bankrupt

UMNO dan sekutunya disaran menghentikan amalan politik yang korup dan tidak matang. Hjh Fuziah Salleh dalam ucapannya di Pentas Anak Muda Sg Isap pada 4 April yang lalu mendesak parti tersebut dan komponennya menghentikan siri-siri ugutan yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari yang lalu. Antara bentuk ugutan yang dilakukan ialah membaling Bilik Gerakan DUN Teruntum dengan telur, mencederakan Ketua Unit IT PKR Kuantan, mencalar dan memancitkan tayar kereta petugas-petugas PR dan pelbagai lagi tindakan yang dilihat tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau lagi, anak muda perlu memainkan peranan dalam menjana perubahan ke arah menentukan masa depan negara yang lebih aman dan makmur. Tindakan-tindakan tidak bermoral dalam perjuangan seharusnya tidak wajar diberi pertimbangan dalam usaha menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Pelbagai isu dalam negara perlu diambil perhatian serius dan rakyat mempunyai hak untuk  diberi pendedahan tentang masalah-masalah ekonomi negara, hutang negara dan perbelanjaan negara yang semakin meningkat kerana ianya memberi kesan yang besar kepada cara hidup rakyat. Rakyat yang bijak seharusnya menggunakan setiap ruang dan peluang untuk memastikan hak rakyat dipenuhi dan tidak diselewengkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Dengarkan ceramah penuh YB Fuziah Salleh di Pentas Anak Muda Sg Isap di http://www.youtube.com/watch?v=a9WuP-Y94Ok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *