Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma tarik perhatian penduduk

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma yang dibuka kepada orang ramai di Tanah Putih Baru sejak jam 9 pagi tadi memudahkan penduduk setempat mendapatkan pemeriksaan dan kaunseling kesihatan. Program yang menjadi aktiviti mingguan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di kawasan-kawasan terpilih sejak beberapa bulan lalu menawarkan pemeriksaan kesihatan oleh doktor-doktor pakar untuk memastikan rakyat mendapat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.

image

Ahli Parlimen Kuantan, YB Hjh Fuziah Salleh turut meluangkan masa menziarahi ahli masyarakat yang terlantar dari rumah ke rumah. Penduduk setempat boleh terus mengunjungi kem kesihatan ini sehingga jam 4 petang ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *