Kenyataan Media MP Kuantan Fuziah Salleh pada 23hb Feb 2013 – MPK berat sebelah, amalkan peraturan berbeza untuk pembangkang?

Sample Kenyataan Media Fuziah Salleh 5
Kenyataan Media
Fuziah Salleh
MP Kuantan
23hb Feb 2013

Pada hari jumaat 22feb 2012, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di Jalan Beserah di kunjungi oleh pegawai penguatkuasa MPK yang membawa arahan daripada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan YH Dato Hj Zulkifli bin Hj Yaacob: meminta pihak saya menurunkan bendera parti Keadilan yang telah dipasang di tiang-tiang lampu disekitar Kuantan. Alasan yang diberikan ialah bahawa bendera parti tidak di benarkan dipasang di pusat bandar. Pihak kami juga diberi tempoh 2 hari untuk mencabut bendera2 parti tersebut dan kegagalan pihak kami mencabut akan mangakibatkan pihak MPK sendiri akan mencabut bendera tersebut.

Arahan ini tidak masuk akal sama sekali, memandangkan pihak BN sudah pun memasang bendera mereka lebih awal sebelum ini dan dengan jumlah yang lebih banyak.

YDP MPK Dato Zulkifli juga sebelum ini didalam kenyataan beliau yang diterbitkan oleh akhbar Sin Chew Edisi Timur telah dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut apabila ditanya berkenaan dengan kehadiran bendera parti politik sekitar Kuantan.

Beliau dilaporkan berkata:

1) PRU sudah dekat, maka pihak MPK tidak akan mengambil tindakan mecabut bendera parti-parti,

2) Beliau juga di petik berkata : bendera-bendera jikalau tidak membahayakan dan tidak menghalang penglihatan, maka penguatkuasa MPK tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka

3)Antara alasan MPK tidak mencabut bendera ialah apabila Penguatkuasa MPK mengambil tindakan akan mengakibatkan kemarahan dan tidak puas hati penyokong-penyokong masing-masing, maka kenapa MPK harus berbuat demikian?

Kenyataan YDP MPK diatas jelas bertentangan dengan arahan yang di keluarkan oleh pihak beliau sendiri terhadap Parti Keadilan Rakyat semalam.

Maka dengan ini, saya ingin menegaskan dengan setegas-tegasnya bahawa pihak Parti Keadilan Rakyat menolak amalan “double standard” yang di tunjukkan oleh pihak YDP MPK. Persoalannya, adakah beliau mengalami tekanan oleh pihak pemerintah? Mengapakah juga beliau tidak boleh bertindak profesional dengan menggunakan satu set peraturan yang sama untuk parti pemerintah mahupun pembangkang?

Saya juga tegaskan bahawa kami tidak akan mencabut bendera kami dan sekiranya pihak MPK mengambil tindakan mencabut bendera PKR, maka saya cabar pihak MPK turut mencabut SEMUA bendera di seluruh kawasan Parlimen Kuantan dibawah seliaan MPK.

Berkhidmatlah untuk rakyat dengan ikhlas dan berlaku adillah kepada semua, dan peganglah kepada kenyataan diri beliau sendiri. Rakyat pembayar cukai tuntut keadilan dan profesionalisma dari pihak MPK.

Sekian. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *