PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

SMSL akan berpiket semasa AGM Lynas

Malaysiakini
Wong Teck Chi
9:08PM Nov 13 2012

Gabungan SMSL (Save Malaysia Stop Lynas) akan mengadakan satu demonstrasi pada 20 November semasa mesyuarat agung tahunan Lynas Corporation di Sydney.

Menurut Pengerusi SMSL, Tan Boon Teet, beliau dan 18 yang lain dari Kuantan akan menyertai demonstrasi tersebut.

“Misi kami adalah untuk menghantar mesej bahawa kami tidak akan berputus asa hanya kerana halangan kecil di mahkamah.

“Kami juga mahu pemegang saham Lynas memahami situasi kami dan bukan hanya mendengar dari syarikat.

“Akhirnya, kita mahu pemegang saham tahu risiko yang terlibat. Kami akan berjuang hingga ke akhirnya.  Kami tidak akan membenarkan kilang Lynas beroperasi,” katanya ketika dihubungi.

Minggu lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menarik balik penggantungan lesen operasi sementara Lynas untuk memproses nadir bumi di Gebeng, di sebuah kawasan kawasan perindustrian di utara Kuantan.

http://www.malaysiakini.com/news/214150

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *