Kenyataan Media Pada 7hb Nov 2012 – Manipulasi Daftar Pemilih Oleh SPR

KENYATAAN MEDIA

7hb Nov 2012

MANIPULASI DAFTAR PEMILIH OLEH SPR


Daftar pemilih yang bersih merupakan asas kepada Pilihanraya yang bebas dan adil. Didalam keadaan dimana pilihanraya umum yang ke13 boleh dipanggil bila-bila masa dan tempoh penggal Parlimen ke 12 tinggal kurang dari 6 bulan sebelum ianya boleh dibubar secara automatik, semakan Parti Keadilan Rakyat mendapati pelbagai bentuk kejanggalan didalam daftar pemilih yang boleh disifatkan sebagai kegagalan SPR serta tidak menolak kemungkinan manipulasi   dengan sengaja oleh SPR.

Bentuk-Bentuk Kejanggalan

1. Data dalam Daftar Pemilih yang Janggal.

Contoh 1. Pendaftaran nama pemilih yang   melibatkan tarikh pohon sebelum pemilih cukup umur (sila rujuk laporan Audit daftar yang dibekalkan kepadaPSC)

Contoh 2. Kejanggalan Jantina pemilih.

2. Pembetulan sempadan lokaliti pilihanraya yang melibatkan perpindahan pemilih keluar dari Dun atau Parlimen yang jelas melanggar undang-undang pilihanraya. Sejumlah 32,000 lebih kurang pemilih terlibat.

3. Pencantuman lokaliti yang menjadikan mustahil bagi parti politik pembangkang untuk mencari pengundi. Jawapan dari SPR melalui Menteri diJPM pada 22 oktober 2012 didalam perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri jelas menyatakan bahawa SPR tiada niat untuk membekalkan alamat penuh pemilih kepada parti-parti politik. (rujuk hansard)

4. Manipulasi Daftar Pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang di pamerkan setiap suku.  Masuk dan Keluar nama tanpa di pamer.

Fokus sidang media hari ini merujuk kepada perkara 4.

RDPT merupakan ‘audit trail’ didalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh ‘tally’ jumlah pemilih didalam daftar pemilih setiap suku yang di sahkan melalui cara ini.

Sebaliknya, didapati SPR GAGAL berbuat demikian. SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa di pamer terlebih dahulu.

Contoh ialah Parlimen Kuantan P083 apabila dilakukan audit daftar pemilih diantara daftar pemilih induk Suku ke 4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 (yang dibekalkan oleh SPR kepada PSC) didapati perkara berikut:

1. 155 nama pemilih dimasukkan kedalam daftar pemilih P083 tanpa melalui RDPT.

a. Nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini di masukkan semula kedalam daftar pemilih P083, sedangkan tiada bantahn dibuat keatas nama-nama tersebut.

b. Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) di masukkan tanpa dipamerkan

c. Nama dipindahkan masuk tanpa di pamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini.

2. 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa di pamerkan. Semakan kami menunjukkan

a. Jumlah yang besar terus hilang – tiada dalam rekod

b. Sejumlah besar di pindahkan ke kawasan Parlimen lain TANPA dipamerkan

c. Jumlah pemilih yang dipindahkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos

Pendapatan diatas membuktikan SPR tidak serius membersihkan daftar pemilih dan tidak menolak kemungkinan besar ianya dilakukan  dengan sengaja untuk membantu pihak-pihak tertentu.

Ianya jelas sesuatu yang wajib di tolak oleh rakyat kerana hak mereka telah dirampas oleh SPR.  Oleh itu saya menyeru individu dan NGO seperti BERSIH untuk mewar-warkan perkara ini kepada orang ramai supaya mereka sedar apa yang sedang berlaku berkenaan MANIPULASI SPR.

Hjh Fuziah Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *