PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Subsidi Oh Subsidi….

Sajak ehsan dari MAZA:

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian
beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju…
kalian kata:
jika tidak, semua menderita, habis harta negara…
kalian
berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja…

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira
berjuta-juta…
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian
harta…
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam
selalu…
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban
hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam
berlauk, hari cuma berkuah…
kerana kerajaan kita sedang
susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah…
jika
semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang
makin angkuh, wang papa makin rapuh…
apa yang dapat dibisik
pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang,
sebahagiannya sudah hilang…
jika mereka bertanya siapa yang
bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah
nanti mereka membenci pertiwi…
akibat pencuri harta bumi
rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang…
kami
beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang
hilang, nanti akan datang wang melayang…

dengar
sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi
kehidupan kami…
pernahkah kalian ngerti makna derita dan
susah hati…
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia…
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang
berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak…

sedangkan kalian manusia angkasa…
istana permata
dibina, kereta berjuta dirasa…
elaun di serata, dari isteri
sehingga seluruh keluarga…
hidangan istimewa, konon meraya
kemakmuran negara…

tapi kami masih di sini..di
teratak ini…
dengan lauk semalam..
dengan hidangan
yang tidak bertalam…
dengan rumah yang suram…
dengan
wang yang hampir padam…

tiada istana lawa…tiada
kereta berharga…
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri…tiada hidangan vip…
tiada
persen di sana-sini…tiada bahagian anak dan bini…

tiba-tiba
kalian kata: kamilah beban negara…
aduhai celaka bahasa yang
kalian guna…
kalian yang belasah, kami yang bersalah…
kalian buat untung, hutang kami tanggung…
kalian mewah
melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami
yang terbang…
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa…
kalian makan isi, kami dijadikan abdi…

lantas,
kalian rampas lagi subsidi…
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami…
jika
tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras
diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta…
mengapa
tambang tidak potong sahaja…
tapi entah berapa kali janji…
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti…
hari
demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi…
kami terus
termanggu di sini…
kalian juga yang nikmati…
kami
hanya menggigit jari…

kembalikanlah kepada kami
harta negara…
jangan hanya kalian sahaja yang merasa…

MAZA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *