Bahas Isu Pengangkutan Awam di Kuantan

HANDSARD PENGANGKUTAN AWAM

 

Handsard 10102012

Kementerian Pengangkutan, issue: pengangkutan awam

 

1540 (page 74)

 

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua, saya nak sambung terus perkara yang kedua berkenaan dengan pengangkutan awam. Saya bersyukur kerana dalam bajet yang baru ini disebut berkenaan dengan Rapid Kuantan kerana telah saya suarakan daripada tahun 2009 lagi berkenaan dengan masalah pengangkutan awam di Parlimen Kuantan. Di bandar Kuantan tidak ada bas bandar, tidak ada teksi bermeter, ada empat taxi stand. Jadi kalau hendak naik teksi, kena pergi ke taxi stand ataupun kena telefon teksi.

 

Golongan yang paling bermasalah ialah golongan pendapatan rendah seperti ibu

tunggal dan sebagainya, golongan pesara dan golongan pelancong. Golongan pelancong

mungkin boleh telefon teksi dan mereka boleh bayar. Akan tetapi golongan berpendapatan rendah, kalau mereka memerlukan khidmat pengangkutan awam, mereka langsung tidak mampu sebab hendak panggil teksi pun RM10. Tambahan pula pusat pentadbiran ialah di Indera Mahkota, jauh daripada bandar Kuantan. Jadi kalau hendak pergi tanya tentang bayaran Kebajikan Masyarakat, memerlukan RM20 untuk pergi dan balik. Jadi mereka tidak mampu.

 

Jadi saya di sini, masalah Rapid ini perlu diteliti berkenaan dengan kos efektifnya Tuan Yang di- Pertua. Sebabnya semua syarikat tutup, bungkus kerana tidak cukup volume.

 

Saya harap Rapid Kuantan ini tidak menemui nasib yang sama kerana saya mahu masalah pengangkutan bandar itu ataupun pengangkutan awam itu diselesaikan.

 

Bukan setakat lip service, bukan setakat hendak senangkan hati orang Kuantan seolaholah dah selesai masalah rakyat tetapi yang pentingnya betul-betul dibuat satu kajian kos efektif, feasibility study dan sebagainya dan apa dia penyelesaian yang sebenar-benarnya.

 

Tidak semestinya dalam bentuk Rapid Kuantan tetapi satu bentuk pengangkutan yang boleh benar-benar survive, sustain, takut nanti esok bungkus juga macam syarikat-syarikat yang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *