PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

PR Dakwa PATI Didaftar Sebagai Pengundi

mStar Online
BERITA
Published: Selasa Oktober 2, 2012 MYT 2:31:00 PM
Updated: Selasa Oktober 2, 2012 MYT 2:56:11 PM

PR Dakwa PATI Didaftar Sebagai Pengundi
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendakwa wujud Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang memiliki kad pengenalan palsu didaftarkan sebagai menjadi pengundi apabila nama mereka tersenarai dalam Daftar Pemilih.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata dua PATI tersebut ialah Salleh Samsol dan Hassannuddin Manna, kedua-duanya rakyat Filipina telah didapati bersalah dan telah dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pada September 2010 dan September 2012 namun nama mereka masih terdapat dalam Daftar Pemilih.

“Berdasarkan semakan yang kita buat dengan laman web Suruhanjaya Pilihan Raya nama mereka ini masih lagi tersenarai dalam Daftar Pemilih yang telah disahkan. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata dua PATI tersebut ialah Salleh Samsol dan Hassannuddin Manna, kedua-duanya rakyat Filipina telah didapati bersalah dan telah dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pada September 2010 dan September 2012 namun nama mereka masih terdapat dalam Daftar Pemilih.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan kedua-dua PATI itu telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman oleh mahkamah tapi mereka masih jadi pengundi yang sah. Ini jelas menunjukkan dengan kad pengenalan palsu pun boleh mengundi dan mereka ini telah merampas hak rakyat Malaysia sebagai pengundi yang sah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata berdasarkan bukti yang ada SPR sepatutnya lebih tegas dan perlu segera membersihkan Daftar Pemilih kerana pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

“Kad pengenalan palsu ini boleh dibeli dengan harga RM1,000. Dengan harga serendah itu kewarganegaraan Malaysia boleh dibeli dan mereka ini diberikan hak untuk mengundi dan memilih kerajaan..adakah ini yang kita mahukan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun mendakwa terdapat 75 PATI di kawasannya didaftarkan sebagai pengundi walaupun mereka memiliki kad pengenalan palsu.

“Mereka ini bukan orang Sabah kerana orang Sabah perlu ada nama bapa. Tapi mereka ini tidak mempunyai nama bapa.

“Berdasarkan Ordinan Kelahiran dan Kematian Sabah 1953, semua kelahiran lewat perlu di bawa ke mahkamah oleh Majistret Kelas 1.

“Namun perkara ini tidak dilaksanakan sedangkan Undang-undang ini juga telah diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Wakil rakyat Bebas itu mendakwa perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perbincangan bersama pegawai SPR di Kota Kinabalu namun maklum balas yang diterima adalah mereka menegaskan maklumat yang mereka perolehi telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing pula mendakwa terdapat 250,000 PATI di Sabah yang memiliki kad pengenalan palsu dan mereka ini turut mendapat hak sebagai pengundi.

“Kita seru SPR bersihkan Daftar Pemilih sebelum pilihan raya umum, seperti mana yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

“Ini kerana Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pemberian kad pengenalan palsu kepada Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah akan berlanjutan sehingga selepas pilihan raya.

“Justeru, SPR perlu ambil tindakan tegas dengan membersihkan nama-nama mereka yang memiliki kad pengenalan palsu daripada Daftar Pemilih sedia ada sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung,” katanya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/2/mstar_berita/20121002142736&sec=mstar_berita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *