PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

HIMPUNAN HIJAU TUNTUT TOL LYNAS DIMANSUHKAN

The Malaysian Insider

Oleh Nomy Nozwir
September 29, 2012

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Himpunan Hijau hari ini bersama-sama Stop Lynas Coalition dan Stop Lynas Save Malaysia menuntut kementerian sains, teknologi dan inovasi agar membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada syarikat pemprosesan nadir bumi, Lynas.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insiderhari ini, kumpulan pemantau alam sekitar itu meragui TOL Lynas diluluskan oleh Badan Pelesenan Atom Berhad (AELB).

“Kami merasakan kelulusan ini dilakukan setelah mendapatkan tekanan dari kumpulan tertentu yang mempunyai kepentingan.

“Oleh itu kami mahu menteri Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memansuhkan semula TOL untuk Lynas,” katanya lagi.

Mereka juga mahu membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini.

“Jika gagal melakukan perkara ini, kami akan datang ke pejabat kementerian sendiri untuk menyampaikan bantahan.

“Kami juga memberi amaran kepada Sojitz Corp dan pelabur untuk Lynas yang lain bahawa kami akan mengadakan tunjuk perasaan terbesar dalam negara,” katanya lagi.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa Himpunan Hijau, Wong Tack berkata, ini adalah sentimen rakyat Malaysia dan jika Sojitz Corp dan yang lain-lain enggan berganjak, pelaburan mereka akan lebur.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) mengeluarkan lesen operasi sementara (TOL) bagi Lynas Corp walaupun bantahan meluas, berhujah bahawa pelombong Australia itu terikat di sisi undang-undang untuk membuang sisa radioaktif dari kilang dan mengembalikan baki ke Australia.

Lynas Corp telah memohon ke Australia untuk “mengimport bahan” dari joji walaupun dasar Canberra adalah untuk menolak sisa radioaktif, kata seorang Diplomat Australia awal bulan ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-hijau-tuntut-tol-lynas-dimansuhkan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *