PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Himpunan Hijau 2 Sept pindah ke padang bola

Malaysiakini

6:46PM Ogos 23 2012

Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau akan mengubah lokasi perhimpunan yang dijadualkan pada 2 September ini ke sebuah padang bola sepak selepas permohonan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Raub telah ditolak oleh Majlis Daerah Raub.

Lokasi terbaru yang terletak di belakang Taman Tasik Raub itu telah dicadangkan oleh Ketua Polis Daerah Raub, Wan Mohd Samsudin Wan Osman semasa mesyuarat bersama Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida semalam.

Menurut akbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, pengerusi jawatankuasa itu, Wong Kin Hoong berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan dan menerima lokasi yang dicadangkan.

“Jawatankuasa Himpunan Hijau, Raub, 2 September akan bertemu dengan ketua polis daerah sekali lagi pada 27 Ogos untuk menandatangani perjanjian perhimpunan,” katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau berkata lagi, jawatankuasa itu juga telah bersetuju untuk tidak membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah.

Sianida digunakan untuk mengekstrak emas daripada amang yang diperolehi daripada perlombongan terdahulu dan juga sisa yang logam teroksida di lombong berkenaan.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, yang terletak berhampiran lombong berkenaan mengadu bahawa asap daripada aktiviti pemprosesan di lombong berkenaan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kumpulan berkenaan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelombong berkenaan namun kes mereka diketepikan oleh mahkamah.

[Baca berita penuh ]

http://www.malaysiakini.com/news/206948

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *