PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Harakah Daily – Isu Lynas: Hakim arah AELB kemuka afidavit

Helmi Ibrahim,
20 Mac 2012


KUALA LUMPUR, 20 Mac: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Rohana Yusof mengarahkan AELB (Agensi Pelesenan Tenaga Atom) mengemukakan afidavit bagi menjelaskan mengenai kelulusan lesen TOL yang telah di berikan kepada Lynas.

Arahan itu dikeluarkan beliau ekoran tindaman saman yang dikemukakan terhadap AELB yang memberikan lesen TOL untuk kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

Prosiding secara terbuka akan di adakan di Mahkamah yang sama pada 4 April 2012 pukul 10 pagi.

Menurut peguam yang mewakili 10 plaintif dari Balok dan Kuantan, tiga perkara penting antara yang di tekankan ialah kegagalan kerajaaan mengarahkan Lynas mengemukakan Detail Environment Impact Assesment (DEIA) sebelum lesen TOL di luluskan.

Yang kedua, wujudnya Conlift Of Interest (pertembungan kepentingan) iaitu AELB akan menerima sejumlah peratusan dari hasil Lynas sedangkan AELB merupakan pihak yang meluluskan lesen.

Hujjah yang ketiga ialah tiadanya pelan pengurusan sisa jangka panjang yang ternyata amat menakutkan 10 plaintif yang mewakili puluhan ribu penduduk Balok dan sekitarnya bersama anak- anak kecil dan masa depan mereka.

Menurut Pengerusi Stop Lynas Coalition (SLC) yang juga Pengarah Badar, Andansura Rabu keputusan hari ini merupakan kemenangan moral pusingan pertama untuk perjuangan rakyat membela nasib dan masa depan rakyat dan negara.

“Oleh itu kami menyeru seramai mungkin rakyat untuk hadir pada 4 April pukul 10 pagi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi menunjukkan sokongan moral kepada perjuangan untuk masa depan anak cucu kita,” katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8940-isu-lynas-hakim-arah-aelb-kemuka-afidavit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *