PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Sinar Harian – Pas janji batal Lynas jika diberi mandat

Ketua Penerangan PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

1 Februari 2012

SHAH ALAM – Pas berjanji akan memansuhkan operasi kilang Lynas serta-merta sekiranya diberi kuasa memerintah kelak, kata Ketua Penerangan Pas pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, rakyat boleh membantu untuk menghentikan kilang Lynas dengan mudah iaitu dengan menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian ini dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa Pas menyokong kilang Lynas sedangkan isu itu hanya merupakan pandangan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan PKR.

“Dakwaan itu berniat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar berikutan pembinaan kilang kontroversi itu dan berniat untuk memecahbelahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.

“Perjuangan menentang pembinaan dan operasi kilang itu merupakan perjuangan semua golongan rakyat yang prihatin tanpa mengira kaum, agama dan bangsa demi memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, malangnya sebahagian besar masyarakat Melayu disekat dari mendapat maklumat sebenar dan terbuka berbanding masyarakat Cina yang bebas menilai maklumat dalam membuat penilitian terhadap kemungkinan serta kesan yang mungkin timbul.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, maklumat yang disampaikan kepada kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu lebih berbentuk satu hala dan lebih kepada momokan yang memburukkan mereka yang menentang kilang tersebut.

Katanya, Pas tetap konsisten dan tidak pernah berganjak dari pendirian awal menentang projek tersebut.

“Usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda Pas Indera Mahkota disokong sebulat suara dan dipanjangkan kepada Muktamar Pas Kawasan Indera Mahkota serta diluluskan dalam Muktamar Pas pusat.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas-janji-batal-lynas-jika-diberi-mandat-1.21391

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *