Malaysiakini – Lynas mahu buang sisa dibuang di pulau

Koh Jun Lin
11:15AM Jan 27, 2012

Syarikat Australia – Lynas Corporation – yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.

NONEAlternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu.

Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas
yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah (kanan), yang juga naib presiden PKR.

“Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk
Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan.

azlan“Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, “katanya ketika dihubungi.

PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif.

Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya.

Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu “masih dalam pertimbangan”.

Bagi menyuarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan.

“Ini tidak harus dibenarkan kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut,” demikian menurut penghujahan itu.
Lynas - Figure 1 Radioactive waste classification

http://www.malaysiakini.com/news/187592

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *