PERJUANGAN YANG BARU BERMULA

Debat LYNAS Fuziah-Adnan: MB Pahang kibar bendera putih melalui Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang!

Isu Lynas: Tak perlu lagi layan Fuziah-GPMS

Sinar Harian – Nasional
January 22, 2012

KUANTAN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang meminta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob supaya tidak melayan hasrat Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk berdebat mengenai isu pembinaan kilang memproses nadir bumi syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di kawasan perindustrian Gebeng.

Pengerusinya Wan Emril Nizam Wan Embong berkata pihak pembangkang sering memutar belit pelbagai perkara dan fakta dan tujuan berdebat itu dilihat lebih bermotifkan politik.

“Pihak mereka sebelum ini juga membuat forum seperti ini namun akhirnya dijadikan sebagai platform memburukkan perancangan kerajaan.

“Saya hairan dengan sikap golongan ini kerana terus mencari salah kerajaan sedangkan pelbagai ruang dan peluang disediakan untuk berbincang dan berdialog,” katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Adnan dilaporkan bersedia untuk menyahut cabaran Fuziah, anggota parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk berdebat berhubung isu Lynas yang sering ditohmah pembangkang sebagai tidak selamat sedangkan kajian yang dijalankan pelbagai pihak menunjukkan ia selamat untuk alam sekitar dan penduduk.

Malah, seorang Anggota Parlimen Pas, Dr Che Rosli Che Mat yang juga pakar sains nuklear sebelum ini turut membidas Fuziah kerana terlalu menakut-nakutkan penduduk dengan fakta salah berhubung isu berkenaan.

Wan Emril Nizam berkata pelbagai usaha penerangan dan keterbukaan telah ditunjukkan pihak kerajaan dan syarikat Lynas untuk menjelaskan isu berkaitan pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng.

“Pihak menentang ini seolah-olah tidak mempedulikan apa jua maklumat yang disalurkan, mereka tetap pekakkan telinga dan gelapkan hati untuk menerima kebenaran,” katanya.- Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-lynas-tak-perlu-lagi-layan-fuziah-gpms-1.19600#.Txv0U8JCSmU.twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *